sampai sini -->

28 October, 2010

Lagak PROTON INSPIRA dan MITSUBISHI LANCER GT di Traffic Light

Kisah ini berlaku semasa di traffic light. Antara veteran dengan baru. Huhu. Inspira nak mengurat Alza. Mentang-mentang muke jambu mcm orang jepun dan pandai ek.









Hoho..kene tinggal camtu je..tp rasanya Inspira bole cucuk lancer la, lain la kalau gear box dah lain..rasanya dua ekor ni 96% sama. Jadi, tak heran la kalau Inspira bole tapau Lancer lepas ni.

credit to terbiut.blogspot.com

Jodoh yang Menuju Perkahwinan.

Pernahkah kita dengar orang kata “Kalau ada jodoh, tak ke mana”, “tak ada jodoh”, “jodoh tak panjang” dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Mungkin kita sering menggunakan ayat tersebut. Tapi mungkin kita tak berapa paham secara mendalam maksud jodoh tu atau mungkin kita langsung tak paham. Ramai antara kita yang biasa berkata "ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah". Memang betul itu semua. Jadi, berdasarkan topik jodoh ini, saya akan berkongsi sedikit pendapat dan apa yang saya tahu tentang jodoh.

Memang terakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Namun begitu, perkkara ini sukar untuk difahami dan dijelaskan kerana ia memerlukan huraian yang panjang lebar dan jelas kerana ia berkait rapat dengan Qada' dan Qadar.

Allah S.WT. berfirman;

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.
 
Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.
Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia
Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
 
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. 

Allah S.WT. berfirman:
'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:
'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '
(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.

Berbalik tentang jodoh, seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada takdir semata-mata. Janganlah kita berfikiran kerana jodoh pertemuan di tangann tuhan, maka kita tidak berusaha untuk mencari jodoh dengan hanya menunggu sahaja. Bagi saya, prinsip ini bercanggah dengan ajaran Islam. Kita sepatutnya berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari jodoh dah bertaqwa kepada kepada Allah. Biarlah kejayaan itu ditentukan Allah. Jikalau kita sudah berusaha namun masih belum berjumpa dgn jodoh kita, anggap sahaja masanya belum tiba. Namun begitu teruskanlah berusaha dan berdoalah memohon kepadanya kerana doa itu senjata orang mukmin.

Jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tiada seorang pun yang tahu jodoh dan pertemuannya di dunia ini. Diingatkan supaya usaha yang dilakukan itu selaras dengan syariat. Kadangkala ada di kalangan kita yang mendapat jodoh hasil dari pilihan orang tua mereka. Tidak semestinya pilihan mereka itu tepat tetapi biasanya ibu bapa memilih  yang terbaik untuk anak mereka. Manakan ada orang tua yang mahukan anak mereka hidup sengsara kecuali mereka yang hanya mengejar keduniaan demi matlamat hidup mereka sendiri.

Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan.
Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan. Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula ialah Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung.

Info ini dari cerita Syurga Cinta. Huhuhuhu. Saya pon kadang-kadang layan jugak cerita mcm ni. Jadi, kita seharusnya terima sahaja apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita kerana Allah tahu apa yang trbaik untuk kita.

27 October, 2010

Mencegah atau Merawat Penyakit Ikan

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara mengatasi masalah PENYAKIT IKAN yang biasa kita bela di rumah. Jika ikan-ikan yang dibela oleh anda mengalami masalah jangan panik, sebaliknya silalah bertanya kepada yang pakar contohnya penjual ikan di mana mana yang berdekatan jika anda tidak tahu ataupun baca apa yang telah saya kongsikan di bawah sehingga anda faham. Kalau anda masih tidak faham, tanya la orang. Kalau masih tidak faham, jangan bela ikan. Cari hobi lain ok? hehe..

