sampai sini -->

10 June, 2013

PENGARUH ULAMA DALAM PARTI MELAYU-ISLAM

 Sudah sekian lama Tanah Melayu merdeka dan kembali megah mencipta sejarah seperti dahulu sehingga menggegar dunia di mana tanahnya kecil tapi penaklukannya besar. Dari semenanjung emas mencipta nama sehingga ke tanah Himalaya. Bangsa MALAYA. Siapa tidak kenal, berdarah pedagang,pengembara, penakluk dan pendakwah yang hebat. Perkara utamanya di sini adalah untuk menceritakan serba sedikit tentang politik orang Melayu di bumi Malaya ini. UMNO dan PAS adalah tonggak penggerak politik Islam di Tanah Melayu hari ini. Di bawah ini adalah sedikit sebanyak tentang sejarah asas politik masing-masing.
  1. UMNO menggunapakai ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani sebagai manhaj siasah mereka; yang bersandarkan model pemerintahan Daulah Uthmaniyah yang berjaya menjadikan bangsa Turki sebagai sebuah bangsa yang kuat melalui penguasaan ilmu meliputi segala bidang; di samping menguasai kepandaian mengatur strategi politik yang berkesan.
  2. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui Kitab As-Siyasatu wat Tadbir, Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882), Kitab Al-Fatawal Fatahaniyah (1889), Hadiqul Azhar War Rayahin (1890) dan Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906) 
  3. Dato Onn Jaafar meminta anak saudara-nya, Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas melukis bendera UMNO dengan menggabungkan warna-warna Hang Tuah, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan Kekuatan Pengaruh Islam Dalam Dunia Melayu. 
  4. Mengambil panduan itu, Syed Naquib lalu meletakkan bulatan berwarna kuning di antara jalur merah putih, melambangkan penyatuan raja-raja melayu. Keris, melambangkan alat kebesaran raja-raja melayu, diwarnakan hijau, selaras dengan tanggung jawab raja-raja mempertahankan islam.
  5. PAS pula berpegang kepada ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili, iaitu anak murid kepada Pak Cu Him dan Pak Da Eil (sepupu Sheikh Ahmad Al-Fathani) sebagai mazhab politik mereka; iaitu dengan mewajibkan umat Islam menyertai PAS untuk menolak pemikiran nasionalisme, undang-undang penjajah, kepemimpinan bukan Islam dan mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam.
  6. Ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili adalah ekoran daripada lahirnya pelbagai fahaman barat yang menolak Islam. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui buku-buku karangan beliau sendiri seperti Pendirian Agama Islam (1956), Islam : Agama dan Kedaulatan (1959), Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961) dan Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962).
  7. Saya (Zulkifli Nordin) akan sentiasa ingat cerita al-marhum Ustaz Hassan Shukri kepada saya bahawa semasa peringkat awal penubuhan PAS bagaimana beliau diberi tanggungjawab mencipta bendera PAS. Sambil memerah fikiran serta mencari idea, al-marhum mengangkat tudung dakwat atas kertas dan terlihat bagaimana bulatan atas kertas tersebut, lantas memberi idea kepada beliau untuk membuat bendera PAS dengan bulatan putih berlatarbelakangkan warna hijau. Kata almarhum, senang kalau macam tu. 
  8. Saya ingat kata-kata beliau (dalam loghat Banjar), "hingkat dipusing-pusingkan, ditagakkan atauwa dilintangkan pagun haja sama". Maknanya lebih kurang, siapa jugak nak buat bendera PAS, hanya perlu buat bulat putih. Nak melintang pun boleh, nak menegak pun, dan bendera PAS takkan terbalik sebab bulat macam mane pun letak tetap bulat.

05 June, 2013

Mas Kahwin dan Mahar Melampau?

Sepatutnya tak jadi macam ni..jika ikut adat sekalipun, pihak perempuan takkan melatah dgn terus letak harga secara melulu..sewaktu merisik atau meminang, biasanya pihak perempuan akan bertanya latar belakang lelaki tu dahulu dan akan buat keputusan harga yang sepatutnya..

Namun, orang melayu ini penuh dengan adat, gemar melayan tetamu. Inikan  pula orang datang meminang. Akan dilayan dengan sebaiknya. Melayu itu nakalnya bersulam jenaka, budi bahasanya tidak terkira, kurang ajarnya tetap santun. Sesiapa yang datang meminang akan dilayan dengan hormatnya.

Setelah mas kahwin ditetapkan oleh pihak perempuan. Maka akan beransur ke proses seterusnya. Namun harus diingat, dalam harga mas kahwin yang ditetapkan itu sudah terselit maksud tersirat dimana pinangan itu diterima atau ditolak.

