sampai sini -->

21 December, 2010

Biar mati anak, jangan mati ADAT.

Sebentar tadi, saya telah sedang mengkaji separuh jalan tentang "Biar mati anak, jangan mati adat" ini, tetapi semasa membuat penyelidikan serta kajian, saya terbaca artikel dari Saiful Islam, oleh kerana apa yang saya nak cari dan terangkan semuanya ada disini dan hampir sama, jadi saya terus memaparkan artikel beliau di blog ini.
sirih.jpg
“Biar mati anak, jangan mati adat”
Keras benar bunyi pepatah itu. Sehingga menyakitkan jiwa Melayu Baru bawa jelek benar pemikiran orang dulu, sanggup mati anak semata-mata mahu mempertahankan adat.
Saya sudah menulis sedikit sebelum ini tentang maksud adat pada peribahasa itu. Kita tidak boleh memahami bahasa dahulu dengan pemikiran hari ini. Bahasa lama perlu difikir cara lama.
Orang Melayu membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang dianggap sebagai jati dan harga diri. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa.
Maka jika kita bertemu dengan watikah bertulis sebagai ‘Hukum Adat’, janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu adalah budaya resam yang merosak agama. Adat itulah agama, pada bahasa Melayu Lama.
BERBIN DAN BINTIKAN EMAK
Saya masih ingat, perbualan dengan arwah Opah, sekitar 20 tahun lalu. Opah bukan hafizah, tetapi Opah mengajar saya mengaji sambil dia menggoreng ikan. Jika saya nakal melompat ayat, opah menegur sambil mengetuk sudip di kuali.
“Opah, kenapa masa talqin, nama orang disebut dengan bin atau binti emak?”, saya bertanya kepada Opah selepas habis semuka mengaji Quran.
“Bukan semua orang ada ayah. Takkan nak malukan si mati di depan kuburnya”, kata opah sambil membetulkan telekung putihnya.
Saya terdiam.
Hari ini saya memikirkannya kembali. Ketepikan seketika soal sunnah atau tidak bertalqin cara orang di Malaysia, tetapi saya amat tersentuh dengan jawapan opah. Apabila si mati dibahasakan di sisi pengebumiannya dengan berbin atau berbintikan ibu, terhindarlah aib si mati, jika ada. Tidak semua orang jelas bapanya, namun semua kita beribu dengan perempuan yang ada nama.
Begitulah berhalusnya masyarakat kita. Menerima beralas, menolak berlapik.
TEPUNG TAWAR
Fikiran ini muncul apabila pagi tadi saya berbual dengan abang kepada Divesh Kumar Danial Kakulai, calon peserta di dalam rancangan ‘Cari Menantu’ di TV9. Kami berbual tentang satu aspek perkahwinan bangsa Melayu, iaitu soal menepung tawar.
Mahu tidak mahu, pelbagai fatwa telah dikeluarkan tentang soal menepung tawar. Bukan hanya di Malaysia, malah Brunei Darussalam yang kuat berpegang dengan adat istiadat Melayu sendiri pun, berfatwa pada tahun 2003 menegahnya.
Menepung tawar, merenjis bunga mawar dan menabur beras itu, ada signifikasi agama Hindu di sebaliknya. Ia bukan sekadar budaya, ia agama. Tentu sahaja bagi Danial dan abangnya, lebih faham tentang erti di sebalik ‘amalan’ itu.
Fatwa tetap fatwa, hukum tetap hukum.
Namun usaha untuk menjernihkan antara agama dan adat, jauh lebih sukar dari yang dijangka. Walaupun nyata bersalahan dengan agama, mencabut adat yang asing dari Islam, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain. Akarnya dalam mendasar, batangnya tajam berduri.
Mencabutnya dengan tergesa-gesa hanya mengundang luka. Khususnya adat yang bersangkut dengan maruah keluarga.
Adat itu jadi lebih rumit, apabila ia bersangkut dengan perkahwinan.
Ramai generasi celik Islam hari ini mahukan perkahwinan yang bertepatan dengan Sunnah. Jauh dari bid’ah dan ringkas perjalanan dan belanja. Namun apa pula kata orang tua-tua?
