sampai sini -->

14 February, 2011

Marilah Berpoligami 2

Gambar hiasan

Gambar hiasan



Bismillahirrahmanirrahim....

Sebelum ini saya ada menulis tentang poligami(link/pautan).  Mungkin pada pandangan masyarakat sekarang poligami itu satu penyeksaan dan penderaan kepada kaum wanita. Jika ditanya kepada 10 org wanita muslim. Belum tentu seorang yg akan bersetuju dengan poligami. Malah jika ditanya 100 orang wanita muslim, agak sukar untuk kita mendapat seorang daripadanya yang menyokong poligami.

Antara punca-puncanya ialah sikap wanita zaman sekarang yang terlalu pentingkan diri sendiri. Begitulah lumrah perempuan. Jika kita lihat sosial wanita-wanita zaman sekarang, terlalu banyak masalah yang timbul dikalangan mereka sendiri. Malah masalah yang kecil pun diperbesar-besarkan. Ditambah lagi amalan mereka yang suka mengunpat, akan menyebatkan masalah semakin rumit. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja mereka tidak puas hati dengan orang itu ini dan itu. Itu salah, ini salah, semua yang orang buat mesti salah. Tapi ini bukan semua, masih ada wanita solehah yg sentiasa bertolak ansur sesama mereka. Tidak suka mencari masalah sesama mereka tetapi bilangan wanita seperti ini sangat sedikit. Ada juga segelintir yang lebih rela melihat kaum mereka sendiri hidup bujang sehingga ke tua. Mereka lebih suka suami mereka berzina daripada berpoligami. Tidakkah itu pentingkan diri sendiri.

Seterusnya ialah sikap wanita zaman sekarang iaitu hipokrit. Ramai wanita yang sentiasa menuduh lelaki yang selalu bersifat hipokrit. Padahal pada realiti sebenarnya ialah kaum wanita itu sendiri yang sentiasa hipokrit. Mereka selalu melaungkan memperjuangkan hak-hak wanita, mereka sentiasa menonjolkan sikap mereka yang selalu menyayangi sesama mereka, sentiasa mesra sesama mereka dan banyak lagi. Tetapi hakikatnya tidak. Mengapa saya berkata sedemikian. Ini kerana jika kaum wanita membantah poligami maka ini menunjukkan mereka hipokrit. Poligami sebenarnya membela kaum wanita. Mungkin ada yang mendakwa bahawa apabila berlaku poligami, suami akan mendera isteri, tidak berlaku adil. Adakah ini benar-benar berlaku. Sebenarnya tidak. Apabila seorang lelaki itu tidak mempunyai masalah ketika beristeri seorang sahaja. Ini bermakna beliau akan dapat meneruskan niatnya jika mahu berpoligami. Adakah beliau akan mendera isteri-isterinya? Tidak sama sekali kerana dia sebelum ini tidak mengasari isteri pertamanya itu. Melainkan seseorang itu sentiasa mendera isterinya sebelum berpoligami. Bukankah lelaki seperti itu tidak layak untuk beristeri?

Adakah seorang lelaki itu tidak akan berlaku adil? Oh, tidak benar kenyataan itu. Adil kepada isteri ialah memberikan hak-hak isteri itu. Jadi apakah maslahnya? Tempat tinggal? Mungkin perkara ini tidak sama jika isteri itu ditempatkan berasingan. Perkara ini memang akan ada perbezaan dari segi kualiti dan kuantiti. Masalah ini tidak dapat dielakkan. Mungkin isteri pertama akan dapat rumah yang besar di tanah yang luas dan isteri kedua dan seterusnya akan dapat rumah yang kecil di tanah yang sempit. Mungkin isteri pertama akan dapat rumah yang lama dan isteri kedua dan seterusnya akan dapat rumah yang baru. Ini juga agak mustahil kepada semua orang lelaki untuk memberikan sama-rata. Itulah gunanya sifat tolak-ansur yang dikurniakan Allah kepada kita. Lagipun syarat untuk berkahwin Islam tidak tetapkan rumah sebesar mana, harga berapa dan bentuk macam mana. Ini berdasarkan keadaan semasa. Mungkin dulu harga rumah 200 ribu tapi sekarang seperti di Selangor harga mencecah 700 ribu. Biasalah apabila si suami mengagihkan sesuatu perkara dan terdapat kelainan kuantiti dan kualiti. Ini tidak dapat dielakkan oleh semua orang. Sedangkan alat sukatan saintis yang maju dan penuh dengan ketelititan juga akan berlaku kesilapan.

