sampai sini -->

04 January, 2010

C Prog - Program to Print it’s Own Source Code










Here is a C program to print it’s own source code.
That is the output of this program
is exactly same as it’s source code.
Here’s the program

#include
char *program=”#include%cchar *

program=%c%s%c;%cvoid main()%c{%cprintf
(program,10,34,program,34,10, 10,10,10);%c}”;
void main()
{
printf(program,10,34,program,34,10,10,10,10);
}
 

Hacking Via Yahoo Messenger


This tutorial will tell you how to hack yahoo messenger while you are engaged in chatting with some person.While you are chatting through yahoo messenger, Yahoo will hide the IP addresses of all the computers that are connected through the yahoo messenger application to the chat room.So it is not possible to directly find out the IP of the person you want to hack.Then how to get the IP address? Yes it is still possible to hack the IP address during the Yahoo messenger chat.The procedure to Hack Yahoo messenger is discussed in detail below.
While you are chatting via yahoo messenger the communication between you and the person you want to hack, takes place indirectly via Yahoo server and not directly.It is not possible to hack Yahoo messenger directly to get the IP address.So to hack his IP, you must establish a direct communication with him.So,how to do this? It’s easy.Just start chatting with some one via Yahoo messenger.During the process of chatting send him a big file.Now the file transfer takes place directly between your computer and the victim’s computer(via yahoo messenger application).So now, you are ready to go. Here’s the step-by-step process to hack Yahoo messenger and get the IP address of the person .
  • Goto the COMMAND PROMPT (START>>>RUN>>>Type CMD).
  • Here Type “netstat -n” (without quotes).
NOTE: If you are new to “netstat” and other IP related commands refer this tutorial:Windows XP IP Utilities
  • The pic given below shows netstat results of my computer.I was not chatting when i took this pic and hence it looks modified.


  • Here local address is your own IP and the foreign address is the IP address of the recipient with whom you are connected via yahoo messenger (There may be multiple recipients and hence multiple foreign addresses).
  • Now send him the file.
  • Check the output by typing the command “netstat -n” (without quotes).
  • Assume the output is something like this.

TCP 127.0.0.10:5101 172.18.69.80:1246 ESTABLISHED (example only)

Here  172.18.69.80 is the IP address of the person with whom you are chatting and 1246 is the port number where connection is established.That’s It! You have now hacked Yahoo messenger to get his IP address.
Once you hack Yahoo messenger and get his IP address you can use any of the Remote Administration tools or perform NETBIOS HACKING.Refer this tutorial on Netbios Hacking.

NOTE: Some times there are chances where in the file transfer gets encrypted (takes place via yahoo server itself).So in this case the above hack may fail to work.

03 January, 2010

Panduan memohon nombor pendaftaran kenderaan

Kategori Nombor Pendaftaran

Nombor-nombor Bernilai Utama



1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nombor-nombor Menarik

11
12
13
14
15
16
17
18
19
22
28
33
38
55
66
77
88
99
111
222
333
555
666
777
888
999
1111
2222
3333
5555
6666
7777


8888

9999
     

Nombor-nombor Popular

20 21 23 24 25 26 27
29 30 31 32 34 35 36
37 39 40 41 42 43 44
45 46 47 48 49 50 51
52 53 54 56 57 58 59
60 61 62 63 64 65 67
68 69 70 71 72 73 74
75 76 78 79 80 81 82
83 84 85 83 87 89 90
91 92 93 94 95 96 97
98 100 200 300 400 500 500
700 800 900 1000 1001 1122 1221
1133 1331 1155 1551 1166 1177 1771
1188 1881 1199 1919 1991 2000 2002
2020 2211 2112 2233 2332 2255 25225
2552 2266 2662 2277 2727 2772 2288
2828 2882 2299 2929 2992 3000 3003
3030 3300 3131 3113 3322 3232 3223
3355 3535 3553 3366 3636 3377 3773
3388 3838 3399 3939 3993 4000 5000
5005 5515 5115 5522 5533 5353 5335
5566 5665 5577 5775 5588 5885 5599
5995 5000 5006 6611 6116 6622 6633
6336 6655 6556 6677 6776 6688 6868
6886 6699 6969 6996 7000 7007 7070
7711 7171 7117 7722 7227 7733 7373
7755 7557 7766 7667 7788 7878 7887
7799 7997 8000 8008 8811 8181 8118
8822 8228 8833 8383 8338 8855 8558
8866 8668 8877 8778 8899 8989 8998
900 9009 9911 9119 9922 9229 9933
9339 9955 9559 9966 9696 9669 9977
9779 9988 9898 9889
Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini

Nombor-nombor Semasa

Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas.

