sampai sini -->

27 October, 2010

Mencegah atau Merawat Penyakit Ikan

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara mengatasi masalah PENYAKIT IKAN yang biasa kita bela di rumah. Jika ikan-ikan yang dibela oleh anda mengalami masalah jangan panik, sebaliknya silalah bertanya kepada yang pakar contohnya penjual ikan di mana mana yang berdekatan jika anda tidak tahu ataupun baca apa yang telah saya kongsikan di bawah sehingga anda faham. Kalau anda masih tidak faham, tanya la orang. Kalau masih tidak faham, jangan bela ikan. Cari hobi lain ok? hehe..

OK...Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh patogen (agen-agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :-
a) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit)
b) Kulat
c) Bakteria
d) Virus
e) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran

i) Penyakit Primer
Penyakit ini sering berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalinya. Ini berlaku apabila kita mencampurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit kerana ikan tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak ikan.

ii) Penyakit sekunder
Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan menyebabkan ikan senang diserang oleh patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen tetapi dengan adanya faktor-faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi lemah dan daya ketahannya tidak cukup kuat untuk melawan serangan patogen.
I. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT
Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit).
Definasi Parasit:
Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam Luar badan
organisma yang lain tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut.
1. Penyakit Bintik Putih (white spot)
Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis
Parasit tersebut akan menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel tisu dan darah.ini akan menyerang teutamannya kepada semua jenis ikan antaranya anak-anak ikan.
Ukuran 0.5 – 1 mm
Ukuran 0.5 – 1 mm (gambar oleh DOF Malaysia)
Tanda tanda penyakit
peringkat Permulaan:
- Ikan akan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut
- Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh badan ikan
- terdapat tompok-tompok putih dan kelihatan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan
insang dan menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul permukaan air untuk bernafas;
- Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar;
peringkat serius:
- Ikan tidak makan
- Mata menjadi kelabu.
Rawatan
new-picture.jpg
Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dikeringkan dan dimasukkan kapur
dengan kadar 1.5 tan sehektar.
Cara-cara rawatan
(i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangka masa yang singkat.
- Ikan diletakkan di dalam tangki atau bekas kecil.
- Ubat perlu dimasukkan ke dalam tangki. keluarkan ikan selepas beberapa minit.
- Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan kepada ikan
(ii) rendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangka masa yang panjang
- Dos ubat yang digunakan adalah rendah dan tidak menyebabkan tekanan kepada ikan
- Ubat perlu dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan tesebut sembuh dan kesan ubat akan hilang dengan sendirinya.
- Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa hari.
2. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella
Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala
besar dan Lampan jawa
Trichodina sp
Trichodina sp. (gambar oleh DOF Malaysia)
Chilodonella sp
Chilodonella sp. (gambar oleh DOF Malaysia)
Tanda-tanda penyakit sama seperti penyakit bintik putih
Rawatan
3254356.jpg
3. Myxosporidiosis
Disebabkan oleh parasit Myxobolus dan Henneguya
Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa
Kedua-dua parasit tersebut terdapat pada insang. Bagi Myxobolus, ia juga terdapat pada kulit. Parasit ini berbentuk sista (mengandungi spora-spora ) dan akan pecah apabila matang. Spora-spora akan dilepaskan ke dalam air dan jangkitan akan berlaku
Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi pucat (serius ).
-Sista berwarna putih dan parasit yang bulat (ukuran 2-4 mm) akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok
- Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus );
- Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan.
Rawatan
Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal
dan mencegah penyakit daripada berlaku
4. Dactylogyrosis (penyakit kutu insang)
Disebabkan oleh: Parasit Dactylogyrus
Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak dan Kap kepala besar.
Parasit yang matang melekat pada insang bertelur
Dactylogyrus sp
Dactylogyrus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)
Tanda-tanda penyakit
- Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal );
- Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak boleh tertutup dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas.
Rawatan
klkl.jpg
5. Gyrodactylosis (penyakit kutu insang)
Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus
Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa. Parasit ini menyerang bahagian permukaan badan sahaja
Tanda-tanda penyakit
Sama dengan penyakit bintik putih
Rawatan
Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.
6. Argulosis (kutu ikan )
Disebabkan oleh: Parasit Argulus
Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garispusat. Argulus boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan.
Ikan yang diserang adalah kap rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.
Argulus sp
Argulus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)
Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh parasit;
- Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat;
- Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi.
Rawatan
babai.jpg
Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dokeringkan dan dikapor dengan
kadar 1.5 tan sehektar.
7. Lernaesis (cacing sauh )
Disebabkan oleh: parasit Lernaea sp.
Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap
kepala besar dan kap biasa.
Lernaea sp
Lernaea sp. . (gambar oleh DOF Malaysia)
Parasit ini menyerang bahagian permukaan luar badan ikan dengan menghisap
bendalir ikan dan mengakibatkan kerosakan tisu kepala, mata, ekor dan sirip
Tanda-tanda penyakit
- terdapat tanda-tanda merah pada badan;
- Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan.
Rawatan
fhiu.jpg
II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman )
Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah. Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah:
i) Trematoda Digenetik
ii) Nematoda ( cacing gelang )
iii) Cestoda (cacing peta)
1. Trematoda Digenetik
Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan tersebut buta
2. Nematoda dan cestoda
- Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot, pundi, usus dan didalam mata;
- Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh itu, tidak boleh digunakan sebagai induk;
- Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau kematian berlaku, ianya tidak serentak.
Rawatan
Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan
mencegah parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.
III. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT
1. Saprolegniasis
Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti
kesesakan ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, luka-luka
pada badan ikan apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa
pengendaliannya.
Tanda-tanda penyakit
- Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kapas pada badan ikan;
- Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat;
- Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan ikan dan juga menyerang telur-telur ikan.
Rawatan
fsr5.jpg
IV. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA
Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud,
bakteria akan menyebabkan penyakit.
Tanda-tanda penyakit
- Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda kemerahan-merahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser;
- Ikan tidak berselera untuk makan;
- Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak;
- Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak;
Rawatan
Furanace 0.05ppm sehingga sembuh
V. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS
Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat dilihat dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan penyakit bakteria dan tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan adalah hampir sama seperti penyakit bakteria.
VI. PENGAWALAN PENYAKIT
A) Faktor-Faktor Tekanan
Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut.
i) Suhu
Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan persekitaran (air), dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:
a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba;
b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam.
ii) Sumber dan Mutu Air
Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 – 9.0 .
iii) Pengendalian
Pengendalian adalah perkara penting di mana pengendalian yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.
iv) Faktor Kesesakan
Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor kesesakan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.
v) Makanan
Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang, Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.
B) Ciri-Ciri Kolam
Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.
C) Pengawalan Patogen
- Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakkan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea.
- Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
- Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menanggalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.
- Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
- Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.
- Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.
- Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.
VII. KHIDMAT BANTUAN JABATAN PERIKANAN
Unit Penyakit Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di Pusat Penyelidikan Perikanan Likas bertanggungjawab terhadap pengenalpastian penyakit yang menyerang ikan ternakan tempatan dan mencadangkan rawatan yang sesuai. Sekiranya para penternak mengalami masalah wabak penyakit di kolam ternakan, segeralah menghubungi Pejabat Perikanan Daerah atau terus ke Pusat Ppenyelidikan Perikanan Likas, untuk meminta bantuan yang perlu.

dipetik dari http://leoxa.com/aquaticfarm/2007/05/24/penyakit-dan-rawatan-ikan-air-tawar/

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online