sampai sini -->

16 March, 2011

Ta'zir di Malaysia

Hukum Ta'zir

Pengertian ta’zir.
(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.


Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
1.Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
2.Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
3.Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
1.Nasihat;
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

2.Teguran;
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

3.Ancaman;
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

4.Pemulauan;
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

5.Perisytiharan umum;
Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat..

6.Denda dan merampas harta;
Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

7.Penjara;
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.

8.Sebat;
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti

9.Bunuh;
Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

10.Buang daerah;
Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Politik oh politik

(hanya gambar hiasan)
(hanya gambar hiasan)
Politik itu umpama rim kereta.. Sesuatu yg kecil, tapi sangat penting. Tanpa rim, tayar tidak akan menjadi bulat, tak ada rim, handling kereta not perfect la.. Mcm tu jgk politik dalam Islam.. Takda politik, kepimpinan takkan sermpurna, takda hala tuju..but, politik adalah satu part yg kecil sahaja. Islam merangkumi semua aspek.

Islam lebih besar dari politik. Macam kereta, kereta perkara yg lebih besar dari tayar..kereta trbahagi kpada beberapa prkara antaranya, performance, handling, drivability, body, dan bnyak lg..mcm tu jgk dgn Islam..ada ekonomi, pendidikan, akidah, akhlak, muamalat, keluarga, dan ada juga politik..politik adalah satu cabang dalam Islam..

Islam bukan politik semata-mata...begitulah juga dgn rim kereta..rim adalah satu part dalam kereta yg dikategorikan bahagian handling..bila kita brcakap pasal kereta, kita takkan brcakap pasal rim shj..jgn sampai kita hanya fokus kpada rim semata2 kerana tayar juga penting untuk handling..tak lupa juga jgn sampai kita lupa kpd aspek performance seperti enjin.mcm itulah juga dgn politik..when we talk about politik, jgn sampai kita lupa kepada akhlak dan akidah kerana tanpa akhlak dan akidah..politic is nothing..jgn sampai kita lupa kpada pembangunan ekonomi, pendidikan,muamalat, keluarga dan lain2..

Tetapi, dgn keadaan politik malaysia hari ini..pada aku la, politik Malaysia is zero..matlamat tak menghalalkan cara..tapi cara politik sekarang dah macam2 dan lebih2..benci org tu,benci org ni..kutuk org tu, kutuk org ni..mcm ni ke politik Islam? tak undi aku, mmg aku tak tolong la kau. Susah la mcm ni..Kalau dah nama politik mestilah akan ada pelbagai parti, jadi mestilah ramai yg akn berbeza sokongan..tak boleh ke kalo berbaik2..dah habis pilihan raya tu habis la..ni tak, sampai sekarng tak habis2 gaduh..agak2 kalo nabi Muhammad masih ada dia senyum ke dia marah tengok keadaan sekarang?

Kalo dah berkempen tu, mcm2 janji manis..manis tu manis jgk tp tak habis2 membusuk2 org lain..semua sama je..cara nk pancing undi dgn nak pancing awek sama je..janji manis je jdi modal..bukan kata nak bgtaw mcm mana nak majukan negara, perancangan masa depan..mcm mana untuk tunaikan janji,bukanya hanya janji semata2..mmg la cara tu mudah pancing undi..pancing awek pun sama la..lg senang jnji manis je..bila kahwin i bg kat u rumah besar, kereta besar, u tak perlu masak, u tak perlu basuh baju, u tak perlu kemas rumah, u coleh g shopping hari2..see..how much dirty tactics here..thats y almost people said politic is suck or shit!!!

Bila duk kedai pagi2 dengar pakcik bising2 pasal politik mesti ada yg berbunyi"tak habis2 politik"..see..mcm mana rakyat tak bosan dgn poolitik..penuh sandiwara dan lakonan semata2..drama king bukan hnya di tv..tp dlm politik..kita sbg rakyat pun kena pkir..kerajaan tu mcm bapak kita la..kita sebgai anak akn slalu mintak mcm2, nak itu nak ini..tp kena pikir, bapak kita tu mampu ke? Bapak kita penat cari duit siang malam..hujung bulan baru dapat gaji..kita tahu nak habiskan je..mcm tu jugak la rakyat..tahu nak subsidi je..tak tahu ke mcm mana kerajaan tu pikir mcm mana nak tampah pendapatan..