OK...Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh patogen (agen-agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :-
a) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit)
b) Kulat
c) Bakteria
d) Virus
e) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran

i) Penyakit Primer
Penyakit ini sering berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalinya. Ini berlaku apabila kita mencampurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit kerana ikan tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak ikan.

ii) Penyakit sekunder
Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan menyebabkan ikan senang diserang oleh patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen tetapi dengan adanya faktor-faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi lemah dan daya ketahannya tidak cukup kuat untuk melawan serangan patogen.
I. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT
Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit).
Definasi Parasit:
Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam Luar badan
organisma yang lain tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut.
1. Penyakit Bintik Putih (white spot)
Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis
Parasit tersebut akan menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel tisu dan darah.ini akan menyerang teutamannya kepada semua jenis ikan antaranya anak-anak ikan.
Ukuran 0.5 – 1 mm
Ukuran 0.5 – 1 mm (gambar oleh DOF Malaysia)
Tanda tanda penyakit
peringkat Permulaan:
- Ikan akan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut
- Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh badan ikan
- terdapat tompok-tompok putih dan kelihatan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan
insang dan menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul permukaan air untuk bernafas;
- Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar;
peringkat serius:
- Ikan tidak makan
- Mata menjadi kelabu.
Rawatan
new-picture.jpg
Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dikeringkan dan dimasukkan kapur
dengan kadar 1.5 tan sehektar.
Cara-cara rawatan
(i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangka masa yang singkat.
- Ikan diletakkan di dalam tangki atau bekas kecil.
- Ubat perlu dimasukkan ke dalam tangki. keluarkan ikan selepas beberapa minit.
- Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan kepada ikan
(ii) rendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangka masa yang panjang
- Dos ubat yang digunakan adalah rendah dan tidak menyebabkan tekanan kepada ikan
- Ubat perlu dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan tesebut sembuh dan kesan ubat akan hilang dengan sendirinya.
- Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa hari.
2. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella
Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala
besar dan Lampan jawa
Trichodina sp
Trichodina sp. (gambar oleh DOF Malaysia)
Chilodonella sp
Chilodonella sp. (gambar oleh DOF Malaysia)
Tanda-tanda penyakit sama seperti penyakit bintik putih
Rawatan
3254356.jpg
3. Myxosporidiosis
Disebabkan oleh parasit Myxobolus dan Henneguya
Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa
Kedua-dua parasit tersebut terdapat pada insang. Bagi Myxobolus, ia juga terdapat pada kulit. Parasit ini berbentuk sista (mengandungi spora-spora ) dan akan pecah apabila matang. Spora-spora akan dilepaskan ke dalam air dan jangkitan akan berlaku
Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi pucat (serius ).
-Sista berwarna putih dan parasit yang bulat (ukuran 2-4 mm) akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok
- Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus );
- Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan.
Rawatan
Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal
dan mencegah penyakit daripada berlaku
4. Dactylogyrosis (penyakit kutu insang)
Disebabkan oleh: Parasit Dactylogyrus
Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak dan Kap kepala besar.
Parasit yang matang melekat pada insang bertelur
Dactylogyrus sp
Dactylogyrus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)
Tanda-tanda penyakit
- Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal );
- Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak boleh tertutup dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas.
Rawatan
klkl.jpg
5. Gyrodactylosis (penyakit kutu insang)
Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus
Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa. Parasit ini menyerang bahagian permukaan badan sahaja
Tanda-tanda penyakit
Sama dengan penyakit bintik putih
Rawatan
Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.
6. Argulosis (kutu ikan )
Disebabkan oleh: Parasit Argulus
Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garispusat. Argulus boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan.
Ikan yang diserang adalah kap rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.
