Tahukah anda bagaimana biasanya kemalangan yang membabitkan dua atau lebih kenderaan berlalu? Kejadian seperti ini biasanya berlaku apabila sesebuah kenderaan mahu memotong kenderaan di hadapan mereka. Tahukah anda kenapa kenderaan yang berada di belakang mahu memotong kenderaan di hadapan? Ini kerana kerana kenderaan di hadapan lebih perlahan pergerakannya berbanding kenderaan di belakang itu.
Pada pendapat saya, kelajuan tidak menjadi faktor utama kemalangan sebenarnya. Kelajuan tidak membunuh, tetapi KEBODOHAN dan KECUAIAN serta KETIDAKSEDARAN DIRI SENDIRI yang membunuh.
KENAPAKAH?
Saya bagi contoh dahulu.
Walaupun bawak 50km/h, tp pemandu cuai tak tengok depan pon boleh langar budak skolah yang lintas jalan atau awek cun yang lintas jalan.
Walaupun bawak 40km/h, tp sbb mmengantuk dan degil tak nak rehat atau berhenti pon boleh masuk gaung atau masuk bawah treler.
Walaupun bawak 30km/h, tp tak bagi signal nak masuk kanan pon boleh kena langar dengan sesiapa sahaja yang ikut peraturan had laju.
Lepastu takkan jalan bandar dua lane pon nak bawak 180km/h. Lu gila ka apa? kita perlu tengok situasi la. Kalo kes mcm ni baru betul kelajuan membunuh. Jalan dalam kampung ko hentam pedal minyak sampai cecah 200km/h buat ape? Tu baral dan bahalol namanya.
Tahukah anda temppat yang bernama Autobahn yang berada di Jerman dibenarkan membawa 300km/h tetapi statistik kemalangan sangat jauh berbeza dengan Malaysia. Ini kerana kebijaksaan dan disiplin pengguna jalan raya itu. Pengguna jalan raya di temppat mereka sedar diri, dan bertanggungjawab. Ini tidak "ikut aku la, aku pon bayar roadtax ape"
Ini tidak, pengguna kat Malaysia ni walaupon dah tahu kereta dia tu slow macam siput sedut seerreehhhhhhhhh seeerreeehh, pon ade hati nak duduk lane sebelah kanan atau fastlane. Walaupun kena hon berkali kali pon masih degil dengan alasan, "lu ingat jalan ni bapak lu punya ka?" memang la bukan, "Luu la yang buat jalan ni macam jalan bapak lu punya"
Cuba kita fikir, kalau kita bawak 60km/h pon padahal jalan tu hadlaju 110km/h. Anda memang pentingkan diri sendiri, cuba anda lihat dibelakang anda. Berapa panjangkah kenderaan yang beratur dan di hapan anda kosong. Jika anda pernah berada dalam situasi seperti ini sila ubah sikap anda dan jika kereta anda tidak mampu bergerak seperti mana kenderaan lain, sila elakkan berada di atas jalanraya yang sesak pada waktu puncak.
Jadilah pengguna lajanraya yang sedar diri dan berdisiplin dan bertimbang rasa. Kepada kenderaan yang menggunakan transmisi manual tu sila pikir keaadan orang yang pakai transmisi auto la jugak.. Kebiasaannya kenderaaan yang menggunakan transmisi auto ni akan berapa pada top gear pada kelajauan tertentu sahaja seperti toyota Hilux berada pada top gear dgn kelajuan 90km/h. Jangan fikir anda sorang sahaja nak jimat minyak tp kenderaan orang lain yang pakai auto ni tak habis gear pon.. Enjin berdering je.
Cuba anda bayangkan anda berada dalam situasi jalan raya yang sangat jem dan pergerakan sangat perlahan ketika anda mahu cepat untuk sampai ke destinasi. Sesiapa yang tidak tahan sabar akan menyumpah seranah dan maki hamun dan mencarut yang bukan bukan kerana puncanya hanyalah sebuah kereta yg bergerak perlahan.
Lagi satu, kebiasaaan kemalangan berlaku apabila sesebuah kenderaan mahu memotong dan sedang memotong kenderaan di hadapannya. Dah tahu kereta tu tak pikup, nak jugak memotong walaupun dah tahu kenderaan pada laluan bertentangan tu dah dekat. Lainla kalau pikup mcm ferrari. Rasanya puspakom perlu membuat undang2 supaya setiap kenderaan dijalan raya mampu memotong dari kelajuan normal dalam masa yang di tetapkan.
Kepada semua pengguna jalan raya atau jalan mane mane la. Sila la mengikut peraturan jalan raya dan yang paling penting silalah berdisiplin dan jangan pentingkan diri sendiri. Takkan JPJ nak buat undang2 macam Jerman kot, nak amik lesen kena bayar beribu2. Lepastu kena duduk asrama dekat sekolah memandu selama 2 minggu. Tapi rasanya ada bagus jugak buat macam ni. huhu.
Baru baru ini kita ada mendengar pendapat yg mahukan hadlaju di jalan raya perlu dikurangkan, ini pendapat yang kurang cerdik. Jika ada hadlaju maksima, perlu ada hadlaju minima. Tetapi agak susah untuk kita menjumpai papan tanda had laju minima ini. Tidak perlulah kita mengurangkan hadlaju kerana zaman sekarang terdapat banyak kereta yang semakin laju dan mampu bergerak agak laju dengan keaadan yang sangat stabil. langkah ini akan menyebabkan bertambah kesesakan jalan raya dan menyebabkan kemalangan lebih kerap berlaku. Ini kerana pengguna jalan raya akan mula hilang sabar dan mereka akan mula menjadi bodoh apabila berada dalam kesesakan ketika mereka mahu cepat dan pantas sampai ke destinasi.
Pada pendapat saya juga, JKJR perlu memperbesarkan laluan terutama di kawasan selekoh. Mungkin kosnya agak tinggi tetapi lebih baik dari memasang CCTV yangg hanya merakam kemalangan, bukanya mencegah.
Sekian sahaja.
emosinye..huhu..
ReplyDeletetp mmg btol pun..
slh satu punca besar berlakunye kemalangan ialah cuai..T_T
huhu..
ReplyDeletemmg dasyat...
ak jem dr seremban 9PM - 2AM...
parop2......
huhuhu..
ReplyDeletekes kemalangan hari tu dengar orang crite la..
ade kenderaan tu bawa slow sgt..pastu standard la bas kalo bawa pon 90-110km/h..cuba byangkn bas yg lajunya 100km/h nak potong kereta kat depan yg bawak 50km/h..pastu bas tu nak mengelak, tp standard la benda besar n berat mane bole pusing stereng mengejut..sbb tu la sampai terbabas masuk lane sbelah tu..bas kalo bawak 80km/h pon mane bole menyelit mcm ferrari.. kerajaan patut pacak papan tanda hadlaju minima dan speedtrack untk kederaan yg slow mcm siput sedut dkat highway..dia ingat nak makan angin ke atas highway..buat highway sndiri la..