Dokumen yang perlu dikemukakan

NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : " TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN " dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.
  1. icon M.V. 10
  2. Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
  3. Bayaran harga tempahan sekurang kurangnya RM 200.00 atau 30% daripada harga tempahan penuh yang dibuat mengikut mana yang lebih tinggi (dalam bentuk cek bank/deraf bank/kiriman wang pos dipalang dan dibayar kepada "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon ( individu/syarikat) yang disahkan .
  5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .
  6. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

Keputusan

PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.
  1. Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
  2. Bagi pemohon yang tidak berjaya, cek bank/deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
  3. Senarai nama pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang berkenaan.
  4. Bagi pemohon yang berjaya, tempoh 21 hari diberikan bagi menjelaskan baki harga tempahan.
  5. Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan.
  6. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad

Harga Tempahan

Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut :
  1. Nombor Bernilai Utama RM 2,000
  2. Nombor Menarik RM 800
  3. Nombor Popular RM 200
Tempahan akan dibuka bagi tempoh tidak kurang dari tiga (3) minggu bagi sesuatu siri.

SUMBER : JPJ MALAYSIA

Prosedur dan PanduanTukar Hak Milik Kenderaan

Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari.

Jenis Tukar Milik

A. Sukarela

B. Tidak Sukarela

  1. tukar hak milik kenderaan tarik balik
  2. kenderaan bagi pemilik yang meninggal dunia

Dokumen bagi permohonan

A.Tukar hak milik secara sukarela

  1. Kenderaan Persendirian Individu

    1. 2 salinan Borang Senarai Semak  TM-1 TM-1 ;
    2. 2 salinan icon Borang JPJ K3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya berdaftar dan pemunya baru;
    3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
    4. Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani borang icon Borang JPJ K3, samada;
      1. Kad pengenalan; atau
      2. Passport untuk warganegara asing; atau
      3. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau
      4. Kad Pengenalan Polis; atau
      5. Kad Pengenalan Tentera.
      6. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai  icon TM-AB atau Pejabat Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;
    5. Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya berdaftar;
    6. Lesen Kenderaan Motor yang berkuatkuasa untuk dibatalkan bagi kes pertukaran milikan daripada persendirian individu kepada persendirian syarikat (kecuali Sabah dan Sarawak); atau Pembayaran balik bagi kes pertukaran milikan daripada persendirian syarikat kepada persendirian individu (kecualiSabah dan Sarawak dan
    7. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.
  2. Kenderaan Persendirian Syarikat Perniagaan Pemilik Tunggal/Perkongsian

    1. 2 salinan Borang Senarai Semak icon TM-1
    2. 2 salinan Borang JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya berdaftar dan pemunya baru;
      1. Jika perniagaan pemilik tunggal, ditandatangani oleh pemilik perniagaan tersebut;
      2. Jika perniagaan perkongsian, ditandatangani oleh salah seorang ahli kongsi yang diberi kuasa secara bertulis oleh semua rakan kongsi perniagaan tersebut;
    3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2);
    4. Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani icon Borang JPJ K3, samada;
      1. Kad pengenalan; atau
      2. Passport untuk warganegara asing; atau
      3. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa;
      4. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai icon TM-AB atau Pejabat Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;
    5. Dokumen pengenalan identiti syarikat Pemilikan Tunggal /Perkongsian (asal dan salinan);
      1. Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan);dan
      2. Borang B (Maklumat Perniagaan dan Maklumat Pemilik Semasa); atau
      3. Lesen Perniagaan yang disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah dan Sarawak);
      4. Salinan dokumen pengenalan identiti syarikat hendaklah disahkan oleh Pendaftar Syarikat atau Pegawai JPJ;
    6. Jika perniagaan perkongsian, surat persetujuan penjualan daripada semua ahli rakan kongsi perniagaan tersebut;
    7. Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya berdaftar; dan
    8. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.
  3. Kenderaan Persendirian Syarikat Sendirian Berhad/Berhad
    1. 2 salinan Borang Senarai Semak icon TM-1
    2. 2 salinan Borang icon Borang JPJ K3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya berdaftar dan pemunyabaru;
    3. icon Borang JPJ K3 ditandatangani oleh Pengarah atau Pengurus Besar atau Setiausaha atau lain-lain pegawai syarikat berkenaan yang diberi kuasa secara bertulis olehsyarikat.
    4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2);
    5. Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani borang JPJK3, samada;
      1. Kad pengenalan; atau
      2. Pasport; atau
      3. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa;
      4. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai icon TM-AB atau Pejabat Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;
    6. Salinan dokumen pengenalan identiti syarikat SendirianBerhad/Berhad yang disahkan oleh PendaftarSyarikat/Setiausaha Syarikat;
      1. Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) atau Borang 13( Sijil Tukar Nama); dan
      2. Salinan Borang 49 (Butir–butir Pendaftaran BagiAhli Lembaga Syarikat);
    7. Salinan Minit Mesyuarat atau Resolusi Syarikat untuk menjual kenderaan berkenaan yang telah disahkan oleh Pendaftar / Setiausaha Syarikat; atau Resolusi dari Ahli Lembaga Pengarah yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik bagi urusan tukar milik bagi kenderaan syarikat yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
    8. Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya berdaftar; dan
    9. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.

