sampai sini -->

12 August, 2011

JAWAPAN FINAL EXAM KDKB 2011

Soalan 1 -  Berikan ulasan dan kajian pemerhatian anda berhubung dengan risiko-risiko  yang dialami oleh seseorang usahawan atau peniaga dalam dua perniagaan yang berlainan iaitu:
a)    Pengurup wang dengan kedai butik pakaian
b)    Penternakan dengan peniaga barangan komputer serta digital.
Jawapan Soalan 1(a)
1.0         Pengenalan dan latar Belakang]
1.1         Pengurup Wang
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Empat, pengurup wang bermaksud penukar wang. Pengurup wang ini merupakan orang tengah dalam sektor kewangan yang membabitkan pihak bank dan pengguna. Mereka ini akan menjadi pusat kepada pengguna bagi menukar wang dalam mata wang yang sama atau mata wang yang berlainan.
Pengguna yang akan menukar mata wang mereka dalam bentuk mata wang yang sama adalah kerana mereka mahukan mata wang yang lebih besar atau lebih kecil tetapi pada nilai yang sama. Bagi mereka yang akan menukar mata wang mereka kepada mata wang lain adalah kerana situasi keadaan sekeliling yang menggunakan mata wang yang berbeza kerana setiap negara menggunakan mata  wang yang berbeza.
Kebiasaannya kita dapat melihat kedai atau pusat pengurup wang ini di pusat membeli belah yang besar. Namun begitu, mungkinjuga ada kewujudannya di pusat membeli belah yang kecil tetapi ianya jarang sekali untuk kita lihat kerana biasanya pengguna jarang menggunakan perkhidmatan penukaran wang di pusat membeli belah yang kecil.
Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ianya akan menyenangkan pengguna terutama para peniaga dan pelancong asing. Namun begitu, mereka akan mengenakan sedikit caj bagi setiap perkhidmatan mereka mengikut kadar pertukaran yang dibuat oleh pengguna.
1.2       Kedai Pakaian (Butik)
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, butik atau kedai pakaian bermaksud kedai tempat menjual pakaian dan barang-barang perhiasan terutama untuk wanita. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat pula, butik bermaksud kedai kecil yangg biasanya menjual pakaian wanita yg terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita seperti rantai leher, gelang, cincin, dan sebagainya. Menurut istilah Malaysia pula, butik bermaksud kedai yang menjual beraneka ragam barangan seperti pakaian, barang kemas, hiasan pelengkap, barang antik dan barang seni.
Pada masa kini kedai sedemikian terdapat di dalam gedung pakaian. Ianya telah diperkenalkan oleh Lucian Lelong pada tahun 1929 di Perancis. Pada masa kini juga, butik tidak lagi khas untuk kaum wanita sahaja tetapi untuk kaum lelaki juga. Malah butik untuk kaum lelaki kian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan pada era ini. Namun begitu, butik wanita masih jauh lebih banyak dari butik lelaki. Ini mungkin kerana permintaan dan gaya hidup sekarang yang mendesak dan menggalakkan para peniaga dan usahawan untuk bergiat dalam bidang ini.
Kebiasaannya kedai-kedai butik ini mudah untuk dilihat di serata tempat kerana perkhidmatan mereka diperlukan oleh semua jenis dan golongan dari golongan bawahan hinggalah ke golongan atasan. Secara permerhatian kasarnya, kita dapat melihat perkhidmatan ini sangat diperlukan apabila tibanya musim perayaan.
Melihat kepada situasi sekarang, orang ramai semakin malas untuk menjahit atau menyiapkan baju mereka sendiri kerana sibuk dengan urusan lain. Jadi dengan adanya perkhidmatan sebegini, para pengguna akan mendapat kemudahan dan menyenangkan mereka terutama apabila tibanya musim perayaan.
2.0       Sorotan Kes-Kes Terdahulu
Sebelum kita pergi dengan lebih jauh dengan kupasan-kupasan dan kajian terhadap risiko-risiko yang akan dihadapi oleh peniaga-peniaga seperti pengurup wang dan kedai pakaian. Secara hakikatnya, setiap perniagaan akan mengalami masalah dan risiko dalam perniagaan mereka. Perkara ini sudah menjadi asam garam dalam perniagaan dan setiap peniaga perlu menerima hakikat ini dengan perancangan bagi menghadapinya.
2.1       Kes-Kes Pengurup Wang
Pengurup wang, apabila kita bercakap soal pengurup wang, sudah tentu perkara yang bermain di fikiran kita adalah wang ataupun duit yang melibatkan nilai yang besar malah ianya mungkin mencecah jutaan ringgit. Jadi, sudah tentu ianya melibatkan risiko yang melibatkan wang yang lebih kepada rompakan. Jadi saya telah mengimbau kembali kes-kes terdahulu yang membabitkan pengurup wang dengan membawa beberapa keratan daripada artikel-artikel terdahulu.
Berdasarkan gambar di atas, pada 8 Mei 2011, seorang pengawal peribadi kepada pemilik syarikat pengurup wang maut ditembak dalam satu kejadian rompakan di Jalan Kuning 2, Taman Pelangi di johor. Sumber berita ini adalah berdasarkan surat khabar Kosmo.
Menurut akhbar Berita Harian pada 25 November 2010, dua pekerja syarikat pengurup wang dan seorang pengunjung gedung pakaian beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, cedera terkena tembakan dalam kejadian samun bersenjatakan pistol dan parang. Perompak terbabit telah melarikan wang yang dianggarkan berjumlah RM 200 ribu. Pihak polis gagal menjejaki suspek kerana tiada kesan yang ditemui untuk mengesan suspek malah tiada kamera litar tertutup CCTV.
2.2       Kes-Kes Kedai Pakaian (Butik)
Kedai pakaian atau lebih senang dipanggil dengan panggilan butik. Butik biasanya kurang kita dengar dengan perkara-perkara yang dikaitkan dengan isu semasa. Namun begitu masih terdapat risiko-risiko dalam perniagaan ini. Jadi saya juga akan paparkan di sini beberapa isu yang berkaitan dengan risiko perniagaan butik.
Kes pertama ialah, membabitkan isu peniaga pakaian di Bazar Tok Guru yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Bazar tersebut memang menjadi tumpuan bagi peniaga pakaian. Namun begitu, menurut laman web khabarkotabharu.com dan bernama.com pada 10 ogos 2011, lebih 300 orang peniaga di bazar tersebut bimbang dengan isu pecah masuk yang semakin menjadi-jadi kerana sistem keselamatan yang lemah. Salah seorang peniaga setakat ini telah kerugian hampir RM20 ribu.
Kes kedua adalah tentang kebakaran yang besar di Kompleks Campell yang merupakan kes yang terburuk di Kuala Lumpur. Ianya berlaku pada 8 April 1976 yang telah melibatkan kerugian RM50 juta dan membabitkan satu kematian. Punca kebakaran adalah melibatkan litar pintas pada pukul 10.30 malam. Ramai peniaga pakaian dan tukang jahit yang menanggung kerugian akibat daripada kebakaran tersebut.
