sampai sini -->

22 June, 2012

BAHASA INGGERIS BAHASA ILMU DUNIA

Dalam keadaan sekarang, bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia tau bahasa ilmu. Memang tidak dapat dinafikan semua ilmu banyak dalam bahasa inggeris.

Kalau kita tengok sejarah. Pada awalnya bahasa ilmu dunia adalah bahasa YUNANI atau GREEK. Orang Arab bertukus lumus belajar bahasa greek dan menguasai semua ilmu yg ada. Iitupun mengambil masa lebih kurang seribu tahun. Selepas itu barulah bahasa Arab menjadi bahasa ilmu dunia.

Ketika bahasa Arab merupakan bahasa ilmu dunia, orang eropah kagum dengan bahasa arab. Mereka mahu bahasa Inggeris mnjadi bahasa dunia. Mereka menguasai bahasa Arab dan belajar ilmu2 yg ada. Mereka sedar, untuk menjadikan bahasa Inggeris sbg bahasa ilmu dunia sangat sukar dan mengambil masa yg lama. Mungkin berpuluh ribu tahun atau beratus ribu tahun.Tetapi mereka hanya ambil masa lebih seratus tahun shj. Tapi cara mereka sangat kotor, mereka membunuh para ilmuan Islam dan membuang semua buku-buku ke dalam sungai. Jadi mereka membawa balik ilmu-ilmu sains dan sebagainya ke negara mereka dan memperbanyakkan kajian-kajian baru.

Hasilnya, sekarang bahasa Inggeris masih lagi bahasa ilmu dunia. Siapa yang tak mahu bahasa mereka menjadi bahasa dunia. Lihat dunia hari ini. Boleh kata setiap saat akan ada research atau penemuan terbaru dan akan ditulis dalam bahasa inggeris. Mampukah kita bangsa melayu menguasainya?? Kita mampu dgn menguasai bahasa Inggeris. Tapi utk menjadikan bahasa ilmu adalah bahasa melayu. Agak sukar kerana mungkin berabad lamanya.

Kita juga mahu jadi seperti jepun, korea, jerman dan China. Adakah mereka tidak menguasai bahasa inggeris? mereka juga menguasai bahasa inggeris tetapi mereka ramai yg bertugas sebagai penterjemah kdlm bahasa mereka sendiri. Jika seorang para ilmuan mereka hanya melakukan perterjemahan utk sebahagian kecil sahaja, ianya sudah cukup utk mengikut perkembangan ilmu dunia. Tapi kita di Malaysia, rakyatnya yang hanya 30 juta shja dan hanya sebilangan kecil para ilmuan. Agak terlalu sukarlah untuk mereka melakukan penterjemahannya tersebut.

Persoalannya, tidak adakah orang-orang Melayu kita yang boleh menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Ada, tapi tidak ramai..kita juga mesti ingat, adakah mereka sanggup menghabiskan sisa hidup mereka dengan menterjemahkan ilmu ini sahaja? mereka pun ada research atau kerja mereka yg perlu dibuat. Mereka juga ada matlamat dan impian mereka. Jika sedikit, bolehlah. Kita tak mampu sebab bilangan kita kecil. Tambahan pula perkembangan ilmu yang terlalu pesat. Jika orang Arab mengambil masa seribu tahun untuk melakukannya pada waktu itu yang mana perkembangan ilmu yang mana hanyalah perlahan. Adakah kita pada hari ini boleh melakukannya dalam masa seratus tahun? Seribu tahun pun belum tentu. Adakah kita mahu buat short cut mengikut cara orang eropah? Maaf, itu bukan cara kita.

Dengan teknologi sekarang, mungkin apa-apa bahasa boleh diterjemahkan dengan mudah. Contohnya dengan mengunakan Google Translator, sekelip mata sahaja kita mampu mengubah atau menterjemah. Tapi adakah ianya berfungsi seperti yang diharapkan. Adakah kita dapat memahaminya dengan baik? Banyak perkara agak sukar untuk diterjemahkan dalam perkataan. Contohnya, perkataaan nano, tak semua orang paham. Bahasa sains tak semudah bahasa sastera untuk difahami. Kadangkala ianya terlalu rumit untuk diterangkan. Terlalu complicated.

Jadi, bahasa Inggeris sangat perlu dikuasai jika kita mahu maju. Jangan terlalu harapkan orang lain sahaja. Kita mungkin tidak mampu nak jadikan bahasa ibunda kita sebagai bahasa ilmu dunia tapi cukuplah sekadar jadikan bangsa kita sebagai bangsa yang berilmu.



"BAHASA MELAYU KITA JUNJUNG,

 BAHASA LAIN KITA KENDONG"

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online