B.Tukar hakmilik tidak sukarela

  1. Pemunya berdaftar yang telah meninggal dunia

    1. icon Borang JPJ K3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya baru (penerima pusaka)
    2. 2 salinan icon TM-3
    3. Dokumen pengenalan identiti pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A, samada;
      1. Kad pengenalan; atau
      2. Passport; atau
      3. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau
      4. Kad Pengenalan Polis; atau
      5. Kad Pengenalan Tentera.
      6. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai  icon TM-AB atau Pejabat kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;
    4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2);
    5. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
      1. Perintah Mahkamah; atau
      2. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
      3. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
      4. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil;
    6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa;
  2. Kenderaan motor yang ditarik balik ( Repossesed di bawah Akta Sewa Beli 1967)

    1. 2 salinan asalicon Borang JPJ K3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya baru (Pegawai yang diberi kuasa oleh institusi kewangan);
    2. 2 salinan icon TM-3
    3. Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani orang JPJK3A, samada;
      1. Kad pengenalan; atau
      2. Passport; atau
      3. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau
      4. Kad Pengenalan Polis; atau
      5. Kad Pengenalan Tentera.
      6. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamaiicon TM-AB atau Pejabat Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;
    4. Surat kuasa daripada institusi kewangan yang melantik pegawai untuk menandatangani JPJK3A;
    5. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
    6. Salinan dokumen identiti pengenalan syarikat (institusi kewangan) iaitu Perakuan Pemerbadanan Syarikat sendirian (Borang 9 atau Borang 13 di bawah Akta Syarikat 1965) yang disahkan oleh Pendaftar / Setiausaha Syarikat)
    7. Satu salinan Jadual Keempat dan Jadual Kelima seperti yang ditetapkan di dalam Akta Sewa Beli 1967 yang disahkan oleh pegawai institusi kewangan tersebut .
    8. Insuran atas nama pemunya baru jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) masih berkuatkuasa.
    9. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa ;
  3. Kenderaan motor rampasan,sitaan dan sebagai yang dilelong oleh Agensi Kerajaan

    1. 2 salinan icon Borang JPJ K3A 
    2. Surat tawaran rasmi asal dan salinan daripada Jabatan yang melelong
    3. Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) asal dan resit bayaran/laporan kimia
    4. Laporan kimia (jika berkenaan)'
    5. Sijil/Nota Perlindungan Insurans pemilik baru (jika berkenaan)
    6. Notis penarikan balik tuntutan hak milik (pemunya berdaftar) dan tuntutan hak milik (pemilik baru)
    7. Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) (kenderaan import) dan resit bayaran asal
    8. Bayaran yang ditetapkan  
     
SUMBER: JPJ Malaysia

Proses Penukaran Hak Milik Kenderaan Apabila Pemilik Meninggal Dunia

Salam Satu Malaysia dan Semua Pembaca Laman Ini..

Pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat yang tak seberapa tetapi mungkin penting untuk saudara dan saudari semua pada suatu hari nanti. Seperti tajuk di atas, "Proses Penukaran Hak Milik Kenderaan Apabila Pemilik Meninggal Dunia". Sebagai contoh anda ingin membeli sebuah motorsikal tetapi Tuan/pemiliknya telah meninggal dunia.


Langkah pertama ialah hendaklah buat pembatalan hakmlik dari JPJ. kemudian saudara dan saudari hendakla buka fail di amanah raya sbg pemohon.Saudara dan saudari hendaklah mengisi borang penolakan yakni di panggil borang di bawah akta akuan berkanun 1960, dalam harta pusaka simati - surat persetujuan penolakan.
di borang tersebut ada menyatakan senarai waris2 bersertakan salinan kad pengenalan. di harap saudara dan saudari dapat membuka fail dgn bayaran deposit sebanyak RM50.00 sahaja disusuli dgan  tindakan selanjutnya.

Saudara dan saudari tak perlu bawak ke semua waris2 tersebut. Apa yg anda perlu buat adalah sediakan salinan semua waris2 tersebut, yg hidup sahaja, sijil mati sipemilik , geran yg asal (original), tandatangani semua waris di borang penolakan akuan berkanun ,tandatangan salah satu waris di akuan berkanun simati, tandatangan saksi di akuan berkanun simati, cop dan tandatangan pesuruhjaya sumpah dan setem hasil. adalah menyenangkan anda dtg ke amanah raya jumpa pegawai bertugas.


Klau saudara dan saudari rasa susah sangat dan tak faham apa yang di tulis. saudara dan saudari bolehlah menuju ke JPJ berdekatan dan tanya pegawai disitu. kalau diaorang tidak dapat menjawab "anda boleh tumbuk pegawai di situ"

01 January, 2010

Apakah Beza Masjid, Surau, Musholla, Balasoh?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Para ulama’ telah menetapkan beberapa pengenalan ( takrif ) mengenai hal tersebut sebagaimana berikut ini :

       MASJID ialah satu tempat solat tertentu yang bukan menjadi milik orang-perseorangan, ataupun milik sesebuah badan / syarikat, yakni ianya merupakan satu tempat yang sudah pun diwaqafkan untuk dijadikan tempat solat awam.

      MUSOLLA ialah satu tempat solat orang ramai , yang tempatnya masih lagi menjadi milik individu ataupun badan tertentu, yakni ianya belum lagi diwaqafkan untuk solat bagi orang-orang awam. “ Musolla “ ini adalah perkataan Arab ( sebagaimana juga perkataan “ MASJID “ ) yang biasanya kita ertikan sebagai : “ Tempat Sembahyang “.

       SURAU ialah perkataan berbahsa Melayu. Saudara-saudara kita di sebelah utara Semenanjung Malaysia menggelarnya sebagai “ MANAQSAH “ , dan bagi masyarakat Pantai Timur pula menggelarnya sebagai “ BALASOH “. Surau juga seperti masjid dimana ianya diwaqafkan untuk kegunaan masyarakat awam, tetapi perbezaannya dengan masjid ialah di surau tidak didirikan syiar Solat Jumaat , akan tetapi ianya didirikan di tempat yang digelar sebagai “ MASJID “.

     MASJID   ianya juga ialah satu nama umum bagi mana-mana tempat yang disitu didirikan solat, samada ianya milik orang perseorangan ataupun sudah diwaqafkan untuk kegunaan awam, ataupun ianya adalah milik sesebuah badan ataupun syarikat mahupun sebaliknya.

Walhal, Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah tidak pula menetapkan sama-sekali apakah yang disebut “ MASJID “ , dan apakah pula “ MUSOLLA “ itu. Oleh sebab itu dalam perkara yang seperti ini perlu kita timbang-timbangkan dan banding-bandingkan dengan keterangan-keterangan di dalam agama kita yang mulia ini .

Marilah kita cuba timbang-timbangkan dan banding-bandingkan dengan keterangan-keterangan daripada Hadist-Hadist Rasulullah s.a.w ;

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda :

( I ) - HADIS PERTAMA :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : (( قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْحَمَّامَ وَالْمَقْبَرَة ))َ

Ertinya : Daripada Abu Said Al-Khudry , beliau berkata : (( “ Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Bumi itu keseluruhannya adalah MASJID , KECUALI kawasan bilik air / tandas dan kawasan perkuburan “ )) ~ Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rh – didalam musnadnya : Baqi Musnad Al-Muktsirin : 11, 483.