2.3       Kes-Kes Lain
 Beberapa kes lain mungkin ada kaitan dengan perniagaan di atas. Tidak semestinya kes-kes yang tidak ada menyebut tentang perniagaan di atas tiada kaitan. Mungkin kita boleh mengaitkan beberapa faktor semasa analisa kita nanti. Jadi saya juga ingin menyatakan beberapa faktor lain yang mungkin boleh dikaitkan.
            Kes pertama ialah isu yang berkaitan dengan Demonstrasi Bersih yang berlaku pada tahun 2007 dan 2011. Pada 9 Julai 2011 telah berlakunya Demonstrasi Bersih 2.0. Berdasarkan sumbeer media massa dari pelbagai pihak seperti Persatuan Peniaga dan sebagainya. Demonstrasi tersebut telah mencemarkan imej Malaysia dan melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil. Kerugian peniaga-peniaga kecil dianggarkan mencecah RM100 juta. Malah sektor pelancongan juga telah mengalami kerugian hamper RM600 juta.
3.0       Analisis Latar Belakang dan Rujukan Kes Terdahulu
Berdasarkan kepada peristiwa dan sorotan kes-kes lepas yang membabitkan perniagaan pengurup wang ataupun perniagaan butik pakaian. Sebelum kita membuat beberapa analisa berdasarkan peristiwa-peristiwa tersebut, saya ingin nyatakan bahawa banyak faktor-faktor lain yang umumnya kita boleh kaitkan dalam perniagaan pengurup wang dan kedai pakaian.
Apa yang menjadi persoalannya dalam kedua-dua jenis perniagaan di atas adalah melibatkan risiko perniagaan. Persoalan pertama ialah perniagaan manakah yang paling mudah untuk diurus. Melihat kepada keadaan kedua-dua jenis perniagaan ini, saya mendapati perniagaan kedai pakaian lebih mudah diurus daripada pengurup wang. Ini kerana risiko dalam birokrasi yang dilalui oleh peniaga kedai pakaian lebih mudah malah kurang daripada pengurup wang. Segala urusannya hanyalah lebih kepada pihak bawahan malah urusannya tidaklah berkemungkinan akan menghadapi masalah pada tahap kritikal jika sebarang kecuaian berlaku. Berbanding dengan pengurup wang yang mana urusannya lebih kepada bank dan syarikat keselamatan yang besar dan serius.
Persoalan kedua pula ialah pernigaan manakah yang paling selamat dari segi kerugian. Jadi, mengikut pemerhatian serta kaji selidik dalam pelbagai aspek melalui media massa, saya mendapati kedua-dua perniagaan tidak selamat dari mengalami kerugian. Walaupun kedua-dua perniagaan ini melibatkan kewangan yang berbeza, namun hakikatnya mereka bergantung kepada faktor yang sama iaitu pembeli yang datang ke premis mereka. Pengurup wang berkemungkinan akan mengalami masalah kerugian yang besar jika nilai mata wang jatuh secara mendadak pada satu-satu masa. Malah peniaga kedai pakaian juga boleh mengalami kerugian yang besar seperti fesyen pakaian yang mereka jual telah diharamkan atau dipulaukan oleh masyarakat setempat. Selain itu, perniagaan kedai pakaian juga mungkin boleh terbakar. Walaupun kedua-dua masalah ini agak sukar untuk berlaku, namun kemungkinannya tiada siapa yang dapat menjangka dari awal lagi.
Persoalan ketiga, perniagaan manakah yang melibatkan risiko yang besar dalam aspek keselamatan. Jawapannya adalah perniagaan mengurup wang. Ini kerana perniagaan ini melibatkan transaksi yang sangat besar malah pelbagai mata wang asing. Jadi sudah tentu ianya akan melibatkan urusan yang berjumlah ratusan juta ringgit. Malah setiap hari, pihak pengurup wang perlu menghantar wang mereka ditempat yang selamat. Semasa proses pemindahan tersebut juga berkemungkinan besar rompakan boleh berlaku. Pada ketika itu juga nyawa sesiapa sahaja boleh melayang atau cedera parah. Berbeza dengan perniagaan kedai pakaian yang mana hanya melakukan transaksi yang kecil. Dalam satu hari, mereka mungkin hanya melibatkan transaksi yang berjumlah ribuan ringgit sahaja. Malah jika berlaku rompakan, mereka hanya akan kerugian nilai yang kecil sahaja. Jarang sekali berlaku rompakan keseluruhan barangan di kedai pakaian.
Persoalan keempat adalah melibatkan kadar pengguna yang memerlukan. Pada pandangan saya melalui kajian ini, saya mendapati kedua-dua perniagaan ini bergantung penuh kepada pengguna pada setiap masa. Perniagaan mengurup wang biasanya akan mengalami masalah jika kadar pelancong yang datang agak kurang. Jadi mereka akan mengalami masalah nilai mata wang mereka tidak ditukar. Seperti yang kita tahu, nilai mata wang jual beli adalah berbeza. Nilai harga belian lebih tinggi daripada nilai harga jualan. Perniagaan kedai pakaian juga amat bergantung kepada pengguna. Tetapi apa yang membezakannya adalah pengguna kedai pakaian adalah seimbang antara masyarakat tempatan atau luar negara. Manakala pengguna pengurup wang lebih fokus kepada pelancong luar negara. Jarang sekali rakyat tempatan yang  menggunakan perkhidmatan mereka. Namun keperluan pengguna terhadap kedua-dua perniagaan ini adalah bukan perkara utama seperti makanan. Jadi, segala keuntungan hanyalah berdasarkan nasib dan kebijaksanaan mereka menarik pelanggan dan strategi perniagaan.
4.0 Kesimpulan
Setelah membuat penilaian dari pelbagai sudut dan kepakaran yang saya perolehi dalam pembelajaran Kepimpinan dan Keusahawanan, saya mendapati kedua-dua perniagaan ini saling berkait rapat. Perniagaan ini ada hubungan yang menyebabkan kedua-duanya bergantung antara satu sama lain. Ini kerana, mereka memerlukan tempat yang hampir sama iaitu pusat membeli belah. Para pelancong biasanya akan melakukan tukaran mata wang mereka untuk membeli di pusat membeli belah seperti membeli pakaian di butik-butik yang mereka suka. Memang tidak dinafikan banyak kedai pakaian di tempat lain seperti di premis-premis yang kecil tetapi kebiasaannya kedai pakaian di negara ini menjadi tarikan pelancong dengan keunikkan pakaian dan kualiti yang terdapat di negara ini.
Selain itu, saya juga mendapati pengurup wang secara umumnya akan mengalami risiko perniagaan seperti permintaan yang terlalu mengharapkan pelancong yang memerlukan tukaran matawang. Jika pelancong berkurangan, maka perniagaan mereka juga akan mengalami kekurangan keuntungan.
Selepas itu, kedai pakaian atau butik juga mengalami masalah seperti pertukaran fesyen rekaan. Mereka akan menghadapi masalah stok simpanan yang tiada tidak dibeli. Walaupun pakaian itu menjadi keperluan, tetapi ianya tidak menjadi keperluan sepanjang masa yang perlu dibeli seperti makanan. Ini akan menjejaskan perniagaan.
