sampai sini -->

13 May, 2011

Ambil Kembali Tanah Melayu Yang Dijajah!

"As to history, the Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time immemorial. Today much of our land has become part of neighbouring countries, having been conquered or because of treaties entered into by the British. We should really go towar to regain our land especially as there are Malays living there." Tun Dr Mahathir Mohammad,dari Blog Che Det,perkara 9, jawapan kepada Saudara Hanan.



Kepulauan Riau-Lingga pada asalnya milik kerajaan Johor...sekarang?? Indonesia..

Pattani merupakan kerajaan Melayu pada asalnya...nun jauh utara sana...sekarang.....jadi milik Siam...Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau Patani Raya..mereka masih berusaha mengekalkan keaslian nama tempat mereka...

Wilayah Pattani
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/9/9b/Thailand_Pattani.png

Tanah Melayu hanya 80% merdeka. Kesan Perjanjian Anglo Siam masih lagi memberi impak kuat kepada tanah-tanah kita yang masih dijajah siam.

Kemerdekaan sebenar ialah apabila seluruh Nusantara Merdeka.
Selagi Patani dijajah Thailand, dan Moro dijajah Filipina.Selagi itu ...ia bukan kemerdekaan sebenar
Perjanjian Anglo Siam menyebabkan sebahagian dari Tanah Melayu disahkan sebagai milik Siam oleh British...

Lagu Kebangsaan Pattani
Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau Patani Raya dalam lagu ini..

Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson.


1. Kerajaan Melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand / Siam. Padahal kerajaan Melayu Pattani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.

2. Kedah, Perlis , Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah oleh Siam diserahkan kepada Britain.

3. Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.

4. Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.

5. Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.
========

Orang Patani pada tahun 2004 mengadakan tunjuk perasaan didepan balai polis Tabal kerana mendesak ingin tahu nasib enam orang pengawal kampung yang ditangkap oleh polis Thai.

Mereka mengadu dan merayu kapada kerajaan penjajah Thai supaya membebaskan keenam-enam pengawal kampung tersebut. Hanya dengan bersuara demikian mereka disuraikan dengan peluru bedil dan dibunuh secara kejam tanpa henti-henti hingga sekarang. Setiap hari orang-orang melayu (tuan punya tanah Bumi Patani) dibunuh, diburu dan beribu-ribu ditahan tanpa bicara (ISA).

Di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri. Pergerakan pemisah ini menuntut kemerdekaan Pattani Darussalam atau bergabung dengan Malaysia...tanah Melayu sebenar...

---

Kerajaan-kerajaan Melayu duhulu yang di kenali dengan nama Ligor, Rundung,Terang,Cahaya, Gherbi, Bukit/Ujung Salang, Bendelung dan Singgora sekarang telah berubah menjadi Nakhorn Sri Thamarat, Ranong, Chaya, Trang, Krabi, Phuket, Patthalung dan Songkhla.

Kesemuanya hanya berlaku dalam masa 250 tahun. Kesemua orang melayu dinegeri-negeri tersebut sudah tidak MAMPU berbahasa melayu dan redha di jajah Siam!!!!!!.Astaghfirullah, hanya baru dua ratus tahun lebih sahaja....

Begitu juga Patani mula jatuh pada tahun 1786 .Tapi masih tidak berhenti berjuang hingga sekarang. Peperangan sekarang bukanlah yang terhebat pernah berlaku pada bumi Patani. Pada tahun 1831-32 penjajah Siam mengerah 300,000 tentera untuk berperang dengan Patani. Kerajaan British membantu dengan menyekat jalan laut Kedah-Trang, kerana Patani dibantu oleh Kedah Kelantan dan Trengganu untuk menyerang ikut jalan laut.

200 tahun sana dijajah Siam...negara kita (menurut buku teks sejarah) dijajah selama 446 tahun!!! lebih lama!! tapi benarkah???

British menjajah Tanah Melayu selama 141 tahun sejak Francis Light mengibarkan bendera Union Jack di Pulau Pinang pada 1786. Pada pandangan saya perkara ini tidak berapa betul kerana pada masa itu British berada di Pulau Pinang saja manakala negeri-negeri Melayu lain bebas, kecuali Melaka masih dijajah Belanda...

File:British Malaya circa 1922.PNG

The Unfederated Malay States are coloured in blue, the Federated Malay States in yellow, and the Straits Settlements colony in red.