Saya pernah bertanya kepada orang tua, “mengapa tidak diringkas-ringkaskan sahaja walimah sanak saudara?”
Jawab pakcik saya, “ringkas-ringkas itu agama, tetapi jangan sampai menimbulkan tanda tanya”.
“Tanda tanya yang bagaimana?”, saya kurang jelas.
“Ringkas kadang-kadang dilihat seperti tergesa-gesa. Bagai ada yang tidak kena”, itu komen pakcik saya.
Saya faham apa yang dimaksudkannya. Ketika dua keluarga baru mahu menyatu saudara, soal maruah dan harga diri amat penting. Jangan dicemar.
Mahu tidak mahu, benci atau suka, begitulah orang Melayu. Orangnya bercakap halus, kekadang tidak didengar, sering pula jadi di belakang. Maka orang tua-tua kita amat enggan menanggung rumah yang telah siap, namun pahat masih berbunyi.
Pengalaman saya dan isteri, ketika mahu berumahtangga, sedikit sebanyak ada pengalaman yang boleh dikongsi. Setelah cinta kami terbit di medan dakwah, perkahwinan itulah model kefahaman kami terhadapnya. Rumahtangga mahu dibina, bermula dengan langkah yang bersih dari perkara yang tidak diingini.
BERSANDING
Tentu sahaja, isu paling utama adalah soal bersanding.
Majlis pernikahan saya berlangsung di rumah pengantin perempuan, dinikahkan sendiri oleh bapa mertua. Namun di sisi sebelah kanan, ada pelamin yang tersedia. Saya sudah memahaminya, namun rombongan yang mengikut saya sedikit teruja.
Keesokan pagi, sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan, saya menerima panggilan telefon dari seorang penduduk kampung.
“Assalamualaikum ustaz. Hai, ustaz berceramah sana sini, tapi semalam nampak macam ada pelamin aje! Apa hal?”, tanya beliau.
Tentu sahaja fikiran saya amat terganggu dengan panggilan itu. Hanya tinggal sejengkal sebelum saya masuk ke alam baru. Saya perlukan sepenuh keyakinan diri untuk hari ini, tetapi ada pula ‘panggilan nakal’ seperti itu. Tak supporting sungguh!
Saya kuatkan semangat dan fokus kembali kepada apa yang saya boleh kawal. Saya malah isteri, tidak berupaya untuk menentukan sesuatu yang dikongsi bersama dengan keluarga. Maka kami berjanji untuk mengawal dan mempertahankan diri, sebaik yang kami terdaya.
Setibanya di rumah pengantin perempuan, dengan iringan kompang, saya melangkah antara debar dan tenang. Saya rasa berdebar kerana terlalu ramai mata yang memerhati dan mereka akan memerhatikan saya duduk di kerusi yang dinamakan pelamin. Namun saya tenang, kerana saya faham apa yang sedang berlaku pada masa itu.
hari1.jpg
Langkah antara debar dan tenang
Fikiran saya terkenang kembali kepada penjelasan ibu mertua saya beberapa hari sebelumnya.
“Kalau sekadar buat meja makan beradat, takkanlah tetamu dan menantu terus ke meja makan sahaja. Tentulah masuk ke rumah dulu. Jika tidak masuk rumah, sedih pula si tuan rumah. Dan oleh kerana sudah masuk ke rumah, kita elokkanlah sedikit kerusi tempat anak menantu nak duduk. Itu sahaja. Bukan nak menunjuk atau apa-apa”, bersungguh-sungguh emak mertua saya memberikan penjelasan.
Terharu…
Kalau nak diikutkan, tidak perlu pun emak jelaskan kepada saya. Saya mahu mengahwini anaknya, dia berhak untuk menentukan apa sahaja. Tetapi dalam keluarga tidak begitu. Kasih sayang bukan soal siapa betul siapa salah. Kasih sayang ialah soal siapa menang siapa kalah. Dan tiada siapa mampu mengalahkan kasih sayang ibu kepada anak menantu.
Anak hanya belajar menghargai kasih sayang ibu bapanya apabila akal sudah hidup di kepala, namun ibu bapa sudah menyayangi anak sebelum lahir ia ke dunia.