5.0       Rujukan


Soalan 1 (b)
1.0         Pengenalan dan Latar Belakang
1.1         Pentenakan
Penternakan ialah kegiatan yang membabitkan pelbagai aspek seperti akuakultur, serikultur, avikultur dan macam-macam lagi. Penternakan mengikut kamus dewan edisi keempat adalah perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakkan. Kegiatan ini telah bermula sejak awal kewujudan manusia lagi. Ini kerana penternakan adalah menjadi salah satu kegiatan utama manusia terutama untuk memenuhi keperluan sumber makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
Penternakkan hanya dimulakan dengan haiwan yang mudah dijinakkan seperti kambing dan biri-biri. Oleh kerana keperluan yang semakin bertambah dan manusia semakin ramai jadi manusia telah mula menternak haiwan yang lebih besar seperti lembu, kerbau dan unta. Haiwan-haiwan ini digunakan untuk kegiatan pertanian mereka.
Apabila manusia semakin maju, maka wujudlah pelbagai cara dan kaedah dalam penternakan. Dengan adanya pusat-pusat pengajian yang mengkhususkan kepada penternakan maka wujudlah pelbagai bidang dalam penternakan ini kerana masyarakat tahu bidang penternakan ini luas.
Para pengkaji juga mengkaji tentang perubatan bagi menangani masalah kesihatan ternakan yang semakin hari semakin banyak penyakit baru yang muncul. Wujud juga kajian ilmu pemakanan supaya dapat menghasilkan ternakan yang berkualiti mengikut kemahuan penternak. Selain itu, kajian dalam bidang genetik juga turut dijalankan bagi menghasilkan baka yang terbaik mengikut kehendak semasa.
1.2         Peniaga Barangan Komputer serta Digital
Perniagaan menjual barangan komputer dan digital lebih sinonim dengan penjual barangan elektronik. Mengikut takrif kamus dewan edisi empat, elektronik ialah barang-barang yang dibina dengan kaedah dan prinsip teknologi elektron. Mengikut takrif kamus komputer pula, elektronik adalah papan litar berpenebat  dan nipis yang digunakan untuk menyambung komponen elektronik melalui jejak yang disadur dengan pateri.
            Menurut ensiklopedia bebas dalam bidang kejuruteraan, elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elektrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. komputer juga bermaksud mesin yang berprogram dan direka khas untuk membaca dan menghasilkan sesuatu daripada arahan yang telah ditetapkan memalui operasi arimetikal dan logikal pada angka binari.
            Selepas itu, digital pula bermaksud satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit. Sifat digital adalah berlawan dengan analog yang menggunakan julat nilai-nilai yang sejajar untuk mewakili maklumat. Perkataan digital datang dari sumber yang sama dengan perkataan digit yakni digitus, perkataan Latin untuk "jari", kerana jari digunakan untuk pengiraan diskrit. Perkataan ini paling sering digunakan dalam pengkomputeran dan elektronik, terutamanya di mana maklumat dunia sebenar ditukarkan kepada bentukperduaan sebagaimana di dalam audio digital dan fotografi digital.
            Manusia lebih suka menggunakan baarangan komputer serta digital dalam kehidupan mereka kerean barangan digital lebih memudahkan pengguna. Malah barangan digital juga bersifat mesra alam sekitar. Setiap hari akan semestinya akan wujudlah produk-produk komputer dan digital yang baru. Kemajuan dalam bidang ini sangat pantas sehinggakan setiap manusia tidak mampu mengikuti setiap perkembagannya. Manusia hanya mampu fokus kepada satu-satu jenis kemajuan barangan berkomputer dan digital sahaja seperti telefon, komputer, jam dan sebagainya.
2.0         Sorotan Kes-Kes Terdahulu
Pada era ini bayak kes berlaku yang telah melibatkan penternakan dan barangan komputer serta digital. Perkara-perkara sebegini memang sudah menjadi asam garam dalam perniagaan yang perlu dihadapi.
Kes yang pertama berlaku pada 20 Januari 2007 bersumberkan detiknews.com (rujukan 1) yang telah berlaku di Bandung, Indonesia. Ini kerana isu selsema burung yang telah melanda dan telah melibatkan 90 ribu penternak ayam kerugian sekitar Rp 90 billion. Ini kerana harga ayam dipasaran telah menurun dari Rp 9 ribu sekilo kepada Rp 6 ribu sekilo. Para peniaga dan penternak juga ingin menbus kerugian daripada kerajaan kerana membunuh ayam-ayam mereka bagi tujuan membanteras penyebaran selsema burung itu.
Kes kedua berlaku pada 24 Jun 2011 bersumberkan Kompas.com. Peristiwa ini berlaku di Bangli, Indonesia. Sesuatu yang sangat mengecewakan bila banyak ikan ternakan petani telah mati. Mereka mendakwa perkara ini berlaku kerana terjadinya letusan di dasar danau Batur yang menyebabkan ikan-ikan mereka mati. Rata-rata petani itu telah meminjam wang dalam Rp 5 juta hingga Rp10 juta untuk memulakan penternakan mereka malah ada antara mereka yang telah meminjam sehingga ratusan juta.
Kes yang ketiga berlaku pada 20 Feruari 2011 bersumberkan akhbar utusan. Peristiwa ini telah berlaku di Sepang, Selangor. Empat saudara pemilik ternakan lembu telah mengalami kerugian kira-kira RM200 ribu kerana dipercayai lembu mereka telah diracun. Lembu-lembu mereka telah mati seekor demi seekor dalam keadaan mulut yang berbuih. Jumlah kesemua lembu-lembu yang mati ialah 120 dan pemilik mengesyaki kejadia itu berpunca daripada perbuatan khianat. Pegawai veterina juga telah mengambil sampel tisu binatang terbabit untuk dianalisis.
Kes keempat pula melibatkan barangan elektronik. Berdasarkan sumber penulisan di laman web abinajwan.com yang bertarikh 27 Jun 2010 yang mengkritik tentang barangan tiruan dari China. Penulis yang berpengalaman dalam bidang penjualan barangan komputer serta digital ini ingin menempah barangan dari China kerana barang-barang tersebut dijual dengan harga yang sangat murah sehingga menggugat pendirian. Namun, atas dasar ketelitian dan sikap berhati-hati telah menyelamatkan beliau daripada kerugian beribu ribu ringgit. Beliau mendapat info tentang jualan palsu tersebut dari laman web Alibaba.com. Pihak syarikat yang ingin menipu biasanya akan memberikan nama syarikat yang salah supaya pembeli akan berasa keliru. Namun ada juga syarikat yang jujur dalam identiti penjualan mereka namun penulis mendakwa beliau pernah mendapat barangan komputer yang palsu dan tidak boleh digunakan. Namun beliau hanya kerugian beratus ringgit sahaja kerana pembelian tersebut sekadar untuk menguji kualiti dan ketelusan perniagaan tersebut.
Kes kelima pula ialah bersumberkan akhbar Utusan yang bertarikh 13 Mei 2011. Peritiwa tersebut telah berlaku di Johor Bharu. Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri telah melupuskan 27,238 unit perkakasan komputer tiruan pelbagai jenis dan jenama bernilai RM333,129. Barangan tersebut ialah katrij pelbagai warna tiruan untuk dijual kepada pengguna. Mengikut harga sebenar produk tersebut ialah antara RM200 hingga RM450 bagi katrij yang besar dan RM60 hingga RM80 untuk kecil. Pembeli tidak akan perasan dengan ketulenan produk berkenaan kerana biasanya katrij ini tiada ciri-ciri khas yang jelas kepada pengguna. Malah logo hologram yang palsu juga terdapat di produk berkenaan.
