Sebelum Penyata Reid diterima oleh semua rakyat demi mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Apakah bencana besar menimpa ke atas nasib-nasib orang -orang Melayu jika menerima syor-syor tersebut yang mana akhirnya Tunku Abdul Rahman sebagai YDP UMNO ketika itu membuat persidangan Agung tergempar untuk membincangkan perkara tersebut bagi memberi peluang kepada semua untuk berbincang dan bercakap sepuas-puas hati terhadap perkara tersebut.Persidangan itu telah dihadiri oleh 125 orang pegawai dan wakil UMNO negeri di seluruh Persekutuan dan Singapura.
Inilah ucapan Tunku Abdul Rahman tatkala membuka persidangan tersebut:
"Saya dengan sukacitanya mengalu-alu dan mengucapkan selamat atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan dari jauh dan dekat menghadiri Perhimpunan Agung ini.Saya telah meminta supaya diadakan Perhimpunan Agung ini di dalam keadaan yang tergempar dan sebelum tuan-tuan sekelian mendapat peluang yang sepenuh-penuhnya dan secukup-cukupnya untuk mengkaji dan menghalusi Syor Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid itu ialah kerana didalam soal kebangsaan yang begini besar yang akan menentukan nasib kita dan bangsa kita turun temurun patutlah tiap-tiap seorang daripada kita memikul tanggungjawabnya dan beserta di dalam memberikan pandangan dan pendapat.
Saya menjemput tuan-tuan bersidang pada hari ini ialah kerana saya hendak mendengar fikiran dan pendapat tuan-tuan di dalam masalah yang besar ini dan di dalam pada itu daripada pihak saya pula,saya suka memberitahu kemajuan-kemajuan yang telah dicapai didalam soal Perlembagaan negara kita yang akan merdeka itu serta memberitahu tuan-tuan akan perkara-perkara yang menjadi ranjau dan duri di dalam perjalanan kita menuju ke hari kebesaran dan kemuliaan yang kita sama-sama menantinya itu.
Perkembangan yang ada di dlam kalangan UMNO hari ini dan kesedaran politik yang sihat pada ahli-ahlinya adalah memberikan peransang dan galakan yang kuat kepada saya dan rakan-rakan saya untuk meneruskan perjuangan kita sehingga tercapai segala maksud dan cita-cita kita semuanya.
Sekarang sudahlah sampai masanya yang boleh disifatkan sebagai yang teramat penting di dalam perjuangan kita untuk mencapai kemerdekaan.Dengan adanya persetujuan ini,negara persekutuan akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Besar daripada Raja-Raja Melayu,Ugama rasminya Islam,Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaannya Bahasa Melayu dan juga apa-apa hak Melayu yang telah diperuntukkan di dalam perjanjian-perjanjian dapat dikekal dan dipeliharakan.Persetujuan yang didapati antara ketiga-tiga parti ini di dalam perkara-perkara tersebut adalah persetujuan besar,yang mengandungi erti yang dalam.Apabila kita mendapat persetujuan itu kita telah berasa puashati dan bolehlah disifatkan persetujuan itu sebagai satu kemenangan yang besar bagi UMNO di dalam usahanya berkira bicara dengan rakan-rakannya di dalam Perikatan.
Penyata Reid adalah satu Penyata yang telah digubal oleh Suruhanjaya di dalam makna bebas sepenuhnya.Suruhanjaya di dalam makna bebas yang sepenuhnya.Suruhanjaya ini telah menimbangkan dengan samarata dan dengan tidak berat sebelah.Di dalam pada itu Suruhan jaya ini telah memberikan pertimbangan yang berat kepada orang-orang Melayu sebagi tuan punya negeri.Kalau ada apa-apa kekurangan di dalam penyata dan syor Perlembagaan itu,terpulanglah kepada kita untuk membetulkan mana-mana perkara yang patut dibetulkan.Di dalam syor Perlembagaan itu ada beberapa perkara mustahak diperbaiki supaya orang Melayu tidak hilang haknya dan lain-lain tidak teraniaya.
Inilah garis-garis atau perkara besar yang kita tuntut dengan sekuat-kuatnya dan kita tidak berganjak daripada itu atau menerima kurang daripada yang kita telah persetujukan itu.Tatkala menerangkan cara-cara hendak menukarkan negeri ini daripada tarafnya sekarang kepada taraf negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 Dari segi undang-undang,mustahaklah dibatalkan Perjanjian Persekutuan yang ada pada hari ini lebih dahulu dan kemudian baharulah digantikan dengan Perlembagaan yang baharu apabila telah dipersetujui oleh semua pihak yang berkenaan.
