05 October, 2011
Inilah Perdebatan Seorang Ilmuan Atheist dan Seorang Ulama Islam
Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang atheis itu naik mimbar dan mau mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid ada seorang laki-laki muda, bangkit. Dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: “Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan”. Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri karena usia mudanya. Namun dia pun angkat berkata: “Katakan pendapat tuan!”.
Ilmuwan atheis itu heran akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya:
Atheis : “Pada tahun berapakah Tuhanmu dilahirkan?”
Abu Hanifah : “Allah berfirman: “Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan”
Atheis : “Masuk akalkah bila dikatakan bahwa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya?, Pada tahun berapa Dia ada?”
Abu Hanifah : “Dia berada sebelum adanya sesuatu.”
Atheis : “Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!”
Abu Hanifah : “Tahukah tuan tentang perhitungan?”
Atheis : “Ya”.
Abu Hanifah : “Angka berapa sebelum angka satu?”
Atheis : “Tidak ada angka (nol).”
Abu Hanifah : “Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan heran kalau sebelum Allah Yang Maha Esa yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?”
Atheis : “Dimanakah Tuhanmu berada sekarang? Sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.”
Abu Hanifah : “Tahukah tuan bagaimana bentuk susu? Apakah di dalam susu itu keju?”
Atheis : “Ya, sudah tentu.”
Abu Hanifah : “Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?”
Atheis : “Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.”
Abu Hanifah : “Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta’ala? Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!”
Atheis : “Tunjukkan kepada kami Dzat Tuhanmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?”
Abu Hanifah : “Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?”
Atheis : “Ya, pernah.”
Abu Hanifah : “Sebelumnya ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?”
Atheis : “Karena rohnya telah meninggalkan tubuhnya.”
Abu Hanifah : “Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?”
Atheis : “Ya, masih ada.”
Abu Hanifah : “Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?”
Atheis : “Entahlah, kami tidak tahu.”
Abu Hanifah : “Kalau tuan tidak mengetahui bagaimana zat maupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan Dzat Allah Ta’ala?”
Atheis : “Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahNYA? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?”
Abu Hanifah : “Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?”
Atheis : “Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
Abu Hanifah : “Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta’ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.”
Atheis : “Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?”
Abu Hanifah : “Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.”
Atheis : “Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?”
Abu Hanifah : “Tuan sudah mempraktekkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.”
Atheis : “Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?”
Abu Hanifah : “Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.”
“Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?” tanya Atheis .
“Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan”, pinta Abu Hanifah. Ilmuwan atheis itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas.
“Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?”. Ilmuwan atheis mengangguk. “Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahwa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang atheis yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu”.
Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang atheis itu
01 January, 2010
Apakah Beza Masjid, Surau, Musholla, Balasoh?
Para ulama’ telah menetapkan beberapa pengenalan ( takrif ) mengenai hal tersebut sebagaimana berikut ini :
MASJID ialah satu tempat solat tertentu yang bukan menjadi milik orang-perseorangan, ataupun milik sesebuah badan / syarikat, yakni ianya merupakan satu tempat yang sudah pun diwaqafkan untuk dijadikan tempat solat awam.
MUSOLLA ialah satu tempat solat orang ramai , yang tempatnya masih lagi menjadi milik individu ataupun badan tertentu, yakni ianya belum lagi diwaqafkan untuk solat bagi orang-orang awam. “ Musolla “ ini adalah perkataan Arab ( sebagaimana juga perkataan “ MASJID “ ) yang biasanya kita ertikan sebagai : “ Tempat Sembahyang “.
SURAU ialah perkataan berbahsa Melayu. Saudara-saudara kita di sebelah utara Semenanjung Malaysia menggelarnya sebagai “ MANAQSAH “ , dan bagi masyarakat Pantai Timur pula menggelarnya sebagai “ BALASOH “. Surau juga seperti masjid dimana ianya diwaqafkan untuk kegunaan masyarakat awam, tetapi perbezaannya dengan masjid ialah di surau tidak didirikan syiar Solat Jumaat , akan tetapi ianya didirikan di tempat yang digelar sebagai “ MASJID “.
MASJID ianya juga ialah satu nama umum bagi mana-mana tempat yang disitu didirikan solat, samada ianya milik orang perseorangan ataupun sudah diwaqafkan untuk kegunaan awam, ataupun ianya adalah milik sesebuah badan ataupun syarikat mahupun sebaliknya.
Walhal, Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah tidak pula menetapkan sama-sekali apakah yang disebut “ MASJID “ , dan apakah pula “ MUSOLLA “ itu. Oleh sebab itu dalam perkara yang seperti ini perlu kita timbang-timbangkan dan banding-bandingkan dengan keterangan-keterangan di dalam agama kita yang mulia ini .
Marilah kita cuba timbang-timbangkan dan banding-bandingkan dengan keterangan-keterangan daripada Hadist-Hadist Rasulullah s.a.w ;
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda :
( I ) - HADIS PERTAMA :
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : (( قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْحَمَّامَ وَالْمَقْبَرَة ))َ
Ertinya : Daripada Abu Said Al-Khudry , beliau berkata : (( “ Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Bumi itu keseluruhannya adalah MASJID , KECUALI kawasan bilik air / tandas dan kawasan perkuburan “ )) ~ Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rh – didalam musnadnya : Baqi Musnad Al-Muktsirin : 11, 483.