Kes keenam yang seterusnya adalah bersumberkan akhbar Utusan pada 26 Mac 2011, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sekinchan telah melakukan operasi membanteras barangan komputer dan digital tiruan yang bernilai RM11, 424. Pihak berkuasa telah mendapat aduan daripada orang ramai yang tertipu dengan barangan tiruan ini. Di samping itu banyak produk yang dijual tidak dapat digunakan.
Seterusnya ialah kes yang berlaku di Kulim, Kedah. Berdasarkan sumber mstar.com.my yang bertarikh 21 April 2006, pekakas komputer yang bernilai kira-kira RM30, 000 telah hilang dari sebuah makmal komputer di SMK Keladi. Kejadian disedari oelh pengawal keselamatan setelah mendapati pintu besi makmal itu telah dikopek dan dipotong dengan jeriji besi. Seminggu sebelum itu juga telah berlaku kejadian yang hampir sama di SMK Padang Serai tetapi pegawai keseelamatan telah diikat kaki dan tangan.
3.0         Analisis Latar Belakang dan Rujukan Terdahulu
Melihat kepada kes-kes di atas, secara amnya industri penternakan khususnya lembu pedaging mengahadapi beberapa halangan dan risiko namun usaha yang lebih gigih perlu dititikberatkan dalam menceburi bidang ini.
Nilai barangan yang menjadi persoalannya. Kedua-dua jenis perniagaan ini sangat berlainan jika diukur nilai asset mengikut masa. Apabila kita melihat  kepada sektor penternakan, nilai assetnya akan meningkat mengikut masa malah ianya akan bertambah melalui pembiakan. Para penternak tidak akan risau dengan perubahan masa walaupun tiada pelanggan yang mahu membelinya kerana nilai assetnya akan bertambah. Berbeza pula dengan keadaan peniaga barangan komputer serta digital, mereka sangat risaukan nilai asset jualan mereka kerana harga barangan komputer akan menurun dengan cepat. Berdasarkan pengalaman saya, nilai harga barangan kompuetr dan digital pada awalnya akan tinggi dan seterusnya akan menurun ketika ramai orang ingin membelinya. Selepas pertukaran teknologi yang lebih canggih maka harganya akan naik sekejap dan akan menurun beberapa ketika selepas itu. Itulah keunikan nilai barangan komputer berbanding barangan penternakan yang sentiasa meningkat dan bertambah.
Selepas itu, risiko rompakan dan khianat. Ramai yang tidak pasti sektor pekerjaan manakah yang paling berisiko tinggi dengan rompakan dan khianat. Setelah menganilisa berdasarkan kes-kes di atas, saya mendapati kedua-duanya berisiko tinggi tetapi pada situasi yang jauh berbeza kerana penternakan adalah berkaitan dengan benda hidup dan peniagaan barangan komputer dan digital adalah berkaitan dengan benda yang tidak bernyawa. Kes rompakan hasil penternakan jarang sekali berlaku, malah kes rompakan penternakan biasanya berlaku mengikut musim dan waktu permintaan sumber daging yang tinggi seperti waktu perayaan. Hasil rompakan juga sukar untuk dijaga dan disimpan kerana ianya membabitkan benda hidup. Jika kita melihat kepada sektor perniagaan barangan komputer pula, risiko rompakan adalah tinggi. Kebiasaannya rompakan barangan tersebut akan berkalu pada era awal kemunculan teknologi terbabit keranan nilainya yang sangat tinggi. Selain itu, hasil rompakan barangan berkomputer dan digital ini senang disimpan dan mudah untuk dijual secara terbuka dan pasaran gelap.
Berbalik kepada risiko khianat pula, penternakan lebih mudah terdedah kepada aktiviti khianat kerana penjagaannya dan pengawasannya yang lebih terbuka, malah mereka yang ingin merosakkan hasil penternakan sangat mudah dengan hanya meracun dalam bentuk makan atau menyebarkan virus penyakit di kawasan sekitar penternakan. Jauh dibandingkan dengan risiko khianat perniagaan barangan komputer yang lebih mudah dikawal dan disimpan dengan rapi. Pengkhianat amat sukar untuk melakukan khianat seperti merosakkan barangan tersebut kerana pada pandangan saya, pengkkhianat tersebut hanya boleh rosak dengan cara bom anti elektronik. Agak mustahil sekali untuk mendapatkan bom tersebut kerana bom tersebut hanya dimiliki oleh pihak pertanahanan negara.
Selain itu, ancaman persekitaran pula hanya dihadapi oleh penternak sahaja. Paniaga barangan komputer jarang sekali menghadapi masalah ancaman semasa. Ancaman semasa atau persekitaran seperti yang berlaku baru-baru ini seperti selsema burung yang menular di seluruh dunia meyebabkan semua spesis burung yang disyaki dijangkiti virus tersebut mestilah dibunuh dan dihapuskan. Jadi para penternak akan mengalami kerugian yang sangat besar. Berbanding dengan perniagaan barangan komputer yang mana jarang sekali berlaku masalah seperti kesilapan atau masalah barangan elektronik yang berlaku pada awal tahun 2011 yang melanda syarikat Intel Corporation kerana produk mereka didapati bermasalah dengan ketahanan jangka masa panjang. Namunn begitu syarikat Intel telah memanggil semula semua pengedar mereka supaya menghantar balik produk mereka untuk dibaiki demi memastikan rekod mereka bersih pada pandangan pengguna.
Kecepatan hasil keuntungan juga sering dijadikan pertanyaan dan perbandingan. Pada pandangan saya, hasil keuntungan yang lebih cepat ialah dengan perniagaan barangan komputer kerana pengguna sangat mengikut perkembangan semasa. Pengguna lebih suka membeli barangan komputer serta digital pada awal kemunculan produk terbabit kerana sudah menjadi satu trend atau budaya seluruh dunia. Jika kita beralih arah kepada sektor penternakan pula, hasilnya sangat lama untuk kita dapat. Ini kerana tempoh matang untuk dijual adalah sangat lama. Kebiasaanya penternakan ini akan mendapat hasil dalam masa paling kurang ialah setahun. Bidang pennternakan ini lebih memerlukan kesabaran berbanding bidang perniagaan barangan komputer dan digital.
Dalam kedua-dua perniagaan ini, jenayah cetak rompak atau tiruan lebih terdedah kepada sektor perniagaan barangan komputer serta elektronik berbanding penternakan. Jenayah barangan tiruan dan cetak rompak dalam bidang perniagaan komputer dan digital sangat membimbangkan. Malah pernah terjadi suatu ketika dahulu, Malaysia adalah antara lima pusat cetak rompak CD dan DVD yang terbesar di dunia. Barangan komputer juga memang sentiasa menjadi mangsa cetak rompak dan tiruan. Para peniaga dan pembeli selalu menjadi mangsa dengan gejala jenayah ini.
