sampai sini -->

03 December, 2009

Kejayaan


Kejayaan bermula dari berfikir..betul kan? Kalau seseorang tu memang dah dilahirkan dalam keaadaan yang berjaya tetapi tanpa berfikir secara matang akan jatuh merudum jugak akhirnya seperti anak jutawan yang tak tahu mengurus wang pun akan muflis dalam sekelip mata je.

Kejayaan sebenarnya tidak mengenal kerjaya..Walau apapun kerjaya kita, kita tetap boleh menjadi orang yang berjaya waima kita seorang nelayan atau petani. Kejayaan tidak semestinya kita menjadi kaya atau berharta. Kejayaan ialah sesuatu yang memberikan satu kepuasan kepada kita. Janji kita puas, itulah kejayaan kita. Tetapi kita perlu ingat keyaan itu di tempat yang betul atau salah. Antara ciri-ciri nak mencari kejayaan ialah:

1.Carilah kejayaan di mana orang lain gagal. Macam mane nak jadi terbaik? Kita mesti berada di kedudukan nombor satu. Macam mana nak jadi nombor satu? Hanya jadilah yang satu. hanya satu, nombor satu.

2.Kegagalan adalah pembelajaran kita sebelum bertemu kejayaan. Ingatlah kejayaan yang tiada kegagalan kurang bermakna dan memberi kepuasan kepada kita. Tak percaya? Xtaw la nak prove cm mane.

3.Fikirkan pada penyelesaian, bukan memikirkan tentang masalah anda sepanjang masa kerana ianya mungkin sia-sia je. Stress itu kadang2 hanyalah satu yang sia-sia..aku dah banyak kali mengalami dan sedar.huhu

4.Merangka jalan kejayaan sendiri dengan pemikiran dan inovasi yang ada. Mungkin peluang hanya sekali. Manfaatlah sebaiknya.

5.Tiada kejayaan yang bebas dari kebimbangan pada awalnya. Risiko mesti ada kan. tetapi atasilah kebimbangan anda itu kerana ia akan mengangu kosentrasi anda..

6.Mereka mengajukan pertanyaan yang tepat, sehingga menegaskan kualitas pikiran dan emosional yang positif.

7.Mereka yang berjaya jarang mengeluh. Jangan sesekali berputus asa.

8.Mereka tidak menyalahkan orang lain, namun mengambil tanggung jawab atas tindakan mereka. 

9.Mereka selalu menemukan cara untuk mengembangkan potensi mereka dan menggunakannya dengan efektif.

10.Mereka sibuk, produktif, dan proaktif, bukannya sentiasa meraba-raba mencari jalan.

11.Mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan sifat dan pemikiran orang lain. Fahamilah orang lain kerana itu akan memudahkan anda menemukan jalan kejayaan.

12.Mereka memiliki semangat.

13.Mereka yang tahu apa target yang hendak dicapai.

14.Mereka inovatif.

15.Mereka tidak menunda-nunda apa yang ada.

16.Mereka memiliki prinsip bahwa hidup adalah proses belajar yang tiada henti.

17.Mereka tidak menganggap diri sempurna sehingga sudi belajar dari orang lain.

18.Mereka melakukan apa yang seharusnya, bukan apa yang mereka mau lakukan.

19.Mereka boleh mengambil risiko, tapi bukan berani pada kegagalan yang pasti. Itu bodoh namenya.

20.Mereka menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan segera.

21.Mereka tidak menunggu datangnya keberuntungan, atau kesempatan. Merekalah yang menciptakannya.

22.Mereka bertindak bahkan sebelum disuruh/ diminta tetapi biarlah bertempat.

23.Mereka mampu mengendalikan emosi dan bersikap profesional jangan mudah melatah.

24.Mereka boleh berkomunikasi secara baik,mesra, lancar dan banyak lagi..

25.Mereka mempunyai rencana dan berusaha membuatnya menjadi kenyataan.

26.Mereka menjadi luar biasa karena mereka memilih untuk itu.

27.Mereka berhasil melalui masa-masa berat yang biasanya membuat orang lain menyerah.

28.Mereka tahu apa yang penting bagi mereka dan melakukan yang terbaik yang mereka boleh.

29.Mereka memiliki keseimbangan. Mereka tahu bahwa wang hanya alat, bukan segalanya.

30.Mereka paham betul pentingnya disiplin dan pengendalian diri.

31.Mereka merasa aman karena mereka tahu mereka berharga.

32.Mereka juga murah hati dan baik hati.

33.Mereka mau mengakui kesalahan dan tidak segan untuk minta maaf.

34.Mereka mau beradaptasi dengan perubahan.

35.Mereka menjaga kesihatan dan kecergasan diri.

36.Mereka rajin.

37.Mereka yang tidak leka.

38.Mereka terbuka dan mau menerima masukan dari orang lain.

39.Mereka tetap bahagia saat menghadapi pasang surut kehidupan.

40.Mereka tidak bergaul dengan orang-orang yang salah/ merosaak.

41.Mereka tidak membuang waktu untuk sesuatu yang di luar kendali mereka.

42.Mereka selesa dan ramah bekerja di tempat yang ada.

43.Mereka menetapkan disiplin yang tinggi bagi diri sendiri.

44.Mereka tidak mempertanyakan mengapa mereka gagal namun memetik pelajaran dari itu semua.

45.Mereka tahu bagaimana harus rileks, menikmati apa yang ada, dan mampu bersenang-senang dalam kecerobohan sekalipun.

46.Kerjaya mereka bukanlah siapa mereka, itu hanyalah pekerjaan.

47.Mereka lebih tertarik pada apa yang efektif ketimbang pada apa yang mudah.

48.Mereka menyelesaikan apa yang telah mereka mulai.

49.Mereka menyadari bahwa mereka bukan hanya makhluk hidup belaka, namun juga makhluk rohani.

50..Mereka melakukan pada yang mereka katakan.

Yang sebnarnya kejayaan itu sesuatu yang mudah untuk dicapai..cuma kita sendiri yg mencari masalah.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online