sampai sini -->

05 January, 2011

Kesudahan Isu Perjanjian Air Malaysia Singapura?


Perjanjian beli air Singapura tamat 2011

Perjanjian pertama pembelian air oleh Singapura akan tamat pada 2011, namun adakah Malaysia bersedia untuk memikirkan semula perkara baru berkaitan perjanjian itu?


Itu adalah persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad 3 sen bagi 1,000 gelen sejak 1961 itu. mengenai perjanjian pembelian air daripada Singapura yang masih kekal pada harga

“Tahun 2011 tidak lama saja lagi. Tetapi pernahkah kita terfikir untuk melanjutkan perjanjian pertama itu atau tidak menyambungnya ataupun mahu berunding untuk perjanjian yang baru?


“Apakah yang akan kita buat? Saya rasa selain air terawat melalui kaedah NEWater, Singapura tentu masih perlukan 350 juta gelen air sehari,” katanya


Di bawah perjanjian pertama pembelian air yang akan tamat pada 2011, Malaysia membekalkan
350 juta gelen air mentah kepada Singapura setiap hari pada harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen air.

Sementara itu, bagi perjanjian kedua yang akan
tamat pada 2060, Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air sehari dengan harga sama.

Malaysia membeli balik
37 juta gelen air yang sudah dirawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.
Bagaimanapun pada 2002, Singapura membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung perjanjian pertama itu kerana berpendapat ia mempunyai kemampuan untuk membekalkan 100 juta gelen air sehari kepada rakyatnya menggunakan teknik pembersihan moden menerusi kaedah NEWater dan penyulingan air laut.

Dr. Mahathir berkata, walaupun Singapura memutuskan tidak mahu menyambung perjanjian pertama yang dipersetujui pada 1961, negara itu masih memerlukan jumlah air mentah sebanyak 350 juta gelen sehari itu.


Beliau berkata, jumlah bekalan air sebanyak 250 juta gelen sudah tentu tidak akan mencukupi bagi Singapura untuk bertahan sehingga tahun 2060 memandangkan jumlah rakyatnya semakin meningkat.


“Jadi jumlah air yang dibekalkan mengikut perjanjian pertama sudah tentu lebih penting daripada dengan usaha menggunakan air terawat dan penyulingan air laut sahaja,” katanya.


Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak lagi menimbulkan isu-isu berbangkit dengan Singapura termasuk penjualan air mentah selepas pembatalan pembinaan jambatan bengkok dilihat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.


Katanya, sikap tersebut yang dilakukan kerana tidak mahu mewujudkan sebarang pertelingkahan di antara kedua-dua negara adalah cara yang baik untuk mencari kawan. 

Perjanjian kedua isu air Malaysia Singapura bakal berakhir pada tahun 2060. Dan pada masa itu akan genaplah tempoh usia hampir 100 tahun perjanjian air Malaysia Singapura. Satu tempoh yang cukup lama ditambah lagi dengan nilai serendah 3 sen yang Malaysia berikan kepada Singapura bagi setiap 1000 gelen. Diharap Malaysia belajar daripada “kesilapan dan sejarah lalu” jika Singapura terus memilih untuk membeli air Malaysia. 

Perjanjian air Malaysia Singapura ini dibuat pada tahun 1960 dan 1961 dan telah tercatat seperti dalam Perjanjian Pemisah tahun 1965. Pada masa itu, Malaya, Singapura masih lagi di bawah satu bumbung bersama-sama Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia semasa perjanjian ini dimeterai. Kurang dua tahun kemudian, Singapura bertindak memisahkan diri daripada persekutuan dan menjadi republik merdeka pada tarikh 9 Ogos 1965.


Terdapat 2 perjanjian air Malaysia Singapura :
  1. Perjanjian pertama : Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah setiap hari kepada Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen  dan bakal berakhir pada tahun 2011. 
  2. Perjanjian kedua : Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air setiap hari pada kadar yang sama iaitu 3 sen untuk setiap 1,000 gelen.
Johor juga sepatutnya sudah mempunyai lojinya sendiri supaya dapat memberikan bekalan air bersih berbanding membeli pada kadar harga yang tinggi daripada Singapura sedangkan air mentah berasal daripada negara kita sendiri. Singapura dapat boleh memenuhkan reservoir mereka(boleh tahan 1 tahun agaknya jika berlakunya krisis air) dan dalam pada masa yang sama, dapat jual semula air bersih kepada Malaysia.
Dan sepatutnya juga, tiada halangan untuk Malaysia menyemak semula perjanjian air Malaysia Singapura untuk setiap 25 tahun dan kita sebenarnya mempunyai hak berbuat begitu iaitu pada tahun 1986 dan 1987 tetapi Malaysia memilih sebaliknya. Alasan pada masa itu, bagi mengelakkan Singapura menjual air pada harga yang lebih mahal.