Argulus sp
Argulus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)
Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh parasit;
- Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat;
- Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi.
Rawatan
babai.jpg
Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dokeringkan dan dikapor dengan
kadar 1.5 tan sehektar.
7. Lernaesis (cacing sauh )
Disebabkan oleh: parasit Lernaea sp.
Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap
kepala besar dan kap biasa.
Lernaea sp
Lernaea sp. . (gambar oleh DOF Malaysia)
Parasit ini menyerang bahagian permukaan luar badan ikan dengan menghisap
bendalir ikan dan mengakibatkan kerosakan tisu kepala, mata, ekor dan sirip
Tanda-tanda penyakit
- terdapat tanda-tanda merah pada badan;
- Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan.
Rawatan
fhiu.jpg
II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman )
Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah. Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah:
i) Trematoda Digenetik
ii) Nematoda ( cacing gelang )
iii) Cestoda (cacing peta)
1. Trematoda Digenetik
Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan tersebut buta
2. Nematoda dan cestoda
- Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot, pundi, usus dan didalam mata;
- Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh itu, tidak boleh digunakan sebagai induk;
- Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau kematian berlaku, ianya tidak serentak.
Rawatan
Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan
mencegah parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.
III. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT
1. Saprolegniasis
Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti
kesesakan ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, luka-luka
pada badan ikan apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa
pengendaliannya.
Tanda-tanda penyakit
- Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kapas pada badan ikan;
- Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat;
- Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan ikan dan juga menyerang telur-telur ikan.
Rawatan
fsr5.jpg
IV. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA
Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud,
bakteria akan menyebabkan penyakit.
Tanda-tanda penyakit
- Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda kemerahan-merahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser;
- Ikan tidak berselera untuk makan;
- Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak;
- Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak;
Rawatan
Furanace 0.05ppm sehingga sembuh
V. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS
Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat dilihat dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan penyakit bakteria dan tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan adalah hampir sama seperti penyakit bakteria.
VI. PENGAWALAN PENYAKIT
A) Faktor-Faktor Tekanan
Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut.
i) Suhu
Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan persekitaran (air), dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:
a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba;
b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam.
ii) Sumber dan Mutu Air
Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 – 9.0 .
iii) Pengendalian
Pengendalian adalah perkara penting di mana pengendalian yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.
iv) Faktor Kesesakan
Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor kesesakan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.
v) Makanan
Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang, Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.
B) Ciri-Ciri Kolam
Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.
C) Pengawalan Patogen
- Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakkan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea.
- Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
- Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menanggalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.
- Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
- Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.
- Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.
- Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.
VII. KHIDMAT BANTUAN JABATAN PERIKANAN
Unit Penyakit Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di Pusat Penyelidikan Perikanan Likas bertanggungjawab terhadap pengenalpastian penyakit yang menyerang ikan ternakan tempatan dan mencadangkan rawatan yang sesuai. Sekiranya para penternak mengalami masalah wabak penyakit di kolam ternakan, segeralah menghubungi Pejabat Perikanan Daerah atau terus ke Pusat Ppenyelidikan Perikanan Likas, untuk meminta bantuan yang perlu.