Ibu mertua saya sudah membahasakan dirinya emak, pada hari pertama saya datang merisik. Tiada siapa yang boleh mengalahkan kasih saya emak mertua saya kepada anak-anak, sekalian menantu dan cucu-cucunya.
Kerana itu, emak masih cuba memujuk saya, dan siapalah saya untuk berkeras kepala semasa menyusun tapak untuk bertandang menyertai keluarganya.
Saya hargai penjelasan emak dan ia sudah cukup lapang buat hati saya.
Saya melangkah, disatukan dengan isteri di depan rumah, dan kami melangkah masuk ke rumah.
“Cepat, cepat! Jangan nak lama-lama. Duduk sekejap sahaja!”, kata ipar-ipar saya semasa kami berdua didudukkan di atas kerusi berhias.
Saya sebenarnya tenang sahaja. Mungkin mereka yang bimbang saya ‘meletup’ kerana tahu saya tidak begitu menyukai upacara ini.
Duduk seketika, ahli keluarga mengambil gambar dan kami bangun semula menuju meja santap untuk makan bersama.
Seperti kata abang Danial di dalam rancangan ‘Cari Menantu’ semalam, seorang pengantin bukan hanya berkahwin dengan pasangannya. Pengantin turut berkahwin dengan keluarga pasangannya. Maka soal mengambil hati dan menyesuaikan diri dengan keluarga dan sensitiviti mereka, adalah sebahagian daripada tanggungjawab berumahtangga.
hari2.jpg
Di rumah pengantin lelaki, majlis lebih ringkas
Atas prinsip proaktif, fokuslah pada apa yang kita mampu mengawal dan mengubahnya. Maafkan percanggahan yang ada. Maafkanlah kebiasaan yang ada dan cubalah untuk minimumkan apa-apa yang agama tidak suka. Namun, kuatkan azam kukuhkan keyakinan agar generasi kita yang tersepit di antara adat dan agama ini, tidak mengulanginya ketika hari kita menyambut menantu.
Jika anak-anak muda yang idealistik dengan kefahaman Islamnya, dan mahu bertegang leher menjelang hari perkahwinan, saya tiada upaya untuk berbuat apa-apa. Terpulanglah kepada mereka. Namun bagi yang sedar dengan realiti, bahawa cara kita dan bakal isteri memahami Islam mungkin berbeza daripada apa yang difahami oleh generasi ibu bapa, lantas mahu teliti dan berhalus dalam menentukan sikap dan tindakan, maka artikel saya ini adalah perkongsian pengalaman untuk dimanfaatkan bersama.
Tentu sahaja contoh ini bukan contoh yang terbaik. Namun dengan keupayaan semasa itu, saya telah mencuba yang terbaik.
Kita harus ingat bahawa rumahtangga bukanlah hal sehari dua. “Oh, aku sudah bernikah. Maka dia adalah isteriku dan aku berhak sepenuh ke atasnya!” Jangan sekali-kali berfikir begitu.
Berumahtangga bukan hanya menggabungkan dua insan, malah ia mempersaudarakan dua keluarga. Di dalam sebuah keluarga, ada pelbagai peringkat dan tahap seseorang di dalam menilai dan melihat Islam.
Jangan pula kerana mahu membuang adat, kita turut membuang adab.
Janganlah pula pada hari kita “menyambut mertua”, kita hilang pertimbangan. Jangan kerana menegakkan agama, kita hilang budi bahasa. Jangan ketika masih di rumah ‘orang’ kita masuk berjalan tempang.
Tunggulah hari kita “menyambut menantu”. Segala kesulitan yang kita hadapi dalam menekuni kesulitan belenggu antara adat dan agama, jadikan ia sebagai suatu teladan. Kita adalah generasi jambatan antara zaman adat dan zaman syariat. Tersepit dan keliru, adalah habuan untuk generasi ini. Namun belajarlah untuk menelitinya. Agar tiba hari kita mengatur perkahwinan suatu hari nanti, anak-anak kitalah generasi yang dapat menikmati Islam yang ringkas, namun kekal indah di dalam syariat Allah.