( II ) - HADIS KEDUA :
حديث عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَقُولُ: (( .... فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُب .... ))
Ertinya : Hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a : Pernah Rasulullah s.a.w bersabda : “….Maka sesungguhnya aku tidak halalkan masjid bagi wanita yang haidh dan orang-orang yang berjunub “. ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di dalam Sunanya : Kitab At-Toharah : 201.
PERBINCANGAN MENGENAI HADIS-HADIS DI ATAS :
Di dalam Sirah ( Kisah Perjalanan Hidup ) Rasulullah s.a.w sendiri dinyatakan bahawa, pada awalnya ( asalnya ) rumah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri adalah di sebelah Masjid An-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah. Namun, setelah diperluaskan beberapa kali Masjid An-Nabawi itu, maka rumah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri terkena dan termasuk di dalam kawasan Masjid yang mulia itu. Sirah juga membuktikan bahawa Maqam Rasulullah s.a.w itu juga pada awalnya ( asalnya ) adalah bilik Baginda s.a.w, yang mana sekarang maqam itu juga termasuk di dalam kawasan ( ruang dalaman ) bagi Masjid An-Nabawi Asy-Syarif.
Jadi kalau kita berpegang dengan hadis yang menyatakan bahawa seluruh bumi ini adalah MASJID, maka sudah tentu rumah Baginda s.a.w itu juga adalah masjid. Walhal sebenarnya tidak begitu, kerana kalau kita pegang hadis itu secara “ harfiah “ ( keterangan secara zahir ), maka sudah tentu isteri-isteri Baginda s.a.w yang juga merupakan Ibu-Ibu bagi orang-orang Islam yang suci itu kesemuanya TIDAK PATUT berada di dalam rumah baginda s.a.w ketika di dalam keadaan “ tidak suci “ , kerana tatkala itu juga mereka turut berada di dalam Masjid An-Nabawi. Namun realitinya, hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan sirah sendiri tidak pernah ada yang menunjukkan bahawa isteri-isteri Baginda s.a.w yang suci-murni itu meninggalkan rumah Baginda s.a.w ketika mereka didatangi “ waktu tidak suci “ !.
Dan begitulah juga, andainya kita berpegang kepada keumuman hadis yang menjelaskan bahawa seluruh bumi ini adalah masjid , maka sudah tentu akan menyebabkan kesukaran bagi wanita-wanita yang sedang haidh dan juga mereka yang berjunub. Ke mana mereka hendal pergi kerana kesemua bumi ini difahami sebagai “ masjid “ ?. Ini sudah tentu bertentangan dengan tujuan Islam itu diturunkan Allah Ta’ala iaitu bersifat : MEMUDAHKAN . BUKANNYA MENYUKARKAN !.
Oleh kerana itu, tidak boleh kita berpegang dengan keumuman hadis yang menyifatkan bahawa seluruh bumi ini adalah masjid ( kecuali tandas-tandas dan perkuburan ). Yang jelas, yang dimaksudkan dengan masjid adalah sebagaimana di dalam di dalam takrif 1 , dan bukannya sebagaimana di dalam takrif ke-4.
MASALAH WANITA HAID DI DALAM SURAU :
Sebagaimana dijelaskan, perkataan surau tiada di dalam istilah Bahasa Arab. Oleh kerana itu, ianya perlulah difahami menurut ‘uruf ( kebiasaan ) masyarakat kita. Apatalah lagi ‘uruf ini juga merupakan salah-satu daripada sumber-sumber perundangan Islam.
Masyarakat kita biasanya membezakan bahawa MASJID : Ialah satu tempat umum untuk didirikan solat jemaah dan Solat Jumaat . Manakala SURAU pula tidak didirikan di dalamnya Solat Jumaat.
Walaupun begitu , ada juga masjid-masjid kecil ( kebiasaannya di kampung-kampung ) yang sudah tidak lagi mengadakan Solat Jumaat kerana adanya Masjid Besar yang berhampiran dengan beberapa buah kampung itu yang mampu menampung dan menyatukan penduduk beberapa buah kampung berdekatan untuk mengadakan Solat Jumaat di situ. Masjid Besar seperti ini dikenali sebagai : “ MASJID JAMIK “. Digelar sebagai “ JAMIK “ kerana makna asalnya di dalam Bahasa Arab bermaksud : “ Yang Menyatukan “. Digelar juga sebagai “ JAMIK “ kerana di situlah didirikan Solat Jumaat.
Jadi di sini sudah jelas adanya PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID , dari sudut didirikan Solat Jumaat di dalamnya !.
AKAN TETAPI, Surau pula sama dengan masjid daripada sudut : KEDUA-DUANYA ADALAH DIWAQAFKAN KEPADA MASYARAKAT AWAM UNTUK DIDIRIKAN SOLAT BERJEMAAH.