dipetik dari http://leoxa.com/aquaticfarm/2007/05/24/penyakit-dan-rawatan-ikan-air-tawar/

PROTON INSPIRA mencabar MITSUBISHI LANCER GT

Secara rasminya, syarikat Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) telah mengumumkan tarikh pelancaran Proton Inspira yang bakal menggantikan Proton Waja pada 14/10/10. Sudah tentu ramai rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini walaupun kita hanya menciplak. Tetapi ada hati hati yg terguris kerana memiliki MITSUBISHI LANCER GT. Mana tidaknya, kemegahan mereka selama ini telah diciplak oleh proton dengan mengeluarkan Proton Inspira yang boleh dikatakan hampir hampir sama dengan Mitsubishi Lancer GT.




Perbezaannya ialah lambang, rim, dan hiasan dalaman. Bagi bahagian rangka dan enjin, masih dikekalkan dengan teknologi Mitsubishi. Bagi 1% baki pemilik Mitsubishi mungkin gembira kerana ramai “kaum” berada di atas jalan raya Malaysia. hahaha

Antara komen serta ulasan dari pemilik Lancer GT yang kita dengar, ramai yang tidak berpuas hati kerana harga yang dijual adalah murah, dan mereka ini bakal “tenggelam” kerana bentuk yang hampir serupa. Rata-rata tidak berpuas hati kerana mereka telah membayar jumlah yang agak besar bagi memiliki Lancer GT ini, tetapi mereka harus ingat, mereka memiliki Lancer ori bro! Luaran, boleh dikatakan agak sama, hanya dapat dilihat dengan ketara ialah saiz rim dimana Proton telah mengecilkan dari 17″ ke 16″.
Agak pelik bagi kita, cubalah kita berfikir sejenak. Khabar angin mengatakan, “remote control” Inspira adalah sama bentuk dengan keluaran Lancer GT! Apa salahnya, kita design sendiri remote tu supaya dapat mewujudkan satu identiti tersendiri untuk rakyat Malaysia.




Sebelum ini pasti anda teruja dan berharap untuk memiliki Lancer GT, namun sekarang peluang anda semakin besar. Biarlah bukan Lancer GT, beli dulu Inspira, pastu “convert” jadi Lancer GT. Takde hal lah.. Jadi tanpa memanjangkan perbincangan kita ini, marilah kita lihat sneak peek Proton Inspira, dan spesifikasi serta cadangan harga atas jalan (on the road)
41 Eksklusif! Pelancaran Proton Inspira. Bakal Gugat Lancer GT?
Spesifikasi PROTON INSPIRA
4B10
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 1.8L (1798 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 77.4 mm
Nisbah mampatan : 10.5:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 105 kW (143 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 177 Nm (130 ftlbf) pada 4250 rpm
Harga cadangan : RM 79,xxx.xx
4B11
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 2.0 L (1998 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 86 mm
Nisbah mampatan 10:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 108-114 kW (147-155 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 198 Nm (146 ftlbf) pada 4250 rpm
Harga Cadangan : RM 95,xxx.xx
Gambar Spyshot

31 Eksklusif! Pelancaran Proton Inspira. Bakal Gugat Lancer GT?
21 Eksklusif! Pelancaran Proton Inspira. Bakal Gugat Lancer GT?
Kedua-dua enjin ini menggunakan sistem MIVEC. MIVEC bermaksud Mitsubishi Innovative Valve Electronic Control. Sistem injap ini menggunakan sistem ala-ala VTEC, DVVT, VVTI, VTi, VVL dan lain-lain yang ada di pasaran sekarang.

Dari apa yang dapat kita lihat, perbezaan sesaran hanyalah pada strok piston itu sendiri. Bagi pendapat saya, saya cadangkan anda beli model 4B10 1.8L, dan lakukan modifikasi menggunakan stroker kit yang bakal ada di pasaran nanti. Silap-silap sesaran anda boleh mencapai 2.2L. Mana tahu, teknologi zaman sekarang. Tapi jangan bagitahu Proton ya, ini rahsia kita.
Oh ya, sebelum saya terlupa, ada juga pengguna Lancer GT yang merungut. Kenapa Proton Inspira ada Fully Automatic Climate Control walhal pada Lancer GT tiada. Sistem ini merupakan sistem terbaru yang berfungsi untuk mengekalkan suhu dalam kenderaan selaras dengan keselesaan penumpang. Jangan risau untuk mengubah suhu kalau sejuk, hanya tumpukan pemanduan, dan biarkan Proton Inspira melakukannya!
Brochure Proton Inspira
51 Eksklusif! Pelancaran Proton Inspira. Bakal Gugat Lancer GT?
Sesiapa yang berminat, anda bolehlah ke showroom Proton yang terdekat  atau hubungi 1300 880 888 dan tempahan boleh dibuat dengan wang pendahuluan sebanyak RM 1000.00.
Rupanya dah ada orang gaduh la.. lihat link di bawah.
*link facebook tengah gaduh2 nie..