credit:www.saifulislam.com

Pernahkah anda mendengar Kisah Putera Raja Aceh Yang Berzina? Memandangkan saya telah terlanjur membuat kajian tentang tajuk di atas,jadi saya ingin menambah sedikit tentang cerita Putera Raja Aceh ini. Sultan Iskandar Muda Menghukum Mati Anaknya Sendiri Karena Menegakkan Syariat Islam

Salah satu makam di dalam kawasan petak di belakang penulis adalah makam Meurah Pupok iaitu anak lelaki kepada Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Meurah Pupok dijatuhkan hukuman hudud oleh ayahnya sendiri iaitu Sultan Iskandar Muda atas kesalahan berzina dengan isteri salah seorang pengawal istana. Pelbagai cadangan diberikan agar Baginda meringankan hukuman ke atas Meurah Pupok memandangkan ia anak seorang Sultan, namun Iskandar Muda menolak semua cadangan itu demi memastikan Syariat Islam tertegak ke atas sesiapa sahaja.

Meurah Pupok adalah anak dari isterinya yang bergelar Putri Gayo (asal dari etnik Gayo salah satu etnik di Aceh Tengah).

Antara isteri Iskandar Muda yang lain adalah Putri Sani yang berasal dari Ribee, Pidie, Aceh. Dari Putri Sani, lahirlah anak yang akhirnya menjadi salah seorang Sultanah Aceh iaitu Sultanah Sri Ratu Safiatuddin Tajul Alam (1641-1675). Ratu Safituddin ini berkahwin dengan anak kepada Sultan Ahmad Syah, Pahang, Malaysia yang akhirnya menjadi Sultan ke-13 selepas Sultan Iskandar Muda. Beliau adalah Sultan Iskandar Thani (II) (1636-1641). Selepas zamannya, maka bermulalah Aceh diperintah oleh para Sultanah dengan dimulai oleh Sultanah Safiatuddin.

Isteri Sultan Iskandar Muda yang terkenal adalah Putroe Phang (Puteri Pahang). Namanya adalah Puteri Kamaliah. Ia merupakan puteri dari Kesultanan Pahang setelah Pahang ditakluk oleh Aceh pada tahun 1617. Ada yang mengatakan bahawa Putroe Phang ini adik kepada Sultan Ahmad Syah, Pahang pada masa itu. Namun, hasil perkahwinan antara Iskandar Muda dengan Putroe Phang tidak melahirkan anak.

Anak Iskandar Muda yang bergelar Meurah Pupok ini adalah hasil perkahwinan Baginda dengan Putri Gayo. Kalimah ‘Meurah’ adalah gelaran bagi Raja-Raja Aceh sebelum kedatangan Islam. Contohnya adalah Meurah Silu iaitu orang yang awal mendirikan Kerajaan Islam Samudera Pasai (sekarang Aceh Timur). Kerajaan Samudera Pasai bermula pada tahun 1042 sehingga 1427 Masihi. Meurah Silu di Islamkan sekitar tahun 1270-1275 Masihi oleh seorang ulama’ dari Mekah iaitu Sheikh Ismail. Akhirnya nama beliau bertukar menjadi Sultan Malikus Saleh. Kerajaan ini dimulai dengan Islam dizaman pemerintahannya iaitu tahun 1261-1289 Masihi. Dalam bahasa Gayo, kalimah ‘Meurah’ disebut sebagai ‘Marah’.

Kini, makam Meurah Pupok iaitu anak Sultan Iskandar Muda ini dikelilingi oleh lebih 2000 makam tentera Belanda yang berjaya dibunuh oleh para Mujahid Aceh sekitar tahun 18. Di makam Meurah Pupok, tercatat kata-kata yang sangat masyhur dari Sultan Iskandar Muda saat menjatuhkan hukuman hudud ke atas anaknya itu iaitu “Mate Aneuk Meupat Jirat, Gadoh Adat Pat Tamita” . Perkataan yang diucapkan oleh baginda di dalam bahasa Aceh ini bermaksud ‘ Mati Anak Boleh Dicari Kuburnya, Tetapi Mati Adat Dimana Lagi Mahu Dicari’. Maksud ‘adat’ didalam ayat ini adalah adat-adat yang Islami yang dihidupkan di bumi Aceh Darussalam pada masa itu.