Tak hairan la kalo kerajaan terpaksa buka pusat perjudian, disko n mcm2 lg..dan tak hairan jugak la ada ayah yg sanggup pergi berjudi, mencuri atau wat kerja haram untuk penuhi pemintaan anaknya..fikir la..skrang bukan masa untuk pikir apa yg kita dapat, tapi pikir mcm mana kita nak dapatkan bnda tu..angan2 lebih mudah dari merancang strategi...

Harap2 suatu hari nanti kita akan menyokong sesuatu perkara bukan kerana parti, bukan kerana warna, bukan kerana bangsa, bukan kerana budaya tapi kerana kebenaran..tp malangnya hari ini..sesuatu perkara akan dirujuk kepada parti, bila timbul sesuatu isu, politiklah yg akan dirujuk mula2nya..jika partinya setuju,dia akan setuju,jika partinya membangkang,dia akan membangkang..ape kejadahnya ni? politik tu mazhab ke ape? lihat isu yg timbul terbaru ni pasal bible dlm bahasa melayu..apa kejadahnya dia buat terjemahan tu? seperti yg kita ketahui, bangsa Melayu di Tanah Melayu ini adalah Islam seluruhnya..jadi untuk apa bible bahasa melayu itu dibawa masuk? hanya sekadar bacaan seperti novel cinta? kelakar sangat..haha..apa lagi kalau bukan untuk dakwah kristian..bible adalah bible..bible bukan Injil!!!
Share

15 March, 2011

Try to avoid top 500 worst passwords of all time



Just click to view original size or click this link.

Share

14 March, 2011

Datuk Lee Chong Wei defeated arch-rival Lin Dan (UPDATED)


Chong Wei Retains All-England Title

KUALA LUMPUR, March 14 (Bernama) -- Malaysian badminton ace Datuk Lee Chong Wei defeated arch-rival Lin Dan of China in straight sets of 21-17, 21-17 to retain the men's singles title in the prestigious All-England Championship in Birmingham Sunday night.

The World Number and top seed was in control throughout with the Chinese ace having no answer to Chong Wei's superior performance.

There was never a point Chong Wei was seriously threatened except in the second set when Lin Dan managed to pull level at 17-17 in the second set before bowing out in 52 minutes.

However, Malaysia's men's doubles pair Koo Kien Kat-Tan Boon Heong were not so fortunate, going down to Demark's Mathias-Boe Carsten Morgensen in 21-15, 18-21, 18-21 and thus failed to pick their second men's doubles title after they won it for the first time in 2007.

The women's singles title was won Wang Shixian of China who defeated Japan's Eriko Hirose in 24-22, 21-18 while the women's doubles final was won by her compatriots Wang Xiaoli-Yu Yang after the duo easily overcame Japanese pair Mizuki Fujii/Reika Kaiiwa in 21-2, 21-9.

China's Xu Chen/Ma Jin won the mixed doubles, defeating the Thai pair of Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam in 21-13, 21-9.

-- BERNAMA













Congratulation to our Dato Lee Chong Wei!!! back to back won his 2nd title of All England Open for himself, important is this year he won Lin Dan in 2 games 21:17,21:17,straight sets tuuu..... sungguh cantik sekali nombor itu!! Jangan ada yang bei nombor ekor pulak dah la.. We proud of u!!! Anda buat Lin Dan menangis bro..hahaha..setelah sekian lama berusaha..inilah hasilnya..i really can't expect it..you move forward step by step..now you already get it. Nice bro. This is not just nice..you are really amazing bro.. harap-harap esok PM umum cuti umum la. Hahhaha. 










