sampai sini -->

05 January, 2011

Kesudahan Isu Perjanjian Air Malaysia Singapura?


Perjanjian beli air Singapura tamat 2011

Perjanjian pertama pembelian air oleh Singapura akan tamat pada 2011, namun adakah Malaysia bersedia untuk memikirkan semula perkara baru berkaitan perjanjian itu?


Itu adalah persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad 3 sen bagi 1,000 gelen sejak 1961 itu. mengenai perjanjian pembelian air daripada Singapura yang masih kekal pada harga

“Tahun 2011 tidak lama saja lagi. Tetapi pernahkah kita terfikir untuk melanjutkan perjanjian pertama itu atau tidak menyambungnya ataupun mahu berunding untuk perjanjian yang baru?


“Apakah yang akan kita buat? Saya rasa selain air terawat melalui kaedah NEWater, Singapura tentu masih perlukan 350 juta gelen air sehari,” katanya


Di bawah perjanjian pertama pembelian air yang akan tamat pada 2011, Malaysia membekalkan
350 juta gelen air mentah kepada Singapura setiap hari pada harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen air.

Sementara itu, bagi perjanjian kedua yang akan
tamat pada 2060, Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air sehari dengan harga sama.

Malaysia membeli balik
37 juta gelen air yang sudah dirawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.
Bagaimanapun pada 2002, Singapura membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung perjanjian pertama itu kerana berpendapat ia mempunyai kemampuan untuk membekalkan 100 juta gelen air sehari kepada rakyatnya menggunakan teknik pembersihan moden menerusi kaedah NEWater dan penyulingan air laut.

Dr. Mahathir berkata, walaupun Singapura memutuskan tidak mahu menyambung perjanjian pertama yang dipersetujui pada 1961, negara itu masih memerlukan jumlah air mentah sebanyak 350 juta gelen sehari itu.


Beliau berkata, jumlah bekalan air sebanyak 250 juta gelen sudah tentu tidak akan mencukupi bagi Singapura untuk bertahan sehingga tahun 2060 memandangkan jumlah rakyatnya semakin meningkat.


“Jadi jumlah air yang dibekalkan mengikut perjanjian pertama sudah tentu lebih penting daripada dengan usaha menggunakan air terawat dan penyulingan air laut sahaja,” katanya.


Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak lagi menimbulkan isu-isu berbangkit dengan Singapura termasuk penjualan air mentah selepas pembatalan pembinaan jambatan bengkok dilihat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.


Katanya, sikap tersebut yang dilakukan kerana tidak mahu mewujudkan sebarang pertelingkahan di antara kedua-dua negara adalah cara yang baik untuk mencari kawan. 

Perjanjian kedua isu air Malaysia Singapura bakal berakhir pada tahun 2060. Dan pada masa itu akan genaplah tempoh usia hampir 100 tahun perjanjian air Malaysia Singapura. Satu tempoh yang cukup lama ditambah lagi dengan nilai serendah 3 sen yang Malaysia berikan kepada Singapura bagi setiap 1000 gelen. Diharap Malaysia belajar daripada “kesilapan dan sejarah lalu” jika Singapura terus memilih untuk membeli air Malaysia. 

Perjanjian air Malaysia Singapura ini dibuat pada tahun 1960 dan 1961 dan telah tercatat seperti dalam Perjanjian Pemisah tahun 1965. Pada masa itu, Malaya, Singapura masih lagi di bawah satu bumbung bersama-sama Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia semasa perjanjian ini dimeterai. Kurang dua tahun kemudian, Singapura bertindak memisahkan diri daripada persekutuan dan menjadi republik merdeka pada tarikh 9 Ogos 1965.


Terdapat 2 perjanjian air Malaysia Singapura :
  1. Perjanjian pertama : Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah setiap hari kepada Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen  dan bakal berakhir pada tahun 2011. 
  2. Perjanjian kedua : Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air setiap hari pada kadar yang sama iaitu 3 sen untuk setiap 1,000 gelen.
Johor juga sepatutnya sudah mempunyai lojinya sendiri supaya dapat memberikan bekalan air bersih berbanding membeli pada kadar harga yang tinggi daripada Singapura sedangkan air mentah berasal daripada negara kita sendiri. Singapura dapat boleh memenuhkan reservoir mereka(boleh tahan 1 tahun agaknya jika berlakunya krisis air) dan dalam pada masa yang sama, dapat jual semula air bersih kepada Malaysia.
Dan sepatutnya juga, tiada halangan untuk Malaysia menyemak semula perjanjian air Malaysia Singapura untuk setiap 25 tahun dan kita sebenarnya mempunyai hak berbuat begitu iaitu pada tahun 1986 dan 1987 tetapi Malaysia memilih sebaliknya. Alasan pada masa itu, bagi mengelakkan Singapura menjual air pada harga yang lebih mahal.


