sampai sini -->

03 January, 2011

Harimau Malaya dianggap perkauman?

NGO mahu Harimau Malaya diubah
Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my
2011/01/03

Bagi mencerminkan 1Malaysia, kesepaduan masyarakat pelbagai kaum

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF minggu lalu, diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.
Mereka menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Presiden Majlis Belia Sabah (SYC), Kevin Lim, berkata rakyat Sabah turut menyambut kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai piala berkenaan tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

"Kami gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak negara tetapi dengan memanggil pasukan itu sebagai Harimau Malaya, ia seolah-olah tidak mahu berkongsi kegembiraan dengan masyarakat di negeri ini dan Sarawak kerana kami tidak pernah menyertai Malaya sebelum merdeka bersama Malaysia,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menggunakan istilah Harimau Malaysia bagi menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing, berkata penggunaan istilah Harimau Malaya seolah-olah tidak mahu konsep 1Malaysia diterapkan dalam bidang sukan.
“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?

“Jika Sabah dan Sarawak dipinggirkan, saya cadangkan Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak dan diberi nama Harimau Borneo untuk bertanding dalam kejohanan itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran juga mahu penggunaan istilah Harimau Malaya dihentikan kerana ia mengecewakan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Jahid Jahim, berkata beliau menerima desakan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terutama yang berkaitan dengan belia supaya istilah Harimau Malaya segera dihentikan.

“Saya fikir ada asas untuk desakan itu dibuat kerana ia tidak menggambarkan konsep 1Malaysia. Penggunaan istilah Harimau Malaysia lebih sesuai untuk kita menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

-UTUSAN-



Pada pendapat saya, tidak perlulah kita ubah nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Agak kelakar nama itu. Tidakkah kita rasa pelik dan janggal bila orang sebut Harimau Malaysia? Ok, cuba kita sebut Harimau India, Harimau Indonesia, Harimau Bangladesh, Harimau Jepun. Agak peliklah bila kita mendengarnya. Lebih sedap jika kita terus menggunakan nama gelaran HARIMAU MALAYA daripada menggunakan HARIMAU MALAYSIA.

Tolonglah jangan politikan nama HARIMAU MALAYA. Memang kita semangat 1Malaysia sebab kita kan satu negara. Tidak perlulah ada pihak yang berasa terpinggir apabila gelaran HARIMAU MALAYA digunakan. Tolong jangan jadi macam budak-budak la. Benda macam ni pun nak sensitif. Cubalah untuk berfikir secara dewasa. Kalau kita tak boleh bertolak ansur dalam hal macam ni susah la. Lepas ni mungkin perkara-perkara lain pun akan diubah. Kalau macam tu, kita buang semua semua pengguanaan gambar harimau malaya yang ada pada negara kita seperti di jata negara. Nak? Sudah tentu kita tidak mahu. Be professional la. Hampir terlupa, tentera Malaysia juga digelar PEJUANG HARIMAU MALAYA. Jadi, nak tukar jugak ke? Bukan ke dah lama kita pakai.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa sekarang baru kita nak ungkit perkara ini sedangkan kita sudah lama mengunkan gelaran HARIMAU MALAYA ini. Kenapa tidak dari dulu? Adakah kerana kejayaan kita baru-baru ini?

Kenapa sampai nak tubuhkan HARIMAU BORNEO pulak, kalo ada antara kita dari Sabah dan Sarawak yang layak menjadi menjadi pemain Bola Sepak negara, join je la. Tapi janganlah nanti sampai terdesak nak cari wakil pemain dari sabah dan sarawak sampai tangkap muat je. Tak nak la macam tu. Saya tidak bermaksud rakyat di Sabah dan Sarawak tidak layak, cuma saya mahukan pasukan kita menjadi yang terbaik. Jika majoriti pemain Malaysia yang terbaik datang dari Sabah dan Sarawak, terima je lah. Tidak perlulah kita menetapkan koata pemain pula selepas ini. Jangan sebabkan perkara remeh macam ni membuatkan kita kebelakang.

Jadi, bagi saya, nama gelaran HARIMAU MALAYA tidak perlu diubah kerana ini adalah gelaran yang mantap dan unik. Jika kita hendak menggunakan gelaran lain selain HARIMAU MALAYA, tidak perllulah kita menggunakan HARIMAU MALAYSIA. Gunakan nama lainlah.

1 comment:

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online