Berdasarkan kira-kira secara kasar yang boleh diambil daripada penjualan air Malaysia dan Singapura ini ialah :
  1. Singapura membayar 3 sen untuk setiap 1000 gelen air mentah kepada Malaysia.
  2. Diberitahu Singapura menanggung kos sehingga RM2.40 untuk merawat air ini termasuk daripada segi kos pembinaan reservoirs, empangan dan juga Pipeworks untuk membawa air ke Singapura. Singapura telah menghabiskan lebih daripada S$1 bilion pada projek-projek tersebut, dan terus membayar untuk mengupgrade dan memelihara kelengkapan kemudahan mereka.
  3. Malaysia membayar kira 50 sen untuk membeli setiap 1000 gelen air yang telah dirawat oleh Singapura dan menjual air kembali penduduk Johor pada kadar RM3.95.
Situasi yang dialami Malaysia ini sama seperti kes Hong Kong membeli air dari China di RM8 per 1,000 gelen. Hong Kong membayar kepada China RM8, dan secara timbal baliknya China  “menyumbang” daripada segi pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan reservoirs dan paip air untuk membekalkan air bersih kepada Hong Kong.

Sekarang tahun 2011, bukanlah tempoh yang lama di mana perjanjian pertama untuk pembelian air bakal berakhir. Yang menjadi persoalan ketika ini, adakah Malaysia sudah bersedia untuk memikirkan perkara samada untuk menamatkan sahaja ataupun membuat perjanjian air Malaysia Singapura
yang baru?

Walaupun pada tahun 2002, Singapura membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung perjanjian pertama itu kerana berpendapat Singapura sudah mempunyai  keupayaan untuk membekalkan 100 juta gelen air sehari kepada rakyatnya menggunakan teknik menerusi kaedah NEWater moden(penyulingan air laut).
P/S : Dengan bilangan rakyat Singapura semakin meningkat, segala kemungkinan tetap ada. Yang pentingnya, kita sudah bersedia atau tidak?
UPDATE pada 26 Mei 2010 !!

 

SINGAPURA 24 Mei – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, negaranya akan menyerahkan semua kemudahan air yang terkandung di bawah Perjanjian Air 1961 kepada pihak berkuasa air Johor secara percuma dan dalam keadaan berfungsi dengan baik selepas 1 Julai 2011.

“Selain itu, Singapura turut mencadangkan projek bersifat “mercu tanda” bagi Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), yang melibatkan kawasan pembangunan seluas 500 ekar.

Perjanjian pertama pembekalan air dari Malaysia untuk Singapura itu melibatkan penjualan air mentah dari Loji Air Skudai di Johor Bahru yang diurus oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura untuk pembekalan air bersih kepada Johor dan Singapura.

Perjanjian itu dijadualkan akan berakhir pada 1 Julai 2011 dan Singapura telah menyatakan bahawa negara pulau itu tidak berhasrat untuk menyambung perjanjian berkenaan.

Mengenai projek “mercu tanda” untuk Iskandar Malaysia, Hsien Loong berkata, ciri unik projek tersebut ialah ia akan merangkumi segala aspek “kesejahteraan hidup” menerusi pelbagai aktiviti dalam sebuah perbandaran, seperti kaedah-kaedah rawatan tradisional, perubatan alternatif yang saling melengkapi dan rawatan-rawatan serba moden.

“Kedua-dua Perdana Menteri juga bersetuju Khazanah Nasional Bhd. dan Temasek Holdings Ltd. akan membentuk sebuah syarikat usaha sama dengan ekuiti 50-50 bagi melaksanakan projek pembangunan itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Singapura dan Malaysia turut bersetuju untuk berkongsi pengalaman dan sama-sama merencanakan pelan pembangunan bersama untuk pembersihan sungai, yang selari dengan usaha-usaha yang kini dilakukan di Iskandar Malaysia.

Kedua-dua negara juga akan melihat kemungkinan melakukan program berkembar bagi produk-produk pelancongan khususnya ekopelancongan.
 
edited from source : http://beritasemasa.com/kesudahan-isuperjanjian-air-malaysia-singapura


No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online