Pada kali ini, post ini bukan berkaitan dengan politik, jadi tolong faham dan tanpa rasa jemu saya mengigatkan sekali lagi post kali ini bukan berkaitan dengan politik tetapi perkara yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu. Jika semua perkara disabitkan dengan politik dan itu tak boleh,ini tak bole kerana berkait dengan politik. Come on la, kalau sesuatu perkara itu berkaitan dengan politik dan kita sebagai rakyat takde hak untuk mentuhnya maka baik kita tak payah wujud sebagai rakyat. takde gunnya kalau semua bnda tak boleh.maka takde gunanya hidup ini.
Perdana Menteri kita sekarang iaitu DS Najib telah mendapat kritikan keras dari Tun Dr Mahathir Mohamad tentang ETP yg digagaskan oleh DS Najib. Oleh kerana turut mendapat kritikan dari pihak rakyat maka Tun memilih untuk mendengar suara rakyat dari terus menyokong gagasan Najib. Terima kasih Tun kerana membaca dan mendengar luahan dan keluhan rakyat. Syukur alhamdulillah kerana Allah masih mengizinkan Tun untuk terus hidup walaupun umurnya sudah mencecah 85 kalau tak silap saya. Ada hikmahnya kerana Tun masih diperlukan oleh rakyat Malaysia dan mungkin juga seluruh dunia. Teringat kata-kata Tun yang berbunyi " Perjuanganmu masih belum selesai".
Adalah relevan kita mendengar pandangan Tun yang berpengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Setiap pandangannya cukup bernas dan mantap. Dibawah saya sertakan petikan press conference dari mahathir mohammed,
Kerajaan mungkin dalam hala menyerahkan ekonomi negara ini kepada sektor swasta tetapi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keraguannya.
Ditanya pandangannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dipacu oleh sektor swasta, Dr Mahathir berkata ia tidak seharusnya diserahkan semata-matanya kepada mereka kerana matlamat sektor swasta adalah hanya untuk mendapatkan keuntungan.

"(Sektor swasta) akan mewujudkan pelbagai dana bagi mengelakkan pelbagai halangan dan kecuali kerajaan memantau ini dan mengehadkan peranan sektor swasta, mereka akan cuba melarikan diri daripada peraturan,” kata Dr Mahathir.
Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di Kuala Lumpur hari ini yang dihadiri 200 perwakilan, termasuk dari majlis pemerintah tradisional Nigeria.
Sepanjang 22 tahun pemerintahanya, beliau banyak menswastakan projek-projek kerajaan dengan dakwaan 'kerjaan tahu apa yang terbaik'.
Antara projek berkenaan adalah projek keluli yang menyaksikan hasil negatif.
Sebagai kontras, Najib dengan lantang mengumumkan bahawa 'hari-hari kerajaan tahu apa yang terbaik' sudah berakhir dan bercadang memperkenalkan pembaharuan bagi melonggarkan beberapa sekatan dalam perniagaan di Malaysia agar ia merancakkan usaha negara mencapai penduduk berpendapatan tinggi.

BN boleh menang di Galas, Batu Sapi
Mengulas peluang BN pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Galas dan kawasan Parlimen Batu Sapi, Dr Mahathir berkata BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi berikutan masalah dalaman yang dihadapi pembangkang.
"Saya fikir BN mempunyai peluang cerah kerana prestasi pembangkang tidak berapa baik sangat. Kini mereka berkelahi sesama sendiri dan sebagainya. Jika mereka menang dan menjadi kerajaan, ia akan menjadi bencana kepada negara," katanya.
Ditanya tentang kritikan terhadap calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamed yang dikatakan tidak dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat kerana gemuk, Dr Mahathir berkata keadaan fizikal bukan perkaranya.
"Saya tidak fikir berat badannya sesuatu yang perlu kita ambil kira. Perkara yang lebih penting ialah dia mewakili parti yang tidak mempunyai kredibiliti," kata beliau.
Calon BN, Ab Aziz Yusoff akan menentang Dr Zulkefli sementara di Batu Sapi, calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin akan menentang calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah.
Kedua-dua pilihan raya diadakan serentak Khamis ini.

Dinar emas
"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis," katanya.Dr Mahathir berkata emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
"Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa," kata beliau.
Mengenai perbankan Islam, Dr Mahathir berkata institusi kewangan perlu berhati-hati semasa memperkenalkan produk baharu dan tidak mengadakan apa yang telah ditawarkan oleh bank-bank konvensional.
Beliau berkata institusi kewangan Islam seharusnya mematuhi prinsip perbankan Islam walaupun terdapat peluang untuk mereka mengambil alih tanggungjawab perbankan konvensional.
Kenyataan dipetik dari sini
Persoalanya ialah kenapa DS Najib masih berkeras dengan pendiriannya? Kenapakah dia tidak mahu menerima kritikan yang membina itu sedangkan minda rakyat pun percaya dan yakin dengan pandangan Tun. Adakah ada anasir-anasir lain yang mempengaruhi DS Najib?
Ya Allah, Kau selamatkanlah Malaysia dari menuju kehancuran dan kau bukakanlah hati pemimpin-pemimpin kami untuk terus memerintah dengan cara yang betul dan sentiasa mendapat keredhaanMu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment