sampai sini -->

14 November, 2009

Bangsa Melayu


Terlebih dahulu aku bangga dilahirkan sebagai BANGSA MELAYU. Bila kita sebut BANGSA MELAYU, ramai akan berfikir BANGSA MELAYU adalah  rakyat Malaysia iaitu TANAH MELAYU. Bangsa melayu ni merupakan bangsa yang termuda di dunia(kalau xsilap aku la). Asal usul BANGSA MELAYU masih belum mendapat kepastian yang mutlak lagi. Ada juga fakta yang memberitahu bahawa sesiapa yang masuk Islam dan menetap di TANAH MELAYU akan dipanggil Melayu dan ada istilah masuk Melayu. BANGSA MELAYU juga merupakan pemilik kepada TANAH MELAYU ini. BANGSA MELAYU juga merupakan bangsa yang kaya raya dari segi harta benda, adat, dan sebagainya.


Tetapi tujuan aku menulis ni sebenarnya nak memceritakan sedikit keistimewaan orang Melayu..Bila kita lihat orang Melayu, banyak benda yang unik,contohnya rupa paras. Orang Melayu ni terdiri daripada pelbagai jenis rupa paras. Bak kata semua jenis rupa bangsa-bangsa kat dunia ni ade kat BANGSA MELAYU. Muka ala ala orang putih pun ade, ala ala negro pon ade, ala ala Arab  pun ade, ala ala cina pun ada. Antara yang uniknya, BANGSA MELAYU ni sederhana sahaja dari segi fizikal. Tapi semuanya ade kat BANGSA MELAYU. BANGSA lain xde macam BANGSA MELAYU..Bangsa lain jangan JELEZ ok...

BANGSA MELAYU ni yang istimewanya, memang kompem la orang Islam.(Mungkin ade kot orang yang tukar agama.)..

Cerita pasal bangsa ni, buat aku teringat ada pandangan seseorang tentang AGAMA dengan BANGSA..Mana yang dahulu.. Bagi aku Bangsa yang dahulu, barulah AGAMA.. sebagai contoh, Bangsa Arab dahulu yang wujud dan barulah datangnya Agama Islam. Orang akan sebut bangsa dahulu barulah Agama. contoh, MELAYU ISLAM...Orang tak akan sebut ISLAM MELAYU.. Bangsa itu sesuatu yang tetap dan tidak boleh ditukar tukar. Bila seseorang itu lahir, bangsanya akan ditetapkan dan tidak akan berubah. Agama pula, sesuatu yang boleh diubah pada bila bila masa sahaja. Inilah uniknya bangsa.

Tetapi, bila kita melihat dari sudut kepentingan, Agamalah yang perlu diutamakan. Berjuanglah demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online