( II ) - HADIS KEDUA :

حديث عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَقُولُ: (( .... فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُب .... ))

Ertinya : Hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a : Pernah Rasulullah s.a.w bersabda : “….Maka sesungguhnya aku tidak halalkan masjid bagi wanita yang haidh dan orang-orang yang berjunub “. ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di dalam Sunanya : Kitab At-Toharah : 201.

PERBINCANGAN MENGENAI HADIS-HADIS DI ATAS :

Di dalam Sirah ( Kisah Perjalanan Hidup ) Rasulullah s.a.w sendiri dinyatakan bahawa, pada awalnya ( asalnya ) rumah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri adalah di sebelah Masjid An-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah. Namun, setelah diperluaskan beberapa kali Masjid An-Nabawi itu, maka rumah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri terkena dan termasuk di dalam kawasan Masjid yang mulia itu. Sirah juga membuktikan bahawa Maqam Rasulullah s.a.w itu juga pada awalnya ( asalnya ) adalah bilik Baginda s.a.w, yang mana sekarang maqam itu juga termasuk di dalam kawasan ( ruang dalaman ) bagi Masjid An-Nabawi Asy-Syarif.

Jadi kalau kita berpegang dengan hadis yang menyatakan bahawa seluruh bumi ini adalah MASJID, maka sudah tentu rumah Baginda s.a.w itu juga adalah masjid. Walhal sebenarnya tidak begitu, kerana kalau kita pegang hadis itu secara “ harfiah “ ( keterangan secara zahir ), maka sudah tentu isteri-isteri Baginda s.a.w yang juga merupakan Ibu-Ibu bagi orang-orang Islam yang suci itu kesemuanya TIDAK PATUT berada di dalam rumah baginda s.a.w ketika di dalam keadaan “ tidak suci “ , kerana tatkala itu juga mereka turut berada di dalam Masjid An-Nabawi. Namun realitinya, hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan sirah sendiri tidak pernah ada yang menunjukkan bahawa isteri-isteri Baginda s.a.w yang suci-murni itu meninggalkan rumah Baginda s.a.w ketika mereka didatangi “ waktu tidak suci “ !.

Dan begitulah juga, andainya kita berpegang kepada keumuman hadis yang menjelaskan bahawa seluruh bumi ini adalah masjid , maka sudah tentu akan menyebabkan kesukaran bagi wanita-wanita yang sedang haidh dan juga mereka yang berjunub. Ke mana mereka hendal pergi kerana kesemua bumi ini difahami sebagai “ masjid “ ?. Ini sudah tentu bertentangan dengan tujuan Islam itu diturunkan Allah Ta’ala iaitu bersifat : MEMUDAHKAN . BUKANNYA MENYUKARKAN !.

Oleh kerana itu, tidak boleh kita berpegang dengan keumuman hadis yang menyifatkan bahawa seluruh bumi ini adalah masjid ( kecuali tandas-tandas dan perkuburan ). Yang jelas, yang dimaksudkan dengan masjid adalah sebagaimana di dalam di dalam takrif 1 , dan bukannya sebagaimana di dalam takrif ke-4.

MASALAH WANITA HAID DI DALAM SURAU :

Sebagaimana dijelaskan, perkataan surau tiada di dalam istilah Bahasa Arab. Oleh kerana itu, ianya perlulah difahami menurut ‘uruf ( kebiasaan ) masyarakat kita. Apatalah lagi ‘uruf ini juga merupakan salah-satu daripada sumber-sumber perundangan Islam.

Masyarakat kita biasanya membezakan bahawa MASJID : Ialah satu tempat umum untuk didirikan solat jemaah dan Solat Jumaat . Manakala SURAU pula tidak didirikan di dalamnya Solat Jumaat.

