sampai sini -->

26 August, 2011

Satu Tempat Tapi Tiga Waktu Berbuka Puasa

Burj Khalifa

Mohammed al-Qubaisi, pemimpin tertinggi umat Islam di Dubai berkata, umat Islam yang menghuni dari tingkat 80 hingga tingkat 149 perlu menunggu selama dua minit lagi sebelum boleh berbuka puasa, manakala bagi mereka yang menghuni dari tingkat 150 dan ke atas pula akan memerlukan tambahan 3 minit lain.

Perkara ini terjadi kerana matahari. Matahari masih boleh dilihat di tingkat 80 ketika ianya sudah tidak kelihatan jika berada tingkat bawah. Menara yang berketinggian 828m itu mempunyai 160 tingkat yang sudah dihuni..

25 August, 2011

BUSANA TERENGGANU

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba,terasa pula ingin bercerita mengenai busana pakaian masyarakat Terengganu.Pakaian tradisi masyarakat Terengganu sememangnya sangat cantik dan indah, tambahan pula kalau kena dengan pemakainya.Hasil kreatif daripada seniman-seniman melayu Terengganu dahulu dalam menghasilkan pakaian tradisi in,i memang amat membanggakan kita.

Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis. Wanitanya memakai Baju Kurung berpesak kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur. Selain dari itu terdapat juga pemakaian Baju Melayu Cekak Musang bagi lelaki dan Baju Kebaya bagi wanita.


Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok. Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.


Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain samping pelikat berdagang luar.


Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnya disebut sebagai seluar pembesar. Pakaian dilengkapi dengan selempang leher yang juga digunakan sebagai ikat pinggang.


Baju Kurung corak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi dengan selendang kain renda yang digunakan juga sebagai penutup kepala.


Kebaya pendek kain baldu dipadankan sarung ketat warna-warni menggunakan teknik ikat celup. Memakai kain kelubung selendang lepas.


Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara tindih kasih.


Cantik-cantikkan busana Pakaian Terengganu, dengan pelbagai corak dan warna memang sesuai kalau kita jadikan ia pakaian tatkala Hari Raya yang bakal menjelang nanti.Sebagai rakyat terengganu khasnya, marilah kita sama-sama memelihara busana ini agar ia akan kekal sehingga ke anak cucu kita dan tidak hanya ditelan zaman....

17 August, 2011

Things That Kill More People Than Sharks






















Multi-coloured Ants Abdomens


124 Tasting The Rainbow: The Ants Whose Multi coloured Abdomens Show Exactly What Theyve Been Eating
Ring of colour: An ant’s transparent abdomen shows the colour of the food they have eaten. (Mohamed Babu / Solent News & Photo Agency)
216 Tasting The Rainbow: The Ants Whose Multi coloured Abdomens Show Exactly What Theyve Been Eating
A good palette: Some of the ants even wandered from one colour to another, creating new combinations in their stomachs. (Mohamed Babu / Solent News & Photo Agency)
311 Tasting The Rainbow: The Ants Whose Multi coloured Abdomens Show Exactly What Theyve Been Eating
Eating their greens: The ants seemed to prefer lighter colours such as greens and yellow to darker blues. (Mohamed Babu / Solent News & Photo Agency)

Shame Army

hahahahaha

15 August, 2011

HUKUMAN SEBAT DALAM AKTA/ ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

SELANGOR
Doktrin palsu (ajaran sesat), mencemarkan tempat ibadat, sumbang mahram, melacurkan diri atau isteri muncikari (bapa ayam), zina, mukadimah zina, persetubuhan bertentangan tabii.
WILAYAH PERSEKUTUAN Sumbang mahram, pelacuran, muncikari, zina, doktrin palsu, liwat, musahaqah (lesbian).
KELANTAN
Zina, mukadimah zina, liwat, meminum minuman memabukkan.

PERLIS 
Meminum minuman yang memabukkan.
PAHANG
Meminum minuman memabukkan, zina, sumbang mahram, zina dengan orang bukan Islam, ajaran salah, suami memaksa, menyokong atau membenarkan isteri melacurkan diri, membuat kenyataan keluar daripada Islam dengan apa-apa tujuan, dakyah atau mengajar agama lain kepada orang Islam.
MELAKA Perhubungan jenis luar tabii.
SABAH
Zina, melakukan pemujaan, menghina agama Islam, mempermainkan al-Quran dan hadis, ajaran sesat, percubaan murtad, memungkiri pertunangan, mengambil minuman memabukkan.

JOHOR
Doktrin palsu, melakukan perbuatan bertentangan hukum syarak, sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, liwat, musahaqah.

SARAWAK Melacur, bapa ayam, zina, lesbian, liwat

TERENGGANU
Doktrin palsu, perbuatan sumbang mahram, perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri, perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan isteri atau kanak-kanak dalam pemeliharaan, melacurkan isteri atau anak, muncikari, musahaqah.
NEGERI SEMBILAN
Sumbagn muhrim, pelacuran, muncikari, zina, mukadimah zina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.
PERAK
Kesalahan perhubungan muabbad (sumbang mahram), Kesalahan perhubungan ghairu muabbad (golongan haram nikah sementara), melacurkan isteri, zina.

PULAU PINANG
Sumbang muhrim, pelacuran, zina, liwat, musahaqah, doktrin palsu.

Diambil dari  Berita Harian 19 Februari 2010

12 August, 2011

KERJA KURSUS KDKB 113 - KEPIMPINAN WANITA

PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah dengan limpah rahmat dan izin dariNya dapatlah saya, Mohamad Nasruddin bin Abdullah menyiapkan tugasan kerja kursus yang telah diamanahkan bagi subjek Kepimpinan dan Keusahawanan. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah subjek Kepimpinan dan Keusahawanan saya, Tuan Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, yang banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan bimbingannya, saya banyak mempelajari cara-cara kepimpinan dan keusahawanan secara teratur, sistematik dan informatif. Dengan ini, saya mengetahui cara memimpin yang betul dan berkesan. Dengan motivasi dari pensyarah saya juga, saya dapat mengetahui potensi saya yang sebenar. Ini banyak membantu saya dalam meningkatkan keyakinan saya terhadap diri saya sendiri.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak bekerjasama dan bertungkus-lumus dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan baik. Walaupun terdapat masalah-masalah yang muncul, saya berjaya menguruskan masalah-masalah dengan baik. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit ahli kumpulan sangatlah dihargai.
Penghargaan juga saya rakamkan untuk ibubapa saya. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, saya tidak mungkin berjaya menyiapkan naskhah ini. Sokongan motivasi mereka, juga bantuan dari segi wang ringgit membuatkan saya lebih bersemangat dalam menghadapi cabaran-cabaran menyiapkan naskhah bertulis ini. Jasa kalian tidak mampu saya balas. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan naskhah bertulis ini sama ada secara langsung atau tidak.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada usia yang panjang,
Dengan izinNya kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN
Bil.
TAJUK
M/S
1.0
PENGENALAN
4
2.0
DEFINISI
2.1 DEFINISI PEMIMPIN
2.2 DEFINISI GAYA
2.3 DEFINISI KEPIMPINAN
6
6
6
6
3.0
SEJARAH DAN PANDANGAN TERHADAP KEPIMPINAN WANITA
3.1 PERSPEKTIF ISLAM
3.2 PERSPEKTIF BARAT
3.3 PERSPEKTIF ASIA
3.4 PERSPEKTIF MALAYSIA
8
9
10
11
12
4.0
KAJIAN TERHADAP SALAH LAKU WANITA DALAM KEPIMPINAN
4.1 KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR AWAM
4.2 SALAH LAKU YANG BESAR DALAM KEPIMPINAN WANITA
4.3 SALAH LAKU KECIL DAN KURANG JELAS DALAM KEPIMPINAN WANITA
4.4 SEBAB WANITA HILANG INTEGRITI
4.5 CARA MENGATASI MASALAH KEPIMPINAN WANITA
13
13
14
14
14
14
5.0
KEPIMPINAN YANG BERKESAN
16
6.0
GAYA KEPIMPINAN
6.1 KEPIMPINAN AUTOKRATIK
6.2 KEPIMPINAN LESSE-FAIRE
6.3 KEPIMPINAN DEMOKRATIK
6.4 KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL
6.5 KEPIMPINAN SITUASI
6.6 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
18
18
18
19
19
20
20
7.0
GAYA KEPIMPINAN LELAKI YANG PERLU DICONTOHI WANITA    
7.1 KETERBUKAAN
7.2 KAWALAN EMOSI
7.3 TIDAK CEREWET
7.4 UNSUR HUMOR
7.5 FOKUS KERJA
7.6 PENDIRIAN YANG TEGAS
7.7 KEUSAHAWANAN
7.8 KEMAJUAN POSITIF
7.9 KECEKAPAN
7.10 PERSONALITI
7.11 BERPENGARUH
21
21
21
21
21
22
22
22
22
22
23
23
8.0
KEPIMPINAN WANITA DI MALAYSIA
24
9.0
SITUASI KEPIMPINAN MENGIKUT JANTINA
26
10.0
ISU KEPIMPINAN WANITA
10.1 KEKANGAN KERJAYA DISEBABKAN KOMITMEN TERHADAP RUMAHTANGGA
10.2 DISKRIMINASI TERHADAP WANITA
10.3 KESAKSAMAAN JANTINA
28
28