Jalan atau cara yang dengannya Perjanjian itu boleh dibatalkan ialah dengan membuat satu perjanjian baharu diantara Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dengan Baginda Queen yang didalamnya Baginda Queen menarik balik naungannya atas negeri ini dan Raja-Raja Melayu menarik balik ikrar mereka untuk menerima nasihat British dan tidak berhubung dengan Kerajaan asing dan juga Baginda Queen hendaklah menarik balik kuasa dan kedaulatannya atas Pulau Pinang dan Melaka dan menyerahkannya kepada persekutuan."

Maka itu Raja-Raja Melayu telah bersetuju dengan perbincangan yang dibuat diantara Pihak Tunku, wakil wakil Working Party,Kerjaan British maka Raja-Raja Melayu akhirnya telah mengeluarkan wasiat yang lebih dikenali sebagaI 7 Wasiat Raja-Raja Melayu seperti di bawah:
Perkara-perkara yang diterangkan kepada wakil persidangan oleh Tunku Abdul Rahman termasuklah mengenai:
- apa yang telah berlaku di dalam rundingan Badan Kerja(Working Party) yang terdiri daripada tiga pihak,kerjaan perikatan,Raja-Raja Melayu dan kerajaan British sejak bermulanya mesyurat tersebut dari tarikh 22 Febuari 1957.
- Persetujuan yang telah dicapai mengenai perkara-perkara besar berkenaan Ugama,Raja-Raja berkuasa di atas hal ugama di negerimasing-masing.Tetapi bagi Pulau Pinang dan Melaka terserah kepada Yang Di Pertuan Besar.
- Berkenaan Bahasa,tidak akan ada Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan di dalam negeri ini melainkan Bahasa Melayu sahaja.
- Soal Hak Istimewa orang Melayu terserah kepada Yang Di Pertuan Besar(Yang Di Pertuan Agung) untuk menjaga dan memeliharanya.
- Tanah reserve dikekalkan dan ditambah dengan kawasan-kawasan Melayu(Malay Settlements) di adakan di Pulau Pinang dan Melaka.
- Tentang kerakyatan tidak disetujui dengan 2 taraf kerakyatan dan telah dipinda dengan menentukan bahawa seorang yang hendaklah memutuskan kerakyatan negerinya yang asal.
Akhirnya setelah dibahaskan dan dibincangkan akhirnya semua perwakilan bersetuju dengan Penyata yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid yang mana akhirnya kita Merdeka dan kita bebas daripada penjajahan.
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu adalah sebuah kawasan yg dipecahkan mengikut negeri masing-masing. Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Melaka adalah sebuah empayar yg berbeza dan diketuai oleh Raja masing-masing. Untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, raja-raja Melayu telah dipujuk untuk menyerahkan kuasa mutlak terhadap negeri mereka itu dan bergabung dengan negeri-negeri yg lain untuk membentuk Perseketuan Tanah Melayu. Bagi Raja-Raja, untuk bergabung dengan negeri-negeri lain adalah sesuatu yg agak berat untuk dilakukan Baginda kerana Raja-Raja ini telah memerintah negara mereka sejak sekian lama. Ada yang telah memerintah selama 10 keturunan dan ada juga 18 keturunan. Oleh sebab itu, Sebagai jaminan kepada Raja-Raja Melayu, 7 wasiat Raja-Raja Melayu telah dibentuk bagi memastikan kuasa mereka kekal,kewujudan bangsa Melayu diiktiraf dan terjamin dan Tanah Melayu yg dicintai ini terpelihara dari anasir-anasir jahat.
Wasiat itu berbunyi begini:
1) Kami namakan dan panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yg kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali sbg MALAYSIA)
2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan umtuk anak cucu kamu,selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu berebutlah bersama kaum yg lain.
3) Bagi menjaga kamu dan anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4) Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
5) Kami isytiharkan ISLAM sebagai agama rasmi Persekutuan.
6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah BAHASA MELAYU.
7) Kami amanahkan dan pertanggungjawabkan kepada RAJA-RAJA MELAYU untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEW ORANG MELAYU dan kepentingan SAH KAUM-KAUM LAIN.(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan negeri Sarawak)
No comments:
Post a Comment