Berdasarkan kira-kira secara kasar yang boleh diambil daripada penjualan air Malaysia dan Singapura ini ialah :
  1. Singapura membayar 3 sen untuk setiap 1000 gelen air mentah kepada Malaysia.
  2. Diberitahu Singapura menanggung kos sehingga RM2.40 untuk merawat air ini termasuk daripada segi kos pembinaan reservoirs, empangan dan juga Pipeworks untuk membawa air ke Singapura. Singapura telah menghabiskan lebih daripada S$1 bilion pada projek-projek tersebut, dan terus membayar untuk mengupgrade dan memelihara kelengkapan kemudahan mereka.
  3. Malaysia membayar kira 50 sen untuk membeli setiap 1000 gelen air yang telah dirawat oleh Singapura dan menjual air kembali penduduk Johor pada kadar RM3.95.
Situasi yang dialami Malaysia ini sama seperti kes Hong Kong membeli air dari China di RM8 per 1,000 gelen. Hong Kong membayar kepada China RM8, dan secara timbal baliknya China  “menyumbang” daripada segi pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan reservoirs dan paip air untuk membekalkan air bersih kepada Hong Kong.

Sekarang tahun 2011, bukanlah tempoh yang lama di mana perjanjian pertama untuk pembelian air bakal berakhir. Yang menjadi persoalan ketika ini, adakah Malaysia sudah bersedia untuk memikirkan perkara samada untuk menamatkan sahaja ataupun membuat perjanjian air Malaysia Singapura
yang baru?

Walaupun pada tahun 2002, Singapura membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung perjanjian pertama itu kerana berpendapat Singapura sudah mempunyai  keupayaan untuk membekalkan 100 juta gelen air sehari kepada rakyatnya menggunakan teknik menerusi kaedah NEWater moden(penyulingan air laut).
P/S : Dengan bilangan rakyat Singapura semakin meningkat, segala kemungkinan tetap ada. Yang pentingnya, kita sudah bersedia atau tidak?
UPDATE pada 26 Mei 2010 !!

 

SINGAPURA 24 Mei – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, negaranya akan menyerahkan semua kemudahan air yang terkandung di bawah Perjanjian Air 1961 kepada pihak berkuasa air Johor secara percuma dan dalam keadaan berfungsi dengan baik selepas 1 Julai 2011.

“Selain itu, Singapura turut mencadangkan projek bersifat “mercu tanda” bagi Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), yang melibatkan kawasan pembangunan seluas 500 ekar.

Perjanjian pertama pembekalan air dari Malaysia untuk Singapura itu melibatkan penjualan air mentah dari Loji Air Skudai di Johor Bahru yang diurus oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura untuk pembekalan air bersih kepada Johor dan Singapura.

Perjanjian itu dijadualkan akan berakhir pada 1 Julai 2011 dan Singapura telah menyatakan bahawa negara pulau itu tidak berhasrat untuk menyambung perjanjian berkenaan.

Mengenai projek “mercu tanda” untuk Iskandar Malaysia, Hsien Loong berkata, ciri unik projek tersebut ialah ia akan merangkumi segala aspek “kesejahteraan hidup” menerusi pelbagai aktiviti dalam sebuah perbandaran, seperti kaedah-kaedah rawatan tradisional, perubatan alternatif yang saling melengkapi dan rawatan-rawatan serba moden.

“Kedua-dua Perdana Menteri juga bersetuju Khazanah Nasional Bhd. dan Temasek Holdings Ltd. akan membentuk sebuah syarikat usaha sama dengan ekuiti 50-50 bagi melaksanakan projek pembangunan itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Singapura dan Malaysia turut bersetuju untuk berkongsi pengalaman dan sama-sama merencanakan pelan pembangunan bersama untuk pembersihan sungai, yang selari dengan usaha-usaha yang kini dilakukan di Iskandar Malaysia.

Kedua-dua negara juga akan melihat kemungkinan melakukan program berkembar bagi produk-produk pelancongan khususnya ekopelancongan.
 
edited from source : http://beritasemasa.com/kesudahan-isuperjanjian-air-malaysia-singapura


TERANUNG NELANG MOLEK
















Enam orang pemain Harimau Malaya yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 berasal dari Terengganu mendapat habuan besar dari kerajaan negeri Terengganu. Pemain tersebut iaitu Mohd Ashaari Samsuddin, Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Faizal Mohamad, Izzaq Farris Ramlan dan Norsyahrul Idlan Talaha; masing-masing menerima sebidang tanah dan RM 5 000 tunai. Kesemua mereka lahir dari Akademi Bola Sepak Terengganu, khasnya SMK Sultan Sulaiman.

Wira Piala AFF dari Terengganu terima habuan(BH)
2011/01/02

ENAM pemain bola sepak kelahiran Terengganu yang mewakili membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 29 Disember lalu, menerima durian runtuh apabila kerajaan negeri mengumumkan setiap seorang akan menerima ganjaran RM5,000 dan sebidang lot tanah untuk tapak rumah.

Mereka yang menerima imbuhan itu adalah pemain Terengganu Mohamad Ashari Samsuddin dan Mohd Sarbinee Allawee Ramli, Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) dan tiga pemain Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Faizal Muhammad.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata imbuhan daripada kerajaan negeri itu adalah sebagai penghargaan kepada mereka selepas membantu negara menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
“Saya sangat terharu dan bangga apabila mendapat tahu enam anak kelahiran negeri ini berada dalam pasukan Malaysia yang membantu menamatkan penantian 14 tahun negara menjulang piala itu,” katanya ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) daripada percutian, semalam.