28
28
11.0
CABARAN WANITA DALAM KEPIMPINAN
11.1 HALANGAN-HALANGAN DALAM KEPIMPINAN WANITA
29
29
12.0
RUMUSAN
30
13.0
BIBLIOGRAFI
31



1.0    PENGENALAN
Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mencapai status negara maju yang menumpukan  kepada pembangunan industri yang berteknologi tinggi. Memandangkan keperluan kepimpinan kepada pelbagai jenis sektor adalah teras utama untuk menyokong usaha tersebut, negara memerlukan kuantiti pemimpin yang banyak dalam meneraju sesebuah institusi atau organisasi.
Senario yang wujud dalam sektor kepimpinan di Malaysia masa kini adalah bilangan pekerja wanita dan pemimpin wanita telah melebihi jumlah pekerja lelaki dan hampir menggugat ruang dan jawatan utuk golongan lelaki. Namun begitu, pemilihan pemimpin tidak hanya berdasarkan jantina, sebaliknya perlu berlandaskan kriteria seperti kemampuan, kekananan, pengalaman dan tahap keilmuan. Jadi, wanita tiada masalah sekarang ini jika mahu menjadi pemimpin jika seseorang itu lulus dari segi kelayakan.
Sebagai pemimpin wanita di sesebuah organisasi selalunya menghadapi dualism dalam bebanan tugas, iaitu sebagai pemimpin di sesebuah organisasi dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga. Keupayaan mereka menjalankan tugas kepimpinan di institusi atau organisasi mungkin diragui oleh pekerja-pekerja bawahan, terutama pekerja-pekerja lelaki. Keraguan ini memberi kesan terhadap kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Di samping itu, pemimpin wanita juga berhadapan dengan cabaran peribadi, iaitu espektasi masyarakat terhadap pemimpin wanita yang sentiasa dikaitkan dengan sifat penyayang.
Namun sebagai pemimpin, wanita juga tetap bertanggungjawab membawa perubahan kepada organisasi yang dipimpinnya. Pemimpin wanita perlu berani menghadapi risiko dan perlu memikul tanggungjawab terhadap keputusan yang diambilnya. Dalam menerapkan perubahan, tidak semua orang bersetuju dan akur terhadap perubahan yang cuba diketengahkannya. Ini sememangnya disebabkan oleh sifat semula jadi manusia yang berbagai-bagai dan mempunyai kehendak yang berbeza-beza. Perkara ini jelas sebagaimana yang dinyatakan bahawa manusia itu beraneka ragam sifatnya. Oleh itu, bukan mudah bagi pemimpin wanita untuk memberi arahan kepada kakitangan atau staf di bawah pimpinannya supaya mereka dengan sukarela dan rasa tanggungjawab dalam melakukan tugas yang telah diarahkan.
Wanita juga seringkali dianggap mengalami halangan, gagal menyelesaikan masalah dan pembuat keputusan yang tidak cekap. Wanita juga dianggap memerlukan bantuan tambahan atau kurang bersedia untuk membuat sebarang keputusan. Selain itu, wanita dianggap tidak adil, kerap disalahertikan kerana dikatakan membuat keputusan berdasarkan emosi dan sentimen. Dalam sebuah kajian mendapati beberapa alasan yang diutarakan oleh lelaki kerana tidak mahu menerima wanita sebagai ketua adalah seperti berikut:
1.                  Wanita tidak begitu yakin.
2.                  Wanita mempunyai kurang pengaruh atau kuasa.
3.                  Wanita kurang bijak berurusan.
4.                  Wanita kadang-kadang terlalu mendesak.
Kecemerlangan sesebuah organisasi pula mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja dan tahap motivasi yang dimiliki oleh kakitanganya. Pekerja mendapat kepuasan apabila keperluannya dipenuhi dan majikan mendapat kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai tingkat produktiviti yang tinggi. Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada bagaimana pemimpin dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang berwibawa.
Kepimpinan yang berwibawa meliputi memiliki pengetahuan yang meluas dalam aspek pengurusan organisasi. Ini termasuklah pengurusan pejabat, perkembangan kakitangan, motivasi kepada pekerja-pekerja sesebuah organisasi, hubungan dengan luar organisasi serta berusaha meningkatkan prestasi.
Ini menunjukkan bahawa persoalan kepimpinan merupakan perkara yang besar dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan generasi akan datang. Dalam konteks kepimpinanan di Malaysia, setiap pemimpin semestinya mempunyai kebolehan untuk mengintepretasi perubahan dan menggunakan gaya kepimpinan tertentu dalam memotivasikan pekerja serta kakitangan ke arah perubahan tersebut.
Menyedari cabaran yang dihadapi oleh pemimpin wanita, apakah tahap gaya kepimpinan yang mampu diketengahkan oleh pemimpin wanita dalam situasi sekolah mereka. Menurut Hersey dan Blanchard (1977), situasi sesebuah tempat dan cabarannya mempengaruhi gaya kepimpinan dan prioriti yang ditetapkan oleh pemimpin. Gaya kepimpinan pemimpin amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah Organisasi. Kerjasama pekerja akan diperoleh jika pemimpin mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai dan dapat meningkatkan motivasi pekerja dalam melaksanakan tugas mereka. Kita perlu mengenal pasti sejauh mana gaya kepimpinan pemimpin wanita yang mengamalkan dimensi struktur tugas dan timbang rasa dapat mempengaruhi motivasi pekerja-pekerja di sesebuah organisasi.


2.0    DEFINISI
2.1            DEFINISI PEMIMPIN
Pemimpin adalah orang yang berupaya mempengaruhi atau mengajak ahli-ahli organisasi supaya bersetuju dengan rela hati melaksanakan kerja-kerja organisasi dengan cekap dan berkesan dari definisi kepimpinan. Ianya adalah proses mempengaruhi aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penetuan dan pencapaian matlamat organisasi. Aktiviti yang dilakukan juga mempengaruhi orang supaya mereka berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan.
Pimpinan adalah merupakan suatu konsekuensi dari kedudukan atau status mereka, jadi merupakan suatu kekuasaan dari jabatan yang dipegangnya. Tanpa kedudukan seperti itu, para pemimpin masih dapat mencapai tujuan, apabila kekuasaannya itu betul-betul sesuai dengan nilai-nilai yang dianut olehkelompok yang dipimpinnya.
2.2            DEFINISI GAYA
Mengikut Kamus Dewan (1992), gaya ialah stail atau cara melakukan sesuatu seperti mengarang, bercakap dan lain-lain. Menurut Ainon (2005) menyatakan gaya kepimpinan merupakan gaya seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya. Aminuddin (1994) pula mengatakan ia merujuk gaya kepimpinan kepada ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang berbeza.
Gaya juga adalah satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai situasi kepimpinan. Jadi, cara kepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin dalam suasana yang berlainan.
Gaya kepimpinan seorang pemimpin boleh membawa kepada pencapaian dalam sesuatu perkara dalam sesbuah organisasi. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar dalam organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat dan strategi organisasi.
Selain itu, gaya juga merupakan perlakuan, stail, cara atau orientasi kepimpinan pemimpin dalam mengurus, memimpin dan mentadbir organisasi ke arah mencapai matlamat, visi dan misi sesebuah organisasi.

