sampai sini -->

16 December, 2009

Al Quran Undang-Undang Tertinggi Malaysia

Baru ini saya bertanya dengan Mak Cik Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan beragama di Malaysia seperti di bawah:

Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab; Wikipedia

Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di Malaysia, dan mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah dengannya adalah tidak sah dan menjadi terbatal.

Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana perlaksanaan undang-undang hari ini berasaskan fahaman yang terpesong dari maksud sebenar Perlembagaan. Ini kerana mereka menafsirkan perkara 3 (1) Perlembagaan sebagai bermaksud Islam agama rasmi di Malaysia. Ini adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa faktor dan antara fahaman terpesong kerana pengamal undang-undang tidak memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak pernah dicabar di Mahkamah.

Sekarang saya kemukakan alasan-alasan seperti di bawah:

Perkara 4 (1) menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, dan mana-mana undang bertentangan dengannya menjadi terbatal. Undang-undang yang boleh menjadi terbatal dan tidak sah ialah semua undang-undang selain Perlembagaan, termasuk Kanun Jenayah dan peraturan kecil dsbnya. Kesemuanya mesti tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Perkara 4 (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Bagi memudahkan pemahaman, kita anggap Perlembagaan seumpama bapa dan undang-undang selainnya seumpama anak. Oleh itu arahan anak tidak boleh mengatasi arahan bapa. Persoalan lain samada badan Perundangan (Peguam Negara), Kehakiman (Ketua Hakim Negara), Eksekutif (Perdana Menteri), YDPA/Sultan, dasar-dasar parti politik, perjanjian-perjanjian, dan semua badan/individu tertakluk di bawah Perlembagaan? Ya! Kesemuanya tertakluk di bawah Perlembagaan dan tidak terkecuali. Sebarang undang-undang, perjanjian atau perlaksanaan bertentangan dengannya menjadi terbatal dan tidak sah.

Seterusnya Perlembagaan memperuntukan Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Perkara 3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Perkara 11 (1) memperuntukkan: Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Alasan Ringkas

Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah bagi dakwaan Al-Quran & Hadis sebagai undang-undang tertinggi ialah:

Reason:

1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi
2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan
3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan
4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan mesti membenarkan perlaksanaan ibadah mengikut Al-Quran & Hadis

Conclusion: Ini bermaksud Perlembagaan mesti membenarkan ibadah terkandung di dalam Al-Quran & Hadis, dan termasuk perlaksanaan undang-undang Islam. Oleh itu ini membawa maksud undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.

Namun itu kenapakah salah faham ini terjadi?... Hidup Islam!!

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online