sampai sini -->

04 December, 2009

SOALAN BODOH!!!


Kadang kala setiap hari kita sering diajukan soalan-soalan yang bodoh. Kadang kala ia menyakitkan hati untuk kita menjawabnya. Adakala ia membuatkan kita menjadi mesra walaupun soalan-soalan bodoh yang ditanya. Macam orang bercouple la. Banyak soalan-soalan bodoh yang biase kita tanya kan. "AWAK TENGAH BUAT APE?" "AWAK SIHAT KE" "DAH MAKAN BELUM" "SAYANG SAYA TAK" "HARI NI BUAT APE" "HARI NI DAH BRAPE KALI MANDI" "AWAK RINDU SAYA TAK". Biaselatu orang couple ni, soalan yang same je setiap hari. Hahaha.

Ni plak soalan yang agak biase kita dengar.

"Dah lama sampai?",sedangkan 45minit sebelum tu aku dah inform kat orang tu yg aku dah sampai. 
btuala, mgigit brus gigi, pegang sabun. "oi nnak pi bilik air ke?" 
otw g kelas, bselesih dgn member sebilik, "nk p kelas ke?" 
aku bg situasi,... kalo dia dah tau dia wat salah, terus je dia kata ""aku buat salah ker??"".. ""ko marah aku ker"", tu yg aku marah, dh lah dia tu silap pastu boleh tnyer lagi... 
situation : tgh cakap dlm phone..soklan bangang : "da bangun ke " jwpn : "klau akuh tydo lg , mane lehh ckp ngan kaw ngok !

Dalam hidup ni Sebenarnya paling susah ialah menyediakan soalan. Menyediakan soalan yang bermakna untuk jawapan yang bermakna.Sebagai contoh, jika kita bertemu dengan Tun Mahathir, apakah soalan yang ingin kita tanyakan.“Mana yang lebih sukar? Mengawal kenderaan ketika kelajuan 300km/j atau mentadbir negara?”Memang benar soalan yang bernas dan padat akan mendapat jawapan yang juga bernas dan padat. Semuanya perlu ada strategi tersendiri dan seni yang unik agar tidak wujud istilah “soalan bodoh’ dan ‘jawapan tidak relevan.’

Antara Soalan Bodoh Yang Selalu Ditanya!

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
“Tunggu bas ke?”
Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye”
* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
“Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?”
* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
“Aik? tulis surat nampak?”
Jawab : “Oh ye ke? aku tak prasan ah…tangan
aku bergerak sendiri”
* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
“Makan nasik?”
Jawab : ” Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?”
* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
“Baru balik dari keje?”
Jawab : “Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie…opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis”
* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
“Eh kau sibuk ke?”
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.
* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
“Eh citer melayu ke?”
Jawab : “Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X…ko
tunggu jap nanti otromen kuar”.

Kadang kala soalan bodoh ini perlu, TETAPI perlulah mengikut situasi. Mungkin ada contoh soalan di atas adalah wajar pada waktu tersebut.  Sekali sekala kita bertanya soalan bodoh apa salahnya bukan? Janganlah sampai terlalu banyak soalan bodoh kerana orang lain akan merasa bosan dan benci dengan perbuatan tersebut. Lainlah jika kita berada dalam situasi melawak. Mungkin tidak mengapa. Apa yang penting ialah berhati2 mengajukan soalan bodoh kepada orang yang tengah serius. Ini akan mendatangkan perasaan marah yang lebih kepadanya.

1 comment:

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online