JEPUN menjajah Tanah Melayu selama hampir empat tahun dan sepanjang tempoh itu penduduk merasai kekejaman askar penjajah itu yang tidak teragak-agak untuk menyeksa dan membunuh sesiapa saja yang menentang mereka.
Penduduk mula merasai peritnya hidup di bawah pemerintahan kuku besi Jepun yang lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan berbanding British. Mereka diperlakukan bagai hamba abdi dan haiwan, jika masih hidup.
Setelah menjelajah seluruh semenanjung Tanah Melayu, akhirnya tentera Jepun sampailah di Johor, Batu Pahat untuk memulakan serangan ke atas Singapura. Perintah mengosongkan bandar Johor Bahru dikeluarkan kerana tentera Jepun ingin membuat persediaan terakhir untuk menggempur kota Singapura,mereka semua terpaksa menuju ke Hutan Kempas sebagai tempat perlindungan sementara. Pihak Jepun tidak dapat menyediakan tempat perlindungan bagi penduduk tempatan kerana yang diutamakan hanyalah keperluan perang kerana itu yang menentukan kalah atau menang dalam peperangan.
"Ni silibus pembelajaran Ting. 3 pasal Sejarah Penjajahan Jepun"
Askar Jepun pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamasita yang digelar Harimau Malaya dikatakan gemar melakukan upacara memotong kepala dan penyembelihan beramai-ramai terhadap rakyat tidak berdosa.
Yamashita Tomoyuki...hait!!
Malah, di Kampung Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, lebih 800 orang dibunuh dalam masa dua hari dengan pelbagai cara tidak berperikemanusiaan. Ada yang diseksa di hadapan ayah, ibu, anak-anak, isteri atau suami masing-masing.
Penduduk ditikam dengan bayonet, dipaksa minum air sabun, dicampak ke dalam perigi dan paling menyayat hati, seorang ibu hamil dilapah perut sehingga kaki bayi dikandungnya terjulur keluar.
Rakyat benar-benar sengsara dan hidup dalam ketakutan sepanjang penjajahan Jepun. Ekonomi di Tanah Melayu merosot seterusnya lumpuh sepanjang pentadbiran tentera yang diamalkan Jepun di negara ini.
Jepun memperkenalkan mata wang mereka untuk digunakan di Tanah Melayu tetapi pengeluarannya yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang itu rendah manakala harga barang makanan menjadi mahal.
The Shonan Times was run by Japanese officers from the Propaganda Department, who threatened to behead anyone who spelt the Emperor's name or title incorrectly.
Pengeluaran barang utama juga dikawal dan permit dikenakan untuk sebarang jenis pengangkutan dan perdagangan. Harta benda penduduk dirampas. Catuan makanan diwujudkan dengan penduduk perlu mendapatkan kupon untuk membeli beras. Setiap keluarga dibenarkan mendapat kira-kira tujuh kilogram beras saja sebulan menyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain antaranya ubi kayu sebagai makanan.
Jeneral Tojo berjaya menghalau semua kuasa Barat dari Asia Tenggara
Penduduk juga dipaksa bekerja untuk kepentingan Jepun. Mereka dipaksa memanjat pokok kelapa untuk memetik buahnya, menjadi buruh binaan dalam pelbagai projek antaranya pembinaan Jalan Kereta Api Maut sepanjang 415 kilometer dari Thailand ke Myanmar.
Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 penduduk menjadi buruh paksa bagi membina landasan itu, namun hanya kira-kira 30,000 orang saja selamat pulang manakala selebihnya hilang dipercayai mati.
Pendidikan Jepun diperkenalkan bagi memastikan budaya Nippon diamalkan penduduk dan budaya Inggeris yang diperkenalkan British sebelum itu dihapuskan. Penduduk diajar menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo, menundukkan kepala apabila bertemu dan mempelajari bahasa Jepun. Penggunaan Bahasa Inggeris pula diharamkan.