Contoh jika pinangan ditolak, maka syarat atau mas kahwinnya tentu akan diluar kemampuan pihak lelaki. Itulah pentingnya ice breaking yang berlaku di awal tadi. Jika menolak pinangan si miskin, sudak tentu mas kahwinnya akan mahal. Namun bagaimana pula jika pihak lelaki itu terlalu kaya?

Kita lihat balik bagaimana sejarah Puteri Gunung Ledang, bagaimana si puteri menolak pinangan. Dengan penuh berlapik di mana syaratnya terlalu mustahil. Perkara ini pihak lelaki mesti faham sendiri la.

Namun bagaimana jika pihak perempuan itu menerima pinangan tetapi tersilap jangkaan kemampuan pihak lelaki? Orang melayu ini terkenal dengan tolak ansurnya bak kata Usman Awang, Selaga yang ada sanggup diberikan. Sehingga tercipta sebuah kiasan. Dagang lalu nasi ditanakkan, suami pulang lapar tak makan, kera di hutan disusu-susukan, anak di pangkuan mati kebuluran. Maka pihak lelaki boleh menawar harga. Malah pihak perempuan sendiri akan menurunkan harga jika melihat keberatan dari riak wajah pihak lelaki. Namun jika pihak perempuan tetap berkeras dengan harga mas kahwin tersebut, faham sendiri la. Balik je la.

Namun, dalam maskahwin dan tempoh bertunang itu sudah terselit satu ujian yg perlu ditempuhi oleh si lelaki. Pihak perempuan mungkin bertanya soal wang simpanan dan status persediaannya sekarang. Mungkin maharnya utk menguji sejauh mana kewibawaan lelaki itu dalam mengurus kewangan. Jika dengan gaji dan pendapatan sekarang pun dia tidak mampu menabung malah hanya sekadar mampu mengurus diri sendiri, inikan pula mahu menjaga anak orang???? fikirkanlah.

Dalam Islam sebaik-baik mahar ialah bersederhana. tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi sebagaimana mahar Rasulullah saw kepada isteri-isterinya. Mas kahwin yang baik juga adalah yang mudah. Mudah merujuk kepada sesuatu yg mampu dicapai kerana mas kahwin bukan hanya dalam bentuk material shj. Rasulullah tak pernah melarang mas kahwin yang tinggi jika mampu. Malah Umar menarik balik larangan untuk menetapkan had mas kahwin.

Islam itu mudah. Islam tidak menetapkan mahar itu pada nilai yg tetap. Tiada minimum dan tiada maksimum. Ianya flexible kerana kemampuan manusia itu berlainan. RM1000 bagi seseorang mungkin mahal bg sesetengah orang namun RM1 juta juga mungkin murah bagi sesetengah orang. Jadi janganlah kita mengkritik mahar. Jambatan emas dari gunung ledang ke Melaka pun Sultan Mahmud mampu menurut kisah puteri gunung ledang, inikan pula RM1 juta yg hanya beberapa kilo emas shj.

Namun, jangan pula kita meremeh temehkan mahar ini dengan menjadikannya terlalu murah. Saidina Ali pernah berkata., "sesungguhnya aku benci kepada mas kahwin yang kurang daripada sepuluh dirham. hal ini kerana jangan sampai menyerupai mas kahwin pelacur."  Nilai mahar biarlah berpada, nilainya biarlah memberikan nilai kepada si pembayarnya. Bukan sekadar seperti membeli gula-gula getah.

Perlu diingatkan juga, jangan kita membandingkan nilai mahar berpuluh tahun dulu dengan sekarang seperti RM1 dulu dgn RM1 sekarang..itu adalah tindakan yg sangat dangkal pemikirannya. Ini kerana nilai mata wang sentiasa berubah. RM100 dahulu mungkin sudah dikira tinggi bagi orang biasa kerana RM0.20 dahulu dah boleh beli nasi, sekarang RM4.00 belum tentu.

kesungguhan keinginan lelaki untuk menikahi seorang wanita bukan diukur kepada setinggi mana mahar yang mampu diberikan olehnya tetapi pada setinggi mana keikhlasan dan kerelaan hatinya dalam memberi mahar tersebut samaada banyak atau sedikit. firman Allah "berilah mahar kepada wanita-wanita yang kalian semua nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan namun ada nilai yg bermakna buat aku. kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian semua sebahagian daripada mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya." -surah al-nisa' : 4

//melihat kepada gambar rajah itu, bagaimana mereka membuat kajian? sejauh manakah kredibiliti kajian itu? Bagi aku gambarajah itu hanya persepsi kurang bijak dan murahan.

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online