sampai sini -->

19 October, 2011

HIMPUN - HIMPUNAN SEJUTA UMMAT




Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.

Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.

HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.

Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.

Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.

HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.

Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta di akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.

Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.

Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.

Yang benar,

Tuan Haji Mohd. Azmi bin Abdul Hamid & Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad
Pengerusi Bersama HIMPUN 2011

==============================================

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

SENARAI PENGANJUR BERSAMA
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA (website)
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS (website)
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT (website)
  9. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  10. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN (website)
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  14. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  16. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  17. Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
  18. Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD (website)
  19. Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM (website)
  20. Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM (website)
  21. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  22. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  23. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN (website)
  24. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS (website)
  25. Gabungan Persatuan Silat
  26. Gerakan-gerakan belia
  27. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  28. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  29. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam

SENARAI PENYOKONG HIMPUN
  1. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website) (diarah tarik diri oleh PAS Pusat)
  2. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  3. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  4. Oh Media Network | Oh! Media (website) (facebook)
  5. 1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad| (facebook)
  6. Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah | (website)
  7. Islam Itu Indah | (website) (facebook)
  8. BeautifulNara | (website) (facebook)
  9. Nasyeed.com | (website) (facebook)

2 comments:

  1. salam..
    saja nak tanya..
    pandangan awak mengenai HIMPUN nie..
    sebab ada di antara orang di keliling saya mengatakan ini adalah di bawah kerajaan..
    dan himpun nie buat kerana 'kebetulan' pilihanraya dah nak dekat..orang katalah..
    ape kate awk?

    ReplyDelete
  2. wasalam
    kalau kita nak layan politik ni.sampai bila pon tak habis...dalam soal ni..bagi saya..terus terang..tak ada kaitan dengan politik..lagipun penganjur2 ni bukan dari kalangan kerajaan..jika kita lihat perkembangan ISMA selama ni..kita lihat mereka konsisten dengan perjuangan mereka..lagipun, benda macam ni dah lama kita nak buat tapi asyik tanguh2 sebab bersabar dan bertolak ansur..tapi sekarang kita dah tak mampu bersabar dengan tindakan mereka2 yang mahu menjatuhkan Islam sehinggakan kita sudah tiada ruang untuk beransur namun kita masih terus ditolak..dah tak ada makna erti tolak ansur..Soal kerajaan, pilihanraya apa tu semua tu..rasanya tak ada kaitan..sebab NGO2 ni dah bertekad utk melakukan HIMPUN ni selepas peristiwa gereja semasa bulan puasa hari tu..bukti kukuh untuk mendakwa mereka kita tak ada tapi bukti2 biasa berserta dengan teori kukuh memang dah ada dan sahih memang mereka bersalah..tambahan pula punca program HIMPUN ni juga adalah idea PAS..terutama HASSAN ALI..sekarang ni kalau nakk perjuangkan agama, bukan dengan politik..Islam tak akan maju dan kuat dengan politik demokrasi..demokrasi tu haram..(nak hurai bab haram ni xlarat la)jadi, kalau kita nak perjuangkan Islam, berjuanglah secara peribadi atau pertubuhan lain seperti NGO2 ISMA, ABIM, malah TABLIGH adalah yg terbaik..
    terus terang..HIMPUN ni tak ada kaitan dengan pilihanraya atau propaganda kerajaan..sebab benda ni dari NGO2 ISLAM yg mmg kita tahu perjuangan mereka yg sangat jelas..malah mereka2 ni bukanlah NGO yg kecil..

    ReplyDelete

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online