sampai sini -->

15 October, 2011

KALIMAH ALLAH


1. Merujuk perkara di atas, secara terus tanpa huraian panjang. Saya ingin berkongsi apa itu Allah dari segi maksudnya. Perkataan Allah ini berasal dari "LAH" yang membawa maksud "tuhan". "ALLAH" pula bermaksud "Tuhan".

2. Allah itu membawa maksud kata NAMA KHAS. Dalam bahasa arab bila kata nama ditambah dengan "AL" di hadapan perkataan, maka ianya adalah kata NAMA KHAS. Bukan KATA NAMA AM.

3. Jadi ramai yang keliru dengan pihak yang memberitahu maksud ALLAH dalam bahasa arab ialah "Tuhan". Ada juga memberikan contoh perkataan "ABDULLAH" yang membawa maksud "hamba tuhan".

4. Yang sebenarnya begini, di dalam bahasa melayu dari segi komunikasi, kita tidak dapat membezakan kata NAMA KHAS dan kata NAMA AM. Ini kerana perbezaan hanya dapat dilihat dalam penulisan. Rasanya hanya bahasa Arab sahaja yang mampu membezakan kata NAMA KHAS dan NAMA AM. Maaf jika saya tersilap.

5. Jadi adalah kurang berakal jugaklah jika ada pihak yang mengatakan ALLAH TRINITI atau ALLAH itu tiga. Ini sesuatu yang kelakar dan agak lucu. Namun ada juga pihak yang meyokong.

6. Maafkan saya jika ada ahli politik kesayangan anda yang terbabit. Bukan nak kaitkan dengan politik tapi perkara ni dah terlalu parah.

7. Maafkan saya juga jika saya silap dan perbetulkanlah.

1 comment:

  1. zaman sekarang..
    kiri kanan, depan belakang dah ada nafas2 politik..
    kepentingan diri melebihi segala-galanya..
    sampai agama juga boleh di politikkan..
    waallahualam~

    ReplyDelete

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online