sampai sini -->

01 July, 2012

DAPATKAN SEMULA DATA YANG DIPADAM(DELETE)


Ada kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tapi post kali ini ingin memberitahu tentang isu file yang hilang kerana telah terdelete atau terpadam.

Mungkin ramai antara kawan-kawan anda yang memberitahu bahawa file yang telah dipadam akan terus hilang. Ada juga yang menyatakan bahawa data yang dipadam itu kita boleh dapatkan semula di recycle bin. Ada juga yang memberitahu bahawa file atau data yang telah dipadam secara permanent tidak mungkin akan dapat balik. Lost is lost katanya.


Sebenanya mereka telah menipu anda. Sebenarnya anda masih ada kebarangkalian/probability untuk dapatkan  file tu balik adalah besar. Ini kerana sebenarnya apabila kita delete  sesuatu file itu, bermakna file itu bukan dipadam tapi membenarkan file atau data lain ditulis semula di atasnya(atau dipanggil overwrite.

Berbeza dengan file yang dipadam tetapi masih ada didalam recycle bin. File itu masih wujud dan tidak membenarkan file atau data baru di tulis diatasnya.

Jika anda betul-betul memerlukan file yang telah dipadam, anda hanya perlu dapatkan semula dengan software khas(rujuk di bawah). Cuma berharap agar ruang file tersebut masih belum ada file lain yang telah overwrite di atasnya. Jika ruang utk file lama telah digunakan untuk file baru, maknanya file tersebut telah betul-betul hilang.

http://www.recovermyfiles.com/
http://www.officerecovery.com/freeundelete/
http://www.easeus.com/datarecoverywizard/recover-deleted-files.htm
http://www.diskdoctors.net/undelete/software.html

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online