Sekarang banyak timbul pelbagai isu yang membuatkan kita susah untuk membuat keputusan. Namun begitu,ada juga yg selalu memihak kepada pihak yg tertentu. Saya tak nak sebut la apa isu tersebut. Terlalu banyak. Sebut Tajuk sahaja dah penat. Belum menghuraikan.
Jadi, dalam kita menilai atau mengadili sesuatu keadaan, kita perlulah adil walaupun kebenaran itu bukan di pihak kita. Jadilah orang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak tetapi berpihaklah dengan adil. Jika pihak kita itu benar, wajarlah kita sokong dengan penuh sokongan. Tetapi jika pihak kita yg salah, kenapa kita harus menidakkannya? Berdiam sahaja tidak mencukupi. Bak kata pepatah "Berkatalah benar walaupun pahit".
Jangan dibezakan darjat masing-masing. Jika terjadi persengketaan di antara mereka, janganlah berpihak pada satu pihak.
No comments:
Post a Comment