2.3            DEFINISI KEPIMPINAN
Menurut Merton (1969), kepimpinan didefinisikan sebagai satu hubungan interpersonal di mana ahli-ahlinya menyetujui permintaan pemimpin tanpa paksaan. Menurut Kotter (1990) menyarangkan kepimpinan menggerakkan individu untuk bertindak tanpa paksaan. Selain itu, menurut Campbell (1991) melihat kepimpinan sebagai tindakan memfokuskan sumber manusia untuk merekacipta peluang-peluang yang dikehendaki. Akhir sekali, menurut Fiedler dan Chemers (1984) mendefinisikan kepimpinan berdasarkan fungsi pemimpin yang melibatkan Pemberian motivasi, arah tuju dan bimbingan kepada pekerjanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Menurut definisi tersebut, kepemimpinan dapat didefinisikan sebagai suatu perilaku dengan tujuan tertentu untuk mempengaruhi aktivitas para anggota kelompokuntuk mencapai tujuan bersama yang dirancang untuk memberikan manfaatindividu dan organisasi. Sedangkan menurut Anderson (1988), "leadershipmeans using power to influence the thoughts and actions of others in such a way that achieve high performance".



3.0    SEJARAH DAN PANDANGAN TERHADAP KEPIMPINAN WANITA
Wanita hari ini dilihat memastikan pembangunan berjalan dengan lancar, maka peranan wanita dalam kepimpinan tidak boleh diketepikan. Sumbangan wanita dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial dan politik dikebanyakan negara-negara di dunia begitu dominan sekali. Nama-nama seperti Magaret Thatcher, Indra Ghandi, Benazir Bhutto, Corazon Aquino, Sirimavo Bandaranaike, dan lain-lain sudah menjadi sinonim kepada pemimpin-pemimpin dunia.
Senario kepimpinan wanita dalam sesebuah negara telah merebak ke dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Kaum wanita telah diberi peluang dalam memegang beberapa portfolio dalam kabinet seperti Datin Paduka Rafidah Aziz, Datin Paduka Zaleha Ismail, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman.

3.1            PERSPEKTIF ISLAM
Dalam Islam apabila kita bercakap soal kepimpinan, perkara yang utama adalah bukan soal gender atau jantina tetapi tahap keberkesan kepada kepimpinan. Jadi persoalanya adalah apakah yang menjadikan kepimpinan itu berkesan. Secara umumnya, orang yang patut menerima amanah atau jawatan sebagai pemimpin adalah mereka yang mempunyai kekuatan dan amanah. Adalah ditegaskan bukan soal gender tetapi bagaimana dia mampu menagani isu kepimpinan itu.
Jika dilihat negara Islam di Tanah Arab yang dikatakan lantang membincangkan soal sensitiviti kepimpinan wanita. Malah jika dilihat kepimpinan arab semuanya lelaki tetapi apa yang kita lihat adalah banyak konflik yang berlaku seperti isu harta rakyat yang dirampas dan rakyat mereka bangkit menentang pemerintah. Apabila kita membincangkan isu kepincangan para sarjana yang mana wanita melebihi lelaki tetapi kita jangan lupa apa yang asasnya pada kepimpinan dalam Islam adalah kepimpinan yang berjaya.
Dari perspektif Islam juga, Islam telah menyebarkan dasarnya dengan jelas mengenai wanita di dalam segala aspek kehidupan terutamanya di dalam bidang pendidikan. Rasullullah s.a.w. bersabda, "mempelajari ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, lelaki dan perempuan". Dasar ini telah ditegaskan sejak kemunculan Islam pada abad ke enam Masihi, dan ianya masih terpakai dan terus menjadi tunjang kepada dasar pengajaran Islam hingga kehari ini.
Islam bukan sahaja meletakkan wanita di tempat yang paling wajar sebagai manusia dan sebagai teman hidup bagi seorang lelaki malah Islam menghargai sifat kehalusan dan ketajaman perasaan wanita yang menjadikan mereka layak untuk memegang tugas sebagai seorang pendidik dibandingkan dengan kaum lelaki. Sebab itulah dari satu aspek, wanita lebih penting diberi pengajaran atau pendidikan yang secukupnya kerana kaum wanita merupakan pendidik atau guru yang paling layak untuk mendidik anak-anak dan anak bangsa mereka.


3.2            PERSPEKTIF BARAT
Sebelum abad yang ke 20, peranan wanita di Eropah adalah begitu terhad di mana peranannya lebih dominan di rumah. Wanita dianggap sebagai ‘tenaga buruh simpanan’. Bila tenaga lelaki tidak mencukupi, mereka dipanggil untuk mengisinya dan ketika tenaga berlebih mereka disuruh pulang. Layanan seperti inilah yang mendorong mereka bertindak membela nasib. Perasaan wanita yang inginkan pembebasan dicetuskan oleh desakan sosial dan ekonomi. Di semua negeri di Eropah semakin ramai wanita yang masuk dalam kumpulan yang bekerja tetapi wanita yang berjaya meningkatkan ketaraf penting dalam kerajaan masih boleh dibilang dengan jari.
Sementara itu, wanita di Scandinavia hanya digunakan bagi tujuan eksploitasi seks. Didapati kadar pendapatan wanita adalah 4.8% daripada kaum lelaki, dan dari segi sosial pula wanita Sweden berjuang untuk mendapatkan kedudukan yang sama taraf dengan lelaki dan keadaan ini memungkinkan mereka untuk tidak berkahwin. Di Denmark wanita-wanita adalah dilarang daripada mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan ratu cantik yang dianggap sebagai satu cara ‘eksploitasi seks’ terhadap wanita. Walau bagaimana aktif pun pergerakan kaum wanita, mereka masih tidak menerima gaji yang sama dengan kaum lelaki walaupun skop kerja yang dilakukan tiada bezanya.
Di negara Britain sendiri didapati wanita masih diberi kerja yang lebih teruk daripada kaum lelaki. Kadar pendapatan mereka hanya 55% daripada pendapatan kaum lelaki. Dalam masa setengah abad yang lalu jumlah wanita dalam bidang profesional meningkat dari 6% kepada 8% sahaja. Daripada seramai 3,281 profesor di universiti-universiti, hanya 44 sahaja wanita. Britain sekurang-kurangnya telah memecah tradisinya apabila Puan Magret Thatcher terpilih menjadi pemimpin dari Parti Konservatif.
Sementara di Amerika pula, didapati wanita Amerika lebih berjaya dalam bidang politik. Pada tahun 1974 telah dianggap sebagai ‘Tahun Wanita’. Seramai 88 orang wanita dari kedua-dua parti iaitu Parti Demokratik dan Republik, menjadi calon untuk merebut jawatan-jawatan dalam Dewan Bandaraya dan Dewan Undangan Negeri hingga keperingkat tinggi dalam kerajaan. Tetapi mereka yang berjaya kerana kebolehan mereka sendiri biasanya tidak dialu-alukan oleh kaum lelaki yang Cauvinistis.