Walaupun begitu , ada juga masjid-masjid kecil ( kebiasaannya di kampung-kampung ) yang sudah tidak lagi mengadakan Solat Jumaat kerana adanya Masjid Besar yang berhampiran dengan beberapa buah kampung itu yang mampu menampung dan menyatukan penduduk beberapa buah kampung berdekatan untuk mengadakan Solat Jumaat di situ. Masjid Besar seperti ini dikenali sebagai : “ MASJID JAMIK “. Digelar sebagai “ JAMIK “ kerana makna asalnya di dalam Bahasa Arab bermaksud : “ Yang Menyatukan “. Digelar juga sebagai “ JAMIK “ kerana di situlah didirikan Solat Jumaat.

Jadi di sini sudah jelas adanya PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID , dari sudut didirikan Solat Jumaat di dalamnya !.

AKAN TETAPI, Surau pula sama dengan masjid daripada sudut : KEDUA-DUANYA ADALAH DIWAQAFKAN KEPADA MASYARAKAT AWAM UNTUK DIDIRIKAN SOLAT BERJEMAAH.

Merujuk kepada ‘uruf yang berlaku di kalangan masyarakat kita , maka : SEBAHAGIAN BESAR ASHABUS-SAMAHAH MUFTI-MUFTI KITA, TUAN-TUAN GURU KITA, PARA ULAMA’ KITA telah menyatakan :

1 – Wanita-wanita yang haid boleh memasuki surau, tetapi haram memasuki masjid.

2 – Di dalam masjid boleh didirikan solat sunat Tahiyatul-Masjid, tetapi tidak pula di selainnya .

Namun begitu, ada juga di kalangan beberapa ulama’ di Nusantara ini yang membantah kenyataan di atas dengan hujah-hujah :

1 – Bagaimana wanita-wanita yang sedang haidh boleh memasuki surau, tetapi tidak pula ke dalam masjid, walhal surau dan masjid itu kedua-duanya adalah tempat umum yang diwakafkan untuk didirikan solat berjemaah ?.

2 – Jika di dalam masjid kita boleh mendirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid , maka mengapa pula tidak boleh di surau-surau walhal kedua-duanya itu juga adalah tempat umum yang diwaqafkan untuk didirikan solat berjemah ?.

PENDAPAT
Perselisihan pendapat ini berlaku kerana tiadanya satu panduan yang tepat daripada Baginda Rasulullah s.a.w mengenai “ Perbezaan Di Antara Masjid Dengan Surau “ . Lantaran itu semua hukum-hakam yang berkaitan dengan perbezaan di antara kedua-dua tempat sembahyang itu lahir daripada keputusan yang dicedok dan diperbahaskan daripada sudut-sudut tinjauan dan perbahasan di atas.

Menurut pandangan saya : Lebih baik kita berpegang dengan apa yang telah dinyatakan oleh sebahagian besar ( majoriti ) ulama’ mengenai perbezaan di antara Masjid dengan Surau dan hukum-hakam yang berkaitan dengan kedua-duanya kerana , keputusan yang diambil oleh majoriti ulama’ LEBIH HAMPIR KEPADA KEBENARAN DAN LEBIH SELAMAT DARIPADA KESILAPAN berbanding dengan keputusan sebahagian kecil ( minoriti ) para ulama’.

Kita juga menasihatkan agar masyarakat awam tidak masuk campur di dalam perkara-perkara khilafiyah ( yang diperselisihkan ) di kalangan ulama’ memandangkan mereka tidak mempunyai kemampuan ilmu untuk memahami setiap hujah dan sudut pandangan para ulama’ yang berselisih pendapat itu.

Kita juga bimbang, andainya masyarakat awam yang tidak mempunyai kemampuan ilmu yang kental ini “ cuba-cuba “ masuk ke dalam “ arus-perbincangan “ dan “ titik-perselisihan “ di kalangan ulama’ ini, mereka pula yang akan menjadi “ pening “ dan “ bingung “ yang akhirnya mereka akan mula mencemuh ulama’ itu dan ulama’ ini, ataupun mereka sendiri akan dipermainkan oleh Golongan Yahudi dan Kristian yang suka melihat umat Islam ini “ tenggelam “ di dalam “ perkara-perkara khilafiyah seperti ini “.

Akhir kata, saya lebih cenderung andainya saudari yang bertanya berpegang dengan apa yang telah diputuskan oleh golongan majoriti ulama’ di atas !.

SILA RUJUK JAWAPAN AL-FADHIL USTAZ THTL DI DALAM SJ – 1381 :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5910&Forum=All_Forums&Words=surau%20&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=5909&Search=true#Post5910

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online