Wanita zaman sekarang sebenarnya terlalu ego, kerana menurut kepercayaan masyakat semasa, jika suami itu berpoligami bermakna si isteri pertama itu tidak dapat memuaskan si suami. Ini juga agenda yang yahudi berjaya terapkan kedalam minda masyarakat sekarang terutama kaum wanita. Jadi, demi memelihara kehormatannya daripada menjadi bualan mulut orang ramai, si isteri akan cuba berusaha dalam apa jua sekalipun untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku. Maka akan adalah si isteri yang akan mula mencari bomoh untuk menghalang poligami. Lihatlah, kerana sifat ego, si isteri sanggup mensyirikkan Allah. Bukankah jodoh itu ditentukan oleh Allah. Rezeki itu ditentukan oleh Allah. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Seorang petani yang pendapatan tidak seberapa pun mampu berkahwin empat. Inikan pula si suami yang bergaji beribu-ribu sebulan, sudah tentu lebih mampu. Mungkin disebabkan oleh si suami berpoligami maka kehidupan si isteri pertama terpaksa berkongsi dalam beberapa aspek. Maka kehidupanya akan sedikit kurang kemewahan daripada sebelum ini. Adakah si isteri itu tidak dapat makan sehingga kelaparan? Rasanya tidak. Berkongsi itu lebih banyak faedahnya. Seperti zakat, derma dan hadiah. Bukankah itu satu perkongsian? Begitulah juga poligami, satu perkongsian dan pengorbanan. Jika kita pentingkan diri sendiri memang tidak akan kemana la. Nikmat kesejahteraan belum tentu kita dapat walaupun hidup dalam lautan kemewahan.

Seperti yang sedia ada dan sedia maklum, kita sering dihidangkan dengan artikel, cerita, video, filem dan sebagainya tentang percintaaan. Dunia hari ini telah menerapkan nilai-nilai barat dan kristian di dalam percintaa remaja sekarang. Mereka sentiasa menceritakan kisah percintaan yang curang iaitu cinta tiga segi atau lebih. Mereka menyelitkan unsur-unsur negatif apabila eorang lelaki memiliki pasangan yang lebih dari seorang. Minda masyarakat sekarang sudah diprogramkan dan ditetapkan dengan minda yang akan menolak poligami. Secara umumnya bila kita bertanya seseorang tentang pandangan mereka terhadap poligami, mereka terus akan memikir perkara negatif dan perkara pertama yang akan terbit dari minda dan fikiran mereka ialah perkara negatif, mereka akan merasakan sesuatu yang penuh dengan masalah, pergaduhan, penderaan dan sebagainya. Adakah Islam seperti itu? Tidak benar bukan? Padahal yang benar dan sebenarnya, Islam menyuruh berpoligami kerana dengan poligami kita akan dapat menerapkan banyak nilai murni yang baik dan penting dalam kehidupan kepada pihak lelaki mahupun perempuan.

Wanita sekarang juga banyak terpengaruh dengan budaya dan ajaran kristian dimana lelaki dan wanita itu diletakkan pada tahap yang sama. Mereka mempunyai hak yang sama. Jika kita lihat, wanita hari ini sudah berani menegking suami, memarahi suami ataupun dengan erti kata lain iaitu "QUEEN CONTROL". Ini bukan budaya Islam. Dalam Islam, si isteri perlu menurut segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah. Jika kita lihat kedaan semasa, wanita sekarang sudah tidak lagi menghormati suami kerana mereka berpendapat mereka juga ada hak. Ini juga disebabkan oleh faktor wanita bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Jadi mereka sudah tidak bergantung pada suami. Perkahwinan bagi mereka hanyalah sekadar untuk melengkapkan syarat hidup dan seks. Malah ramai wanita sekarang memilih untuk hidup bujang selamanya kerana mereka percaya mereka mampu hidup tanpa lelaki. Jadi, melihat kepada situasi ini. Tidak hairanlah jika wanita hari ini tidak lahi hormat pada suami. Malah jika kita membawa usul ini, ramai wanita akan menjawab, "lelaki pun bukannya baik sangat pun, bukannya warak pun". Masya Allah, kalau nak tunggu macam tu sampai kiamat pun belum tentu setel masalah ni. Jika suami itu melaksanakan tanggunjawabnya sebagai suami, dia dikira sudah selesai tanggungjawab la tu. Tidak perlulah sampai suami mesti memberikan kereta sport, makanan sedap-sedap, rumah banglo, pakaian mahal-mahal, tiap-tiap minggu pergi shopping sakan, perabut mewah-mewah dan banyak lagi baru nak kata suami tu bertanggungjawab. Jika si suami telah menunaikan hak si isteri, maka si isteri perlu melaksankan tanggungjawabnya. Masih tidak keterlaluan jika si isteri perlu menghambakan diri kepada si suami kerana itu adalah tugasnya selagi tidak bercanggah dengan perintah Allah.

