Pernahkah kita dengar orang kata “Kalau ada jodoh, tak ke mana”, “tak ada jodoh”, “jodoh tak panjang” dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Mungkin kita sering menggunakan ayat tersebut. Tapi mungkin kita tak berapa paham secara mendalam maksud jodoh tu atau mungkin kita langsung tak paham. Ramai antara kita yang biasa berkata "ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah". Memang betul itu semua. Jadi, berdasarkan topik jodoh ini, saya akan berkongsi sedikit pendapat dan apa yang saya tahu tentang jodoh.
Memang terakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Namun begitu, perkkara ini sukar untuk difahami dan dijelaskan kerana ia memerlukan huraian yang panjang lebar dan jelas kerana ia berkait rapat dengan Qada' dan Qadar.
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.
Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.
Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.
Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia
Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.
Allah S.WT. berfirman:
'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)
Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:
'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '
(An-Nisa':1)
Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.
Berbalik tentang jodoh, seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada takdir semata-mata. Janganlah kita berfikiran kerana jodoh pertemuan di tangann tuhan, maka kita tidak berusaha untuk mencari jodoh dengan hanya menunggu sahaja. Bagi saya, prinsip ini bercanggah dengan ajaran Islam. Kita sepatutnya berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari jodoh dah bertaqwa kepada kepada Allah. Biarlah kejayaan itu ditentukan Allah. Jikalau kita sudah berusaha namun masih belum berjumpa dgn jodoh kita, anggap sahaja masanya belum tiba. Namun begitu teruskanlah berusaha dan berdoalah memohon kepadanya kerana doa itu senjata orang mukmin.
Jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tiada seorang pun yang tahu jodoh dan pertemuannya di dunia ini. Diingatkan supaya usaha yang dilakukan itu selaras dengan syariat. Kadangkala ada di kalangan kita yang mendapat jodoh hasil dari pilihan orang tua mereka. Tidak semestinya pilihan mereka itu tepat tetapi biasanya ibu bapa memilih yang terbaik untuk anak mereka. Manakan ada orang tua yang mahukan anak mereka hidup sengsara kecuali mereka yang hanya mengejar keduniaan demi matlamat hidup mereka sendiri.
Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan.
Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan. Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
Yang kedua pula ialah Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung.
Info ini dari cerita Syurga Cinta. Huhuhuhu. Saya pon kadang-kadang layan jugak cerita mcm ni. Jadi, kita seharusnya terima sahaja apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita kerana Allah tahu apa yang trbaik untuk kita.
No comments:
Post a Comment