credit to: http://selangor2u.com/blog/rempit/eksklusif-pelancaran-proton-inspira-bakal-gugat-lancer-gt/

26 October, 2010

ADIL tidak bermakna SAMA RATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Di dalam kehidupan ini mungkin ramai yang masih tidak faham apakah itu ADIL. Maksud ADIL ialah meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai. Mungkin ramai yang beranggapan ADIL itu bermakna sama rata. Ada betulnya juga ADIL itu sama rata tetapi tidak semestinya ADIL itu bermaksud sama rata. ADIL itu bermakna menunaikan hak kepada sesiapa yang berhak keatas hak-hak mereka. Jika ADIL itu membawa maksud sama rata, sudah tentu ramai manusia dalam dunia ini yang tidak mampu menunaikannya kerana banyak perkara dan benda yang tidak dapat disukat atau diukur atau ditimbang.

Sebagai contoh, memberi kasih sayang secara ADIL. Pada pendapat anda, adakah kasih sayang dapat disukat? diukur? ditimbang? dikira? Kasih sayang merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai kewujudannya. Jika bersikap ADIL dalam sesuatu perkara yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti mengagihkan wang kepada beberapa individu bolehla dikatakan ADIL yang berkonsepkan sama rata kerana kita dapat mengira. Namun begitu, tidak semua perkara yg dapat dilihat dgan mata kasar dapat kita ADILI dengan sama rata. Sebagai contoh, seorang petani menyiram pokok di kebunnya. Adakah setiap pokok atau sayuran di kebunnya mendapat kuantiti air yang sama? Sudah tentu tidak. Jadi, adakah petani itu tidak bersikap ADIL dengan tanamannya?

Begitulah juga di dalam konsep kehidupan kita ini. sebagai contoh hangat la kan, dalam aspek berpoligami ramai yang bising-bising tanpa fakta yang meperjuangkan(tetapi seolah2 mempersoalkan) keADILan. Pada pandangan mereka terutama kaum wanita, ADIL itu adalah perkara yang sama rata. Ramai wanita yang mempersoalkan kewibawaan seorang lelaki dalam bersikap adil. Tetapi adakah mereka tahu apa itu ADIL? Dan juga adakah kaun lelaki itu tahu apa itu ADIL. Sekali lagi saya ingin memberi tahu apa itu ADIL. ADIL bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jika konsep ADIL dalam kensep berumahtangga yang berpoligami ialah menunaikan hak isteri-isteri serta anak-anak. Tidak semestinya nafkah zahir kita agih sama rata kerana mungkin keperluan antara satu keluarga dan satu keluarga tidak sama. Mungkin isteri yang pertama lebih memerlukan perbelanjaan yang lebih dan isteri yang lain memerlukan sedikit sahaja. Jika ada isteri yang bekerja dan isteri yang tiidak bekerja, sudah tentu si suami perlu menyumbangkan perbelanjaan yang lebih kepada isteri yang tidak bekerja. Namun begitu, perkara  ini perlu merujuk kepada siapa yang lebih memerlukan. Sebab itulah konsep ADIL dalam berumahtangga bagi mereka yang berpoligami memerlukan toleransi serta tolak ansur dari semua pihak.

Selain itu, konsep ADIL dalam mendidik anak-anak pula, siapakah yang berani mengaku dia mendidik anak-anaknya dengan keadaan yang sama dari segi kualiti dan kuantiti yg diberikan kepada setiap anak mereka? Agak mustahil untuk menemukan mereka yang bertindak sedemikian. Ini kerana mungkin anak pertama tidak mendapat didikan sebaik anak kedua, anak kedua pula mungkin tidak dapat didikan sebaik anak ketiga dan begitulah seterunya. Perkara ini disebabkan oleh sifat manusia yang sentiasa belajar dari kesilapan. Jadi jika ADIL itu adalah sama rata, saya rasa tiada seorang pun yang mampu berlaku ADIL dalam dunia ini.

