sampai sini -->

08 February, 2011

KRISIS DARURAT DI MESIR

Pada 27.1.2011 merupakah tarikh permulaan krisis di Mesir. Ini berpunca daripa desakan sebahagian besar rakyat supaya Presiden Mesir yang bernama Hosni Mubarak,82  meletak jawatan yang telah dipegang selama 30 tahun. Biasalah, kalau dah pegang jawatan lama-lama tu paham-paham la. Ramai orang yang akan tidak suka kerana sudah menjadi lumrah manusia yang akan membuat kesilapan. Makin lama makin banyak kesilapan yang dibuat. Sepatutnya kita berikanlah peluang kepada pemimpin yang baru jika sudah lama memerintah. Mungkin sebab itulah Tun Mahathir meletak jawatan setelah berkhidmat selama 22 tahun. Mungkin tempoh itu sangat sesuai walaupun beliau masih diperlukan. Tetapi tidak bermakna pemimpin itu berhenti terus. Dia masih boleh menberikan pandangan serta menegur. Umpama kita mendidik anak kita. Kadang kala kita memerlukan teguran dari emak dan ayah kita.

Antara punca mengapa rakyat Mesir mendesak supaya Mubarak berundur adalah kerana sistem pentadbirannya yang tidak menempatkan jawatan Timbalan Presiden. Rakyat beranggapan Mubarak mahu melantik anaknya sebagai Timbalan Presiden. Namun begitu, anaknya itu dikatakan melarikan diri bersama isterinya ke Londin selepas tercetusnya tunjuk perasaan. Berbalik kepada sistem pentadbirannya yang tidak jelas siapa yang akan mengambil alih selepas pemerintahannya itu menunnjukkan cara tersebut tidak betul. Tindakan seperti ini seolah-olah cara diktator. Di dalam negara ini juga mengamal sistem tersebut. Contoh yang paling jelas ialah dalam sebuah parti politik di Malaysia. Untuk menjadi pemimpin biarlah rakyat sendiri yang menetukan. Jika sistem ini diamalkan, ini menunjukkan seolah-olah pemimpin itu pentingkan diri dan mahukan kuasa mutlak.

Antara punca kemarahan rakyat yang semakin meluap-luap ialah kerana Mubarak mendapat sokongan Israel. Rakyat beranggapan Mubarak merupakan alat yahudi di negara mereka. Walaupun sangkaan itu benar atau tidak, sukar untuk kita membuat tafsiran yang tepat. Tetapi, pada pendapat saya, Israel hanya mahukan kemarahan rakyat kepada pemimpin bertambah, jika Israel menyokong mungkin rusuhan ini tidak akan berlaku. Israel tidak kira walaupun Mubarak itu bagus atau tidak, dia tetap akan mencari jalan supaya orang Islam berpecah belah.

Ketika rusuhan berlaku, internet dan telekomunikasi disekat, malahan blackberry juga tidak dapat digunakan. Ada pihak memberitahu seramai 5000 banduan telah terlepas dari penjara. Malah ada pihak memberitahu bahawa ada pelajar Malaysia dirogol namun berita ini tidak dapat dipastikan lagi. Mungkin hanya khabar angin atau sengaja untuk menimbulkan kemarahan. Pelajar Malaysia juga mengalami masalah mendapatkan bekalan makanan dan harga makanan melambung tinggi.


