sampai sini -->

24 November, 2011

PROTON PERDANA 2012

PROTON PERDANA pada waktu dan kketika ini sudah boleh dikatan sebagai model yang tua dimamah usia. Setelah agak lama model ini dipakai sejak bertahun lama.

Perdana SEi (1995-1998)  Proton Perdana mula dikeluarkan pada tahun 1995 dengan menggunakan enjin 4G63 SOHC. Kereta tersebut merupakan model pertana Proton yang menawarkan sistem brek cegah kunci dan pengawal luncur.

Perdana V6 (1999-2010)  Pada tahun 1999, Proton menggunakan enjin V6 2.0 L Mitsubishi 6A12 untuk Perdana. Sistem kawalan dibangunkan semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun 2003 pula, Perdana V6 diberikan gril baru yang menyerupai gaya Alfa Romeo. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagai Proton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), anak syarikat EON. Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.


Sebelum ini ramai juga yang membuat pelbagai andaian bahawa PROTON akan menggantikan model PERDANA dengan model yang baru. Ada yang terus membuat andaian bahawa beberapa model dari jenama lain yang akan di rebadge kepada PROTON. Ada beberapa model yang didakwa bakal menggantikan model proton yang baru. Antaranya ialah seperti dibawah:

Masih banyak lagi model lain yang menjadi gossip hangat suatu ketika dulu. Namun itu hanyalah fitnah atau dakwaan peribadi sahaja. Agak kurang menarik model di atas digunakan untuk digantikan dengan model baru Perdana. Malah kurang sesuai untuk identiti PROTON. Identiti PROTON mungkin lebih baik digantikan dengan model dari ASIA sendiri.

Hakikat sebenarnya hanya ada DUA model yang sedang sengit bertarung untuk menempatkan nama di persada negara Malaysia sebagai model rasmi executive. Modelnya ialah:
Model Volkswagen AG Passat

dan

Nissan Fuga Hibrid

Model VW Passat lebih menarik minat Perdana Menteri Malaysia kerana kekemasan dan rupa bentuk yang lebih kemas. Namun PROTON tidak memilih untuk mengambil model VW Passat dan lebih berkenan dengan model Nissan Fugo Hibrid. Kedua-dua model ini memang sangat memuuaskan dari aspek dalaman dan luaran. Mungkin disebakan beberapa aspek yang tidak dapat diketahui kenapa PROTON memilih Fuga sebagai model untuk menggantikan proton. Pemilihan ini juga dibuat setelah mengkaji beberapa aspek. Mungkin Fuga adalah yang terbaik.

Antara Spec angaran yang akan dibina khas untuk model excutive ini ialah:


Jika dilihat pada spec di atas, performance Perdana nanti bakal memberi saingan hebat kepada jenama lain. Semua orang tahu sekarang ini Prtoton dan Lotus mampu membina enjin yang kecil tapi berkuasa besar. Dengan saiz enjin 3.5L itu mungkin horse power yang akan terbina agak mengagumkan. Dengan R&D Proton yang sedang menjalankan kajian terhadap sistem Turbo yang baru, mungkin Proton bakal menyuntik teknologi turbo  kedalam enjintersebut. Namun itu hanyalah anggaran sahaja. Akan tetapi hakikatnya nanti, model-model kereta mewah yang lain hanya mampu makan asap je lah bak kata orang muda. Hehe. Sebelum mengakhiri artikel hari ini. Ada beberapa gambar dalaman Proton Perdana baru yang sangat memuaskan.  Mungkin akan ada sedikit penambah baikan dari Proton. Akan tetapi keadaannya tidak akan banyak bezanya.





No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online