Dalam sejarah Kerajaan Islam Aceh Darussalam di era Kesultanan Aceh (1514-1903), tercatat bahawa adalah seorang lagi sultan yang sangat tegas melaksanakan perintah Allah walaupun terhadap anggota keluarganya sendiri iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah II Al-Qahhar (Sultan Alauddin Riayat Syah Sayyid Al-Mukammil), sultan Aceh yang ke-10 yang memerintah pada tahun 1588-1604. Ini diakui oleh Teungku Hasanuddin Yusuf Adan (Ketua Dewan Dakwah Islamiah Indonesia-Cabang Aceh (DDII) / pensyarah fakulti Syariah IAIN Ar-Raniry)dalam tulisan beliau, Syariat Islam di Aceh: Antara Implementasi dan Diskriminasi, menyatakan bahawa:

“sebagai contoh konkrit tentang pelaksanaan Syariat Islam yang berkenaan dengan hukum hudud dalam kerajaan Aceh Darussalam adalah apa yang terjadi pada masa Sultan Alauddin Riayat Syah II Al-Qahhar yang telah melakukan hukuman bunuh ( qishas ) terhadap puteranya sendiri, Abangta yang ditangkap kerana zalim, membunuh orang lain dan melawan hukum serta adat yang berlaku dalam kerajaan”.

Malangnya, ada buku-buku sejarah yang menulis bahawa, Aceh berada di bawah pemerintahan yang kejam dan keras iaitu zaman Iskandar Muda. Sekarang barulah kita mengetahui, yang dimaksudkan dengan kejam dan keras itu adalah kerana beliau melaksanakan Syariat Allah dalam pemerintahannya. Inilah sejarah yang ditulis oleh para orientalis dan anak didik mereka.

Memandangkan keadaan sekarang banyak pihak yang mula mengkritik bangsa Melayu serta adat budaya Melayu maka ramai yang berhati busuk dengan bangsa Melayu cuba memburuk burukkan orang Melayu sehingga pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat disalah fahamkan serta disalah ertikan oleh mereka. Rasa ramai antara kita yang lupa pada pepatah Melayu yang menyebut "Hidup bersendi adat, adat bersendi hukum, hukum bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah". Ianya hampir sama tetapi pepatah ini cuba dilupuskan supaya masyarakat terus memburukan bangsa Melayu yang terkenal degan budaya serta pegangan yang kuat dengan ajaran Islam.

wallahualam bissawab... 

13 December, 2010

Kebenaran Peristiwa 13 Mei - Adakah akan berulang?

Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

Saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – Patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

Fakta yang dikemukakan secara ringkas, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:



Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau kita tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

Kemudian kalau kita tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Cuba kita bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.
 
Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.

Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.

Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.

Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”

Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.



Mayat Cina di Arak
Mayat Tanpa Kepala

edited from celahgelegar.blogspot.com

Rahsia Nombor 13

Assalamualaikum...

Inilah dia rahsia solat, sebagai
peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang
baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita
dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat
meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di
dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga
al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi
titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang
Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam
kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah s.w.t

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Jikalau anda nak tahu dengan lebih lanjut apa itu Friday the 13th sila klik di sisi.
Ada juga dikalangan kita yang mengangap nombor 13 adalah nombor malang. Macam-macam kepercayaan dimana kita tidak digalakkan untuk buka kedai pada tarikh 13 kerana dianggap sebagai hari pembawa sial. Bukan setakat orang YAHUDI dan KAFIR di luar negara juga tidak suka dengan perkara yang ada no 13 tetapi masyarakat YAHUDI dan KAFIR dalam negara kita juga sangat tidak suka kepada nombor ini kerana sebab yg hampir sama. Namun begitu ramai juga di antara orang Islam yg takut dan seram apabila mendegar no 13 kerana peristiwa 13 Mei 1969.

Foot note: 13 Mei 2011 juga hari JUMAAT.


Wassalam.

08 December, 2010

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Sebelum Penyata Reid diterima oleh semua rakyat demi mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Apakah bencana besar menimpa ke atas nasib-nasib orang -orang Melayu jika menerima syor-syor tersebut yang mana akhirnya Tunku Abdul Rahman sebagai YDP UMNO ketika itu membuat persidangan Agung tergempar untuk membincangkan perkara tersebut bagi memberi peluang kepada semua untuk berbincang dan bercakap sepuas-puas hati terhadap perkara tersebut.Persidangan itu telah dihadiri oleh 125 orang pegawai dan wakil UMNO negeri di seluruh Persekutuan dan Singapura.
Inilah ucapan Tunku Abdul Rahman tatkala membuka persidangan tersebut:

"Saya dengan sukacitanya mengalu-alu dan mengucapkan selamat atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan dari jauh dan dekat menghadiri Perhimpunan Agung ini.Saya telah meminta supaya diadakan Perhimpunan Agung ini di dalam keadaan yang tergempar dan sebelum tuan-tuan sekelian mendapat peluang yang sepenuh-penuhnya dan secukup-cukupnya untuk mengkaji dan menghalusi Syor Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid itu ialah kerana didalam soal kebangsaan yang begini besar yang akan menentukan  nasib kita dan bangsa kita turun temurun patutlah tiap-tiap seorang daripada kita memikul tanggungjawabnya dan beserta di dalam memberikan pandangan dan pendapat.