Youtube link:


[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [1]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [2]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [3]

[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [4]





[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [5]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [6]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [7]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [8]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [9]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [10]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [11]



[2011 All England Open MS-F] Lin Dan vs Lee Chong Wei [12]


Share on Facebook

07 March, 2011

Memilih Ulama Atau Profesional Sebagai Pemimpin


Pada era alaf baru ini, kita semakin hari semakin banyak kemajuan yang telah kita capai. Kemajuan yang di maksudkan ialah kemajuan dari segi fizikal. Munkin juga kemajuan dari segi rohani. Namum begitu, kita jangan pula lupa dengan akhirat dan hari kiamat. Esok lusa kita mungkin akan pergi meninggalkan dunia ini. Mungkin juga kita ditakdirkan untuk mengharungi dugaan zaman kebangkitan Dajjal bersama Iman Mahdi. Adakah kita bersedia menghadapi dugaan tersebut. Jauh di lubuk hati kita merasakan bertapa dekatnya hari kiamat tetapi umpama orang buta dan pekak yang selalu diberi peringatan secara lisan ataupun situasi yg berlaku seperti tanda-tanda kiamat.

Pada ketika ini, kita lihat Islam semakin ditindas dan dipandang rendah oleh penganut agama lain. Ramai juga yang telah menyalahkan pemimpin. Mereka menyalahkan pemimpin-pemimpin besar seperti ulama dan perdana menteri. Jika kita lihat teori yang disebut di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah sangat hebat tentang kepimpinan. Kita juga banyak menyediakan dana dan peruntukan untuk memajukan agama Islam tetapi mengapa kita masih lagi mundur dan sering mengalami kegagalan. Kerajaan juga menubuhkan berbagai-bagai jabatan untuk pembangunan. Tetapi apa yang menyedihkan ialah dana tersebut seolah-olah tidak diuruskan dengan betul. Apa yang kita lihat ialah ketua-ketua jabatan berkereta mewah dan berpakaian mahal-mahal serta makan di restoan atau hotel yang berjenama. Tetapi malangnya keadaan masalah umat Islam semakin bertambah.

Minda masyarakat yang semakin bercelaru dan sering dimanipulasikan oleh pelbagai pihak terutama pihak politik melalui media massa dan ceramah-ceramah politik yang sentiasa mengelirukan rakyat. Masalah demi masalah yang timbul dari perkara kecil menjadi semakin rumit dan perkara besar diabaikan.

Namun begitu, masih ada kejayaan yang kita capai. Walaupun gejala Mat Rempit yang semakin merumitkan, tetapi kita masih dapat memberikan kesedaran kepada mereka melalui pendekatan secara berhikmah. Namun, apa yang menyedihkan ialah masalah gejala Murtad yang semakin berleluasa. Masalah ini berpunca dari pelbagai pihak ialitu dari jabatan yang besar sehingga ke Masjid. Ini kerana terdapat masalah di kalangann pemimpin dan mereka yang berjawatan tinggi yang gagal mejalankan tugas. Jika kita tanya siapakah ketua Jabatan Agama Islam di kawasan mereka, sudah tentu ramai yang tidak dapat menjawab. Ini kerana mereka-meraka ini jarang keluar menunjukkan muka kepada rakyat di kawasan mereka. Jika terdapat masalah pun mereka masih berdia diri sehingga rakyat lupa kewujudan mereka.

Cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah memilih pemimpin yang betul-betullayak mejadi pemimpin. Maaf jika saya katakan ramai antara kita yang mengambil jalan senang iaitu memlih mereka yang beragama atau Ustaz sebagai pemimpin. Pada mereka, orang yang berpengetahuan agama itu layak menjadi pemimpin. Tidak salah, tetapi kita perlu menilai dahulu kemampuannya. Adakah Islam sudah tidak boleh dipakai? Semetinya tidak!!! Agama Islam sentiasa relevan sepanjang zaman. Kita harus ingat, pemimpin yang di pilih tidak semetinya orang itu bagus keperibadianya dan pakaiannya tetapi kemahiran dan kemampuan dalam bidang yang akan dipegang olehnya itu layak.


