sampai sini -->

25 August, 2011

BUSANA TERENGGANU

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba,terasa pula ingin bercerita mengenai busana pakaian masyarakat Terengganu.Pakaian tradisi masyarakat Terengganu sememangnya sangat cantik dan indah, tambahan pula kalau kena dengan pemakainya.Hasil kreatif daripada seniman-seniman melayu Terengganu dahulu dalam menghasilkan pakaian tradisi in,i memang amat membanggakan kita.

Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis. Wanitanya memakai Baju Kurung berpesak kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur. Selain dari itu terdapat juga pemakaian Baju Melayu Cekak Musang bagi lelaki dan Baju Kebaya bagi wanita.


Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok. Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.


Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain samping pelikat berdagang luar.


Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnya disebut sebagai seluar pembesar. Pakaian dilengkapi dengan selempang leher yang juga digunakan sebagai ikat pinggang.


Baju Kurung corak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi dengan selendang kain renda yang digunakan juga sebagai penutup kepala.


Kebaya pendek kain baldu dipadankan sarung ketat warna-warni menggunakan teknik ikat celup. Memakai kain kelubung selendang lepas.


Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara tindih kasih.


Cantik-cantikkan busana Pakaian Terengganu, dengan pelbagai corak dan warna memang sesuai kalau kita jadikan ia pakaian tatkala Hari Raya yang bakal menjelang nanti.Sebagai rakyat terengganu khasnya, marilah kita sama-sama memelihara busana ini agar ia akan kekal sehingga ke anak cucu kita dan tidak hanya ditelan zaman....

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online