Penjajahan dan penindasan Jepun menyebabkan terdapat beberapa penduduk bangkit menentang terutama secara gerila. Orang Cina paling dahsyat ditindas berikutan permusuhan tradisi Jepun dengan China. Penindasan itu menyebabkan beribu penduduk Cina melarikan diri ke pinggir hutan, seterusnya hasutan Parti Komunis Malaya (PKM) menyebabkan penduduk Cina itu menubuhkan Malayan People's Anti Japaness Army (MPAJA).
Orang Melayu pula menyertai askar gerila Melayu iaitu Force 136 yang ditubuhkan British bagi mengumpulkan penduduk tempatan untuk menentang penjajah itu.
Pagi 6 Ogos 1945, pesawat Superfotress Amerika Syarikat terbang memasuki ruang udara Jepun. Sebaik mendapati sasaran dan masa yang ditunggu sesuai, juruterbang menggugurkan bom atom di Hiroshima, sebagai serangan balas terhadap pangkalan Pearl Harbour yang dilakukan Jepun pada 8 Disember 1941.
Letupan atomik menggegarkan bumi wilayah Jepun itu pada hari berkenaan. Api yang teramat panas membakar bandar Hiroshima dan merentungkan penduduknya. Kegemparan kemusnahan Hiroshima masih belum reda apabila bom atom kedua, digugurkan ke Nagasaki, tiga hari kemudian.
Kemusnahan besar yang dialami di negara mereka menyebabkan pihak Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua kepada Tentera Berikat. Seterusnya pada 12 September 1945, tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri sebagai tanda berakhirnya penjajahan kuasa itu di negara kita.
FAKTA:
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Jepun bersama Nazi Jerman, Austria dan Itali membentuk Kuasa Paksi menentang Kuasa Berikat (Britain, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat) dalam Perang Dunia Kedua (1 September 1939 hingga 2 September 1945).
Penjajahan di Asia Tenggara meliputi Tanah Melayu, Borneo dan Kepulauan Indonesia dilakukan Jepun bagi membentuk pemerintahan Baru Asia Timur Raya.
Tanah Melayu digelar Jepun sebagai New Malai(Malaya Baru) manakala Singapura digelar Syonan (Cahaya Timur).
Pada Ogos 1943, Jepun menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan kepada Kerajaan Siam sebagai membalas budi Siam membantu mereka dalam kempen menawan Tanah Melayu.
Tentera British di Tanah Melayu tersilap percaturan apabila menjangka Jepun akan menyerang dari Singapura dan bukannya Siam.
Salah satu rahmat dari penjajahan Jepun ni ialah orang Melayu mulai sedar bahawa kuasa penjajah Inggeris yang sebelum itu mereka agungkan dan diharapkan untuk mempertahankan bangsa dan negara mereka sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.
Kemenangan tentera Jepun menewaskan Inggeris di Tanah Melayu membuka mata dan minda orang Melayu bahawa bangsa Asia juga boleh membebaskan diri mereka dari cengkaman kuasa Eropah.
Atas kesedaran inilah para nasionalis Melayu buat pertama kalinya bersatu dengan mengetepikan semua sentimen kenegerian,kedaerahan dan kesukuan mereka demi menentang percubaan Inggeris untuk bertapak semula di Tanah Melayu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Fenomena ini juga berlaku di beberapa buah negara Asia Tenggara yang lain pada waktu itu seperti di Indonesia,Filipina, Burma (sekarang Myanmar) dan juga di Vietnam.Semuanya menentang bekas penjajah masing-masing sebelum perang
tercetus.
Namun...mengapa orang Melayu menyokong askar Jepun pada awalnya????
1. Barat menjajah lebih 400 tahun, tidak ada tanda-tanda Tanah Melayu bakal merdeka. Jepun? Belum pernah menjajah Tanah Melayu dan menjanjikan pengusiran penjajah dari Barat. Orang terdesak seperti kita akan pilih yang mana?..LU PIKIRLAH SENDIRI...
