sampai sini -->

06 December, 2009

Asri cadang masuk disko, sebar dakwah

KANGAR - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berhasrat mengembangkan kegiatan dakwahnya sehingga ke pusat-pusat hiburan namun larangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadapnya, menghalang usaha itu.

Katanya, beliau bercadang memulakan usaha itu di Selangor kerana terdapat banyak pusat hiburan di negeri itu dikunjungi oleh golongan Melayu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan motivasi sempena Hari Keluarga RTM Perlis di Tasoh Lake Resort & Retreat di sini, semalam,

“Sepatutnya mereka juga memasuki pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan golongan Melayu sedikit demi sedikit tentang kefahaman Islam sebenar,” kata bekas mufti yang mencetuskan kontroversi di Selangor.

Ketika menyampaikan ceramah, Mohd Asri mencadangkan artis tanah air supaya menyelitkan budaya murni dalam persembahan mereka termasuk menasihati orang ramai melakukan sesuatu yang baik semasa persembahan mereka.

Mohd Asri turut menyelar segelintir ibu bapa yang membiarkan tabiat songsang anak-anak mereka termasuk anak lelaki yang mempunyai jiwa perempuan dan lebih suka berlagak perempuan.

Katanya, setiap lelaki perlu menjadi lelaki dan mereka tidak boleh diubah menjadi perempuan melalui perubahan perlakuan dan pakaian.

Mohd Asri pada 1 November lalu telah ditahan Jais di sebuah rumah di Taman Sri Ukay Ampang atas tuduhan mengajar tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di bawah Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 18 November lalu.

Walau bagaimanapun Mohd Asri tidak mengaku bersalah dan mahkamah menetapkan 5 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes tersebut.

Sumber dari sinar harian

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online