Misalnya, ketika tu Sultan Kedah berkuasa di Kedah, Sultan Perak berkuasa di Perak, demikian juga di negeri-negeri lain. British hanya campur tangan di Perak pada 1874 (kalau tidak silap saya), kemudian di Selangor (1880-1890-an, kalau tidak salah saya), selepas itu di Negeri Sembilan dan Pahang.
Negeri-negeri Utara (Kedah, Kelantan dan Terengganu) hanya jatuh ke tangan British pada tahun 1909 melalui Perjanjian British-Siam. Johor hanya menerima penasihat British, bukan Residen seperti negeri Perak dan Selangor.
Secara tidak langsung, Johor mungkin tidak dijajah langsung oleh British. Itulah agak saya, semasa kemerdekaan dulu, Sultan Johor ketika itu, Sir Sultan Ibrahim tidak bersedia menyambut kemerdekaan.... (sila lihat laporan akhbar Straits Times pasca merdeka yang diterbitkan baru-baru ini).
Jadi di sini, tidak betullah untuk mendakwa British menjajah negara kita selama 141 tahun. British hanya berkuasa sebentar saja, mungkin berpuluh tahun saja.
Penjajah Belanda dan Portugis pula hanya menguasai sebahagian kecil wilayah Tanah Melayu. Portugis hanya berkuasa di tanah Melaka yang kecil itu mulai tahun 1511 sedangkan wilayah lain masih dikuasai Sultan Mahmud Melaka (tanpa ibu kota Melaka), kawasan lain oleh Sultan Perak, Sultan Pahang dan sultan-sultan lain. Malah empayar Johor-Riau begitu makmur ketika zaman Portugis dan Belanda itu. Belanda pula hanya berkuasa di Melaka dan Pangkor di Perak.
Berdasarkan perkara ini, saya berpendapat adalah salah untuk menyatakan Tanah Melayu dijajah kuasa Barat selama 500 tahun. Ini hanyalah propaganda Barat untuk melemahkan bangsa kita.

Kuasa Barat hanya menjajah sebahagian kecil saja wilayah negara kita. British pula tidak menjajah negara kita selama 141 tahun, sebaliknya beberapa puluh tahun saja..

Jika Kota Melaka dijajah selama 446 tahun..itu benar..jika Tanah Melayu dijajah 446 tahun..itu TIDAK TEPAT...

---
Ini sekadar pengetahuan sahaja..bukan mahu menaikkan semangat permusuhan dan merosakkan kepala otak korang..
---

Lagi satu, nak stori pasal filem Langkasuka lak..



Langkasuka yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Pattani (dahulunya Kedah). Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu.

Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka.

Tapi dalam filem ni...

org Siam dh buat filem psl kerajaan Langkasuka sebelum org Melayu. Aku boleh agak filem ni mesti dibuat dlm bahasa Thai berat dgn kebudayaan Thai, berbanding budaya Melayu... Bercakap pun bahasa Thai...kerajaan Melayu dulu cakap bahasa Thai ke?? Langkasuka adalah kerajaan Melayu filem ttg kerajaan ni spttnya dibuat dari sudut perspektif pndgan org Melayu tu sendiri... kalo dipndg dri sudut perspektif pndgan org Siam, mesti dh lain sgt jadinya...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/3/38/Langkasuka004.jpg/250px-Langkasuka004.jpg



Petikan Wikipedia:

Langkasuka was an
 ancient Malay kingdom located in theMalay Peninsula. Another possible source of its name could be the combination of (-langkha Sanskrit for "resplendent land" - and Asoka in tribute to the legendary Mauryan Hindu warrior king who eventually became a pacifist after embracing the ideals espoused in Buddhism).

Ancient Malay Kingdom beb...bukannya ancient Siamese kingdom!!

Lagi satu..cuba tngok video tadi masa 0:13 ada sebut Sultan Songkla dan Nakhon Si Thammarat...sebenarnya Songkla dan Nakhon tu nama Siam bagi Singgora dan Ligor selepas dijajah!! Tu bukan nama dulu2!! Tu nama jajahan Siam sekarang!! Filem ni menyeleweng sejarah sebenar dan berat sebelh kepada Siam!!!

Kerajaan-kerajaan Melayu duhulu yang di kenali dengan nama Ligor, Rundung,Terang,Cahaya, Gherbi, Bukit/Ujung Salang, Bendelung dan Singgora sekarang telah berubah menjadi Nakhorn Sri Thamarat, Ranong, Chaya, Trang, Krabi, Phuket, Patthalung dan Songkhla.

Bahasa jiwa bangsa. Hilang bahasa hilanglah bangsa .Inilah nasib orang2 yang tanahairnya dijajah.Yang masih ingat asal usul(itupun sebahagian) adalah orang2 di sebelah selatan Siam.Itupun banyak yang dah tak tahu berbahasa Melayu atau lebih senang berbahasa Siam

Bercakap pasal produser filem Melayu,nampaknya hanya filem2 spt Rempit,Nana Tanjung,Haru-biru yang mendapat tempat utk bikinan,katanya ikut kehendak market.Patutlah masyarakat kita pun makin lama makin haru-biru jadinya

Bilakah negara kita mahu merdeka 100% ???

File:History merdeka.jpg

Sumber: Wikipedia, Harakah Daily,Patanikini.wordpress, Hasbullah pit, Youtube, Forum AtasBawah dll...

1 comment:

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online