sampai sini -->

28 May, 2011

BARBICAN HARAM ATAU HALAL??



JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Sumber: Harian Metro Hari ini

Sebut nama BARBICAN mungkin ramai yg tak tahu dan ramai yang tahu. Yela. Budak-budak kampung mana nak jumpa benda ni kan. Kalo ada 7Eleven tu senang la nak beli kan. Lagipun orang-orang arab je yang biasa minum benda ni. Jika ada antara kita yang pegang botol BARBICAN, mungkin ada yang tersilap anggap bahawa itu adalah botol ARAK. Macam yang kita baca artikel kat atas tu..Barbican agak hangat diperkatakan. Jadi sebelum kita pergi kepada aspek yg lebih dalam lagi, kita baca dulu  artikel dibawah.

Name : Ahmad Jailani Abdul Ghani 
Qualifications : Doctoral research scholar in Islamic Banking & Finance in Durham University, England. 12 years as senior advocate & solicitor, shari’ah practitioner and part-time lecturer. 

Blog : www.ustjai.wordpress.com 

Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:- 

a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent. 
Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula “Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”. 

Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar. 


Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya. 
 

Memang hari ni kat mana-mana yang yang bising dan bergaduh pasal barbican kan. Masing-masing dah kompius. JAKIM kata HARAM..tapi Sheikh Yusuf Al Qardawi kata HARUS..Jadi yang mana kita nak pakai ni? nak tolak pendapat JAKIM pun rasa macam JAKIM pun berkelayakan untuk memberikan pendapat ini. Tambahan pula JAKIM tu dari Malaysia. Nak tolak pendapat SHEIKH YUSUF AL QARDAWI rasanya macam tak boleh jugak sebab belauai bukan calang-calang orang.
Ok lah..kita pergi kepada pendapat orang biasa macam saya pulak.  Jika kita lihat banyak produk kat luar yang jauh lebih berkontroversi seperti ROOT BIR atau minuman bergas macam dari COCACOLA, A&W, PEPSI. Saya berterus terang bahawa saya sendiri pernah minum BARBICAN. Rasanya biasa sahaja. Rasanya juga agak menyegarkan. Jika hendak dibandingkan dengan rasa ROOT BIR, COCACOLA dan PEPSI tu rasanya yang ini lebih teruk dari BARBICAN. Itu adalah minuman kormesial yang banyak terdapat di pasaran malah mudah untuk didapati walaupun di kawasan orang asli.

Jadi, bagaimana pula dengai TAPAI yang biasanya menjadi makanan perayaan orang pantai timur? Terkejut kah anda? Bagaimana dengan kandungan ALCOHOL didalamnya. Rasanya jika diukur, kandungan ALKOHOL didalam TAPAI jauh lebih banyak dari BARBICAN. Malah tak ada orang yang berani makan TAPAI berlebihan. Jika tidak, akan pitamlah jawabnyer. Rasanya jika minum BARBICAN dengan banyak pun, kita akan sakit perut sebab perut jadi kembung. Banyak sangat air kan.

Melihat kepada kenyataan saya di atas. Mungkin saya lebih cenderung untuk menerima pendapat Sheikh Yusuf Al Qardawi. Malah penjaga gol harimau Malaya KHAIRUL FAHMI pun peminat BARBICAN. Masing-masing ada hujah masing-masing. Tapi apa yang peliknya.. Dalam  apa-apa artikel utama tak ada pulak sebut BARBICAN.  Dalam blog tu lagi pelik, cakap bir diHARAMkan tapi letak gambar BARBICAN. Yang aku tahu BARBICAN tu minuman berkabonat je. Dah jelas tertulis dekat botol tu NON-ALCOHOL. Secara tiba-tiba je bising pasal BARBICAN. Apalah nasib kau BARBICAN. Jika JAKIM nak haramkan BARBICAN pun , minuman lain macam mana? Banyak yang jauh lebih teruk dari BARBICAN. Haha. Mungkin juga apa yang dikatakan oleh JAKIM itu bukan BARBICAN. Mungkin JAKIM maksudkan minuman lain. Tapi inipun silap JAKIM jugak. Kenapa tak sebut je terus mimuman apa yang HARAM tu terus. Kalo tak, tak jadi la huru hara macam ni plak. Takkan JAKIM pun dah jadi PENGECUT??? Tapi isu disini adalah 0.01% atau 0.5%. Kenapa tak 0% terus. Saya sendiri pun dah tak tahu nak cakap apa dah.

Sekian.

1 comment:

  1. assalamualaikum...
    disini ada sedikit tegura yang saya nak buat kepada saudara.
    cuba saudara teliti semula kata2 ustaz dr. Yusuf al-Qaradhawi tu. beliau kata, kalau alkohol tu terhasil seara semula jadi. saya rasa, sangat lah jelas, yang air barbican tu alkohol dalamnya bukan terhasil secara semula jadi. jd, ia xblh dijadikan sumber yg sah.
    sy harap saudara lbih b'hati2 lpas ni dalam memberi kenyataan.
    sekian.teguran ikhlas drp sy, hamba Allah yg lemah.

    ReplyDelete

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online