sampai sini -->

15 November, 2009

Genaplah Setahun Blog aku diterbitkan.

15/11/2009...Sudah cukup setahun blog aku ditubuhkan.
Harap maaf jika selama ini aku ada tertulis apa apa yang ntah ape ape..hahahha..
Kerana semua ini hanyalah pandangan peribadi sahaja..Bukan setiap orang mempunyai pendapat yang sama kan..Bak kata orang, pakai Operation System(OS) yang sama(pakai windows yang sama) tapi wallpaper lain lain..huhu. Mungkin blog aku berbeza dari blog blog yang lain kerana kebiasaanya aku melihat ramai yg buat blog lebih kepada jenis blog peribadi atau biodata. Tapi aku tidak, aku lebih kepada fakta dan pendapat aku sendiri. Dikesempatan ini juga aku ingin memohon maaf kerana sememangnya aku ini bukan jenis yang suka menceritakan perihal hidupku kepada orang lain walhal orang yang rapat dengan aku. Mungkin ada yang perasan aku ni susah untuk menceritakan masalah kepada orang lain kerana aku lebih suka aku menanggung masalah aku seorang diri melainkan aku terdesak, selagi aku boleh menyelesaikannya seorang diri aku tidak akan membabitkan orang lain. Tapi aku suka mendegar dan menyelesaikan masalah orang lain. Aku boleh menjadi pendengar yang baik. Aku kadang kala tidak faham dengan diri aku ini, kadang kala aku menjadi pendiam dan kadang kala aku menjadi peramah. Mungkin orang yang tidak faham dengan keadaan aku akan fikir aku ini terasa hati dganya. Semasa aku diam itu mungkin aku sedang berfikir atau menhayati atau menghayati atau menginsafi diri. Berfikir apa yang telah aku buat, apakah pembaziran yg telah aku lakukan, aku juga selalu berfikir apa rancangan aku untuk masa yang akan datang supaya aku tidak mengulangi kesilapan.
Sekali lagi aku ingin memohon maaf jika selama ini aku ada menyingung perasaan pembaca semua. Terima kasih juga kepada yang sudi menjenguk blog aku setiap hari atau sekali sekala atau sekali sahaja. Segalanya sungguh bermakna bagiku.
Sekian sahaja,
Masa memaksa aku untuk tidur.
Salam.

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online