2. Barat sudah terbukti memusuhi Islam sejak era Perang Salib. Jepun? Belum pernah menzalimi penganut agama Islam. Bahkan kepulauan Ryukyu pernah mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Melaka.
3. Jepun punyai rekod cemerlang sebagai kuasa Asia yang pertama menewaskan kuasa Barat iaitu Rusia.
Dikatakan 2 juta tentera Rusia digerakkan ke Manchuria untuk bertempur dengan Jepun tetapi jumlah sebesar itu tersungkur di kaki tentera Jepun. Karikatur sebelum perang bermula menggambarkan Rusia sebagai seekor beruang kutub yang besar sedang berhadapan dengan seorang samurai berpedang yang katik. Rupa-rupanya sang beruang kutub menjadi lapahan si samurai.
4. British adalah kuasa penjajah yang paling kuat membuli Tanah Melayu. Sungguhpun Portugis meruntuhkan kesultanan Melaka, tetapi jajahannya yang sebenar hanyalah Melaka.
Cuma Portugis giat melancarkan serangan ke negeri-negeri lain. Belanda pula banyak berkurung dalam kota. Inggeris? Seluruh Tanah Melayu di bawah ketiaknya. Orang-orang Melayu yang ada kesedaran memandang British penjajah paling jahat.
5. Perang antara Jepun dengan British tidak mustahil akan berakhir dengan menang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Ketika inilah Tanah Melayu akan membebaskan diri...
Sebab itulah para pemikir ini sanggup bekerjasama dengan ejen-ejen perisik Jepun yang datang lebih awal ke Tanah Melayu yang kebanyakannya menjadi peniaga...
Propaganda Jepun disebarkan secara sulit-sulit kepada para penduduk. Ketika tentera Jepun mula mendarat dan menyerang, penduduk yang terpengaruh melahirkan rasa suka. Pernah menonton filem Leftenan Adnan? Pihak British membentuk pasukan askar Melayu.
Ketika tentera Jepun menyerang, pasukan ini turut sama bertempur mempertahankan. Mempertahankan apa? Mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu? Tentu tidak kerana kita sedang dijajah British! Apa yang dipertahankan?
Sebab itu kita tidak hairan dengan watak Faizal Hussein yang asyik mempertikaikan perjuangan mereka dalam filem itu. Antara katanya, kita tak patut terlibat dengan perang ni! Watak ini sebenarnya menggambarkan pendirian banyak juga orang Melayu pada masa itu. Ini kerana mereka faham, pasukan itu sebenarnya sedang mempertahankan penjajahan British!
Jepun menang dan memerintah Tanah Melayu. Orang-orang bangsa Tiong Hua dikerasi kerana disyaki menyokong negara China dalam perang China-Jepun. Dengan penduduk bangsa Melayu, Jepun tidak ada masalah pada awalnya. Agenda Jepun juga asalnya tidak banyak beza dengan agenda penjajah Barat iaitu:
1. memerintah
2. membawa kemajuan terutamanya teknologi
3. memanipulasikan kekayaan Tanah Melayu untuk kepentingan negara Jepun. Pada asalnya sama saja dengan pentadbiran British, cuma bertukar pemerintah. Keuntungan dan kerugian orang Melayu sama saja seperti di bawah penjajahan Inggeris dulu.
Ibrahim Yaakob dan para pendokongnya tetap berasa puas hati walaupun keinginan melihat British dan Jepun sama-sama angkat bungkus tidak kesampaian. Sekurang-kurangnya rundingan baru dengan penjajah baru boleh diusahakan ke arah kemerdekaan mutlak.
Penjajah 400 tahun yang sudah pasti zalim berjaya diusir sedangkan penjajah baru belum ada rekod lagi. Sinar merdeka mula menampakkan cahayanya. Malang sekali. Pentadbiran Jepun dikepung oleh Barat dari segenap penjuru. Ekonomi tidak boleh dijana. Sekatan demi sekatan di peringkat global dikenakan. Hasil bumi Tanah Melayu tidak dapat dipasarkan.
