sampai sini -->

07 March, 2011

Memilih Ulama Atau Profesional Sebagai Pemimpin


Pada era alaf baru ini, kita semakin hari semakin banyak kemajuan yang telah kita capai. Kemajuan yang di maksudkan ialah kemajuan dari segi fizikal. Munkin juga kemajuan dari segi rohani. Namum begitu, kita jangan pula lupa dengan akhirat dan hari kiamat. Esok lusa kita mungkin akan pergi meninggalkan dunia ini. Mungkin juga kita ditakdirkan untuk mengharungi dugaan zaman kebangkitan Dajjal bersama Iman Mahdi. Adakah kita bersedia menghadapi dugaan tersebut. Jauh di lubuk hati kita merasakan bertapa dekatnya hari kiamat tetapi umpama orang buta dan pekak yang selalu diberi peringatan secara lisan ataupun situasi yg berlaku seperti tanda-tanda kiamat.

Pada ketika ini, kita lihat Islam semakin ditindas dan dipandang rendah oleh penganut agama lain. Ramai juga yang telah menyalahkan pemimpin. Mereka menyalahkan pemimpin-pemimpin besar seperti ulama dan perdana menteri. Jika kita lihat teori yang disebut di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah sangat hebat tentang kepimpinan. Kita juga banyak menyediakan dana dan peruntukan untuk memajukan agama Islam tetapi mengapa kita masih lagi mundur dan sering mengalami kegagalan. Kerajaan juga menubuhkan berbagai-bagai jabatan untuk pembangunan. Tetapi apa yang menyedihkan ialah dana tersebut seolah-olah tidak diuruskan dengan betul. Apa yang kita lihat ialah ketua-ketua jabatan berkereta mewah dan berpakaian mahal-mahal serta makan di restoan atau hotel yang berjenama. Tetapi malangnya keadaan masalah umat Islam semakin bertambah.

Minda masyarakat yang semakin bercelaru dan sering dimanipulasikan oleh pelbagai pihak terutama pihak politik melalui media massa dan ceramah-ceramah politik yang sentiasa mengelirukan rakyat. Masalah demi masalah yang timbul dari perkara kecil menjadi semakin rumit dan perkara besar diabaikan.

Namun begitu, masih ada kejayaan yang kita capai. Walaupun gejala Mat Rempit yang semakin merumitkan, tetapi kita masih dapat memberikan kesedaran kepada mereka melalui pendekatan secara berhikmah. Namun, apa yang menyedihkan ialah masalah gejala Murtad yang semakin berleluasa. Masalah ini berpunca dari pelbagai pihak ialitu dari jabatan yang besar sehingga ke Masjid. Ini kerana terdapat masalah di kalangann pemimpin dan mereka yang berjawatan tinggi yang gagal mejalankan tugas. Jika kita tanya siapakah ketua Jabatan Agama Islam di kawasan mereka, sudah tentu ramai yang tidak dapat menjawab. Ini kerana mereka-meraka ini jarang keluar menunjukkan muka kepada rakyat di kawasan mereka. Jika terdapat masalah pun mereka masih berdia diri sehingga rakyat lupa kewujudan mereka.

Cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah memilih pemimpin yang betul-betullayak mejadi pemimpin. Maaf jika saya katakan ramai antara kita yang mengambil jalan senang iaitu memlih mereka yang beragama atau Ustaz sebagai pemimpin. Pada mereka, orang yang berpengetahuan agama itu layak menjadi pemimpin. Tidak salah, tetapi kita perlu menilai dahulu kemampuannya. Adakah Islam sudah tidak boleh dipakai? Semetinya tidak!!! Agama Islam sentiasa relevan sepanjang zaman. Kita harus ingat, pemimpin yang di pilih tidak semetinya orang itu bagus keperibadianya dan pakaiannya tetapi kemahiran dan kemampuan dalam bidang yang akan dipegang olehnya itu layak.


Jika kita lihat, Abu Zar merupakah seorang sahabat yang sangat dikasihi oleh baginda Rasulullah. Abu Zar merupakan seorang yang warak dan zuhud tetapi rasulullah tidak memberikan jawatan itu kepadanya. Mengapa? Ini kerana ciri-ciri kelayakannya tidak wujud sepenuhnya. Sebagai contoh, tidak semua para sahabat mampu menjalankan urusan siasah seperti Al Khulafah Al Rasidin. Ramai yang berangapan mereka yang kuat agama itu mampu menjadi pemimpin. Jika hanya mereka yang bergelar Ustaz sahaja mampu menjadi pemimpin, maka kesilapan demi kesilapan yang akan berlaku contohnya jika kita melantik seorang yang berlatar belakang agama tapi mindanya seperti zaman 50 an untuk menyelesaikan isu yang berkaitan keadaan pada masa kini, sudah tentu akan gagal. Umpama mengunakan paku pada kayu yang salah. Berkemungkinan kayu itu akan pecah kerana saiz paku terlalu besar walaupun paku itu kuat dan kukuh. Mungkin juga akan terjadi paku menjadi bengkok kerana kayu yang hendak dipaku terlalu keras.

