sampai sini -->

07 January, 2011

Halatuju Proton untuk masa hadapan


1. Teknologi baru

- Proton sedang membangunkan teknologi alternatif seperti teknologi hibrid & elekrik

- Lotus sebagai rakan teknologi utama & pada masa yang sama mereka turut berbincang  dengan Bosch.

- Lotus sedang menguji kesesuaian teknologi hibrid daripada Frazer-Nash Research.

- 4 prototype yang ada & sedang diuji menunjukkan bacaan penggunaan bahan api lebih baik daripada Toyota  Prius


2. Pembangunan Enjin

- Proton sedang memperkemas enjin CamPro sedia ada kepada enjin CamPro Fuel Efficient (CFE) dengan bantuan sistem turbo, iafm plus & direct injection yang menumpukan aspek prestasi & penjimatan minyak

- Enjin baru ini mungkin akan dipasang pada model2 “ high end ” Proton seperti Exora, Persona atau mungkin juga Satria Neo

- Proton bakal memperkenalkan enjin baru pada 2014 yang dibangunkan sendiri atau dengan secara kerjasama dengan rakan strategik global sedia ada

- Proton sedang berbincang dengan sebuah lagi jenama Eropah setelah perbincangan dengan VW gagal

- Kotak gear Proton selepas ini bukan lagi dari Mitsubishi, kemungkinan kotak gear manual Getrag (6mt) & CVT daripada Punch Motive


3. Politik & Proton

- Proton memang tidak terlepas daripada pengaruh & keputusan politik yang ditentukan, tetapi mereka kekal telus & konsisten dalam memilih & menggugurkan vendor


4. R3

- Proton akan menjenamakan  dan melancarkan semula R3 sebagai jenama talaan rasmi Proton

- Produk R3 akan dipamerkan disetiap showroom Proton sebagai pilihan.





Sources : http://funtastickodesign.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online