Merujuk kepada ‘uruf yang berlaku di kalangan masyarakat kita , maka : SEBAHAGIAN BESAR ASHABUS-SAMAHAH MUFTI-MUFTI KITA, TUAN-TUAN GURU KITA, PARA ULAMA’ KITA telah menyatakan :
1 – Wanita-wanita yang haid boleh memasuki surau, tetapi haram memasuki masjid.
2 – Di dalam masjid boleh didirikan solat sunat Tahiyatul-Masjid, tetapi tidak pula di selainnya .
Namun begitu, ada juga di kalangan beberapa ulama’ di Nusantara ini yang membantah kenyataan di atas dengan hujah-hujah :
1 – Bagaimana wanita-wanita yang sedang haidh boleh memasuki surau, tetapi tidak pula ke dalam masjid, walhal surau dan masjid itu kedua-duanya adalah tempat umum yang diwakafkan untuk didirikan solat berjemaah ?.
2 – Jika di dalam masjid kita boleh mendirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid , maka mengapa pula tidak boleh di surau-surau walhal kedua-duanya itu juga adalah tempat umum yang diwaqafkan untuk didirikan solat berjemah ?.
Perselisihan pendapat ini berlaku kerana tiadanya satu panduan yang tepat daripada Baginda Rasulullah s.a.w mengenai “ Perbezaan Di Antara Masjid Dengan Surau “ . Lantaran itu semua hukum-hakam yang berkaitan dengan perbezaan di antara kedua-dua tempat sembahyang itu lahir daripada keputusan yang dicedok dan diperbahaskan daripada sudut-sudut tinjauan dan perbahasan di atas.
Menurut pandangan saya : Lebih baik kita berpegang dengan apa yang telah dinyatakan oleh sebahagian besar ( majoriti ) ulama’ mengenai perbezaan di antara Masjid dengan Surau dan hukum-hakam yang berkaitan dengan kedua-duanya kerana , keputusan yang diambil oleh majoriti ulama’ LEBIH HAMPIR KEPADA KEBENARAN DAN LEBIH SELAMAT DARIPADA KESILAPAN berbanding dengan keputusan sebahagian kecil ( minoriti ) para ulama’.
Kita juga menasihatkan agar masyarakat awam tidak masuk campur di dalam perkara-perkara khilafiyah ( yang diperselisihkan ) di kalangan ulama’ memandangkan mereka tidak mempunyai kemampuan ilmu untuk memahami setiap hujah dan sudut pandangan para ulama’ yang berselisih pendapat itu.
Kita juga bimbang, andainya masyarakat awam yang tidak mempunyai kemampuan ilmu yang kental ini “ cuba-cuba “ masuk ke dalam “ arus-perbincangan “ dan “ titik-perselisihan “ di kalangan ulama’ ini, mereka pula yang akan menjadi “ pening “ dan “ bingung “ yang akhirnya mereka akan mula mencemuh ulama’ itu dan ulama’ ini, ataupun mereka sendiri akan dipermainkan oleh Golongan Yahudi dan Kristian yang suka melihat umat Islam ini “ tenggelam “ di dalam “ perkara-perkara khilafiyah seperti ini “.
Akhir kata, saya lebih cenderung andainya saudari yang bertanya berpegang dengan apa yang telah diputuskan oleh golongan majoriti ulama’ di atas !.
SILA RUJUK JAWAPAN AL-FADHIL USTAZ THTL DI DALAM SJ – 1381 :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5910&Forum=All_Forums&Words=surau%20&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=5909&Search=true#Post5910
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
12 April, 2009
Hanya Ingin Mengingatkan ....
- Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
- Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
- Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
- Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
- Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
5 jenis racun dan 5 penawarnya...
- Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
- Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
- Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
- Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
- Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
- Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
- Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
- Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
- Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
31 March, 2009
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.
6. Aku melihat umatku
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
29 March, 2009
Ingatlah Kepada Allah
Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian.
Bila tiada bererti buatmu, keliru & kecewa,
Allah adalah jawapannya.
Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian.
Bila tiada bererti buatmu, keliru & kecewa,
Allah adalah jawapannya.
20 November, 2008
Tazkirah...
Dari Abu Hurairah ra, Rasululullah SAW bertanya :
Tahukah kamu siapakah orang yang bangkrap/muflis itu?
Para sahabat ra menjawab :
Orang yang tidak mempunyai wang dan harta.
Rasululullah SAW bersabda :
Orang yang bangkrap dikalangan umatku, adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, tetapi dia telah memcaci si anu, mencela si anu, memakan harta si anu, membunuh si anu, menyakiti si anu. Dengan itu, kebaikannya dibahagikan kepada setiap orang yang pernah disakitinya. Kerana orang yang disakitinya itu ramai, maka amal soleh nya habis. Setelah itu, kejahatan dan dosa orang yang disakitinya pun ditimpakan kepadanya untuk membayar kejahatan yang pernah dilakukannya. Dia dilemparkan ke dalam neraka jahannam, kerana banyak dosa.
CERPEN-ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU
Sdr/sdri.semua marilah kita hayati cerita nie bersama
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
