sampai sini -->

14 May, 2011

Berpihak, Memihak, Dipihak, Terpihak

Sekarang banyak timbul pelbagai isu yang membuatkan kita susah untuk membuat keputusan. Namun begitu,ada juga  yg selalu memihak kepada pihak yg tertentu. Saya tak nak sebut la apa isu tersebut. Terlalu banyak. Sebut Tajuk sahaja dah penat. Belum menghuraikan.

Jadi, dalam kita menilai atau mengadili sesuatu keadaan, kita perlulah adil walaupun kebenaran itu bukan di pihak kita. Jadilah orang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak tetapi berpihaklah dengan adil. Jika pihak kita itu benar, wajarlah kita sokong dengan penuh sokongan. Tetapi jika pihak kita yg salah, kenapa kita harus menidakkannya? Berdiam sahaja tidak mencukupi. Bak kata pepatah "Berkatalah benar walaupun pahit". 

Jadi janganlah memihak pada org yg berpihak kepada pihak pihak yang berpihak ke pihak yang memihak. Menjadi masalah bila terlalu fanatik dengan satu pihak sahaja dan menidakkan kebenaran di phak yang satu lagi. Ramai orang yg menuduh media massa yg selalu menyebelahi satu pihak sahaja. Agak sukar untuk mencari satu kumpulan yg tidak berpihak kepada satu pihak sahaja. Malah mereka ini akan buat apa sahaja untuk membuktikan mereka dipihak yang benar walaupun mereka sebenarnya salah. Jika boleh mereka akan spin sesuatu perkara itu sampai mereka dah tak boleh nak spin.

Jangan dibezakan darjat masing-masing. Jika terjadi persengketaan di antara mereka, janganlah berpihak pada satu pihak.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online