sampai sini -->

16 October, 2010

Intipati Bajet 2011


Bajet 2011 sangat luar biasa sehingga pihak pembangkang terutama pihak DAP dan PKR sendiri terkejut dan ruang untuk dikritik pembangkang agak tipis. Tetapi yang menjadi persoalan saya ialah, mampukah kerajaan melaksanakan semua itu? Sehingga Lim Guan Eng sendiri yang sentiasa menkritik tidak percaya kerana pihak pembangkang pun tidak percaya mereka mampu buat jika mereka memerintah.  Jadi pada pandangan saya la, jikalau kerajaan BN mampu melaksanakan semua bajet 2011, ini bermakna kerajaan bersedia untuk berubah dan kerajaan sekarang jauh lebih baik dari pembangkang. Terima kasih pembangkang kerana sentiasa mengkritik.

Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah  :

1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.
2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008 .
3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.
4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan.
5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF
6) Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi.
7) KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020
8 ) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat
9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.
10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera
11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.
12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.
13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )
14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanianP/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.
15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA
16) Sektor pelancongan –
  1. peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar
  2. pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC – Bukit Bintang
  3. susun semula jabatan penerbangan awam
17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.
18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan…ke atas semua jenis telefon bimbit
19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit
20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan
21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris
24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.
26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.
27) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon
28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.
29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011
30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU …
31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta
32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.
33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama
34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung
35) Harga barang – Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS
36) : Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara
37)Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50
38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011
39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta
40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi
41) Kerajaan setuju mansuhkan sistem penilaian kecekapan awam dan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai menjelang Jun 2011
42) PERUNTUKKAN RM365 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PENGANJURAN SUKAN
43) Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk kakitangan kerajaan
44) Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini
45) RM6.9 BILION UNTUK INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online