Yahudi merupakan dalang dalam memastikan kaum wanita menolak poligami. Mereka mengkaji dimana letaknya rahsia umat Islam sebenar lalu disitu mereka akan menuju dan menyerang sehingga lumpuh. Sejarah juga memperlihatkan kepada kita bagaimana selepas kewafatan Rasul, umat Islam sekitar 300 tahun selepas itu masih lagi kuat dan kental keyakinan dan ke takwaannya. Umat Islam di Turki contohnya begitu cemerlang di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang raja yang bertaqwa. Kerajaan Bani Usmaniah sangat disegani dan diakui kehebatannya. Kunci kekuatan Empayar Usmaniah di waktu itu adalah kerana ketaqwaan pemimpinnya, tenteranya dan rakyatnya.

Ketaqwaan itu sangat penting, yahudi sangat mengkaji dan memerhati perkara ini. Mereka sedar bahawa kekuatan umat Islam terletak kepada taqwa, roboh taqwa robohlah umat, runtuh taqwa, runtuhlah tamadun. Lenyap taqwa, lenyaplah empayar. Lalu bagi memastikan umat Islam tidak terus menerajui empayar gilang gemilang ini, maka mereka pun menjalankan jarum suntikan mereka secara halus. Mereka mula menyuntik berbagai virus merbahaya bagi melumpuhkan iman umat agar taqwa dapat digugat dan empayar dapat diranap Walaupun perancangan ini memakan masa ratusan tahun, namun mereka tetap tekad. Walaupun kepala perancang itu tahu yang dia tidak akan sempat melihat hasilnya, namun agenda dan azam ini diperuntukkan dari azam ini diperturunkan dari generasi ke generasi. Agenda besar ini sentiasa dipahat dan dipasak ke jiwa mereka dari turun temurun. Empayar Islam mesti diruntuhkan, umat Islam mesti dihancurkan.

Lalu apa yang berlaku ialah untuk memastikan empayar Islam jatuh di Turki mereka berusaha selama lebih 200 tahun untuk melahirkan anak zina di bumi Turki. Caranya ialah dengan menyuntik budaya kuning, kebebasan sosial, pergaulan bebas yang membawa manusia lalai dari Tuhan yang mana akhirnya selepas 200 tahun lahirlah ramai anak-anak zina di sana.

Salah seorang daripadanya termasuklah Mustafa Kamal Antartuk. Seorang manusia yang tidak diketahui ibu ayahnya. Manusia inilah yang dididik oleh Yahudi hingga menjadi syaitan berwajah manusia. Lalu di tangannyalah runtuh segala peradaban Islam, kekuatan iman dan taqwa, sebuah empayar yang dibangunkan atas nama Tuhan hancur ranap di tangannya. Malah musuh berjaya mendidiknya menjadi penentang utama Islam di zamannya.

Lihatlah bertapa hebatnya rancangan mereka untuk menjatuhkan Islam. Penantian mereka yang beratus-ratus tahun tidak sia-sia sehingga kesannya masih kuat sehingga ke detik ini. Mereka juga tidak terus berdiam diri dengan kejayaan demi kejayaan yang telah mereka capai sebelum ini. Sekarang adalah perancangan kedua untuk menghalang kebangkitan Islam di akhir zaman. Mereka cukup tahu bahawa Islam akan kembali gemilang bermula dari sebelah Timur dan Timur yang dimaksudkan itu ialah di Kepulauan Melayu kita ini. Dan kebangkitan kedua ini pula akan diterajui oleh satu etnik yang sekian lama terpinggir tetapi terpilih untuk menerajui sebuah empayar di Timur ini, dan sebuah etnik yang dimaksudkan itu ialah etnik Melayu.

Pembentukan sesuatu empayar itu bukan berlaku secara sekelip mata. Ianya bermula dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Ia bermula dengan pembentukan peribadi-peribadi agung yang melahirkan masyarakat yang cemerlang gemilang dan terbilang. Asasnya bermula dari pembentukan rumahtangga lagi. Pembentukan keluarga secara terancang dan terpimpin akan memastikan akan terbangunnya satu etnik yang baru. Sejarah memperlihatkan kepada kita bagaimana sesuatu bangsa atau etnik yang membangunkan empayar diasaskan oleh satu Bani atau rumpun kelurga yang menjadi tonggak kepada empayar tersebut.