3.3            PERSPEKTIF ASIA
Di Asia pada keseluruhannya, kemajuan wanita dalam perjuangan menuntut hak yang sama tidak begitu berkesan. Tetapi kesedaran wanita Asia kian bertambah.
Di Filipina misalnya, wanita sudah jauh lebih maju daripada negeri-negeri membangun yang lainnya. Sejak 1936 mereka sudah mendapat hak mengundi. Dalam bidang pendidikan, lebih ramai kaum wanita daripada kaum lelaki. Undang-undang kewarganegaraan juga telah menaikkan taraf mereka di mana wanita Filipina sekarang boleh berkahwin dengan rakyat asing tanpa gugur kewarganegaraanya. Tetapi diskriminasi dalam pekerjaan masih kuat di mana masih terdapat syarat yang berbunyi ‘lelaki sahaja’ walaupun dari segi kelayakan ramai wanita yang boleh memohon.
Di Hong Kong pula, wanitanya telah berjaya menghapuskan ‘sistem gundik’ setelah lebih satu dekad mereka berjuang, apabila terbit ‘Rang Undang-undang Pembaruan Perkahwinan’ dalam tahun 1971 yang tidak membenarkan lelaki mengambil lebih daripada seorang isteri. Ramai di antara mereka yang selama ini terpendam di rumah, yang memainkan peranan isteri dan ibu yang pasif, sudah berani keluar mencari pekerjaan dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.
Di Jepun, hasil dari pergolakkan politik pada akhir tahun 1960 an, pelajar-pelajar wanita telah sedar bahawa dalam pergerakkan politik negara mereka, masalah wanita tidak diambil berat langsung. Mereka menubuhkan badan wanita yang menentang diskriminasi terhadap wanita dalam pekerjaan. Gaji bagi mereka hanya 48% daripada gaji lelaki bagi kerja yang sama. Nisbah mereka adalah seperti berikut:
·         Dari 10,000 peguam hanya 200 wanita.
·         Dari 120,000 doktor hanya 4,000 wanita.
·         Dari 23,000 profesor kolej lelaki hanya 600 wanita.
Pada keseluruhannya, perjuangan wanita untuk membela nasib kaum sejenis dan memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara masing-masing menampakkan kesan yang nyata, meskipun masih belum begitu cemerlang. Keadilan yang dicari oleh kaum wanita adalah:
·         Kaum wanita masih dipandang lebih rendah daripada kaum lelaki.
·         Kaum wanita tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya menjadi hak mereka dalam segala bidang kehidupan.
·         Kaum wanita tidak mendapat upah yang sama bagi pekerjaan yang sama dengan kaum lelaki. Ini adalah antara yang membantutkan perkembangan pembangunan ekonomi sesebuah negara itu.


3.4            PERSPEKTIF MALAYSIA
Dalam masyarakat traditional, peranan kaum wanita adalah terhad kepada peranan pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki. Ini dapat dilihat daripada jenis-jenis tugas yang mereka lakukan, umpamanya peranan mereka dalam pekerjaan sawah adalah untuk membantu suami mereka seperti menyemai, mengubah dan menuai. Dalam membangunkan keluarga masing-masing, wanita zaman traditional menjalankan tugas seperti mencucuk atap, membela ayam itik dan lain-lain sebagai membantu peranan lelaki yang lebih besar dan pokok dalam kehidupan keluarga dan masyarakat keseluruhannya.
Dalam bidang politik dan pemerintahan status kaum wanita telah bertambah baik dan jika dilihat dalam perkembangan status mereka sama tinggi dengan lelaki. Ini dapat dilihat apabila kaum wanita diberikan hak mengundi seawal-awal usia penubuhan negara kita ini.
Dalam bidang ekonomi, adalah bidang yang sudah diterokai oleh kaum wanita dan di mana kaum lelaki agak bersikap liberal dalam membuka pintu kepada kemasukan dan penyertaan wanita. Pada masa dahulu peranan dan fungsi kaum wanita dalam bidang ini amat terbatas. Jumlah wanita yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan maupun swasta semakin bertambah dan begitu juga pembahagian pendapatan. Walaupun jumlah pekerja-pekerja wanita ramai, hampir keseluruhannya termasuk pada peringkat pekerja-pekerja kurang mahir mendapat jumlah gaji yang kecil sahaja.
Perubahan pada peranan ekonomi mempunyai kesan yang amat besar dan meluas terhadap kaum wanita yang terlibat dari segi peranan dan fungsi sosial. Nilai sosial lama masih lagi menganggap wanita sebagai makhluk yang dicipta untuk kesenangan kaum lelaki di mana timbulnya institusi-institusi ekonomi moden yang khusus memperdagangkan wanita seperti pelacuran, teman sosial, kelab-kelab khusus dan lain-lain. Peranan wanita sebagai isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumah dan keluarga dan lebih utama lagi mereka berjaya menentang diskriminasi yang dikenakan kepada kaum wanita dalam soal gaji dan pembayaran cukai.
4.0    KAJIAN TERHADAP SALAH LAKU WANITA DALAM KEPIMPINAN
Sebelum kita membuat keputusan dalam sesuatu perkara, kita perlulah membuat kajian atau merujuk kepada beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas tentang kesan kepada semua pihak. Ini kerana negara akan mengalami kerugian kerana gagal mengguna-pakai 50% dari modal insannya yang berkelulusan tinggi, berkemampuan  dan berkaliber.
Seperti mana yang kita faham, salah laku adalah melanggar konsep integriti sama ada mengikut undang-undang atau peraturan berasaskan “Conscience”(Suara Hati). Kebiasaanya salah laku dalam kepimpinan wanita adalah dengan sengaja melakukan sesuatu yang seseorang itu tahu adalah salah. Sebagai contoh seperti melakukan jenayah, gagal melaporkan apa-apa kesalahan yang berlaku atau dilakukan oleh orang lain kepada pihakberkuasa, melebihi atau menyalah guna kuasa, melakukan kerugian yang besar kepada kerajaan, melanggar sistem dan peraturan serta mempunyai harta berlebihan.
4.1            KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR AWAM
Dasar 30% wanita diperingkat membuat keputusan telah diperkenalkan pada tahun 2004. Pada masa itu hanya 18.8% wanita diperingkat membuat keputusan (JUSA post) dalam Sektor Awam. Tahun 2011 32.3% wanita diperingkat membuat keputusan dalam Sektor Awam (JUSA post). Peningkatan sebanyak 13.5% dalam masa 6 tahun.Kepimpinan Wanita Dalam Sektor Awam. Peningkatan bukan disebabkan dasar semata mata tetapi wanita sememangnya mempunyai:
·         Talent.
·         Keterampilan.
·         Profesionalisme.
·         Semangat Kerja Yang Tinggi.
·         Sosialisasi.
·         Berpandangan Moden.
·         Mempunyai Daya Peribadi.
·         Intelektual Yang Tinggi.
Melihat kepada situasi dan faktor keadaan sekarang yang berkaitan dengan wanita dan kepimpinan mereka adalah kerana:
·         65%  Penuntut di IPTA adalah wanita.
·         70%  Guru wanita di seluruh negara.
·          ¾ Jawatan baru PTD adalah wanita.