Sebab itulah kita perlu ingat kita hanya mampu berlaku ADIL tetapi yang MAHA ADIL ialah Allah. MAHA ADIL Allah ialah ADIL dalam semua perkara. Keadilan Allah adalah mutlak, tiada siapa yang boleh menyanggahnya.

Kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat kerana seburuk-buruk manusia adalah mereka yang kufur. Jika kita lihat di dunia ini ada orang yang kaya, ada yang sederhana, ada yang miskin, ada yang papa kerdana. Malah ada yang cantik, ada yang hodoh, ada yang biasa sahaja, ada yg sangat cantik. Tetapi ingatlah bahawa semua manusia sama sahaja, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Sebab itulah Allah menjadikan manusia ini berbeza-beza. Janganlah kita terlalu bermegah-megah dengan kelebihan yang kita ada kerana kita juga mempunyai kekurangan dan janganlah kita merasa rendah diri dengan kekurangan  diri kita kerana orang lain juga mempunyai kekurangan. Begitulah juga dengan musibah yang kita alami, janganlah kita terlalu kecewa dengan musibah yang menimpa diri kita kerana kita mungkin akan bertemu dengan kebahagian  selepas itu. Tidaklah pula kita berlu bangga diri kerana bahagia pada hari ini kerana mungkin esok derita yang menunggu kita. Setiap manusia telah ditentukan qada' dan qadarnya dengan seadil-adilnya. Namun begitu, kita sentiasa diberi pilihan antara mahukan yang baik atau buruk. Kita yang membuat pilihan.

Disini saya sertakan sedikit petikan dr soaljawab tentang Qada' dan Qadar.

Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.
Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.
Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”
Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.
Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)
Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.
Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)
Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.
Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)
Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.”
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)
Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.
Di ambil dari : http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06259.html

Sekali lagi diingatkan kita seharusnya menjadi hamba yang bersyukur. Semua yang diberikan oleh Allah kepada kita adalah yang terbaik walaupun lain yang kita hajatkan. Tidak semestinya menjadi seorang yang kaya adalah yang terbaik untuk kita, mungkin menjadi miskin lebih baik. Tidak semestinya mempunyai rupa paras yang cantik adalah yang terbaik, mungkin lebih baik menjadi hodoh dari menjadi cantik. Tidak semestinya mempunyai pangkat yang tinggi itu baik, mungkin menjadi orang kebiasaan  lebih baik untuk diri kita. Yakinlah bahawa apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita adalah yang terbaik untuk kita kerana Allah itu MAHA MENGETAHUI. Perlu diigat juga Allah itu MAHA ADIL.

Wallahualam bi shawab...

24 October, 2010

Cerita Lift Rosak yg Sedih

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi….

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita….
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang…bla bla bla bla……
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?
si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…
si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA
Moral of the story….jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

23 October, 2010

BAHAYA BUAIAN. JANGAN GONCANG BAYI ANDA !

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.........

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
Health Info

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

§ Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

§ Jangan memegang bayi anda ketika marah.

§ Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

§ Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Kiriman email dari rakan untuk dikongsi : TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG.....

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya(meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Senyum Senyum Lah Selalu.......

16 October, 2010

Intipati Bajet 2011


Bajet 2011 sangat luar biasa sehingga pihak pembangkang terutama pihak DAP dan PKR sendiri terkejut dan ruang untuk dikritik pembangkang agak tipis. Tetapi yang menjadi persoalan saya ialah, mampukah kerajaan melaksanakan semua itu? Sehingga Lim Guan Eng sendiri yang sentiasa menkritik tidak percaya kerana pihak pembangkang pun tidak percaya mereka mampu buat jika mereka memerintah.  Jadi pada pandangan saya la, jikalau kerajaan BN mampu melaksanakan semua bajet 2011, ini bermakna kerajaan bersedia untuk berubah dan kerajaan sekarang jauh lebih baik dari pembangkang. Terima kasih pembangkang kerana sentiasa mengkritik.

Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah  :

1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.
2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008 .
3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.
4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan.
5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF
6) Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi.
7) KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020
8 ) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat
9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.
10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera
11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.
12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.
13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )
14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanianP/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.
15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA
16) Sektor pelancongan –
  1. peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar
  2. pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC – Bukit Bintang
  3. susun semula jabatan penerbangan awam
17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.
18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan…ke atas semua jenis telefon bimbit
19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit
20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan
21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris
24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.
26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.
27) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon
28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.
29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011
30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU …
31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta
32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.
33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama
34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung
35) Harga barang – Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS
36) : Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara
37)Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50
38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011
39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta
40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi
41) Kerajaan setuju mansuhkan sistem penilaian kecekapan awam dan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai menjelang Jun 2011
42) PERUNTUKKAN RM365 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PENGANJURAN SUKAN
43) Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk kakitangan kerajaan
44) Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini
45) RM6.9 BILION UNTUK INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

15 October, 2010

Turunlah Nabi Isa ke Bumi



Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, 
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!


Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan

Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...

Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)

Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.

source: http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=98049

13 October, 2010

KELAJUAN TIDAK MEMBUNUH!!!!!!!!!!!!

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan tragedi kemalangan yang paling ngeri dan boleh dikatakan kemalangan yang paling ngeri dalam  tahun 2010. Namun begitu, ramai pihak dan boleh dikatakan majoriti masyarakat menyalahkan kelajuan sebagai penyebab utama kemalangan.

Tahukah anda bagaimana biasanya kemalangan yang membabitkan dua atau lebih kenderaan berlalu? Kejadian seperti  ini biasanya berlaku apabila sesebuah kenderaan mahu memotong kenderaan di hadapan mereka.  Tahukah anda kenapa kenderaan yang berada di belakang mahu memotong kenderaan di hadapan? Ini kerana kerana kenderaan di hadapan lebih perlahan pergerakannya berbanding kenderaan di belakang itu.

Pada pendapat saya, kelajuan tidak menjadi faktor utama kemalangan sebenarnya. Kelajuan tidak membunuh, tetapi KEBODOHAN  dan KECUAIAN  serta KETIDAKSEDARAN DIRI SENDIRI yang membunuh.

KENAPAKAH?

Saya bagi contoh dahulu.
Walaupun bawak 50km/h, tp pemandu cuai tak tengok depan pon boleh langar budak skolah yang lintas jalan atau awek cun yang lintas jalan.

Walaupun bawak 40km/h, tp sbb mmengantuk dan degil tak nak rehat atau berhenti pon boleh masuk gaung atau masuk bawah treler.

Walaupun bawak 30km/h, tp tak bagi signal nak masuk kanan pon boleh kena langar dengan sesiapa sahaja yang ikut peraturan had laju.

Lepastu takkan jalan bandar dua lane pon nak bawak 180km/h. Lu gila ka apa? kita perlu tengok situasi la. Kalo kes mcm ni baru betul kelajuan membunuh. Jalan dalam kampung ko hentam pedal minyak sampai cecah 200km/h buat ape? Tu baral dan bahalol namanya.

Tahukah anda temppat yang bernama Autobahn yang berada di Jerman dibenarkan membawa 300km/h tetapi statistik kemalangan sangat jauh berbeza dengan Malaysia. Ini kerana kebijaksaan dan disiplin pengguna jalan raya itu. Pengguna jalan raya di temppat mereka sedar diri, dan bertanggungjawab. Ini tidak "ikut aku la, aku pon bayar roadtax ape"

Ini tidak, pengguna kat Malaysia ni walaupon dah tahu kereta dia tu slow macam siput sedut seerreehhhhhhhhh seeerreeehh, pon ade hati nak duduk lane sebelah kanan atau fastlane. Walaupun kena hon berkali kali pon masih degil dengan alasan, "lu ingat jalan ni bapak lu punya ka?" memang la bukan, "Luu la yang buat jalan ni macam jalan bapak lu punya"

