sampai sini -->

11 August, 2011

Apa itu bank?

Bank merupakan orang tengah. Dalam bahasa teknikalnya, financial intermediaries. 

Institusi bank itu sendiri merupakan sesuatu yang neutral. Sekiranya bank itu beroperasi dengan prinsip riba, maka bank itu adalah bank yang haram di sisi Islam. Sekiranya bank itu tidak diuruskan dengan baik, maka bank itu akan menjadi bank yang rugi.

Di Malaysia, ramai yang cuma tahu bank runcit. Bahasa teknikalnya adalah retail banking atau pun consumer banking. Bank yang anda buka buku akaun simpanan, mohon kad kredit, membuat pembiayaan rumah, kereta dan peribadi. Sebenarnya ada banyak financial intermediaries selain bank. Antaranya bank pelaburan, finance house, fund management, syarikat insurans / takaful , syarikat broker saham, bank koperasi dan juga pengurup wang. Fungsi mereka sebagai orang tengah adalah sama tetapi dalam sektor kewangan yang berbeza.

Bank pelaburan contohnya, terlibat dalam menerbitkan bon atau pun sukuk. Bank runcit tidak terlibat secara langsung dalam pasaran kewangan tersebut. Syarikat broker pula hanya boleh menjual beli saham, komoditi tetapi fund management menguruskan dana pelaburan.

Bank sebenarnya boleh beroperasi tanpa bank pusat. Peranan bank ini telah wujud lama. Malah, dalam sejarah Islam itu sendiri, cek yang dikeluarkan oleh bank di Baghdad boleh ditunaikan di Morocco. Cumanya, sejak ada usaha untuk membuang peranan emas dan perak dari sistem matawang, maka peranan bank pusat diperkenalkan untuk mengawal polisi matawang. Antara tujuan utama polisi matawang ini adalah untuk mengawal kadar faedah dan seterusnya menentukan sama ada orang ramai patut menyimpan wang atau membelanjakan wang mereka.

Ahmad mempunyai wang tunai RM 250,000. Ali pula hanya ada RM 2,500. Ali berhasrat untuk membeli Proton Persona Elegance High Line yang berharga hampir RM 60,000. Sekiranya tidak ada bank, maka Ali perlu mendapatkan pembiayaan dari orang yang kaya macam Ahmad. Kalau Ahmad ini pemakan riba, maka Ahmad akan memberikan pinjaman dengan kadar faedahnya sekali. Tetapi sekiranya Ahmad ini Shariah compliant orangnya, maka Ahmad akan menggunakan berjual beli dengan Ali dengan kontrak murabahah lil amri bi shira atau pun terus sahaja menggunakan kaedah sewa beli seperti ijarah muntahiah bit tamlik.
Seterusnya, Ali dan Ahmad perlu melantik peguam bagi untuk urusan kontrak. Malah, Ahmad perlu bersedia untuk ‘tarik kereta’ sekiranya Ali tidak membuat pembayaran bulan-bulan. Begitulah secara umumnya apa yang perlu dilalui oleh Ahmad dan Ali. Tetapi ini jalan cerita mudah.

Sekarang cuba bayangkan, ada seorang lagi yang bernama Aminah, simpanan sudah RM 10,000 dan berminat untuk mendapatkan Proton Persona Elegance High Line juga. Kerjaya Aminah adalah lebih stabil dari Ali dan lebih berdisiplin. Sekiranya Ali dan Aminah menghantar borang permohonan dengan serentak kepada Ahmad, apakah proses yang perlu Ahmad buat untuk membuat penilaian kredit ? Adakah Ahmad mempunyai kemahiran untuk menentukan siapa yang lebih selamat sekiranya Ahmad bersetuju memberikan pembiayaan selama 7 tahun ? 

Begitulah yang bakal berlaku sekiranya tidak wujud bank.

Apabila bank wujud, maka orang yang kaya (surplus) akan menyimpan duit dalam bank. Selepas itu orang yang tidak ada duit (deficit), akan pergi ke bank untuk mendapatkan pembiayaan. Bank selaku orang tengah akan menguruskan aset dan liabiliti mereka bagi membolehkan orang kaya mengeluarkan duit simpanan pada bila-bila masa yang diperlukan dan pada masa yang sama orang yang tidak berduit sangat ini mendapatkan pembiayaan kewangan tanpa perlu risau tiba-tiba orang kaya menuntut hutang dengan lebih awal kerana anak mereka mahu menyambungkan pelajaran di UK.

Inilah peranan bank dalam masyarakat.
sumber: http://www.pakdi.net/apa-itu-bank/

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online