4.2            SALAH LAKU YANG BESAR DALAM KEPIMPINAN WANITA
Pada 3 April 2011, kajian telah dibuat yang membabitkan kes salah laku yang besar di kalangan pekerja wanita. Hasil kajian mendapati negara telah kerugian 108 billion setiap tahun dan 62 pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah ditahan dan 9 darinya adalah wanita yang mewakili sebanyak 12.9 peratus.
Pada 7 April 2011 juga, mereka mendapati 8 orang pegawai imigresen didakwa atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM122 140. Seorang daripadanya adalah wanita yang mewakili 12.5 peratus sahaja.
4.3            SALAH LAKU KECIL DAN KURANG JELAS DALAM KEPIMPINAN WANITA
Kajian lain  tentang salah laku biasa dan kurang jelas dalam kepimpinan wanita juga turut dibuat. Antaranya adalah tidak amanah dalam menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi seperti ponteng atau curi tulang. Mereka juga didapati tidak amanah dalam tuntutan sama ada tuntutan perjalanan atau over time. Ini kerana banyak penipuan-penipuan kecil yang berlaku seperti jumlah kilometer, tuntutan kereta sewa atau teksi, elaun makan,elaun harian dan sebagainya.
Selain itu, ada beberapa faktor lain yang tidak disenangi yang boleh menjejaskan prestasi kerja kerana perkara lain seperti kerja part time waktu malam yang menjejaskan kerja hakiki pada waktu siang. Ini kerana mereka terpaksa datang lewat dan pulang awal untuk megejar masa atau kesuntukan masa. Malah mereka juga sering mengambil cuti sakit palsu untuk dijadikan alasan kerana ponteng kerja.
            Di samping itu wujud sifat pilih kasih dalam sesbuah organisasi. Sebagai contohnya ialah penilaian tahunan adalah berdasarkan pilih kasih dan bukannya kerana berdasarkan prestasi sesorang itu yang telah memberi sokongan naik pangkat dan lain-lain dengan cara yang salah.
4.4            SEBAB WANITA HILANG INTEGRITI
Kepimpinan wanita juga akan mengalami masalah kurangnya integrity di dalam organisasi apabila ianya melibatkan masalah keluarga seperti anak sakit, suami sakit, Ibubapa tua sakit, masalah jagaan anak kecil dan masalah jagaan anak selepas sekolah. Masalah ini sememangnya amat sukar untuk dielakkan khususnya pekerja wanita.
4.5            CARA MENGATASI MASALAH KEPIMPINAN WANITA
Pemimpin wanita sektor awam perlu mengamalkan sikap positif dan kompetitif. Selain itu, nilai yang baik, adil dan berintegriti. Wanita juga mestilah suka membantu dan mahir menyelesaikan masalah birokrasi. Selepas itu, pemimpin wanita perlu cukup dedikasi, tekun, rajin dan bertanggungjawab supaya mereka mendapat kepercayaan
Namun begitu, pihak kerajaan mestilah menyediakan keperluan yang agak penting kepada wanita supaya mereka dapat bekerja dengan selesa. Mungkin keperluan ini akan menyebabkan kerajaan perlu mengeluarkan bajet yang berates juta malah mencecah billion ringgit tetapi perkara ini sangat perlu jika kerajaan mahukan kepimpinan wanita berjalan dengan berkesan. Antara keperluan tersebut ialah:
·         “WORK LIFE BALANCE”.
·         Pusat jagaan anak kecil berdekatan pejabat.
·         Pusat jagaan anak selepas sekolah.
·         Pusat jagaan harian warga tua (day care centre).
·         Flexi Hours.
·         Kerja dari rumah.
·         Kerja separuh masa.
5.0    KEPIMPINAN YANG BERKESAN
Menurut Edmons (1978) menyatakan leaders can make a difference yang bermaksud bahawa sesebuah organisasi itu boleh dimajukan dan kemajuan sekolah berpunca daripada kepimpinan pemimpin.
Pemimpin yang cemerlang mampu mengubah tabiat semua sumber di bawah kawalannya, bukan sahaja pemimpin bawahan, malah semua pekerja dari yang tidak berdisiplin kepada berdisiplin dan dari yang tidak berdedikasi kepada berdedikasi. Pendek kata semua nilai-nilai negative dari segi tindakan, sikap dan andaian perangkap minda (mind trap) yang merupakan penghalang kepada sebuah kejayaan akan mampu dipositifkan demi mencapai sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir organisasi bagi melahirkan generasi berkualiti. Kepimpinan pemimpin menjadi penting kerana beliau merupakan orang yang diharapkan dapat menetukan arah tuju sesebuah individu, menyediakan garis panduan dan bimbingan, menjelaskan peranan dan prosedur kerja, memotivasi dan menyediakan sumber dan sokongan serta menilai dan mengambil tindakan susulan serta melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh organisasi.
Pentadbiran dan pengurusan di peringakat organisasi boleh menyebabkan jatuh bangunnya sesebuah organisasi kerana ia bergantung kepada pucuk pimpinan iaitu pemimpin yang membawa ke arah kejayaan. Organisasi yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam sesuatu bidang dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berkesan. Saya belum pernah melihat organisasi yang mundur ditadbiir oleh pemimpin yang cekap. Saya juga pernah melihat organisasi-organisasi yang mundur berjaya dimajukan, tetapi ada yang menyedihkan iaitu organisasi-organisasi yang maju merosot secara mendadak. Ini bermakna jatuh bangun sesebuah institusi atau organisasi adalah kerana kualiti ketua atau pemimpin.
Kredibiliti pemimpin adalah merujuk kepada empat cirri utama iaitu kejujuran, berpandangan kehadapan, inspirasi, dan kompeten. Efikasi kendiri pula merupakan komponen yang juga penting kerana pemimpin yang mempunyai kepercayaan serta keyakinan terhadap kebolehan sendiri akan dapat melaksanakan tugas dengan penuh kecekalan serta sentiasa mengukur dan menilai setiap tugasnya berbanding dengan individu yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah.
Dibawah ini saya sertakan ciri-ciri organisasi yang berkesan:
1.      Kepimpinan yang professional.
2.      Berwawasan dan mempunyai matlamat bersama.
3.      Mempunyai persekitaran yang menggalakkan berkerja.
4.      Arahan yang bermatlamat.
5.      Memberi penghargaan dan mempunyai hasrat yang tinggi.
6.      Memberi pengukuhan.
7.      Membuat pemantauan.
8.      Memberi tanggungjawab kepada pekerja.
9.      Wujud perkongsian rumah-pejabat(organisasi)
10.  Perjabat(Organisasi) yang bertambah maju



6.0    GAYA KEPIMPINAN
Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpinmenggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untukmempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.
Pada pendapat saya, sebenarnya tiada satupun Gaya kepimpinan yang lebih baik. Terdapat tiga jenis kepimpinanyang biasa diamalkan sebagai stail pengurusan, iaitu Kepimpinan Autokratik, Demokratik, danLaissez-faire.
Soal kepemimpinan dalam sesebuah organisasi sering diperkatakan apabila ianya menampakkankecacatan ataupun kemajuan. Ini terbukti peranan pucuk pimpinan bagi sesebuah organisasi amat penting, kerana ia melibatkan krediabiliti pemimpin dan perlakuan aktiviti dalam organisasi.Kepemimpinan dalam sesebuah organisasi memerlukan Konsep Perkongsian Penyaluran BudayaPengurusan secara dua hala. Ringkasnya, kepemimpinan adalah proses merancang,mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi danmenggunakan sumber-sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan.
6.1            KEPIMPINAN AUTOKRATIK
Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan  pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan  sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini  akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas,  mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Pemimpin berkuasa sepenuhnya dan memegang tanggungjawab ke atas segala hal yang berkaitan dengan organisasi. Cara berkomunikasinya juga hanyalah satu hala sahaja iaitu dari atas ke bawah. Mereka banyak menggunakan ugutan dan hukuman. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam  industri.
Hasil kepimpinan autokratik ialah orang bawahan mempunyai motivasi yang rendah mungkin kerana tertekan. Orang bawahan pula akan bekerja secara bersungguh-sungguh semasa ketua pemimpin berada bersama mereka. Orang bawahan akan bergantung kepada ketua dalam semua perkara dan suasana emosi akan menjadi tegang.
6.2            KEPIMPINAN LESSE-FAIRE
Kebiasaannya pengikuut merupakan golongan professional yang berkemahiran tinggi. Mereka pandai mengurus dan bertindak sebagai juru tunjuk atau pemudahcara kepada pekerja dan pekerja boleh membuat keputusan. Pemimpin memberi kebebasan kepada orang bawahan untuk membuat keputusan dan bertindak. Orang bawahan akan menggunakan kemahiran dan pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Orang bawahan juga akan membuat keputusan berdasarkan lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk mencapai matlamat kerja. Jadi, gaya ini boleh dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalam kerjaya.
Jika gaya ini disalah gunakan maka pekerja tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Ketua biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya. Masalah disiplin juga akan turut berlaku dan perhubungan antara pemimpin dan pekerja adalah bebas dan tiada sempadan.
6.3            KEPIMPINAN DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan ini mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.  Dasar dan keputusan adalah melalui mesyuarat. Ketua akan membantu ahlinya membentuk matlamat dan alternative sendiri dan ketua sebagai pemudah cara. Ketua bersikap objektif dan adil dalam member teguran, pujian dan kritikan.
Hasilnya ialah pekerja dapat membina disiplin, menggalakkan kerjasama, saling menghormati dan perhubungan mesra sesama mereka. Pekerja akan lebih bermotivasi dan berminat untuk bekerja keras walaupun tiada ketua. Interaksi akan berlaku antara ahli dan ketua.