Cuba kita fikir, kalau kita bawak 60km/h pon padahal jalan tu hadlaju 110km/h. Anda memang pentingkan diri sendiri, cuba anda lihat dibelakang anda. Berapa panjangkah kenderaan yang beratur dan di hapan anda kosong. Jika anda pernah berada dalam situasi seperti ini sila ubah sikap anda dan jika kereta anda tidak mampu bergerak seperti mana  kenderaan lain, sila elakkan berada di atas jalanraya yang sesak pada waktu puncak.

Jadilah pengguna lajanraya yang sedar diri dan berdisiplin dan bertimbang rasa. Kepada kenderaan yang menggunakan transmisi manual tu sila pikir keaadan orang yang pakai transmisi auto la jugak.. Kebiasaannya kenderaaan yang menggunakan transmisi auto ni akan berapa pada top gear pada kelajauan tertentu sahaja seperti toyota Hilux berada pada top gear dgn kelajuan 90km/h.  Jangan fikir anda sorang sahaja nak jimat minyak tp kenderaan orang lain yang pakai auto ni tak habis gear pon.. Enjin berdering je.

Cuba anda bayangkan anda berada dalam situasi jalan raya yang sangat jem dan pergerakan sangat perlahan ketika anda mahu cepat untuk sampai ke destinasi. Sesiapa yang tidak tahan sabar akan menyumpah seranah dan maki hamun dan mencarut yang bukan bukan kerana puncanya hanyalah sebuah kereta yg bergerak perlahan.

Lagi satu, kebiasaaan kemalangan berlaku apabila sesebuah kenderaan mahu memotong dan sedang memotong kenderaan di hadapannya. Dah tahu kereta tu tak pikup, nak jugak memotong walaupun dah tahu kenderaan pada laluan bertentangan tu dah dekat. Lainla kalau pikup mcm ferrari. Rasanya puspakom perlu membuat undang2 supaya setiap kenderaan dijalan raya mampu memotong dari kelajuan normal dalam masa yang di tetapkan.

Kepada semua pengguna jalan raya atau jalan mane mane la. Sila la mengikut peraturan jalan raya dan yang paling penting silalah berdisiplin dan jangan pentingkan diri sendiri. Takkan JPJ nak buat undang2 macam Jerman kot, nak amik lesen kena bayar beribu2. Lepastu kena duduk asrama dekat sekolah memandu selama 2 minggu. Tapi rasanya ada bagus jugak buat macam ni. huhu.

Baru baru ini kita ada mendengar pendapat yg mahukan hadlaju di jalan raya perlu dikurangkan, ini pendapat yang kurang cerdik. Jika ada hadlaju maksima, perlu ada hadlaju minima. Tetapi agak susah untuk kita menjumpai papan tanda had laju minima ini. Tidak perlulah kita mengurangkan hadlaju kerana zaman sekarang terdapat banyak kereta yang semakin  laju dan mampu bergerak agak laju dengan keaadan yang sangat stabil. langkah ini akan menyebabkan bertambah kesesakan jalan raya dan menyebabkan kemalangan lebih kerap berlaku. Ini kerana pengguna jalan raya akan mula hilang sabar dan mereka akan mula menjadi bodoh apabila berada dalam kesesakan ketika mereka mahu cepat dan pantas sampai ke destinasi.

Pada pendapat saya juga, JKJR perlu memperbesarkan laluan terutama di kawasan selekoh. Mungkin kosnya agak tinggi tetapi lebih baik dari memasang CCTV yangg hanya merakam kemalangan, bukanya mencegah.

Sekian sahaja.

KELAJUAN TIDAK MEMBUNUH, HANYA KEMALANGAN MEMBUNUH KELAJUAN!

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online