Bagaimana Jepun hendak memerintah? Dari mana sumber kewangan mereka? Bagaimana mereka hendak menjaga kebajikan penduduk? Pada zaman British sebelumnya, penjajah tidak mengalami sekatan ekonomi. Bolehlah digula-gulakannya rakyat dengan pembinaan kilang, jalan raya, sekolah, jabatan-jabatan, hospital dan lain-lain.
Itu pun kebanyakan rakyat tidak sedar yang kilang dibuat untuk mudahkan British memproses bahan mentah negara ini, jalan raya dibuat untuk mudahkan barang-barang itu diangkut ke bandar dan pelabuhan, pelabuhan dimajukan supaya mudah kapal-kapal British mengangkut kekayaan negara ini ke negara mereka.
Dokumentari mengenai penjajahan Jepun
Budak-budak British yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mendakwa , Kalau tuan Inggeris tak datang memerintah, tak majulah negeri kita ni. Nak buat jarum pun tak boleh, nak buat benda-benda besar yang macam Inggeris buat? Kemiskinan tentera Jepun yang memerintah ketika itu membuatkan mereka terpaksa memeras penduduk. Maklumlah, mata wang pokok pisang Jepun boleh dibuat tilam tetapi tiada nilai.
Harta penduduk dirampas. Kerahan tenaga (tanpa upah) terpaksa dilakukan. Kisah pembinaan landasan Kereta Api Maut memang menyayat hati. Timbullah kezaliman. Timbullah kisah tentera Jepun mausuk kampung dan melakukan huru-hara.
Askar Jepun prinsipnya mahu memenangi hati rakyat, bukan memusuhi rakyat. Askar bawahan Jepun dari Manchuria, Korea dan Chinalah sebenarnya yang rajin buat porak peranda. Ditambah pula dengan orang tempatan yang menjadi polis Jepun dan para kempetai. Kadang-kadang jenis ini lebih besar kepala, macam dalam filem Sarjan Hassan. Pemikir-pemikir yang dulunya menyokong kehadiran tentera Jepun mula menentang balik. Ramai yang dipenjarakan.
Ramai juga yang masuk hutan menyusun gerakan bersenjata. Dulu Jepun menganggap mereka kawan, tetapi kini sebagai musuh ketat. Namun Jepun lebih baik daripada Belanda. Jepun berkhianat hanya setelah ditekan oleh Barat. Belanda pula sebaik sahaja berjaya menewaskan Portugis dengan kerjasama tentera Johor, terus saja berkhianat dengan menduduki A Famosa dan menghalau tentera Melayu.
Apa yang cuba disampaikan di sini ialah para pemikir ini tidaklah boleh kita label sebagai pengkhianat bangsa apabila mereka bersubahat dengan tentera Jepun pada awalnya. Bahkan mereka turut berjasa menentang pula pemerintahan tentera Jepun kemudiannya.
Tentera Jepun meletak senjata dan pulang kerana kalah di Jepun. Di Tanah Melayu? Jepun tidak pernah kalah dengan siapa-siapa. Sebaik-baik sahaja mereka melepaskan pemerintahan, sebenarnya Tanah Melayu sudahpun merdeka. British datang semula dengan propaganda yang jauh lebih hebat daripada propaganda Jepun.
Kemerdekaan kita dinafikan. Panjanglah lagi kisahnya sampailah tahun 1957. Satu perkara menarik yang tidak dicatat dalam buku sejarah tetapi ada pada orang-orang lama ialah cerita tentang Dato Onn Jaafar. Bukankah sepatutnya beliaulah orang yang melaungkan merdeka dan bukannya Tunku Abdul Rahman? Kononnya kemerdekaan tidak dilepaskan ke tangannya kerana beliau mahukan kemerdekaan mutlak yang diberi, bukannya kemerdekaan yang diminta.
Wallahualam
3mekasih,cerita jepun menarik!
ReplyDeleteTerima kasih banyak. Semoga Allah memberi kebaikan dan manfaat kepada saudara.
ReplyDelete