6.4            KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL
Teori kepimpinan transformasi ini juga dikenali sebagai kepimpinan karismatik, kepimpinan inspirational atau institutional. Asas kepada teori ini adalah pemimpin-pemimpin mengilhamkan atau meninspirasikan para pengikutnya untuk mengenalpasti minat mereka dan melihat ke arah tujuan yang fokus atau berpusat.
Secara asasnya, kepimpinan transformasi ini melalui empat gaya transformasi iaitu meransang secara intelek, keunggulan gelagat atau karisma, motivasi yang berinspirasi dan menumpu kepada setiap individu.
Antara dimensi kepimpinan yang agak popular ialah pembentukan struktur pemuafakatan dalam membuat keputusan. Mereka akan memberikan sokongan secara individu dan menjangkakan hasil kerja yang terbaik dengan pengharapan untuk melihat kecemerlangan, kualiti dan hasil kerja yang terbaik dari pekerja.
Kaedah pembentukan visi dan matlamat adalah dengan menonjolkan amalan profession yang baik. Mereka akan menuhjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi oleh guru-guru dan menunjukkan sikap keterbukaan. Mereka juga akan mencipta ransangan intelektual untuk mencabar pekerja supaya menkaji semula andaian-andaian tentang tuga-tugas mereka dan berfikir semula bagaimana tugas-tugas tersebut boleh atau sepatutnya dilakukan.
Dengan itu, organisasi tersebut boleh meningkatkan kecekapan kerja berpasukan dan meningkatkan identiti sesebuah organisasi. Semangat dan kepercayaan antara pekerja dan pemimpin akan berlaku disamping menjana perubahan positif sesebuah organisasi. Pengikut juga akan peka terhadap matlamat dan organisasi sesebuah individu.
6.5            KEPIMPINAN SITUASI
Gaya kepimpinan ini lebih kearah mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam organisasi. Seorang pemimpin yang berkesan adalah mereka yang dapat mengubah gaya kepimpinannya mengikut situasi yang berbeza.
Sejarahnya ialah pada 1969 Paul Hersay dan Ken Blanchard telah membangunkan model kepimpinan situasi berteraskan kepada dua konsep iaitu gaya atau stail kepimpinan dan tahap perkembangan pengikut. Stail kepimpinan yang diutarakan ialah Telling(Directing), Selling(Coaching), Participating(Supporting), dan Degating.

6.6            KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
Kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, perkembangan pemimpin bawahan dan pekerja. Berdasarkan kajian majalah Klikman pada tahun 1985, pemimpin instruksional ialah pembimbing kepada pemimpin bawahan. Mereka akan membangunkan organisasi dan menggerakkan perkembangan pekerja. Kualiti kerja juga akan dibangunkan disamping membuat kajian dalam pelbagai tindakan.
Kajian-kajian Highsmith dan Rallis pada tahun 1986 mendapati pemimpin perempuan lebih banyak menumpukan masa mereka kepada aktiviti instruksional berbanding dengan pemimpin lelaki seperti isu dalaman, tumpuan kepada pekerja, penglinatan pekerja, pembangunan staf, perancangan strategik dan kolaboratif dan pembangunan komuniti.


7.0    GAYA KEPIMPINAN LELAKI YANG PERLU DICONTOHI WANITA   
Secara jujurnya saya ingin nyatakan bahawa kepimpinan lelaki adalah jauh lebih baik daripada kepimpinan lelaki. Namun begitu, tidak bermakna kepimpinan wanita tidak boleh menjadi sebaik kepimpinan lelaki. Jika kita lihat, ada beberapa aspek yang mana gaya kepimpinan lelaki tidak ada pada wanita. Jika wanita ingin menjadi pemimpin, maka mereka perlu cuba untuk memanfaatkan gaya ini.
7.1            KETERBUKAAN
Pemimpin lelaki lebih bersikap terbuka dan mudah untuk berkongsi kebolehan serta kemahiran bersama daripada bersaing antara satu sama lain. Keterbukaan salah satu sifat tawadhuk yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin. Pemimpin yang bersikap keterbukaan bersedia mendengar apa jua pandangan dan buah fikiran dari sesiapa juapun,sama ada dari mereka yang lebih muda darinya, atau sebaliknya samada dari kalangan mereka, maupun lawan mereka, samada ianya dari mereka yang berjawatan tinggi atau sebaliknya, kemudian dia pula bersedia melaksanakannya. Lawan kepada sikap terbuka ialah sikap tertutup dengan alasan dia“ Tahu Segala-galanya”.
7.2            KAWALAN EMOSI
Pemimpin lelaki mengamalkan tingkah laku yang tidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan dan dapat menerima pendapat orang lain yang lebih baik. Pemimpin yang tidak dapat mengawal emosi akan menyebakan organisasi tersebut jatuh kerana keputusan tidak dapat dibuat dengan wajar dan tepat. Sebagai contoh jika seseorang itu sedang marah, maka segala tindakannya adalah berfaktorkan emosi marahnya sahaja.
7.3            TIDAK CEREWET
Pemimpin lelaki tidak bersikap cerewet  dan terlalu teliti dalam hal-hal yang kecil. Ini kerana pemimpin lelaki biasanya tidak suka memperbesar-besarkan perkara yang remeh-temeh. Ini kerana banyak perkara kecil yang boleh diabaikan. Pemimpin perlulah lebih memikirkan tentang masalah yang lebih besar dan jika ada masalah kecil, lebih baik diberikan kepada anggota bawahan untuk menyelesaikannya.


7.4            UNSUR HUMOR
Pemimpin lelaki suka menggunakan unsur humor dalam menyatakan penyataan yang serius dan mudah diingati oleh orang bawahan serta berani mengambil risiko. Cara penyampaian ini lebih selesa dikalangan pekerja kerana pekerja akan merasakan mereka selesa dan perasaan tertekan dapat dielakkan. Ini kerana ada individu seperti anggota bawahan yang akan bermasalah dengan prestasi kerja jika dia tertekan.
7.5            FOKUS KERJA
Kebolehan dan keupayaan untuk menerima kejayaan atau kegagalan dalam melaksanakan tugas tanpa merasai sebagai kejayaan atau kegagalan individu. Lelaki lebih fokus kepada tugas, mempunyai kesan yang nyata dan terus terhadap pengikut. Kebiasaannya lelaki lebih profesional dalam memfokuskan kepentingan. Lelaki boleh mengasingkan masalah di luar organisasi dan dalaman organisasi.
7.6            PENDIRIAN YANG TEGAS
Tidak mudah berputus asa dan mudah mengalah serta mempunyai pendirian dan pendapat yang sendiri. Jiwa lelaki biasanya lebih kental daripada perempuan kerana jati diri yang semulajadinya sangat kuat. Sikap keegoan lelaki yang sukar untuk mengalah juga menyebabkan mereka lebih tegas dalam berpendirian tetapi dipandukan akal mereka yang menimbang tara antara sesuatu keputusan yang mana lebih baik.
7.7            KEUSAHAWANAN
Mempunyai sifat keusahawanan seperti kretif, berdaya saing, tidak mudah mengalah, bertanggungjawab dan sebagainya. Sifat keusahawan juga sangat penting dalam memastikan kemajuan sesebuah organisasi itu. Sesebuah organisasi tidak boleh hanya berbangga dengan apa yang ada. Perubahan demi perubahan mestilah dilakukan untuk bersaingan dengan organisasi lain supaya tidak ketinggalan dan menjamin masa depan sesebuah organisasi.
7.8            KEMAJUAN POSITIF
Belajar dari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dan sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang baru. Pemimpin lelaki lebih kepada penghayatan pengalaman dan sejarah dalam mematangkn diri. Pemimpin lelaki akan cuba untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Berbeza pula dengan wanita di mana mereka hanya lebih kepada mengenang pengalaman lampau sahaja. Namun lelaki jarang sekali mengenang kisah lampau, mereka lebih menganalisi peristiwa tersebut.

7.9            KECEKAPAN
Lelaki juga mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah dan gangguan secara effektif dengan lebih analitis, memerintah dan sistematik. Lelaki biasanya lebih kepada tindakan apabila menghadapi sesuatu masalah, berbanding perempuan yang biasanya suka mengadu atau menyalahkan orang lain atau diri sendiri tanpa bertindak menyelesaikan sesuatu masalah.
7.10       PERSONALITI
Pemimpin lelaki terbukti mempunyai personaliti kepimpinan yang boleh membina komuniti yang berdisiplin dan dapat membina iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif. Personaliti yang mulia dan dihormati dengan perwatakan mesra dan mempunyai ketegasan yang bertempat. Kapasiti minda lelaki juga tinggi iaitu berilmu dan intelek.
7.11       BERPENGARUH
Pemimpin lelaki boleh berkongsi masalah serta mendengar secara empati dan tidak mudah dipengaruhi oleh masalah-masalah pekerja. Cara bersosial lelaki lebih bermutu daripada wanita kerana cara sosial lelaki biasanya lebih kepada meluaskan empayar perhubungan antara satu sama lain. Mereka lebih suka berkenalan dan dikenalkan kepada individu yang lain. Tetapi jika kita lihat kepada wanita, mereka lebih kepada perhubungan antara kelompok mereka sahaja. Mereka lebih mudah untuk bermasalah antara satu sama lain.