Contoh yang jelas dapat dilihat bagaimana Bani Hasyimiah,Bani Usmaniah, Bani Abassiyah, Bani Fatimiah membina empayar yang diasaskan oleh suku keluarganya. Untuk memastikan kekuatan sesuatu kaum itu, ia perlu disokong oleh bilangan ahli yang ramai dan berkualiti. Di sini kita mementingkan kedua-dua apek iaitu kualiti dan kuantiti.  Seorang pemimpin yang bijak akan memastikan lahir daripadanya generasi yang akan mendokong cita-citanya yang diikat selain dengan talian kekuatan iman juga dengan talian darah bagi menjamin ikatan yang cukup kental dan solid di belakang pemimpinnya.

Untuk satu family planning atau perancangan keluarga yang mantap demi memastikan  agenda besar ini berjalan lancar. Islam mempunyai kaedah tersendiri iaitu poligami. Jika dilihat kepada teorinya, ternyata poligami dapat melahirkan generasi yang cemerlang kerana dengan poligami, ia akan mengasah kepimpinan dan nilai-nilai murni yang lain bagi kaum lelaki, manakala wanita pula akan diterapkan sifat ketaqwaan, penyayang, bertolak ansur, bertangungjawab dan sebagainya. Melalui sistem ini seseorang boleh merancang pembentukkan dan pembinaan keluarganya.

Bayangkan seorang yang mempunyai 4 orang isteri dan berpuluh anak, manakala anak-anaknya juga berpoligami dan melahirkan ratusan cucu dan cicit, maka dalam masa 50 tahun akan muncul Bani baru. Lebih-lebih lagi apabila pembentukkannya dirancang dengan teliti, didokong dengan satu matlamat dan cita-cita yang dikongsi dan diwarisi turun-temurun, lalu dipimpin dan dididik dengan sistem yang bertunjangkan iman dan taqwa, maka tidak hairanlah kalau etnik ini akan muncul sebagai kekuatan baru di alaf ini. Disebalik poligami ini nampaknya punya rahsia besar ke arah pembentukkan sebuah empayar. Sistem keluarga besar ini adalah satu kekuatan dalam masyarakat dan negara Islam. Mempraktikannya dengan jaya adalah satu kehebatan, kedaulatan dan kekuasaan.

Rupa-rupanya pihak yahudi telah dapat menghidu kaedah ini sejak ratusan tahun yang lalu. Mereka telah bertindak merancang misi penentangan terhadap poligami hingga ia menjadi satu amalan yang dimusuhi dan dipinggirkan bukan sahaja oleh kaum wanita tetapi juga kaum lelaki. Malah para ulama juga tidak ketinggalan memusuhinya.

Seterusnya bagi memastikan tidak terbangunnya sebuah empayar di atas nama Islam yang didokong oleh bangsa Melayu disebelah Timur ini, maka mereka juga bukan sahaja menentang poligami tetapi juga melancarkan penentangan terhadap pembentukan keluarga besar. Ini jelas seperti yang pernah berlaku di Indonesia pada masa dulu di mana di waktu itu negara itu dilanda kemelesetan ekonomi dan terpaksa mengemis kepada IMF dan Bank Dunia yang didalangi oleh Yahudi, maka antara syarat yang ditetapkan ialah Indonesia mestilah mengamalkan dasar perancangan keluarga bagi mengawal pertumbuhan penduduk. Ini beerti mengawal pertumbuhan umat di negara 200 juta umat Islam ini. Sungguh licik dan halus perancangan musuh disebalik penentangan terhadap poligami, satu syariat Tuhan yang cukup hebat sebenarnya tapi telah begitu dicemari dan dipinggirkan.

Syukur alhamdulillah kita dapat mengelakkan daripada memimjam wang daripada bantuan IMF itu. Ternyatalah bertapa halus dan terperincinya perancangan musuh Islam itu untuk memastikan kebangkitan Islam kali kedua tidak akan berulang. Jadi, secara kesimpulannya, minda kita telah diracuni dengan memburuk-burukkan poligami. Cukupkah kita hanya sekadar berserah kepada Allah semata-mata tanpa berusaha? Jangan jadikan kita dari kalangan orang yang tidak berguna. Kita selalu kata, kualitii lebih penting daripada kuantiti tetapi jangan sampai kita menolak kepentingan kuantiti. jangan hanya memperjudikan nasib deengan kualiti dimana kebarangkalian(probability) untuk berjaya adalah rendah. Saya juga meminta maaf jika terdapat kata-kata yang kasar semasa menulis artikel ini. Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi. Saya menghormati pandangan anda semua. Sekadar ingin berkongsi pandangan sahaja.

Gambar hiasan.
P/S: SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL. MARILAH BERSAMA KITA MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online