sampai sini -->

09 November, 2009

Sejarah Awal Pulau Pinang



Pada malam ni mengigatkan aku kembali pada zaman silam lalu rasa macam nak tulis pasal sejarah la. Kebiasaanya bila orang sebut pasal sejarah, ramai akan fikir negeri Melaka. Mungkin kerana bandar yang penuh dengan sejarah TANAH MELAYU.Dah lama aku tak pergi ke PULAU PINANG. Tempat yang penuh dengan orang cina dan KILANG BUDU. Sejak kari itu, aku menjadi was- was untuk makan budu. Tapi kalau dah rezak/kacip sgt aku bedal je. Tapi aku lebih suka budu yang mak aku buat sendiri. Huhu. Budu ni sebenarnya makanan tradisi orang pantai timur yang tinggal di kawasan pantai/perkampungan nelayan tertutama di negeri TERENGGANU dan KELANTAN. Dulu ada jugak dengar MUFTI tegur, BUDU itu MAKHRUH. Tapi NIK AZIZ kata BUDU baikn berkhasiat untuk kesihatan. SO, yang mana satu ni? Eh..Eh...dah lari topik ni.

OK..


Secara umumnya, nama pulau pinang itu diambil sempena nama pokok pinang. Jadi, namanya pon diberi nama sebagai pulau pinang. Namun begitu oleh kerana nak nampak sedap disebut kononnya, maka ada la juga orang yang panggil Penang. Nampak macam omputeh cket kan..Hmmm...aku tak setuju nama Pulau Pinang dipanggil Penang.


 Apa yang kita tahu la, Pulau Pinang ni asalnya kepunyaan KESULTANAN MELAYU KEDAH. Tapi oleh kerana terpaksa demi mndapatkan perlindungan dari syarikat hindia timu british (shti) pada 1786 oleh SULTAN MUUHAMMAD JIWA. Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain. SENGAL betul la pokemon ni tukar nama. Si PERAMPAS(FeranCISSS Late) mmg mengidamkan PULAU PINANG utk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya

Oleh itu, cukup la kita memberi peluang kepada penjajah untuk menjajah kita. AKU TIDAK RELA TANAH MELAYU DIJAJAH WALAUPUN SEBUTIR PASIR. Kalau kes jual pasir ni macam mana ek? hahaha. K stakat ni sahaja, malas nak citer panjang2, kalau nak tahu dgan lebih lanjut sila buat research sendiri.
dan 1 lagi nak bgtaw CHEALSEA MENANG malam ni..huhu..

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online