8.0    KEPIMPINAN WANITA DI MALAYSIA
Sejak zaman dahulu lagi, kewibawaan wanita sebagai pemimpin sememangnya sudah kelihatan. Walaupun wanita seringkali dibayangi oleh cara dan kepimpinan lelaki, namun begitu perlu kita akui yang golongan wanita juga mampu membuktikan kebolehan mereka mentadbir sama seperti lelaki.
Jika dilihat keadaan sosio politik di negara ini, kebanyakkan ibubapa Melayu akan memberhentikan anak perempuan mereka dari sekolah selepas beberapa tahun belajar kerana takut anak perempuan mereka menajdi anak dara tua dan tidak berkemungkinan untuk mendapat suami yang baik.
Namun begitu ada tanggapan lain bahawa seorang anak perempuan yang terpelajar akan meningkatkan lagi martabat bapa dan keluarganya memandangkan yang ia akan mendapat pasangan hidup daripada golongan yang baik-baik
Kini, senario yang wujud dalam profesion kepimpinan di Malaysia adalah bilangan pekerja wanita pemimpin wanita telah melebihi pekerja lelaki dan pemimpin lelaki. Ini adalah kerana pemilihan pemimpin tidak hanya berdasarkan jantina, sebaliknya perlu berlandaskan kriteria seperti kemampuan, kekananan, pengalaman dan tahap keilmuan individu itu sendiri.
Sering dikatakan bahawa pekerja wanita atau pemimpin wanita di sesebuah sekolah selalunya menghadapi dualisme dalam bebanan tugas iaitu sebagai pekerja atau pemimpin dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga. Di samping itu, pemimpin wanita juga berhadapan dengan cabaran peribadi iaitu ekspetasi masyarakat terhadap pemimpin wanita yang sentiasa dikaitkan dengan sifat penyayang.
Untuk pengetahuan anda, bukanlah mudah bagi pemimpin wanita untuk menberi arahan kepada kakitangan atau staf di bawah pimpinannya supaya mereka dengan sukarela dan rasa tanggungjawab dalam melakukan tugas yang telah diarahkan. Menurut kajian Baron pada tahun 1987 dalam kajianya mendapati beberapa alasan yang diutarakan oleh lelaki kerana tidak mahu menerima wanita sebagai ketua adalah seperti berikut:
1.      Wanita tidak begitu yakin.
2.      Wanita mempunyai kurang pengaruh atau kuasa.
3.      Wanita mempunyai kekurangan dalam kebijaksanaan berurusan.
4.      Wanita kadang-kadang terlalu mendesak.
Kepimpinan yang berkesan meliputi memiliki pengetahuan yang luas dalam aspek pengurusan sorganisasi. Ini termasuklah pengurusan pejabat, pengurusan kepakaran, perkembangan kakitangan, motivasi kepada pemimpin bawahan, pekerja-pekerja dan kakitangan sekolah, hubungan dengan luar sekolah serta berusaha meningkatkan prestasi sekolah.
Situasi sesebuah tempat dan cabarannya mempengaruhi gaya kepimpinan dan prioriti yang ditetapkan oleh pemimpin. Gaya kepimpinan pemimpin atasan sangatlah penting dalam menetukan kejayaan sesebuah organisasi.



9.0    SITUASI KEPIMPINAN MENGIKUT JANTINA
Menurut kajian-kajian yang telah dijalankan, jantina dan kelakuan menunjukkan perbezaan dan ada yang tidak menunjukkan perbezaan langsung. Pemboleh ubah demografi seperti jantina, umur dan kelulusan digunakan untuk mengenalpasti kelakuan termasuk keberkesanan, jenis komunikasi, proses membuat keputusan, produktiviti, penglibatan, jenis konflik, pencapaian dan kuasa.
Menurut Ragins pada tahun 1991, pemimpin lelaki dan wanita dinilai oleh orang bawahan tidak berdasarkan jantina tetapi berdasarkan kuasa mereka. Jika dibandingkan kepimpinan lelaki dan wanita, lelaki dilihat lebih agresif, bercita-cita tinggi, berdaya saing dan mampu memenuhi kehendak pelanggan sedangkan kaum wanita dilihat lebih kepada seseorang yang penuh kasih sayang, lemah lembut, dan lebih mesra serta lebih sesuai mengikut pengikut.
Pemimpin lelaki lebih gemar menggunakan kepimpinan autokratik dan member arahan secara terus berbanding wanita manakala didapati pemimpin wanita lebih cenderung kepada kepimpinan intersersonal. Kajian-kajian yang dilakukan berkaitan jantina dan kepimpinan kebiasaannya menjadikan gaya lelaki sebagai piawaian dalam pengukuran kelakuan kepimpinan. Buat masa sekarang ini masih belum ada kepimpinan wanita yang menjadi piawaian untuk mengukur dalam bidang kepimpinan.
Lelaki lebih dikenali sebagai pemimpin yang berkesan dan wanita kebiasaannya memanfaatkan gaya dan kelakuan kepimpinan lelaki dalam pentadbirannya. Jadi, wanita dijangkakan akan menjadi seorang pemimpin yang semulajadi dan lebih kewanitaan. Walaubagaimanapun, semakin wanita berkuasa sebagai pemimpin, prejudis kepada golongan wanita akan bertambah hebat.
Taktik mempengaruhi orang bawahan adalah berbeza di antara pemimpin lelaki dan wanita. Wanita juga adalah jenis kurang efektif berbanding lelaki dalam member arahan. Secara teorinya, pekerja lebih mudah dipengaruhi oleh pemimpin lelaki berbanding wanita yang menggunakan kaedah yang sama.
Pemimpin lelaki juga mempunyai taktik pengaruh yang tinggi menerima tahap prestasi yang tinggi dalam kerjaya. Ini kerana lelaki lebih gemar menggunakan kuasanya untuk mencapai sesuatu perkara dari menggunakan jawatannya. Sebagai contoh, konsep “Power Over” jika  dibandingkan dengan ciri wanita yang lebih berkongsep “Power With”.
Wanita lebih cenderung untuk mendapat kuasa mereka dengan pengagihan kuasa kepada orang bawahan dan mewujudkan perubahan melalui sifat keibuan mereka dan seorang pemimpin yang prihatin. Dikatakan apabila wanita tidak menggunakan konsep feminism dalam kepimpinan, mereka dianggap pemimpin yang tidak berjaya.
Lelaki dan wanita, secara realitinya tidak menjalani pengalaman yang sama, dalam situasi ini majoritinya wanita dalam berusia lingkungan 20 an lebih cenderung untuk melihat perkembangan identiti mereka bergantung kepada perhubungan dan pergaulan dengan orang lain. Sedangkan majoriti lelaki meletakkan meletakkan keutamaan mereka secara individu. Walaubagaimanapun dalam peringkat usia pertengahan, lelaki dan wanita berkongsi transisi merentasi jantina secara anjakan besar-besaran. Mengikut transisi ini lelaki dianggap menjadi pasif, lembut dan personal manakalan wanita lebih aktif dan dominan.
Wanita yang menyuarakan pendapat adalah kurang sopan dan wanita yang pendiam pula tidak dipedulikan. Wanita juga kitakan kurang daya saing berbanding lelaki. Menurut Carless dan Druskat yang telah menyelidik tentang jantina dan jepimpinan transformasi dari pelbagai perspektif pada tahun 1998, kepimpinan transformasi lebih bersikap feminim tetapi menurut kajian Komives pada tahun 1994, dia mendapati tiada sebarang perbezaan antara lelaki dan wanita dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin melainkan dari aspek intelektual. Perbezaan kepimpinan antara lelaki dan wanita member impak yang besar dalam organisasi melalui perhubungan seharian dalam pengurusan pejabat kerana perbezaan jantina member perspeksi dan ekspetasi yang berlainan terhadap sesuatu perkara.
Kepimpinan wanita biasanya tertumpu kepada gaya feminism seperti bertimbang rasa, lembut dan keibuan. Akan tetapi, kebanyakan wanita dipertengahan usia melaksanakan gaya kepimpinan bersifat maskulin yang lebih tegas dan berkarisma. Ini disebabkan dalam pertengahan usia, wanita mempunyai lebih masa untuk bekerja memndangkan anak-anak mereka telah membesar dan konflik pengurusan keluarga telah berkurang.


