sampai sini -->

23 November, 2011

Harga Hard Disk Melambung

Semalam setelah mendapati Hard Disk laptop saya hampir penuh dan hanya tinggal beberapa GB sahaja, saya dengan pantas ke kedai berhampiran untuk membeli External Hard Disk yang baru, namun berasa sangat terkejut dengan harga hari ini yang telah melambuung hampir 2 kali ganda.  Hasrat untuk membeli HD baru terus dilupakan kerana harganya sangat tidak masuk akal bagi saya. Setelah membuat sedikit kajian dan kaji selidik, saya mendapati fenomena ini terjadi kerana banjir besar di Thailand.
 
Thailand
merupakan pengeluar utama Hard Disk, selepas China. Lebih 25% pengeluaran hard disk dunia adalah dari Thailand. Kilang-kilang pengeluar hard disk utama, Western Digital, Seagate dan Toshiba di Thailand kesemuanya terjejas teruk akibat banjir yang melanda. Hal ini menyebabkan pengeluaran dihentikan, sekaligus mengakibatkan kesusutan bekalan hard disk yang amat teruk.

Keadaan menjadi semakin kritikal apabila kilang Nidec Corp, syarikat yang bertanggungjawab membuat dan membekal komponen motor hard disk turut terjejas. Nidec Corp memegang 70% pasaran motor hard disk dan ini menyebabkan kilang-kilang  hard disk di rantau lain mengalami masalah bekalan.
Gambar dari uncle Google








Penganalisis pasaran pada mulanya menganggarkan kenaikan harga hard disk sebanyak 20-25 %. Walaubagaimanapun, di pasaran Malaysia, hard disk 1TB kini mencecah harga RM 350 – RM 400. Untuk rekod, harga hard disk 1TB pada Jun lalu adalah sekitar RM 250. Ini menunjukkan peningkatan hingga 60%. Jika tahun-tahun sebelum ini, harga hard disk biasanya jatuh menjunam pada hujung tahun. Tetapi ia tidak mungkin berlaku tahun ini. Malah, berkemungkinan besar harganya akan terus naik menjelang Januari 2012 nanti. Pasaran hard disk dijangka hanya akan pulih bermula Mac 2012.



No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online