Kepimpanan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama. Hasrat masyarakat terhadap institusi-institusi agama kerajaan amat besar. Namun realitinya, anda sendirilah berikan penilaian. Maka kejumudan dan keterikatan dengan sesuatu anggapan agama tanpa dalil yang kukuh atau tradisi tanpa hujah mestilah dilenyapkan dalam peta pemikiran tokoh-tokoh yang ingin memimpin urusan agama.

Secara umumnya kepimpinan memerlukan dua perkara, iaitu al Quwwah dan al amanah. Al-Quwwah iaitu kekuatan atau kemampuan berkaitan jawatan yang dipimpin. Sementara Al-Amanah iaitu nilai amanah dalam diri.


Cara pengurusan agama zaman sekarang mestilah mengikut tuntuan dengan keadaan tuntutan keadaan semasa yang menghadapi pelbagai tekanan. Kita bukan sahaja mahukan seorang yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi tetapi ketajaman pemikirannya juga sangat penting juga. Kepimpanan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama. Hasrat masyarakat terhadap institusi-institusi agama kerajaan amat besar. Namun realitinya, anda sendirilah berikan penilaian. Maka kejumudan dan keterikatan dengan sesuatu anggapan agama tanpa dalil yang kukuh atau tradisi tanpa hujah mestilah dilenyapkan dalam peta pemikiran tokoh-tokoh yang ingin memimpin urusan agama.

Kadangkala kita mungkin bertembung dengan satu masalah iaitu ketandusan tokoh untuk sesuatu jawatan melainkan dua jenis peribadi, satunya padanya ada kekuatan atau kemampuan tetapi kurang amanah sementara seorang lagi solih atau sangat amanah tetapi lemah atau tidak berkemampuan, siapakah yang patut dipilih?Dalam hal ini maka para `ulama al-siyasah asy-syar`iyyah menyatakan hendaklah dilihat kepada kedudukan jawatan dan dinilai siapakah yang paling mampu memberi manfaat dan paling kurang mudharatnya. Sekiranya jawatan berkenaan berteraskan kepada kekuatan seperti medan peperangan maka hendaklah didahulukan yang memiliki kekuatan dan keberanian walaupun kurang soleh ataupun tidak baik peribadinya.

Sekiranya jawatan berhajat kepada amanah yang lebih seperti mengendalikan kewangan maka hendaklah didahulukan yang amanah walaupun lemah dalam pengurusan. Di atas sebab ini maka Rasulullah s.a.w. memilih Khalid bin al-Walid r.a. mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah walaupun ada para sahabah yang lebih besar kedudukannya di sisi Nabi s.a.w. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh mereka. Bahkan Rasulullah s.a.w. pernah menegur dan membantah beberapa tindakan Khalid yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut dalam kitab yang sama: “Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kejahatan- diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah. Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi soleh tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: “Yang kuat dan jahat. Ini kerana kekuatanyan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri . Adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam”. Maka berperang bersama yang kuat dan jahat.”.

Kepimpinan yang mampu menyelesaikan masalah umat Islam hari ini hendaklah dilihat secara yang lebih luas berasaskan ciri al-Quwwah dan al-Amanah. Bukan soal sijil, serban atau songkok semata, tetapi soal kesan yang mampu mencorakkan umat.Penilaian semula terhadap beberapa soal pentadbiran agama mungkin boleh menjadi pemangkin perubahan.

Teringat kepada peristiwa tahun 2009 dimana PAS mendebatkan isu tentang pemilihan pemimpin. Pemimpin yang dimaksudkan bukanlah pemimpin biasa tetapi ketua negara. Ini adalah satu isu yang rumit. Ramai antara kita yang berkefahaman seperti Al-Iman Al Mawardi R.H. yang agak ketat. Mungkin pandangan itu lebih sesuai untuk zaman kerajaan Abbasiyyah. Keadaan sekarang memerlukan perjuangan yang lebih terbuka. Jika tidak, maka mereka (pemimpin) akan bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri. a, al-Imam al-Mawardi r.h dalam tulisannya menyebut syarat seorang khalifah mestilah memiliki ilmu yang memampukannya berijtihad dalam menyelesaikan keadaan dan hukum. Al-Mawardi juga menyebut bahawa khalifah mestilah berketurunan Quraish. Jika dilihat dari segi dalil, walaupun lojiknya ada, tetapi tiada nas yang mensyaratkan seseorang khalifah mesti mencapai ilmu ke peringkat ijtihad hukum.