Jika kita lihat, Abu Zar merupakah seorang sahabat yang sangat dikasihi oleh baginda Rasulullah. Abu Zar merupakan seorang yang warak dan zuhud tetapi rasulullah tidak memberikan jawatan itu kepadanya. Mengapa? Ini kerana ciri-ciri kelayakannya tidak wujud sepenuhnya. Sebagai contoh, tidak semua para sahabat mampu menjalankan urusan siasah seperti Al Khulafah Al Rasidin. Ramai yang berangapan mereka yang kuat agama itu mampu menjadi pemimpin. Jika hanya mereka yang bergelar Ustaz sahaja mampu menjadi pemimpin, maka kesilapan demi kesilapan yang akan berlaku contohnya jika kita melantik seorang yang berlatar belakang agama tapi mindanya seperti zaman 50 an untuk menyelesaikan isu yang berkaitan keadaan pada masa kini, sudah tentu akan gagal. Umpama mengunakan paku pada kayu yang salah. Berkemungkinan kayu itu akan pecah kerana saiz paku terlalu besar walaupun paku itu kuat dan kukuh. Mungkin juga akan terjadi paku menjadi bengkok kerana kayu yang hendak dipaku terlalu keras.

Kepimpanan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama. Hasrat masyarakat terhadap institusi-institusi agama kerajaan amat besar. Namun realitinya, anda sendirilah berikan penilaian. Maka kejumudan dan keterikatan dengan sesuatu anggapan agama tanpa dalil yang kukuh atau tradisi tanpa hujah mestilah dilenyapkan dalam peta pemikiran tokoh-tokoh yang ingin memimpin urusan agama.

Secara umumnya kepimpinan memerlukan dua perkara, iaitu al Quwwah dan al amanah. Al-Quwwah iaitu kekuatan atau kemampuan berkaitan jawatan yang dipimpin. Sementara Al-Amanah iaitu nilai amanah dalam diri.


Cara pengurusan agama zaman sekarang mestilah mengikut tuntuan dengan keadaan tuntutan keadaan semasa yang menghadapi pelbagai tekanan. Kita bukan sahaja mahukan seorang yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi tetapi ketajaman pemikirannya juga sangat penting juga. Kepimpanan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama. Hasrat masyarakat terhadap institusi-institusi agama kerajaan amat besar. Namun realitinya, anda sendirilah berikan penilaian. Maka kejumudan dan keterikatan dengan sesuatu anggapan agama tanpa dalil yang kukuh atau tradisi tanpa hujah mestilah dilenyapkan dalam peta pemikiran tokoh-tokoh yang ingin memimpin urusan agama.

Kadangkala kita mungkin bertembung dengan satu masalah iaitu ketandusan tokoh untuk sesuatu jawatan melainkan dua jenis peribadi, satunya padanya ada kekuatan atau kemampuan tetapi kurang amanah sementara seorang lagi solih atau sangat amanah tetapi lemah atau tidak berkemampuan, siapakah yang patut dipilih?Dalam hal ini maka para `ulama al-siyasah asy-syar`iyyah menyatakan hendaklah dilihat kepada kedudukan jawatan dan dinilai siapakah yang paling mampu memberi manfaat dan paling kurang mudharatnya. Sekiranya jawatan berkenaan berteraskan kepada kekuatan seperti medan peperangan maka hendaklah didahulukan yang memiliki kekuatan dan keberanian walaupun kurang soleh ataupun tidak baik peribadinya.

Sekiranya jawatan berhajat kepada amanah yang lebih seperti mengendalikan kewangan maka hendaklah didahulukan yang amanah walaupun lemah dalam pengurusan. Di atas sebab ini maka Rasulullah s.a.w. memilih Khalid bin al-Walid r.a. mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah walaupun ada para sahabah yang lebih besar kedudukannya di sisi Nabi s.a.w. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh mereka. Bahkan Rasulullah s.a.w. pernah menegur dan membantah beberapa tindakan Khalid yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut dalam kitab yang sama: “Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kejahatan- diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah. Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi soleh tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: “Yang kuat dan jahat. Ini kerana kekuatanyan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri . Adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam”. Maka berperang bersama yang kuat dan jahat.”.