Saya menjemput tuan-tuan bersidang pada hari ini ialah kerana saya hendak mendengar fikiran dan pendapat tuan-tuan di dalam masalah yang besar ini dan di dalam pada itu daripada pihak saya pula,saya suka memberitahu kemajuan-kemajuan yang telah dicapai didalam soal Perlembagaan negara kita yang akan merdeka itu serta memberitahu tuan-tuan akan perkara-perkara yang menjadi ranjau dan duri di dalam perjalanan kita menuju ke hari kebesaran dan kemuliaan yang kita sama-sama menantinya itu.


Perkembangan yang ada di dlam kalangan UMNO hari ini dan kesedaran politik yang sihat pada ahli-ahlinya adalah memberikan peransang dan galakan yang kuat kepada saya dan rakan-rakan saya untuk meneruskan perjuangan kita sehingga tercapai segala maksud dan cita-cita kita semuanya.


Sekarang sudahlah sampai masanya yang boleh disifatkan sebagai yang teramat penting di dalam perjuangan kita untuk mencapai kemerdekaan.Dengan adanya persetujuan ini,negara persekutuan akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Besar daripada Raja-Raja Melayu,Ugama rasminya Islam,Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaannya Bahasa Melayu dan juga apa-apa hak Melayu yang telah diperuntukkan di dalam perjanjian-perjanjian dapat dikekal dan dipeliharakan.Persetujuan yang didapati antara ketiga-tiga parti ini di dalam perkara-perkara tersebut adalah persetujuan besar,yang mengandungi erti yang dalam.Apabila kita mendapat persetujuan itu kita telah berasa puashati dan bolehlah disifatkan persetujuan itu sebagai satu kemenangan yang besar bagi UMNO di dalam usahanya berkira bicara dengan rakan-rakannya di dalam Perikatan.


Penyata Reid adalah satu Penyata yang telah digubal oleh Suruhanjaya di dalam makna bebas sepenuhnya.Suruhanjaya di dalam makna bebas yang sepenuhnya.Suruhanjaya ini telah menimbangkan dengan samarata dan dengan tidak berat sebelah.Di dalam pada itu Suruhan jaya ini telah memberikan pertimbangan yang berat kepada orang-orang Melayu sebagi tuan punya negeri.Kalau ada apa-apa kekurangan di dalam penyata dan syor Perlembagaan itu,terpulanglah kepada kita untuk membetulkan mana-mana perkara yang patut dibetulkan.Di dalam syor Perlembagaan itu ada beberapa perkara mustahak diperbaiki supaya orang Melayu tidak hilang haknya dan lain-lain tidak teraniaya.


Inilah garis-garis atau perkara besar yang kita tuntut dengan sekuat-kuatnya dan kita tidak berganjak daripada itu atau menerima kurang daripada yang kita telah persetujukan itu.Tatkala menerangkan cara-cara hendak menukarkan negeri ini daripada tarafnya sekarang kepada taraf negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 Dari segi undang-undang,mustahaklah dibatalkan Perjanjian Persekutuan yang ada pada hari ini lebih dahulu dan kemudian baharulah digantikan dengan Perlembagaan yang baharu apabila telah dipersetujui oleh semua pihak yang berkenaan.


Jalan atau cara yang dengannya Perjanjian itu boleh dibatalkan ialah dengan membuat satu perjanjian baharu diantara Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dengan Baginda Queen yang didalamnya Baginda Queen menarik balik naungannya atas negeri ini dan Raja-Raja Melayu menarik balik ikrar mereka untuk menerima nasihat British dan tidak berhubung dengan Kerajaan asing dan juga Baginda Queen hendaklah menarik balik kuasa dan kedaulatannya atas Pulau Pinang dan Melaka dan menyerahkannya kepada persekutuan."

