sampai sini -->

10 June, 2013

PENGARUH ULAMA DALAM PARTI MELAYU-ISLAM

 Sudah sekian lama Tanah Melayu merdeka dan kembali megah mencipta sejarah seperti dahulu sehingga menggegar dunia di mana tanahnya kecil tapi penaklukannya besar. Dari semenanjung emas mencipta nama sehingga ke tanah Himalaya. Bangsa MALAYA. Siapa tidak kenal, berdarah pedagang,pengembara, penakluk dan pendakwah yang hebat. Perkara utamanya di sini adalah untuk menceritakan serba sedikit tentang politik orang Melayu di bumi Malaya ini. UMNO dan PAS adalah tonggak penggerak politik Islam di Tanah Melayu hari ini. Di bawah ini adalah sedikit sebanyak tentang sejarah asas politik masing-masing.
  1. UMNO menggunapakai ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani sebagai manhaj siasah mereka; yang bersandarkan model pemerintahan Daulah Uthmaniyah yang berjaya menjadikan bangsa Turki sebagai sebuah bangsa yang kuat melalui penguasaan ilmu meliputi segala bidang; di samping menguasai kepandaian mengatur strategi politik yang berkesan.
  2. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui Kitab As-Siyasatu wat Tadbir, Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882), Kitab Al-Fatawal Fatahaniyah (1889), Hadiqul Azhar War Rayahin (1890) dan Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906) 
  3. Dato Onn Jaafar meminta anak saudara-nya, Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas melukis bendera UMNO dengan menggabungkan warna-warna Hang Tuah, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan Kekuatan Pengaruh Islam Dalam Dunia Melayu. 
  4. Mengambil panduan itu, Syed Naquib lalu meletakkan bulatan berwarna kuning di antara jalur merah putih, melambangkan penyatuan raja-raja melayu. Keris, melambangkan alat kebesaran raja-raja melayu, diwarnakan hijau, selaras dengan tanggung jawab raja-raja mempertahankan islam.
  5. PAS pula berpegang kepada ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili, iaitu anak murid kepada Pak Cu Him dan Pak Da Eil (sepupu Sheikh Ahmad Al-Fathani) sebagai mazhab politik mereka; iaitu dengan mewajibkan umat Islam menyertai PAS untuk menolak pemikiran nasionalisme, undang-undang penjajah, kepemimpinan bukan Islam dan mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam.
  6. Ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili adalah ekoran daripada lahirnya pelbagai fahaman barat yang menolak Islam. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui buku-buku karangan beliau sendiri seperti Pendirian Agama Islam (1956), Islam : Agama dan Kedaulatan (1959), Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961) dan Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962).
  7. Saya (Zulkifli Nordin) akan sentiasa ingat cerita al-marhum Ustaz Hassan Shukri kepada saya bahawa semasa peringkat awal penubuhan PAS bagaimana beliau diberi tanggungjawab mencipta bendera PAS. Sambil memerah fikiran serta mencari idea, al-marhum mengangkat tudung dakwat atas kertas dan terlihat bagaimana bulatan atas kertas tersebut, lantas memberi idea kepada beliau untuk membuat bendera PAS dengan bulatan putih berlatarbelakangkan warna hijau. Kata almarhum, senang kalau macam tu. 
  8. Saya ingat kata-kata beliau (dalam loghat Banjar), "hingkat dipusing-pusingkan, ditagakkan atauwa dilintangkan pagun haja sama". Maknanya lebih kurang, siapa jugak nak buat bendera PAS, hanya perlu buat bulat putih. Nak melintang pun boleh, nak menegak pun, dan bendera PAS takkan terbalik sebab bulat macam mane pun letak tetap bulat.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online