Kepimpinan yang mampu menyelesaikan masalah umat Islam hari ini hendaklah dilihat secara yang lebih luas berasaskan ciri al-Quwwah dan al-Amanah. Bukan soal sijil, serban atau songkok semata, tetapi soal kesan yang mampu mencorakkan umat.Penilaian semula terhadap beberapa soal pentadbiran agama mungkin boleh menjadi pemangkin perubahan.

Teringat kepada peristiwa tahun 2009 dimana PAS mendebatkan isu tentang pemilihan pemimpin. Pemimpin yang dimaksudkan bukanlah pemimpin biasa tetapi ketua negara. Ini adalah satu isu yang rumit. Ramai antara kita yang berkefahaman seperti Al-Iman Al Mawardi R.H. yang agak ketat. Mungkin pandangan itu lebih sesuai untuk zaman kerajaan Abbasiyyah. Keadaan sekarang memerlukan perjuangan yang lebih terbuka. Jika tidak, maka mereka (pemimpin) akan bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri. a, al-Imam al-Mawardi r.h dalam tulisannya menyebut syarat seorang khalifah mestilah memiliki ilmu yang memampukannya berijtihad dalam menyelesaikan keadaan dan hukum. Al-Mawardi juga menyebut bahawa khalifah mestilah berketurunan Quraish. Jika dilihat dari segi dalil, walaupun lojiknya ada, tetapi tiada nas yang mensyaratkan seseorang khalifah mesti mencapai ilmu ke peringkat ijtihad hukum.


Kalau begitu, adakah Perdana Menteri disyaratkan seorang yang berketurunan Quraish? Saya rasa, syaratnya ialah sebagai seorang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Namun, kita harus ingat, Ibnu Khaldun dan beberapa sarjana yg lain mempunyai pandangan yang bebeza. Revolusi Iran dan Khomeini memperkatakan tentang konsep Wilayah al-Faqih yang meletakkan faqih atau ulama sebagai pemimpin. Konsep itu mempunyai akar umbi kefahaman Syiah yang tersendiri, walaupun ia juga didebatkan di kalangan mereka. Gerakan-gerakan Islam yang wujud, sebahagiannya terpengaruh dengan perkembangan-perkembangan ini.

Ramai di antara kita yang menyalahkan pemimpin yang bukan ulama menjadi penyebab kegagalan dalam Islam. Perkara ini bukan disebabkan taraf pendidikan seseorang itu kurang sedikit dari segi agama tetapi prinsip hidupnya. Jika pemimpin itu bukan ulama sekali pun tetapi jika dia mahu. Sudah tentu dia mampu melakukannya. Ini kerana pemimpin itu boleh mendapat khidmat ulama sebagai penasihat. Jika kita lihat, pemimpin yang tidak tahu IT pun mampu memajukan IT itu sendiri.

Apa yang menjadi masalah kepada masyarakat kita siapakah ulama menurut kefahaman orangramai?. Apakah seseorang itu dianggap ulama hanya kerana dia berkelulusan pengajian Islam? Atau kerana dia memakai jubah dan serban? Atau kerana dia dipanggil ‘ustaz’?. Perkataan ulama berasal dari ‘ilmu’. Bermaksud seseorang yang menguasai ilmu. Jika ia dikaitkan dengan pengajian Islam membawa maksud seseorang yang menguasai ilmu dalam bidang pengajian Islam. Jika dia bergelar ulama, tetapi ‘kontang’ dalam soal ini, dia tidak layak. Tak perlulah kita berdebat samada ulama atau professional yang layak menjadi ketua negara hanya membazirkan waktu. Apa yang penting ialah tujuan hendaklah jelas. Apakah yang kita kehendaki daripada pemerintahan dan politik? Yang menjadi tanggungjawab politik islami adalah keadilan dan kesejahteraan yang berdasarkan petunjuk wahyu.

