sampai sini -->

21 April, 2009

MELAYU

Sajak Melayu Mudah Lupa ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001.


Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohammad 2001



MELAYU!!!

Sedarlah wahai orang melayu..

Menyesal dahulu pendapatan..

Menyesal kemudian sakit jiwalah jawabnye..

Sedikit demi sedikit bangsa melayu dijajah..

Seperti bangunan klcc digigit tikus yang lapar..

Makin lama makin banyak lalu terus runtuh..

Menghempap diri sendiri..

Sudah lupakah kita kepada sejarah..

Senangnya Tanah Melayu dijajah..

Makin lama makin kita lupa kepada sejarah..

Mudahnya kita lupa asal usul kita..

Segala penderitaan nenek moyang kita disia-siakan..

Segalanya kerana rasuah, gila kuasa, ego, pentingkan diri, dan keangkuhan..

Menjadi virus yang tersangat liat untuk dideletekan..

Malware semakin ganas lagi licik..

Segala anti-virus sudah tidak berguna lagi..

Serangan yang senyap lagi silent dituju bertubi-tubi..

Mahukah kita Format balik Tanah Melayu yang telah diinstall..

Mahukan melayu dibuang dalam recycle bin..

Seterusnya Melayu dideletekan secara permenantly..

Seumpama file yang tidak berguna lagi..

Masihkah kita ingat kata-kata Hang Tuah..

Masihkah kita ingat "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"

Sedarlah semua bangsa Melayu..

Sudahkah Melayu menjadi layu?

Mungkin juga kerana kemarau politik melayu yang melampau..

Mungkin juga kerana Green House yang terlalu kuat..

Siramlah dengan semangat Satria Baja Hitam..

Supaya Melayu segar kembali..

Marilah kita bangkit membersihkan duri dalam daging..

Marilah kita push menghancurkan benteng musuh seperti dalam DotA..

Supaya Feeder, Noob, dan AFKplayer kembali Stick Together..

Supaya bersengat kembali dengan penuh keyakinan..

Mahukah kita melihat musuh menjadi Unstopable..

Mahukah kita lihat pihak musuh mendapat Owning..

Sedapkah mata memandang musuh mendapat Free Farm?

Supaya mereka menjadi Fat?

Melayu, Melayu, Melayu..

Marilah bangkit berjuang..

Supaya pembelot dihapuskan..

Supaya Jebat dan Tuah berdamai..

Mana Hang Tuah?

Mahukah kita menjadi Hang Tuah yang Terbunuh saudara sendiri..

Segeralah bangkit demi menegakkan Bangsa, Agama dan Negara..

Segeralah bersatu wahai bangsa Melayu..

Masih belum terlambat untuk kita bersatu dan bertaubat..

Mak aih, merapu banyak plak ni..

-Nukilan merapu nasnur.blogspot.com-

saje-saje je merapu ni. Ape yang baik baiklah. Ape yang buruk buruklah. Takkan gagak menjadi bangau. Ingatlah kata-kata ini, "Lihatlah ape yang dikata, bukan melihat kepada siapa yang berkata".


No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online