Rusuhan yg disertai oleh jutaan orang menyebabkan banyak harta awan dimusnahkan, keadaan menjadi tidak terkawal. Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera. Ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar. Sudah menjadi lumrah apabila berlakunya demonstrasi atau rusuhan seperti ini maka keadaan tidak akan terkawal.
(dari malaysiakini)
Feb 4, 11 3:59pm
Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak. Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut. Ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman berkata, berkata, lapan orang ditahan selepas gagal bersurai apabila diarahkan berbuat demikian. Ada yang ditahan di dalam kompleks Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan sewaktu mereka berarak dari Masjid Syakireen menuju ke kedutaan Amerika. Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah exco Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika yang menyokong kerajaan Mubarak. Pemimpin lainnya termasuk ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Tak perlulah kita berdemonstrasi seperti itu. Lebih-lebih lagi dijalanan sehingga menyebabkan gangguan pengguna jalan raya. Lagipun ini bukan cara kita sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan adat dan budaya. Keadaan memang tidak akan dapat dikawal jika berlaku demontrasi seperti ini. Ini biasanya berpunca daripada segelintir pihak yang memulakan permusuhan antara ahli demonstrasi dengan polis. Lagipun, negara kita ni terdapat ramai remaja-remaja dewasa yang suka lepak di tepi jalan, yang suka kacau orang, mencuri, meragut, merosakkan harta benda awam. Apabila adanya aktivi demonstrasi sebegini, mereka akan menyelinap masuk menyertai rombongan tersebut dan tidak akan ada pihak yang akan ambil kisah. Tidak pernah saya mendengar ada pemilihan untuk menyertai aktivi demonstrasi. Cukuplah dengan melakukan aktiviti seperti ini. Mungkin ada pihak yang akan kata, macam mana dengan aktivi Maulidur Rasul yang berarak dari satu tempat ke satu tempat? Cubalah kita bezakan antara dua aktivi tersebut. Cukup jauh bezanya. Mahukah kita menjadi seperti di Mesir? Ramai yang terkorban, wanita dirogol, kecurian berleluasa, harta benda dimusnahkan. Saya melihat pihak askar di sana masih bertolak ansur. Malah ada rakyat Malaysia yang masih boleh bergambar di hadapan kereta kebal mereka. Mungkin ada yang melarang dan ada yang merampas kamera tetapi itu untuk keselamatan negara supaya tidak ada pihak yang akan memanipulasikan isu. Boleh percaya kah zaman sekarang ni dengan negara-negara lain yang berhasat dengki. Tetapi tak ada pula yang ditembak kerana mengambil gambar. Lagipun saya ada melihat beberapa gambar pelajar Malaysia yang bergambar dengan Askar mereka. Mereka lebih profesional dan tahu siapa musuh dan siapa kawan.

Pada pandangan saya, perubahan pemimpin belum tentu akan merubah suasana kepimpinan akan menjadi lebih baik dari yang sedia ada. Rakyat Mesir memberontak secara besar-besaran mungkin berpunca dari masalah ekonomi negara itu yang tidak mengubah nasib rakyatnya walaupun Presiden Hosni Mubarak sudah berkuasa selama 30 tahun yang lalu. Mereka menuntut suatu perubahan kepada kepimpinan baru dengan harapan masalah ekonomi yang menghimpit kehidupan seharian mereka akan berubah.

Negara Mesir banyak bergantung harap pertolongan dari negara maju khususnya negara bukan Islam, untuk mentadbir urus dan merencana ekonominya. Negara maju dari kalangan barat khususnya ada agenda-agenda tertentu apabila menghulurkan bantuan kepada negara Islam, dan banyak negara Islam terperangkap dengan jerangkap samar mereka. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis dan tawaan mereka seperti pinjaman IMF. Banyak negara yang terperangkap dengan sistem ekonomi mereka. Sekarang ini masih belum ada lagi negara Islam di dunia yang realitinya telah mencapai tahap negara maju sepenuhnya. Dunia Arab Islam dikurniakan oleh Allah SWT kaya dengan sumber alam seperti minyak dan gas dan lain-lain sumber kekayaan, tetapi dukacita masih lagi belum berupaya mencapai tahap negara maju dari segi ekonominya. Ekonomi mereka ditentukan oleh barat, bukan mereka sendiri. Tidakkah itu sesuatu yang sangat memalukan? Segala pergolakan kepimpinan politik di negara-negara Islam lain seharusnya dijadikan iktibar bagi seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Kewujudan parti-parti politik pembangkang yang bersifat produktif amatlah dialukan-alukan, bagi memberikan keseimbangan (check and balance) dalam kepimpinan negara. Sepatutnya apabila bila ada pandangan yang baik, berkongsilah dan bincang secara berhemah dan profesional. Apabila ada sesuatu yang baik, sokonglah, jangan pula mencari kesalahan atau mengada-adakan kesalahan. Apabila ada kesilapan, janganlah kita mengutuk tetapi tegurlah dengan cara yang betul.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online