Hasrat seseorang pemerintah yang dibantu oleh ilmu pengetahuan adalah penting. Jika dia ulama yang mahir dalam politik serta mempunyai ketangkasan siasah, tentulah itu yang terbaik. Jika dia seorang ahli politik yang mahir sekalipun tidak ulama, dia boleh dibantu oleh para ulama yang mendokong hasratnya. Apatah lagi kita kini dalam kerangka negara moden yang lebih teratur dan tersusun dibanding negara pada zaman buku-buku klasik politik Islami itu ditulis.

Menjadi masalah adalah jika seseorang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi ingin memerintah. Sekalipun dia memakai gelaran ‘ulama’ ataupun professional. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :

Sebagaimana yang kita tahu, Khalid bin Al Walid R.A juga pernah ditegur dan dibantah oleh Rasulullah kerana melakukan perkara yang melanggar disiplin peperangan seperti yang telah digariskan oleh baginda. Namun begitu, Rasulullah tetap memilih Khalid Al Walid sebagai panglima perang dan menggelarnya sebagai Pedang Allah. Jika kita lihat, mengapa rasulullah tidak melantik sahabat yang lain kerana masih ramai yang jauh lebih dekat dan kuat amalannya berbanding Khalid Al Walid. Ini kerana kemampuan oleh Khalid Al Walid tidak dimiliki oleh sahabat yang lain.


Dalam hal ini,isunya bukan isu gelaran, atau jenis pakaian, tetapi isu amanah dan kemampuan dalam mentadbir dan menguruskan kehidupan rakyat. Kepimpanan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama. Hasrat masyarakat terhadap institusi-institusi agama kerajaan amat besar. Namun realitinya, anda sendirilah berikan penilaian. Maka kejumudan dan keterikatan dengan sesuatu anggapan agama tanpa dalil yang kukuh atau tradisi tanpa hujah mestilah dilenyapkan dalam peta pemikiran tokoh-tokoh yang ingin memimpin urusan agama.

Share Share

04 March, 2011

NASYID - Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Ezzlyn, Wahida.



Harap-harap dapat praktikkan etika berpakaian yang baik di luar sana. Bukan hanya di dalam lagu hanya kerana lagu nasyid. Im really shocked right now. Apa-apa pun layan je la lagu ni.

Antara CINTA dengan KERETA


Melihat kepada tajuk di atas, sebenarnya tak ada makna sangat pun. Hehehe, lagipun bercouple dengan bertunang tu lebih kurang je sebenarnya. Kalau bercouple ni macam tak ada hitam putih. Tapi kalau bertunang, adalah kejelasan hitam putihnya. Mungkin ada segelintir sahabat kita yang ada prinsip hidupnya sendiri. Masing-masing ada cara masing-masing.

Jadi, bebalik kepada bercouple itu, adakah wajar kita bercouple? Persoalan ini sangat rumit untuk dijawab oleh golongan muda ataupun remaja. Padahal jawapan itu sangat mudah dan persoalan ini sangat senang untuk dijawab. Saya malas untuk memberikan jawapannya lagi. Ok, saya suka memberi contoh ataupun situasi yang mudah kita faham dan membuatkan kita berfikir.