10.0                    ISU KEPIMPINAN WANITA
10.1       KEKANGAN KERJAYA DISEBABKAN KOMITMEN TERHADAP RUMAHTANGGA
Sememangnya tugas wanita adalah berat kerana melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu menguruskan rumahtangga dan membina kerjaya. Kebiasaanya wanita pada peringkat umur muda sibuk dengan anak-anak, tetapi wanita yang semakin dewasa, anak-anak mereka sudah besar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya mereka.
10.2       DISKRIMINASI TERHADAP WANITA
Diskriminasi juga mungkin berlaku kerana proses penilaian dan prestasi telah dirancang. Mungkin ada golongan yang akan kurang berkenan dengan kepimpinan wanita. Gejala syiling kaca turut menjadi bukti akan kewujudan diskriminasi walaupun prestasi mereka sama dengan lelaki.
Diskriminasi biasanya berlaku dalam pemberian upah atas alasan tidak menerima latihan dan sokongan akedemik yang sama dengan lelaki, tidak mempunyai pengalaman kerja yang standing dan sesuai serta tidak mempunyai kerjaya yang tetap.
10.3       KESAKSAMAAN JANTINA
Isu kesaksamaan jantina sehingga sekarang masih tidak selesai terutama dalam bidang pendidikan. Ramai yang beranggapan bahawa wanita adalah seorang guru yang baik dan lelaki adalah pengurus yang baik. Ini kerana wanita lebih cenderung kepada bidang pendidikan untuk mendapat kesaksamaan kuasa yang sama sebagai guru. Gaya kepimpinan wanita yang berlainan daripada lelaki menjadikan wanita memahami pelajar dan kemahiran interpersonal.
            Pelajar-pelajar lebih memahami yang guru wanita boleh menjadi model yang baik kepada mereka. Namun begitu, apabila dikatakan isu kesaksamaan dan keadilan kepada semua orang adalah dilindungi oleh undang-undang dan polisi. Ini menjadikan isu kesaksamaan jantina sudah hilang.


11.0                    CABARAN WANITA DALAM KEPIMPINAN
Cabaran utama wanita dalam kepimpinan adalah faktor yang membezakan antara organisasi yang berkesan dan organisasi yang tidak berkesan. Perspeksi pekerja terhadap gaya kepimpinan pemimpin wanita mestilah sama dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Jika tidak, masalah diskriminasi akan berlaku.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kepimpinan berwibawa, cemerlang dan berkesan. Pemimpin wanita haruslah mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dengan gaya kepimpinan yang mantap dari segi struktur tugas dan hubungan interpersonal.
Selain itu, pemimpin wanita juga perlu mempunyai kemahiran melibatkan semua kerja dalam pelbagai proses membuat keputusan supaya matlamat organisasi tercapai. Selain itu, perlu juga menyediakan jaringan komunikasi yang berkesan untuk pekerja dan pihak lain.
Tambahan pula, pemimpin wanita perlulah prihatin tentang keperluan dan kebajikan pekerja-pekerja  agar mereka sentiasa bermotivasi tinggi. Kepuasan dan keseronokan bekerja akan meletakkan tugas yang diberikan adalah sessuatu yang penting. Pemimpin wanita harus cekap dalam mewujudkan iklim tempat kerja yang kondusif supaya pekerja-pekerja dapat bekerja dalam satu pasukan  dan saling bantu-membantu.
11.1       HALANGAN-HALANGAN DALAM KEPIMPINAN WANITA
Sebagai wanita, sudah tentu akan wujud pelbagai halangan dalam kepimpinannya. Anggapan dan tingkah laku terhadap kemampuan dan kebolehan wanita dalam mentadbir. Ini kerana budaya maskulin dalam istitusi atau organisasi sudah menjadi budaya sejak dahulu kala lagi.
            Selain itu, wanita juga dikatakan bersikap susah untuk memohon kenaikan pangkat disebabkan oleh faktor gender yang meragui pelbagai pihak dalam kepimpinan. Jika tugas wanita dalam kepimpinan bertambah, maka wanita tersebut mungkin akan megalami masalah kekurangan masa penjagaan kanak-kanak dalam keluarga masing-masing.
            Peranan yang perlu dimainkan oleh wanita dalam satu masa iaitu kerja di rumah dan tempat kerja. Ini akan menyebabkan mereka akan mengalami masalah kekurangan masa dan peluang untuk menjadi pemimpin.
12.0                    RUMUSAN
Dalam negara mengalami proses kepesatan pembangunan, mutu kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius. Gaya Kepimpinan yang mantap dan kepuasan kerja yang tinggi dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap profesionalisme pemimpin di negara ini. Gaya kepimpinan yang berkesan sering kali dilihat menyumbangkan kepada tahap kepuasan kerja yang tinggi. Selari dengan itu, Kerja kursus ini telah melihat sedikit sebanyak tentang hubungan antara gaya kepimpinan dengan hasil kerja.
Sebagai pemimpin di sesebuah organisasi, pemimpin wanita selalunya menghadapi masalah dualism di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga. Gaya kepimpinan paling efektif akan berubah mengikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang paling efektif. Semua jenis gaya kepimpinan sesuai diamalkan di mana-mana organisasi tetapi haruslah mengikut keadaan dan suasana semasa. Perkara yang paling penting ialah pemimpin haruslah memainkan peranannya dalam membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di organisasi dan seterusnya mencapai hasrat dan harapan semua pihak. Ingatlah tangan yang menghayun buaian boleh mengongcang dunia.
Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding lebih lima puluh tahun dahulu. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah kerana tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Apabila kita mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain.
Memang kita akui wanita sendiri kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana lelaki namun dalam sesetengah keadaan golongan lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja yang boleh dilakukan oleh wanita. Justeru itu kita harus ingat bahawa tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rational. Kita tidak harus meletak wanita sebagai golongan lemah kerana mereka juga berkemampuan dan berkredibiliti. Wanita sebagai isteri, ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin.



13.0                    BIBLIOGRAFI
Collard, John L. 2001 Leadership and gender: An Australian perspective. Educational        Management and Administration 29 (3) : 343-55.

Halpin, A.W. 1996. Theory in research in administration. New York: The MacMillan
            Co.

Harvey, T. & Donaldson, G. 2003. Professional vitality: Do you have it? Principal :The       Embattled Principal 83 (1) : 30-33.

Hersey, P. & Blanchard, K.H. 1977. The management of organizational behaviour.            Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Hersey, P. & Blanchard, K.H. 1982. Management of organization behaviour, utilizing,human       resources. 4nd. Ed. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Hussine Hangah @ Haji Hangah. 1998. Gaya kepimpinan wanita Fakulti Pendidikan,         Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ibrahim Mamat.1993. Kepimpinan organisasi: Teori untuk praktis. Kuala Lumpur: Dewan            Bahasa & Pustaka.

Langer, S. & Boris-Schacter, S. 2003. Challenging the image of the American principalship.         Principal: The Embattled Principal 83 (1) : 14-18.

Mehrabian, A. & Bank, L. 1978. A questionnaire measure of individual differences in       achieving tendency. Educational and Psychological Measurement 38 : 475-478.

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa        & Pustaka.

Sidik Mohd Noah. 2002. Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis. Serdang:   Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan (2008) – Abdul Ghani Abdullah Phd, Abd.Rahman        Abd. Aziz, Mohammed Zahir Ahmad

Teori dan Teknik Kepimpinan (2003) – Ainon Mohamad ,Abdullah Hassan,

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online