Kalau begitu, adakah Perdana Menteri disyaratkan seorang yang berketurunan Quraish? Saya rasa, syaratnya ialah sebagai seorang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Namun, kita harus ingat, Ibnu Khaldun dan beberapa sarjana yg lain mempunyai pandangan yang bebeza. Revolusi Iran dan Khomeini memperkatakan tentang konsep Wilayah al-Faqih yang meletakkan faqih atau ulama sebagai pemimpin. Konsep itu mempunyai akar umbi kefahaman Syiah yang tersendiri, walaupun ia juga didebatkan di kalangan mereka. Gerakan-gerakan Islam yang wujud, sebahagiannya terpengaruh dengan perkembangan-perkembangan ini.

Ramai di antara kita yang menyalahkan pemimpin yang bukan ulama menjadi penyebab kegagalan dalam Islam. Perkara ini bukan disebabkan taraf pendidikan seseorang itu kurang sedikit dari segi agama tetapi prinsip hidupnya. Jika pemimpin itu bukan ulama sekali pun tetapi jika dia mahu. Sudah tentu dia mampu melakukannya. Ini kerana pemimpin itu boleh mendapat khidmat ulama sebagai penasihat. Jika kita lihat, pemimpin yang tidak tahu IT pun mampu memajukan IT itu sendiri.

Apa yang menjadi masalah kepada masyarakat kita siapakah ulama menurut kefahaman orangramai?. Apakah seseorang itu dianggap ulama hanya kerana dia berkelulusan pengajian Islam? Atau kerana dia memakai jubah dan serban? Atau kerana dia dipanggil ‘ustaz’?. Perkataan ulama berasal dari ‘ilmu’. Bermaksud seseorang yang menguasai ilmu. Jika ia dikaitkan dengan pengajian Islam membawa maksud seseorang yang menguasai ilmu dalam bidang pengajian Islam. Jika dia bergelar ulama, tetapi ‘kontang’ dalam soal ini, dia tidak layak. Tak perlulah kita berdebat samada ulama atau professional yang layak menjadi ketua negara hanya membazirkan waktu. Apa yang penting ialah tujuan hendaklah jelas. Apakah yang kita kehendaki daripada pemerintahan dan politik? Yang menjadi tanggungjawab politik islami adalah keadilan dan kesejahteraan yang berdasarkan petunjuk wahyu.

Hasrat seseorang pemerintah yang dibantu oleh ilmu pengetahuan adalah penting. Jika dia ulama yang mahir dalam politik serta mempunyai ketangkasan siasah, tentulah itu yang terbaik. Jika dia seorang ahli politik yang mahir sekalipun tidak ulama, dia boleh dibantu oleh para ulama yang mendokong hasratnya. Apatah lagi kita kini dalam kerangka negara moden yang lebih teratur dan tersusun dibanding negara pada zaman buku-buku klasik politik Islami itu ditulis.

Menjadi masalah adalah jika seseorang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi ingin memerintah. Sekalipun dia memakai gelaran ‘ulama’ ataupun professional. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :

Sebagaimana yang kita tahu, Khalid bin Al Walid R.A juga pernah ditegur dan dibantah oleh Rasulullah kerana melakukan perkara yang melanggar disiplin peperangan seperti yang telah digariskan oleh baginda. Namun begitu, Rasulullah tetap memilih Khalid Al Walid sebagai panglima perang dan menggelarnya sebagai Pedang Allah. Jika kita lihat, mengapa rasulullah tidak melantik sahabat yang lain kerana masih ramai yang jauh lebih dekat dan kuat amalannya berbanding Khalid Al Walid. Ini kerana kemampuan oleh Khalid Al Walid tidak dimiliki oleh sahabat yang lain.


Dalam hal ini,isunya bukan isu gelaran, atau jenis pakaian, tetapi isu amanah dan kemampuan dalam mentadbir dan menguruskan kehidupan rakyat. Kepimpanan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama. Hasrat masyarakat terhadap institusi-institusi agama kerajaan amat besar. Namun realitinya, anda sendirilah berikan penilaian. Maka kejumudan dan keterikatan dengan sesuatu anggapan agama tanpa dalil yang kukuh atau tradisi tanpa hujah mestilah dilenyapkan dalam peta pemikiran tokoh-tokoh yang ingin memimpin urusan agama.

Share Share

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online