Mungkin tidak ramai pengikut baru blog ini yang tahu bahawa saya sebenarnya pernah cuba memberikan kesedaran supaya tidak terlalu terikat, bergantung dan ketagih kepada Friendster (dan yang seumpamanya).
Pada salah satu isi utama esei saya itu, saya menghuraikan bagaimana Friendster ini sebenarnya sedang melakukan proses pencanaian yang tidak sihat kepada minda generasi baru, terutamanya tentang bagaimana kita melihat dan menilai sebuah persahabatan di zaman moden ini.
Salah satu kritikan utama dari kawan-kawan pada apa yang saya tulis itu ialah, "Ini sekadar satu pandangan peribadi." dan "Friendster buat saya senang cari kawan lama." Susah juga sebenarnya saya nak menafikan segala kritikan tersebut memandangkan apa yang saya tulis itu sememangnya lebih berdasarkan kepada apa yang saya perhatikan.
Maka saya berharap, kajian mutakhir yang dikeluarkan oleh Royal College of Psychiatrists dapat memberikan fakta-fakta sokongan kepada teori persahabatan yang saya kemukakan itu. Isi-isi penting kajian itu ialah:
1. Teenagers who were born in 1990 or later have never known a world where you can't surf online and could have a distorted view of the world and their own identity.
Terjemahan: Para remaja yang lahir pada 1990 dan ke atas, tidak pernah mengenali dunia tanpa internet dan ini boleh menyebabkan mereka mempunyai persepsi yang bercelaru tentang dunia dan identiti diri sendiri.
2. Social networking sites like Facebook and MySpace have fostered the idea that relationships and friendships can be formed and destroyed quickly and easily.
Terjemahan: Laman-laman rangkaian sosial seperti Facebook dan MySpace telah memupuk satu idea bahawa hubungan cinta dan persahabatan itu boleh dibina dan dimusnahkan dengan cepat dan mudah.
3. Teenagers who socialise online put less value on their "real world" selves which puts them at risk of impulsive and even suicidal behaviour.
Terjemahan: Para remaja yang bersosial di internet, tidak begitu menghargai kehidupan "real world" mereka, dan ini membuatkan mereka berisiko untuk menjadi impulsive yang mungkin boleh membawa kepada tindakan membunuh diri.
4. They may be less able to form relationships as they do not learn the physical clues involved with communication including body language, tone of voice and facial expressions.
Terjemahan: Mereka mungkin susah untuk menjalinkan sebarang hubungan kerana mereka tidak mempelajari klu-klu fizikal yang terlibat dalam sebuah proses komunikasi, seperti bahasa badan, tona suara dan riak wajah.
5. The new generation raised alongside internet is attaching an entirely different meaning to friendship and relations.
Terjemahan: Generasi baru yang hidup bersama-sama internet ini, sedang memberikan suatu definisi yang baru kepada erti sebuah hubungan persahabatan dan cinta.
Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri.......