Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua. Pada tanggal 16 Mei hari ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua. Pada saya, guru itu tidak semestinya mereka yang mengajar disekolah dan dibayar gaji sahaja. Guru adalah mereka-mereka yang mendidik kita dalam apa bentuk ilmu kepada kita walaupun satu huruf. Mereka tidak semestinya mengajar kita dalam bentuk formal. Mungkin secara teguran, ucapan, perbuatan dan apa sahaja tindakan yang sengaja atau tidak sengaja yang boleh menyebabkan kita mendapat ilmu.
Bila saya terkenang kembali peristiwa dalam hidup saya, bertapa ramainya mereka yang telah menjadi guru saya. Ada yang tua, muda, remaja, kanak-kanak, dan malahan budak kecil yg baru lahir pun ada mengajar kita. Saya anggap budak kecil atau bayi itu sebagai guru saya kerana telah memberikan saya ilmu yg bermanfaat. Pada saya juga, semua orang adalah guru.
Kadang-kadang orang gila pun boleh menjadi guru kepada kita. Kadang-kadang mereka mengajar kita dengan cara yang tidak disangka sangka. Kita kadang-kadang berasa malu, kekok, dan segan dengan mereka yg lebih muda atau orang yang tidak diiktiraf untuk mengajar kita tentang sesuatu. Itulah ego manusia. Kita kadangkala rasa tercabar bila mereka yg rendah martabatnya dari kita menegur dan mengajar kita. Kita melenting seolah-olah kita sentiasa betul dan mereka tidak layak mengkritik kita.
Kita seharusnya berfikiran terbuka untuk menerima ajaran dan kritikan daripada orang lain. Kita tak semestinya sentiasa betul walaupun kita rasa kita sentiasa menjaga tingkah laku dan perbuatan kita. Mungkin kita tershasyur atau melakukan apa saja perbuatan yg ada kata kerja "TER".
Sebenarnya saya ini seorang yang suka memerhati dar pelbagai sudut dan membuat penilaian dari pelbagai sudut, aspek dan pihak. Saya rasa banyak ilmu yg saya dapat selama ini lebih kepada pemerhatian. Tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.
Saya sangat berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah mengajar saya dalam apa jua bentuk dan jenis ilmu kepada saya. Walau siapa pun anda, yang pastinya saya anggap anda telah menjadi guru anda. Saya mungkin lupa siapa anda tapi saya tetap berterima kasih kerana memberika saya ilmu yg bermanfaat kepada saya. Semoga anda semua yg menjadi guru kepada saya dan sesiapa sahaja mendapat ganjaran dan diberkati Allah.
Sekian, Selamat Hari Guru sekali lagi. :))
No comments:
Post a Comment