4.0         Rumusan
Setelah membuat penilaian dari pelbagai sudut secara berilmiah dan profesional, saya mendapat kesimpulan bahawa kedua-dua perniagaan ini sangat penting kepada negara dan masyarakat. Bidang penternakan sangat perlu terutama dalam memenuhi keperluan makanan negara yang terpaksa mengeksport makanan dari negara luar. Perniagaan barangan komputer serta digital juga tidak kurang pentingnya dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang semakin pantas berubah mengikut pencapaian semasa. Jika dilihat setiap hari akan ada sahaja produk-produk baru yang akan diperkenalkan.
Bagi peniaga dan usahawan yang masih keliru atau membuat perbandingan antara sektor mana yang lebih maka mereka perlu tahu apakah hala tuju mereka seperti yang telah dibuat dalam topik Analisa Latar Belakang dan Kes-Kes Terdahulu di atas. Mereka pertu tahu tahap kemampuan mereka seperti modal, ilmu serta jiwa mereka. Bagi mereka yang biasa di kampung sudah tentu penternakan adalah yang terbaik kerana penternakan biasanya dibuat di kawasan kampung atau pedalaman. Bagi kawasan bandar pula bidang perniagaan barangan komputer serta digital adalah yang terbaik kerana permintaan dan gaya hidup dilakangan masyrakat bandar yang sentiasa mengikut perubahan teknologi tersebut.
Jika peniaga menghadapi masalah maka silalah segera mendapat pandagan dan nasihat pihak yang pakar kerana kerajaan sudah menyediakan perkhidmatan yang secukupnya bagi mereka.
5.0         Rujukan


Soalan 2
Sejauh manakah sifat dan komunikasi negatif dalam pengurusan perniagaan boleh mengakibatkan peniaga gagal dan rugi. Selalunya kita mendengar sifat peniaga menyalahkan pelanggan dengan kata-kata sinis seperti “kalau tidak ada duit, jangan beli”, “kalau tak sedap masak sendiri”, “jahit sendiri kalau nak murah”, “pergi kedai depan sana, dia boleh jual murah” dan lain-lain lagi. Jelaskan pandangan anda.
Jawapan:
1.0         Pengenalan dan Latar Belakang
Berdasarkan soalan di atas, saya mendapati apa yang menjadi penekanan ialah tentang sifat dan komunikasi negatif di kalangan peniaga yang boleh membabitkan kegalan atau kerugian. Secara lumrahnya, masyarakat hari ini saling bergantung antara satu sama lain seperti pembeli dengan peniaga. Jika kita lihat pada hari ini, masyarakat seoalah-olah tidak menghiraukan kepentingan berkomunikasi secara positif. Seperti yang kita tahu juga, mantan perdana menteri kita yang kelima iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi telah menekankan kepentingan modal insan dalam pemerintahannya. Malah kepimpinan perdana menteri kita sekarang iaitu Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak juga meneruskan visi terdahulu dalam meneruskan penekanan dalam aspek modal insan. Jadi, kita boleh melihat secara lahiriahnya bertapa pentingnya modal insan disamping menjana sifat dan komunikasi rakyat yang berkualiti.
Secara definisinya, menurut kamus dewan edisi kedua, sifat adalah kata nama yang sinonim dengan keadaan seperti rupa, tanda, ciri, bentuk corak, peri dan hal. Sifat juga sinonim dengan pembawaan seperti perangau, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, adat resam, kelakuan, dan seumpama dengannya. Selepas itu, komunikasi didefinisikan sebagai sesuatu proses untuk menyampaikan maklumat daripada penghantar kepada penerima melalui satu medium tertentu. Komunikasi ini biasanya melibatkan dua pihak atau lebih. Komunikaasi juga boleh berlaku secara senyap seperti bahasa badan contohnya senyuman dan mimik muka. Kedua-dua perkara ini boleh terhalang dengan adanya faktor yang mempengaruhi seperti gaya hidup, tahap sosial, bahasa dan masyarakat itu sendiri.
Sifat dan komunikasi juga terbahagi kepada dua jenis iaitu secara perseorangan dan  berorganisasi. Sifat dan komunikasi secara perseorangan ialah suatu proses yang dilakukan oleh seorang individu yang cuba untuk berkongsi sesuatu seperti pengertian menerusi mesej-mesej simbolik. Sifat dan komunikasi berorganisasi pula ialah proses untuk mencipta dan bertukar-tukar mesej dalam sebarang bentuk rangkaian dan perhubungan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk menyelesaikan perkara yang berlaku di persekitaran yang tidak menentu.
Pada pendapat saya, sifat dan komunikasi negatif ini adalah sifat yang mengecilkan kemampuan, bersifat kekerasan malah bersifat mengarah dengan cara kasar dan sebagainya. Seperti yang kita semua faham, sifat dan komunikasi yang positif adalah sifat yang bersopan santun, ramah, memujuk dan simpati. Namun begitu, komunikasi negatif ini bukanlah sesuatu yang selalunya buruk dan tidak perlu. Kadang kala kita juga perlu menggunakannya untuk mereka yang kurang ajar atau tidak serius dalam sesuatu kerja seperti pemimpin sesebuah organisasi yang memarahi pekerjanya  yang selalu ponteng dan lambat menyiapkan tugasan. Kita tidak boleh buang terus atau langsung perkara ini kerana kadang kala kita perlu menggunakannya namun ianya perlulah secara berhemah.

2.0         Sorotan Kes-Kes Terdahulu
Sebelum saya pergi dengan lebih jauh tentang hala tuju kita yang berkaitan dengan sifat dan komunikasi dalam perniagaan, saya telah mencari bebepara peristiwa atau situasi yang ada kaitan dengan perkara ini. Kita seharusnya belajar dari pengalaman kerana sejarah akan mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan lampau.
Peristiwa yang pertama ialah bersumberkan daripada seorang pengadu yang bernama Tira di dalam sebuah forum laman web iaitu eforum.com (rujukan 1), beliau mendakwa telah melihat satu pergaduhan antara peniaga dan pembeli di sebuah bazar di Johor Bharu pada 28 Januari 2010. Menurut beliau juga, pergaduhan yang berlaku adalah disebabkan oleh barang terpakai yang dibeli tidak dapat digunakan seperti yang diharapkan. Pihak pembeli telah datang untuk mengadu dan mahu mendapatkan pampasan tetapi pihak penjual tidak mahu melayan pembeli terbabit. Selepas itu pembeli menjadi marah dan bermulalah pergaduhan yang melibatkan kaki dan tangan menurut sumber berkata.
Peristiwa kedua pula ialah bersumberkan berita dari Bernama. Walaupun peristiwa ini tidak membabitkan antara pembeli dan penjual namun ianya masih boleh dikaitkan dengan komunikasi. Peristiwa ini berlaku pada 9 November 2010 di Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara,Kota Tinggi, Johor. Seorang peniaga kain telah dibelasah oleh menantunya lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah. Punca berlaku pergaduhan disyaki adalah kerana wang.
