sampai sini -->

17 May, 2011

Perlawanan Akhir Piala FA - Terengganu dan Kelantan

Seperti yang dijangka oleh semua pihak, kali ini perlawanan akhir Piala FA adalah diantara Terengganu dan Kelantan.


Kedua-dua negeri ini mempunyai jentera serangan yang sangat hebat lebih-lebih lagi Terengganu yang mana boleh dikatakan kesemua jentera serangan berfungsi dengan baik. Tidak lupa juga Kelantan juga mempunyai jentera serangan yg mantap. Terengganu mempunyai Ashaari Samsudin dan Kelantan mempunyai Shahrul Idlan Talaha(rakyat Terengganu) yg merupakan penyerang skuad kebangsaan.


Dari segi pertahanan pula, Terengganu juga agak menyerlah dengan adanya pertahanan yg boleh dikatakan agak kebal dengan adanya zubir dan marzuki yg dikatakan agak menyerlah sebagai bentenmg pertahan. Tapi kita jangan Lupa, Kelantan mempunyai Khairul Fahmi Che Mat yg agak popular setakat ini. Terengganu juga mempunyai penjaga gol kebangsaan iaitu Sarbini Alawee yg menjadi penjaga Gol Utama Kebangsaan sebelum diganti oleh Khairul fahmi kerana mengalami kecederaan.


Sekarang ini di dalam liga pula, Kelantan berada pada kedudukan teratas dan Terengganu berada di tangga kedua. Kedua-dua kumpulan ini sangat konsisten. Dari segi peminat pula, sudah tentu Kelantan mempunyai peminat yang sangat fanatik dan ramai. Kompem stadium akan penuh nanti.




Keputusan 1leg dan 2nd leg separuh akhir Piala FA 2011


1st leg : 2 Pahang vs Terengganu 3
2nd leg :2 Terengganu vs Pahang 0
= Terengganu mara ke final dengan aggregate 5-2


1st leg : 1 Selangor vs Kelantan 5
2nd leg :1 Kelantan vs Selangor 1
= Kelantan mara ke final dengan aggregate 6-2


Rumusan tentang perlawanan malam tadi:


Anda boleh lihat dilaman web sokernet yang lengkap dengan jaringan gol beserta ulasan ringkas oleh mereka youtube.com merujuk link dibawah ini:


Kelantan vs Selangor 2nd leg – dilihat kelantan banyak peluang untuk menghasilkan gol (10 peluang katanya) . Tuan Rumah (Kelantan) garang pada minit ke 9, meledak gol pertama oleh Syakir Shaari. Namun pada minit ke 78, tuan rumah (selangor )mengikat kedudukan 1-1 sama dijaringkan oleh Rudie Ramli.


Terengganu vs Pahang 2nd leg Penyu yang beraksi cemerlang, dijaringkan oleh Abdul HAdi Yahya pada minit ke 36 dan minit ke 85 oleh Mohd Alimi Fahmi Kamaruddin.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online