Maka itu Raja-Raja Melayu telah bersetuju dengan perbincangan yang dibuat diantara Pihak Tunku, wakil wakil Working Party,Kerjaan British maka Raja-Raja Melayu akhirnya telah mengeluarkan wasiat yang lebih dikenali sebagaI 7 Wasiat Raja-Raja Melayu seperti di bawah:


Perkara-perkara yang diterangkan kepada wakil persidangan  oleh Tunku Abdul Rahman termasuklah mengenai:

  1. apa yang telah berlaku di dalam rundingan Badan Kerja(Working Party) yang terdiri daripada tiga pihak,kerjaan perikatan,Raja-Raja Melayu dan kerajaan British sejak bermulanya mesyurat tersebut dari tarikh 22 Febuari 1957.
  2. Persetujuan yang telah dicapai mengenai perkara-perkara besar berkenaan Ugama,Raja-Raja berkuasa di atas hal ugama di negerimasing-masing.Tetapi bagi Pulau Pinang dan Melaka terserah kepada Yang Di Pertuan Besar.
  3. Berkenaan Bahasa,tidak akan ada Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan di dalam negeri ini melainkan Bahasa Melayu sahaja.
  4. Soal Hak Istimewa orang Melayu terserah kepada Yang Di Pertuan Besar(Yang Di Pertuan Agung) untuk menjaga dan memeliharanya.
  5. Tanah reserve dikekalkan dan ditambah dengan kawasan-kawasan Melayu(Malay Settlements) di adakan di Pulau Pinang dan Melaka.
  6. Tentang kerakyatan tidak disetujui dengan 2 taraf kerakyatan dan telah dipinda dengan menentukan bahawa seorang yang hendaklah memutuskan kerakyatan negerinya yang asal.
Akhirnya setelah dibahaskan dan dibincangkan akhirnya semua perwakilan bersetuju dengan Penyata yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid yang mana akhirnya kita Merdeka dan kita bebas daripada penjajahan.
 Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu adalah sebuah kawasan yg dipecahkan mengikut negeri masing-masing. Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Melaka adalah sebuah empayar yg berbeza dan diketuai oleh Raja masing-masing. Untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, raja-raja Melayu telah dipujuk untuk menyerahkan kuasa mutlak terhadap negeri mereka itu dan bergabung dengan negeri-negeri yg lain untuk membentuk Perseketuan Tanah Melayu. Bagi Raja-Raja, untuk bergabung dengan negeri-negeri lain adalah sesuatu yg agak berat untuk dilakukan Baginda kerana Raja-Raja ini telah memerintah negara mereka sejak sekian lama. Ada yang telah memerintah selama 10 keturunan dan ada juga 18 keturunan. Oleh sebab itu, Sebagai jaminan kepada Raja-Raja Melayu, 7 wasiat Raja-Raja Melayu telah dibentuk bagi memastikan kuasa mereka kekal,kewujudan bangsa Melayu diiktiraf dan terjamin dan Tanah Melayu yg dicintai ini terpelihara dari anasir-anasir jahat.

Wasiat itu berbunyi begini:

1) Kami namakan dan panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yg kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali sbg MALAYSIA)

2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan umtuk anak cucu kamu,selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu berebutlah bersama kaum yg lain.

3) Bagi menjaga kamu dan anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4) Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

5) Kami isytiharkan ISLAM sebagai agama rasmi Persekutuan.

6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah BAHASA MELAYU.

7) Kami amanahkan dan pertanggungjawabkan kepada RAJA-RAJA MELAYU untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEW ORANG MELAYU dan kepentingan SAH KAUM-KAUM LAIN.(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan negeri Sarawak)