Peristiwa seterusnya yang ketiga ialah bersumberkan Harian Metro bertarikh 4 Disember 2005. Peristiwa berlaku di Jalan petaling, Kuala Lumpur. Ratusan peniaga samseng di kawasan terbabit didakwa membelasah sesiapa sahaja yang engan membeli barangan mereka walaupun pelanggan hanya sekadar bertanyakan harga atau hanya sekadar melihat barangan mereka. Kadang kala mereka menggunakan makian yang lucah terhadap pengguna di khalayak umum. Ada pihak mendakwa warga Nepal atau Myanmar ini telah diasuh oleh ketua atau dikenali sebagai “boss” mereka. Sekarang ini juga kawasan terbabit semakin kurang dikunjungi oleh masyarakat. Sebelum itu juga, ada seorang guru telah mendakwa dirinya telah dikepung oleh peniaga-peniaga di kawasan itu kerana enggan membei jam tangan. Seorang lagi mendakwa dirinya telah dimaki dengan kata-kata lucah kerana menawar harga jam tangan. Mereka telah menghalaunya dengan perkataan “Pergi! Pergi! Tak ada duit, pergi sana!”. Kehadiran polis juga tidak menakutkan mereka malah pernah terjadi dua orang polis dikepung lebih 100 orang peniaga serta tonto. Ramai pihak sangat tidak berpuas hati dan pihak  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga banyak telah menerima aduan.
Peristiwa keempat adalah bersumberkan penulisan di laman web  mazidulakmal.com yang bertarikh 1 September 2010. Penulis mendakwa beliau telah bergaduh dengan peniaga Kemboja kerana beliau telah menanyakan soalan “Orang Indonesia ke Kemboja?”. Tiba-tiba sahaja orang itu melenting dan terus marah-marah kepada penulis. Penulis juga mendakwa ada peniaga tempatan yang bergaduh kerana ruang mereka untuk berniaga telah dicerobohi secara membabi buta oleh peniaga asing. Pihak penulis juga mahu merakam gambar warga kemboja terbabit tetapi dihalang oleh isteri peniaga tersebut lalu peniaga tersebut beransur pergi ke tempat lain setelah mengherdik penulis.
Peristiwa yang kelima pula ialah melibatkan perkhidmatan Malaysia Airlines System(MAS). Berdasarkan sumber dari penulis di besiwaja.blogspot.com, beliau telah memuji perkhidmatan MAS yang memberitahu beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan MAS bermula dari mendaftar masuk sehinggalah berakhirnya penerbangan. Walaupun harga tambang yang mahal tetapi ianya sangat berbaloi. Penulis mencerikan cara-cara petugas melayan pelangan seperti mengiringi penumpang sehingga ke tempat duduk dan mengiringi sehingga ke balai pelepasan. Ini bermakna pihak pengguna boleh menyelesaikan segala masalah mereka dengan segera dan selesa pada waktu itu juga. Para petugas juga sangat sopan bila berkomunikasi seperti contoh yang diberika oleh penulis ialah:
“Encik Zakaria, saya hendak beri kacang, sila hulurkan tangan kanan.”
“Encik Zakaria, sila hulurkan tangan kanan kerana saya hendak beri minuman.”
“Encik Zakaria, ini butang yang perlu encik tekan (sambil mengambil tangan saya dan menyentuh pada butang yang dimaksudkan) sekiranya encik perlukan bantuan.”
“Encik Zakaria, sekiranya berlaku sebarang kecemasan, saya yang akan bertanggungjawab ke atas encik.”

            Peristiwa yang terakhir iaitu bersumberkan daripada kawan saya sendiri. Beliau selalu menggunakan perkhidmatan terminal bas di Puduraya. Beliau mendakwa, segala sistem sebelum ini telah ditukarkan dengan sistem baru yang lebih selesa. Malah ruangnya lebih besar dan selesa. Cara susun atur kaunter juga lebih tersusun dan mudah untuk dicapai oleh pengguna walaupun ketika tergesa-gesa. Ciri-ciri terminal yang berkonsepkan terminal kapal terbang sangat memberi kepuasan kepada pengguna di samping jadual perjalanan yang lebih sistematik, jelas dan terkawal.
            Melihat kepada peristiwa di atas, banyak perkara yang kita boleh nilai. Jika diikutkan kerajian saya, saya ingin memberi beberapa peristiwa dan keadaan yang lebih banyak lagi namun oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, saya rasa hany sekadar itu sahaja sudah mencukupi.
3.0         Analisis Latar Belakang dan Rujukan Kes-Kes Terdahulu
Melihat kepada peristiwa-peristiwa yang telah diberikan, banyak perkara yang berkaitan dengan sifat dan komunikasi boleh dianalisi dan diperolehi. Setiap peniaga haruslah memainkan peranan penting dalam berurusan dengan pembeli supaya kedua-dua pihak berpuasa hati malah persepsi masyarakat terhadap peniaga juga baik di kalangan masyarakat.
            Para peniaga seharusnya bertanggungjawab dengan setiap barangan atau produk jualan mereka. Seperti contoh, peristiwa pertama tersebut telah mencerikatakan bagaimana ketidakpuashatian pengguna terhadap penjual kerana barang yang dibeli tidak dapat digunakan. Sesiapa sahaja akan marah jika perkara tersebut terjadi kepada diri mereka sendiri. Namun begitu, pihak pembeli juga seharusnya tidak lepas tangan dengan pembelian mereka. Sebelum membayar, mereka sepatutnya memeriksa dan mengesahkan secara hitam putih dengan penjual supaya jika ada perkara tidak diingini berlaku tidak akan mendatangkan perbalahan antara pembeli dan penjual. Peniaga juga mungkin boleh mebayar kembali dengan harga rosak kepada pembeli.
            Selain itu, pihak peniaga juga seharusnya tidak bergaduh sesama sendiri kerana tapak dan kawasan perniagaan. Sepatutnya peniaga tahu mereka telah membayar sewa kepada pihak berwajib dan mereka juga tahu dimana kawasan mereka dan luas manakah kawasan mereka. Namun begitu ada juga kawasan yang bebas dari cukai dan kawasan itu telah menjadi kawasan turun temurun sejak nenek moyang mereka lagi berkemungkinan juga. Sepatutnya pihak peniaga perlulah mengubah sikap dan cara komunikasi mereka antara satu sama lain. Cubalah untuk bertolak ansur dan jika wujud persaingan sekali pun biarlah secara sihat dan memajukan antara satu sama lain. Cubalah untuk bermesra supaya wujudnya suasana yang harmoni. Mungkin suatu hari pihak peniaga memerlukan bantuan seperti contoh mudah ialah menukar wang yang bernilai besar kepada wang kecil.
            Tambahan pula, ada juga peniaga yang bergaduh kerana wujudnya persaingan seperti persamaan produk seperti di bazar yang biasanya menjual sayur. Maka secara kemungkinan besarnya akan wujudlah persaingan terdekat yang menjual sayur. Sepatutnya peniaga perlulah faham sesama sendiri. Jika banyak peniaga lain telah menjual sayur, jadi cubalah untuk berniaga produk atau barangan lain supaya wujudnya suasana yang harmoni dan tidak akan ada hasad dengki.
            Peniaga juga seharusnya mempunyai nilai diri dan modal insan yang tinggi dalam berniaga supaya sikap dan komunikasi di dalam perniagaan akan terjalin dengan sepatutnya. Peniaga juga sepatutnya menunjukkan contoh yang baik sesama pekerja mereka supaya tidak berlakunya pergaduhan seperti peristiwa di atas yang mengakibatkan pembunuhan. Jika berlaku perselisihan, cubalah untuk menyelesaikan dengan cara yang terbaik. Pihak peniaga juga tidak sepatutnya mengajar cara berniaga yang kotor dan haram kepada pekerja mereka seperti dalam peristiwa yang berlaku di Jalan Petaling. Pekerja tidak seharusnya melakukan tidakan tersebut malah ternyata peniaga-peniaga tesebut melakukan kesalahan besar dan wajib dikenakan hukuman. Mereka sepatutnya berkomunikasi dengan baik dengan pembeli supaya tidak wujudnya perbalahan dan pergaduhan. Dengan apa yang terjadi di Jalan Petaling itu, secara tidak sedarnya ianya telah menjejaskan pandangan masyarakat luar kepada negara kita.
