sampai sini -->

12 May, 2011

NASI LEMAK HARAM KE SEKOLAH

Melihat kepada tajuk di atas. Apa ke BANGANG sangat jadi macam tu? Hahaha. Tengok, aku pon dah naik angin dengar pasal ni..Walaupun perkara ni dah lama tapi aku tetap rasa nak kupas jugak isu ni. Secara tiba-tiba je nasi lemak diharamkan..tapi aku dengar masih dalam pertimbangan. Tak kisah la apa status nasi lemak di sekolah sekarang. 

Tetapi, sangat tidak adil masalah obesiti dikalangan remaja dan budak sekolah disebabkan oleh masalah lemak. Ini tindakan yang sangat tidak bijak bagi aku. Kenapa salahkan nasi lemak?????????? Sebab nama dia LEMAK???? Arahan Menteri Kesihatan adalah sagat tidak tepat dan bagi aku sangat salah. Kenapa nasi lemak woi!!!??? 

Jika kita lihat dan bandingkan nasi lemak dan beberapa makanan yang lain, ternyata masih banyak makanan lain yg menyumbang kepada obesiti. Malas la nak senaraikan. Pergi kantin sekolah, tengok sendiri la. Jika Kementerian Kesihatan nak menyalahkan makanan berlemak sebagai punca masalah obesiti pelajar, mereka mesti melihat kepada beberapa makanan  yg lain yg ternyata lebih berlemak dan boleh memudaratkan kesihatan seperti makanan di McD, Burger King, Starbuck, A&W dan lain2 lagi la. Kenapa tak haramkan je kedai-kedai macam tu? Kenapa tak haramkan je pelajar sekolah ke tempat tersebut? hanya golongan dewasa sahaja yg boleh ke tempat tersebut. KENAPA???????????????

Kenapa Kementerian Kesihatan mahu menutup periuk nasi peniaga2 nasi lemak? Sebelum ni tak ada masalah pun.. Secara tiba-tiba je haramkan. Bukannya ada BABI pon dalam tu. Memang tidak dinafikan nasi lemak juga mengandungi kolestrol tapi adakah ianya tinggi atau terlalu tinggi? Pelajar dari zaman jepun lagi makan nasi lemak takda la ramai yg jadi gemok sebab makan nasi lemak. Memang sekarang masalah obesiti agak membmbangkan tetapi nasi lemak bukan puncanya. Mustahil untuk saya katakan bahawa Kementerian Kesihatan tiada ilmu tentang pemakanan dan maklumat tentang nasi lemak.

Jika nak kawal masalah obesiti sekalipun, bukan makannan yang dikawal. Kawalah cara hidup. Galakkan rakyat bersukan dan beriadah. Haramkan permainan video seperti PS2, PS3, XBOX dan apae2 lagi la yang sama waktu denagnnya. Wajibkan pelajar bersukan. Bukan haramkan nasi Lemak!!!!!!!! Ramai pihak yg katakan itu adalah tindakan yg sangat BODOH dan tidak WARAS!!!!. 

Tindakan mengharamkan nasi lemak ke sekolah seolah-olah ada agenda tersembunyi dan ramai pihak yg tidak sedap hati memikirkan perkara tersebut. Dengan tindakan Menteri Kesihatan tu, saya rasa Dato Seri Najib patut tukar menteri kesihatan yg baru la.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online