07 December, 2010

SUMPAH MELAYU

Maka pada 10 Februari 1946, dibaca oleh orang Melayu mengenai sumpah Melayu untuk Melayu. Maka mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Kita bercerita untuk melepaskan sejarah, melanggar sumpah dan terus maju bersama-sama bangsa lain. Kita memilih menukar ketuanan kepada ketuanan rakyat. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri. 
Sebenarnya ketuanan rakyat yang dilaungkan adalah penjualan hak yang ada. Sebenarnya kesamarataan dalam demokrasi yang diperjuangkan lupa, bahawa Melayu yang mengekor dan belum lagi boleh berlari. Perjuangan Melayu adalah untuk Melayu, tidak perlu digeruni dan di perlu dikhuatiri. Perjuangan Melayu adalah untuk meningkatkan Melayu agar serasi bila bercerita mengenai kemodenan dan pembangunan agar kemajuan itu tidak timbul hanya di kelit mata kemudian di landa kepayahan hidup dan keciciran bangsa.
Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa? 
Melayu sebenarnya perlu sedar dan perlu menjelaskan. Ketegasan kita memperkatakan hak dengan penjelasan yang sempurna. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri.
Kita mesti mengenal apa yang perlu kita perjuangkan dan pertahankan. Jangan terleka dengan perjuangan politik yang mementingkan segelintir mereka yang mahu terus berkuasa. Kita mahu mereka yang turut membicarakan hak yang perlu dipertahankan demi Melayu untuk Melayu.
Ini adalah untuk semua, yang tingi melangit, yang sedang duduk mencoret polisi dan kita yang berkeliaran di muka bumi menjadi rakyat Melayu yang kini seakan kehilangan maruah diri. Jangan angkuh membicarakan kemodenan dalam erti melupakan nilai Melayu kita yang ada. Jangan angkuh membicarakan pembangunan dengan menggadai hak kita. 
Melayu itu perlu dicernakan semula. Dalam erti mempertahankan yang ada. Dalam erti memperjuangkan semula, yang telah terlepas akibat melanggar sumpah kita. Melayu itu perlu bangkit dalam melihat bahawa kita bukan ketinggalan tetapi kita semakin hari semakin pupus di muka dunia. Kita perlu menceritakan semula Melayu itu – dalam suasana baru tetapi penuh bermaruah dan tidak perlu segan pada apa yang kita ada. 
Sekiranya ada antara kita – menyatakan sumpah ini kuno dan ketinggalan, maka katakan pada mereka, sumpah itu kekal membicarakan perjuangan kita dan yang terlupa adalah mereka yang palsu menyatakan bahawa ketuanan Melayu adalah sisa-sisa sahaja, perlu di campak bersama sampah-sampah lain yang tidak berguna dan bukan budaya yang perlu dipertahankan kerana mereka sedang menuntut kuasa untuk berdendam sesama Melayu yang ada dan mereka tidak ubah seperti sampah yang jijik untuk Melayu melihatnya. 
Ini sepatutnya dikenang semula-kerana yang hilang kita, yang dikurangkan hak kita dan yang ada penipuan mereka yang membawa bunga-bunga palsu untuk kita – tidak berbau dan tanpa semangat dan roh sebenar.
Perjuangkan dan pertahankan – maruah bangsa agar kita menginsafi yang hilang pada kita kerana kita Melayu lupa bercerita – kita tidak hilang d dunia – wujud sebagai daun kering yang menanti terlerai dari pepohonan sungguhpun jejak ada tapi tidak bermakna. 

credit: arahkita.blogspot.com

03 December, 2010

Proton Pahlawan Series : Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir & Lekiu









Semalam Proton Holding telah melancarkan model atau series terbaru dengan penjenamaan yang sangat menarik dan pada pendapat saya ianya sangat bertepatan. Dengan adanya penjenamaan bagi model proton seperti ini maka pihak Proton tidak perlu pening kepala memikirkan nama bagi model baru mereka.. Ok, saya pun malas nak tulis panjang sebab saya sndiri pun sangat letih pada hari ini. Di bawah senarai kereta baru dan kereta konsep yang bakal muncul pada KLIM 2010 semalam.

PROTON TUAH
Proton Tuah - kereta konsep, kemungkinan besar ini adalah pengganti Persona.

PROTON JEBAT
Proton Jebat - Mitsubishi Lancer yg dilencanakan semula oleh Proton


PROTON KASTURI
Proton Kasturi - facelift Saga BLM yg dilancarkan di Thailand 3 hari lepas
 

PROTON LEKIR
Proton Lekir - ini adalah Lotus Europa yang dilencanakan semula sebagai Proton Lekir




PROTON LEKIU
Proton Lekiu - sebuah mpv yang dibina untuk pelanggan Proton dari China iaitu Youngman




 kat bawah ni Satria Neo dan lambang baru R3



CREDIT to: http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=192497

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online