            Pihak peniaga seharusnya tahu adab dan etika ketika berniaga. Mereka perlu tahu apa yang dituturkan kepada masyarakat akan menyebakan perniagaan mereka dipulaukan. Apabila peniaga atau pembeli melakukan sesuatu yang mengewakan hati seperti pembeli berubah fikiran untuk tidak membeli atau penjual tidak mahu melayan pembeli, mereka sepatutnya mengawal emosi mereka dan jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa sahaja.
            Apabila peniaga melakukan sesuatu yang memuaskan hati pembeli seperti cara berkomunikasi yang mesra pengguna, maka pihak pembeli tidak akan merasa rugi dengan apa yang mereka laburkan untuk membeli atau menggunakan perkhidmatan anda. Malah jika harganya mahal sekalipun tetapi pengguna berpuas hati dengan apa yang mereka dapat, mereka tidak akan mempersoalkan apa yang mereka bayar. Seperti contoh, perkhidmatan memotong kuku di salun yang mengenakan caj yang mahal tetapi mengapa ramai yang masih ingin menggunakan perkhidmatan tersebut walaupun hakikatnya mereka mampu melakukannya sendiri pada kos yang sangat murah. Ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna sangat memuaskan walhal pengguna hanya duduk dan bersembang dengan peniaga. Ini dapat memberika kepuasan kepada mereka.
            Pihak peniaga seharusnya ingat bahawa sekali sahaja mereka melakukan kesilapan kepada pengguna, maka pengguna mereka akan menyebarkan keburukkan mereka kepada pihak lain dan perkara tersebut akan tersebar sehingga yang tiada kesudahannya kerana peniaga tidak akan mampu menyekat kebebasan bersuar pengguna. Malah mereka mungkin akan dikenakan tindakan terhadap apa yang telah mereka lakukan.
4.0         Kesimpulan dan Penyelesaian Masalah
Sikap dan komunikasi merupakan dua perkara penting yang melibatkan proses dan aktiviti yang perlu dilaksanakan secara berterusan dalam perniagaan setiap peniaga. Kejayaan dalam perniagaan juga berfaktorkan kepada sikap dan komunikasi yang digunakan oleh setiap peniaga. Sikap dan komunikasi mereka ini juga melibatkan semua pihak walaupun sesama pekerja mereka sekalipun. Sikap dan komunikasi yang negatif perlulah dihindarkan kerana tindakan seperti ini ternyata sekali mendatangkan pelbagai keburukan. Malah keburukan tersebut bukan hanya melibatkan individu itu sendiri tetapi orang lain malah membabitkan institusi besar seperti  negara dan kerajaan.
Namun, tidak dinafikan kita kadang kala terpaksa bersikap dan berkomunikasi secara negatif tetapi cubalah untuk mengelak daripada melakukan tindakan sedemikian selagi ada cara dan jalan penyelesaian lain. Sikap bertolak ansur juga sangat perlu dalam perniagaan. Perkara yang tidak diingini yang melibatkan sikap dan komunikasi individu lain mungkin akan berlaku. Maka peniaga seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi situasi sebegini.

5.0       Rujukan





Soalan 3
Sediakan analisis anda berhubung dengan kepimpinan Parti Politik Golkar di Indonesia dengan kepimpinan parti politik Barisan Nasional di Malaysia. Anda perlulah menjelaskan aspek mengurus dan memimpin di kalangan parti politik tersebut sebab pengurus dan pemimpin saling melengkapi antara satu sama lain.
Jawapan:
1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG
Apakah parti politik? Parti politik berdasarkan pada K.Ramananthan (1992:190) menyatakan bahawa parti politik merupakan satu organisasi formal yang bertujuan untuk menguasai jentera kerajaan atau pemerintah. Ianya mestilah berdiri  melalui  sebuah  organisasi  tetap  dan  bergerak  secara berterusan.  Oleh itu, ahli-ahli dalam parti politik ini biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya.
Parti politik juga adalah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamatnya ialah supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar danmenjadi sebuah barisan parti politik.
Jika politik didefinisikan dengan pelbagai pengertian, maka partipolitik juga ada definisi-definisinya tertentu. Kewujudan parti politik adalah perlu. Segala buah fikiran, masalah dan reaksi rakyat terhadap pemerintah akan disalurkan melalui satu badan politik  yang juga disebut  sebagai  parti  politik  untuk mewakili  mereka.  Badan  ini berperanan  sebagai  penghubung  antara  pihak  pemerintah dan golongan yang diperintah.
1.1 GOLONGAN KARYA (GOLKAR)
Menurut  sumber dari beberapa laman web, Parti Golongan Karya (Parti Golkar) adalah parti politik yang terbesar di Indonesia. Sekber Golkar didirikan pada 20 Oktober 1964.Ianya bermula dengan kebangkitan Sekretian Bersama Golongan Karya (Sekber Golkar) oleh angkatan tentera darat pada akhir pemerintahan Presiden Sukarno untuk melawan pengaruh Parti Komunis Indonesia dalam bidang politik. Mereka telah menghimpun berpuluh-puluh organisasi pemuda, pemudi, sarjana, buruh, petani, dan nelayan dalam Sekber Golkar. Sekber Golkar telah menukar gelarannya kepada “Golongan Karya” dan menjadi salah satu peserta dalam pilihanraya..
1.2 BARISAN NASIONAL (BN)
Menurut laman web wikipedia.org, Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ianya mula ditubiuhkan pada era tahun 1973 sebagai ganti kepada Parti perikatan. BN merupakan parti yang sangat bertuah kerana pada era pemerintahannya, tiada ganguan yang besar dilaui oleh mereka. Ini kerana semua rakyat menyokong penuh kepimpinan mereka seloah-olah negara Malaysia ini tiada parti pembangkang. Pada ketika itu juga, semua pihak bersatu di dalam BN dan tidak mengira latar belakang walaupun berbeza bangsa dan agama. Pada ketika ini juga para ulama dan profesional bersatu dalam pentadbiran negara.
2.0 SOROTAN KES-KES TERDAHULU
Dalam pengurusan dan kepimpinan dalam bidang politik memang tidak boleh lari dari cabaran. Walaupun sesebuah negara itu mengamalkan sistem politik apa pun seperti komunis atau demokrasi sekalipun, pihak kepimpinan akan tetap menghadapi cabaran dari dalam atau luar parti. Bak kata pepatah “Jika takut risiko, jangan bicara soal perjuangan” yang membawa maksud jika anda tidak sanggup menghadapi segala apa kemungkinan, janganlah masuk dalam bidang politik.