Macam ni, pada jiwa setiap insan semestinya mempunyai idaman masing-masing. Contohnya, KERETA. Jadi, ramai yang ada kereta idaman masing-masing. Begitulah juga dengan CINTA. Masing-masing mempunyai pasangan idaman masing-masing. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan unik.  Samalah juga dengan kereta. Ada yang suka kereta sport, ada yang suka 4WD, ada yang suka jenis sedan, ada yang suka limo, dan macam-macam lagilah. Begitulah juga dengan CINTA. ada yang minat dengan yang berkulit putih, ada yang berminat dengan kulit hitam, ada yang suka hidung mancung, ada yang suka orang yg tembam dan macam-macam la kan. Malah ada juga yang berhasrat untuk memiliki beberapa unit kenderaan idaman masing-masing. Samalah dengan CINTA, ada yang berhasrat untuk berkahwin lebih dari satu. Tapi ada undang-undangnya yang mengehadkan kepada 4 sahaja.
melongkang ke ape?
Jadi, seterusnya mereka yang meminati kereta semestinya mempunyai masalah tersendiri untuk memilikinya. Ada yang akan mempunyai masalah kewangan, tiada lesen memandu, tiada kebenaran dari ibu bapa, dan sebagainya. Begitulah dengan CINTA. lebih banyak tentangan dan cabaranya. Jadi, setiap orang hanya akan mampu memiliki kereta atau pasangan berdasarkan kemapuan dan keadaan masing-masing. Tak semestinya apa yang kita idamkan kita akan dapat.

Apa yang membezakan antara kereta dengan pasanagan hidup ialah tempoh berpacaran/bercinta  atau booking kereta baru. Jika kita melihat kepada prosedur utntuk memiliki kereta. Perkara pertama sekali adakah kita layak memiliki kereta itu. Ada yang kurang berkemampuan tapi mahukan kereta yang mewah dan mahal-mahal. Tapi, layakkah anda memilikinya? Sama juga seperti memilih pasangan. Pilihlah pasangan yang sepadan, sesuai untuk kita supaya tidak susah pada kemudia hari.

Setelah kita sudah menetapkan target atau sasaran kereta yang kita mahukan. Semestinya kita akan pergi ke kedai untuk boking kereta tersebut. Pada hari itu, kita akan ditanya oleh jurujual tentang biodata peribadi, kerja apa, kewangan stabilkah, ada masalah disiplinkah sebelum ini. Kita juga dikehendakii membayar sedikit cengkeram sekurang-kurangnya 10% kalau tidak silap saya setelah kita memenuhi syarat untuk membeli kereta tersebut. Selepas membayarnya, kita hanya boleh melihat kereta tersebut dan hanya memegang stering sahaja. Adakah kita boleh terus membawanya bersiar-siar? Semestinya tidak. Tetapi ada yang akan berkata, kereta second boleh, tetapi masih dibawah kawalan dan pemerhatian pemilik. Setelah membayar cengkeramnya, kita akan menetapkan syarat. Dan kita juga akan berbincang bila tarikh kita boleh membawa balik kereta tersebut. Paling lama pun orang booking kereta setahun, itupun siang malam tak lena tidur asyik memikirkan kereta barunya. Tak ada pulak orang yang booking sampai bertahun-tahun. Kalau ada pun, mesti kena sambar kat orang lain dah kereta tu.
macam ni stail la. Dapat lock free. haha
Samalah juga dengan  cinta dan perkahwinan. Perlukah kita booking kereta lama-lama? Kalau tak bersedia, jangan la mengada-ngada nak booking. Tu kerja oorang berlagak je sebenarnya. Dan pada masa yang sama, setelah bertunang, perlukah sampai kesana kemari? Berkepit-kepit. Kereta pon orang tak bagi. Inikan pula anak orang.  Jadi sama-samalah kita berfikir. Adakah perlu kita bercinta tetapi belum bersedia untuk berkahwin.

02 March, 2011

MALAYSIA NEGARA ISLAM?

Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia:

Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapat dilihat seperti berikut:

i.     Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii.    Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.
iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Pandangan Ulama Mutabar:
i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep negara Islam tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.

ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara ijtihadiyyah iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.

iii. Ada berbagai difinisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya:

- Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan :

Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.

- Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan:

Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.

- Menurut dari. Mohammad Said Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliu menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.

iv. Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mutabar.

v. Dengan mengambil kira kepelbagaian difinisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan sebagai berikut:

Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.

vi. Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciiri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia.

Pengiktirafan dunia:
i.     Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi.
ii.    Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Pelaksanaan Pentadbiran Negara:
i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang muamalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya.

ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam.

iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.

iv.Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.

Muzakarah Fatwa:
i.     Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

ii.     Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatalamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online