sampai sini -->

20 January, 2012

CIRI-CIRI DAN KEGUNAAN MYKAD

MYKAD BUKAN SEKADAR KAD PENGENALAN
Pelbagai Aplikasi disediakan dalam MyKad untuk kemudahan orang awam...
Antara aplikasi yang paling popular digunakan adalah aplikasi LESEN MEMANDU (lebih 4 juta pengguna) &
TOUCH 'N GO (lebih 5 juta pengguna).
Mereka telah pun menggunakannya .. Bagaimana dengan anda ?
Bersama-samalah kita meningkatkan lagi penggunaan teknologi yang kita miliki ini.
Jadikan MyKad Keistimewaan Anda Sebagai Rakyat Malaysia.
BAGAIMANA CARANYA?
MyKad sebagai Lesen Memandu
1)
Mohon untuk masukkan maklumat lesen memandu anda ke dalam MyKad di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pos Malaysia Berhad.
2)
Semasa pemeriksaan oleh JPJ @ PDRM, kemukakan sahaja MyKad  anda untuk memberikan maklumat lesen.
*Terhad untuk  lesen memandu Competent Driving Licence (CDL) dan Lesen Percubaan (PDL) sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Unit Khidmat Pelanggan  JPJ @ 03-88866492
atau
e-mel  kepada : onehelp@jpj.gov.my.
atau
Unit Khidmat Pelanggan  JPN @ 03-8880 7077 / 7071 / 7067
atau
e-mel  kepada : pro@jpn.gov.my.
MyKad sebagai Kad Touch 'n GO
1)
Bagi MyKad yang mempunyai logo Touch 'n GO anda  hanya perlu menambah nilai Touch 'n GO di kaunter-kaunter Touch n' Go atau di mesin ATM.
2)
Gunakan MyKad sebagai kad Touch 'n GO di mana perkhidmatan yang membenarkan pembayaran menggunakan  perkhidmatan Touch 'n GO seperti di Plaza Tol , Sistem Pengangkutan Awam (LRT dan Rapid KL), Taman Tema dan sebagainya.
Pertanyaan lazim berkaitan MyKad-Touch 'n GO
Sekiranya MyKad saya hilang atau tidak berfungsi, adakah wang saya akan dikembalikan?
1) Mykad Hilang atau Tidak Berfungsi
Sekiranya MyKad anda hilang atau tidak berfungsi, sila mohon penggantian hilang/rosak di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan gantian MyKad baru dengan segera Anda juga boleh mohon gantian MyKad menerusi Sistem Gantian MyKad JPN di (http://mykadganti.jpn.gov.my).

Terkini
Pohon MyKad menerusi sistem ini dengan pilihan pusat kutipan JPN Putrajaya atau anda datang sendiri ke kaunter JPN di sana, MyKad anda akan siap dicetak dalam tempoh 24 jam.
2)
Pemulangan Baki Wang
Bagi urusan pengembalian wang dalam MyKad, anda boleh hubungi Touch n' Go Careline Centre di talian 03-7628 5115;  atau E-mel  :  careline@ touchngo.com.my; atau di mana-mana pejabat Touch 'n GO terdekat bagi urusan pemulangan baki wang anda. Anda juga boleh memasukkan semula baki wang anda ke dalam MyKad baru melalui pejabat Touch 'n GO tersebut. Anda juga boleh hubungi JPN di talian 03-8880 7077 / 7071 / 7067 untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan ini.


SUMBER: http://mykadganti.jpn.gov.my/promosi.php

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online