2.1 SITUASI POLITIK MALAYSIA
Struktur politik dan pentadbiran di Malaysia
Berdasarkan buku-buku ilmiah tentang politik Malaysia, Malaysia  mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera dan sistem politik yang berbilang parti sejak pilihan raya yang pertama pada 1955. Parti politik utama Malaysia , Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah menguasai politik Malaysia selepas kemerdekaan Malaya 1957. Namun pada 1973, parti yang berasaskan kaum telah digantikan dengan ikatan yang lebih besar iaitu Barisan Nasional yang bergabung 14 parti di bawahnya dengan 3 komponen utama iaitu UMNO, MCA dan MIC. Perdana Menteri adalah dari parti melayu.
            Sistem perkongsian kuasa yang mana kepentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka kerja campuran yang besar telah menjadi konsep yang diamalkan. Di dalam buku Government and Politics in Southeast Asia' cabang eksekutif lebih menguasai aktiviti politik  dengan istitusi Perdana Menteri adalah satu pusat untuk mengawal politik mereka.
Tidak dinafikan konsep autoritorianisme di Malaysia melangkaui pentadbiran Mahathir bin Mohamad, beliau juga adalah orang yang membawa proses berkenaan kehadapan dengan berkesan. Sarjana undang-undang mencadangkan bahawa secara politiknya persamaan bagi keharmonian agama dan bangsa adalah sangat rapuh dan kerapuhan ini berpunca daripada identifikasi agama dan bangsa berpasangan dengan ketuanan Melayu orang-orang Melayu bertembung dengan cita-cita bangsa lain bagi mendapatkan persamaan hak.
Seperti yang kita tahu akan kewujudan satu pihak masyarakat Muslim yang majoritinya Melayu mahu negara Islam diwujudkan. Namun begitu, desakan orang bukan Melayu mahu hak samarata ada di dalam perlembagaan kita namun ianya adalah bercanggah dengan Perjanjian Kontrak Sosial. Desakan yang sangat kuat mahukan hak samarata ini telah mencabar kuasa orang Melayu.
Pada awal September 1998, seluruh dunia dikejutkan dengan berita pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad kerana kesalahan salah laku yang tidak bermoral dan rasuah yang kritikal. Namun tindakan itu dinafikan Anwar kerana padanya Tun Mahathir memecatnya kerana perbezaan politik. Sebagai orang yang berpengalaman dalam demonstrasi jalanan, Anwar telah menjalankan siri tunjuk perasaan untuk mendesak reformasi dalam politik Malaysia. Pada ketika itu Anwar ditangkap oleh Polis dan pada bulan April 1999, Anwar didapati bersalah kerana empat pendakwaan rasuah besar dan dijatuhi hukuman selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000 pula anwar didapati bersalah atas kesalahan liwat namun 9 tahun hukuman penjara diabaikan kerana pada pandangan pemerhati luar dan dalam negara merasakan tidak adil untuk bekan timbalan Perdana Menteri.
Dalam pilihanraya umum 1999, BN telah mendapat kuasa ¾ majoriti tetapi berkurang dari sebelumnya yang jatuh dari 94 ke 72. Ini kerana Barisan Alternatif telah menguasai negeri Kelantan dan Terengganu. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali sebagai Pak Lah telah mengambil alih pentadbiran kerana persaraan Tun Mahathir Mohamad. Beliau lebih bertolak ansur dan lemah –lembut jika dibandingkan Tun Mahathir yang lebih bersikap berterus terang dan tegas. Namun beliau berikrar akan meneruskan dasar-dasar yang menjadi agenda pembangunan Tun Mahathir. Beliau juga kurang mendapat perhatian dunia kerana tindakannya yang berbeza dengan Tun Mahathir yang kerap kali menyelar tindakan negara-negara barat secara khusus.
Pada pilihan raya umum 2004, Tun Abdullah telah mendapat undi yang besar 92% kerusi dalam parlimen dengan merampas kembali negeri terengganu daripada pembangkang malah negeri kelantan juga hampir ditawan oleh kerajaan Barisan Nasional dan hanya kalah dengan 2 majoriti undi. Ketika itu, Tun Mahathir telah menegur kerajaan kerana mendapat kuasa yang teralu besar dan bimbang dengan kuasa pembangkang yang kurang kerana pada pandangan Tun mahathir, pembangkang sangat perlu dalam mengigatkan atau menegur kerajaan jika membuat kesilapan.
Pada 2008, kebimbangan Tun Mahathir menjadi realiti dimana  parti-parti pembangkang telah berjaya menafikan majoriti 2/3 buat pertama kalinya dalam sejarah dengan 82 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat. Tiga komponen utama pembangkang iaitu Parti keadilan Rakyat(PKR), Parti Tindakan Demokratik(DAP) dan Parti Islam SeMalaysia(PAS) yang membentuk Pakatan rakyat mendapat majoriti mudah 1/3. Kini pemerintahan diteraju oleh Dato Seri Najib bin Tun Razak kerana kepercayaan pemerintahan Pak lah di kalangan dalam dan luar parti sangat lemah.
2.2 SITUASI POLITIK INDONESIA
Struktur politik dan pentadbiran di Indonesia
Berdasarkan bacaan dari sumber-sumber politik, Indonesia adalah negara berjenis republik dan kedaulauatan negara bergantung sepenuhnya kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR).  Sistem politik Indonesia ialah sistem pemerintahan presiden yang bermaksud Presiden adalah ketua negara dan ketua pemerintah. Kemerdekaan Indonesia ialah pada 17 ogos 1945. Segala jenis rakyat yang berlatar belakang pelbagai suku bangsa, agama dan budaya berada di bawah naungan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).
Indonesia pernah menjalani sistem pemerintahan federal di bawah Republik Indonesia Serikat (RIS) selama tujuh bulan (27 Desember 1949-17 Ogos 1950), namun kembali ke bentuk pemerintahan republik.  Setelah jatuhnya Orde Baru (1996 -1997), pemerintah merespon desakan daerah-daerah  terhadap sistem pemerintahan yang bersifat sangat sentralitis iaitu berbentuk pemusatan, dengan menawarkan konsep  Otonomi Daerah untuk mewujudkan desentralisasi kekuasaan. Selepas era pemerintahan Parti Komunis Indonesia, Sekber Golkar telah mengambil alih pemerintahan.
Jumlah anggota Sekber Golkar ini bertambah dengan pesat, kerana golongan nasional lain yang menjadi anggota Sekber Golkar dalam Front Nasional sedar bahawa perjuangan dari organisasi nasional Sekber Golkar adalah untuk menegakkan Pancasila dan UUD 1945. Semula anggotanya berjumlah 61 organisasi yang kemudian berkembang hingga mencapai 291 organisasi.
Semasa pilihanraya pada 1971 yang juga merupakan pilihanraya yang pertama dalam pemerintahan Perintah Baru Presiden Suharto, Golongan Karya telah menang. Pada tahun ini juga Sekber Golkar telah menukarnya kepada Golkar. Kemenangan ini dapat dikekalkan sehingga tahun 1997. Permintaan yang disokong Presiden Suharto bergema di mana-mana namun Suharto akhirnya disingkirkan oleh gerakan pelajar. Ini menyebabkan Golkar turut terjejas. Disebabkan Suharto adalah seorang mentor kepada parti, Golkar juga dijangka akan dibubarkan. Ketika itu, Golkar di hina dimana-mana sahaja.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online