sampai sini -->

30 September, 2010

Baju Melayu

Asal Usul Baju Melayu
Dipercayai telah di gunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin)).

Jenis-jenis Baju Melayu
Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.

Falsafah Baju Melayu
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini di ambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka

Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 - 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.

Selain itu, lima butang di dada melambangkan lima rukun Islam yang harus menjadi isi dada pemakainya. Enam pesak di kanan dan kiri melambangkn enam rukun iman yg menjadi sangkar benteng pemakainya. Tiga poket melambangkan tiga tuntutan iaitu Islam, Iman dan Ihsan yg perlu dipenuhi. Tengkolok yg berbutang satu melambangkn kepercayaan kepada Allah yang MAHA ESA dan sunat bagi orang Islam menutup kepala.
Sampin juga melambangkan kedudukan seseorang seperti pangkat, status, bujang, sudah berkahwin dan sebagainya. Sampin juga boleh dibuat sejadah semasa mengembara. Sampin juga boleh dijadikan alas makanan atau "suprah" semasa menggembara kerana sunat jika makanan dialas.

Falsafah Baju Melayu Dan Islam
Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.


Indah sungguh seni pusaka tinggalan nenek moyang kita orang melayu, cukup indah, berseni dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Masih banyak rahsia Baju Melayu yang masih boleh di ungkai seperti mengapa Baju Melayu Johor hanya satu butang? mengapa diadakan pula poket Baju Melayu yang sebelum ini tiada poket ketika zaman kesultanan Melayu terdahulu?.
Namun artikel ini sekadar memberi info serba sedikit tentang pusaka orang melayu agar kita bukan sahaja tidak lupa bahkan tidak akan malu untuk memakai atau mengenakannya. Hendaklah kita berbangga dengan asal keturunan kita.
Wallahualam bi shawab...

1 comment:

  1. The most recent 20 years has got due to the increasing condo
    using the appliance. Glycerin is a great moisturizer in it to
    drink plenty of water skin pores and skin and also keep which nutrient rich and even young-looking.

    Family very easily really love wintry temperature fruit flesh rattles as well they will
    begin to truly more fresh vegetables the actual.
    You will see that may be an extremely great tool,
    it should be to be sure under your control,
    the individual to be certain that this system is almost certainly sorted out
    firmly and effectively.

    Feel free to visit my web-site; Best home juicer

    ReplyDelete

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online