Katanya, imbuhan yang diberikan diharap menjadi suntikan semangat kepada bakat muda negeri ini untuk terus memberikan persembahan yang terbaik, seterusnya mewakili negara pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan mengenal pasti lot tanah yang akan diberikan kerana pembahagian akan dibuat mengikut daerah tempat tinggal dan mengikut kesesuaian.

Malaysia muncul juara buat julung kalinya selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan akhir timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Sabtu lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, berkata pengumuman imbuhan Menteri Besar itu membuktikan kerajaan negeri menghargai pemain yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Walaupun hanya dua pemain menabur bakti bersama pasukan negeri dalam Liga Super, perkara itu tidak menjadi isu kerana mereka adalah anak kelahiran Terengganu, cuma terikat dengan pasukan masing-masing iaitu Kelantan dan Harimau Muda A.

 

6 pemain dianugerah tanah, wang RM5,000(BH)
2011/01/03

KUALA TERENGGANU: Habuan wang tunai RM5,000 dan sebidang tanah tapak rumah yang bakal diterima enam pemain bola kelahiran Terengganu yang mewakili skuad Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF Rabu lalu, adalah kejutan tahun baru paling menggembirakan buat mereka.

Justeru, hadiah itu menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam menaikkan nama baik negeri dan negara pada masa depan.

Mohd Muslim Ahmad antara pemain yang bakal menerima habuan itu, berkata beliau tidak menjangka menerima hadiah itu, malah hanya mengetahui perkara itu melalui akhbar yang dibacanya semalam.
“Semalam (kelmarin), kawan saya memberitahu hal ini tetapi saya tidak percaya dan terus membaca akhbar hari ini (semalam) untuk mengesahkannya dan mendapati khabar itu ternyata benar.

“Tidak dinafikan berita ini amat mengejutkan dan menggembirakan saya kerana mendapat ganjaran sebesar ini daripada kerajaan negeri, tambahan pula kami tidak berharap atau dijanjikan apa-apa sebelum ini,” katanya yang kini bersama Pasukan Harimau Muda A.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, mengumumkan enam pemain bola sepak kelahiran Terengganu yang mewakili skuad Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF menerima durian runtuh wang tunai RM5,000 dan sebidang tanah untuk tapak rumah.

Mereka yang bakal menerima habuan itu ialah Mohamad Ashari Samsuddin dan Mohd Sarbinee Allawee Ramli; Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) dan tiga pemain Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Faizal Muhammad.
Bagi Norshahrul pula, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi habuan itu kepadanya walaupun tidak berbakti kepada pasukan bola sepak Terengganu.

“Habuan ini akan memberi nafas baru menjelang Liga Malaysia akhir bulan ini dan saya berjanji akan sentiasa meningkatkan mutu permainan supaya tidak mengecewakan penyokong.

"Saya juga berharap dapat beraksi dengan pasukan negeri kelahiran jika diberi peluang pada masa depan,” kata pemain Kelantan itu yang berasal dari Besut, Terengganu.

Sementara itu, Mohamad Ashari berkata, hadiah yang diberikan itu memberi suntikan semangat untuk terus maju dalam kerjayanya.

“Hadiah ini memberi suntikan semangat untuk saya terus mempamerkan kecemerlangan dalam arena bola sepak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

03 January, 2011

Harimau Malaya dianggap perkauman?

NGO mahu Harimau Malaya diubah
Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my
2011/01/03

Bagi mencerminkan 1Malaysia, kesepaduan masyarakat pelbagai kaum

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF minggu lalu, diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.
Mereka menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Presiden Majlis Belia Sabah (SYC), Kevin Lim, berkata rakyat Sabah turut menyambut kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai piala berkenaan tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

"Kami gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak negara tetapi dengan memanggil pasukan itu sebagai Harimau Malaya, ia seolah-olah tidak mahu berkongsi kegembiraan dengan masyarakat di negeri ini dan Sarawak kerana kami tidak pernah menyertai Malaya sebelum merdeka bersama Malaysia,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menggunakan istilah Harimau Malaysia bagi menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing, berkata penggunaan istilah Harimau Malaya seolah-olah tidak mahu konsep 1Malaysia diterapkan dalam bidang sukan.
“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?

“Jika Sabah dan Sarawak dipinggirkan, saya cadangkan Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak dan diberi nama Harimau Borneo untuk bertanding dalam kejohanan itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran juga mahu penggunaan istilah Harimau Malaya dihentikan kerana ia mengecewakan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Jahid Jahim, berkata beliau menerima desakan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terutama yang berkaitan dengan belia supaya istilah Harimau Malaya segera dihentikan.

“Saya fikir ada asas untuk desakan itu dibuat kerana ia tidak menggambarkan konsep 1Malaysia. Penggunaan istilah Harimau Malaysia lebih sesuai untuk kita menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

-UTUSAN-



Pada pendapat saya, tidak perlulah kita ubah nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Agak kelakar nama itu. Tidakkah kita rasa pelik dan janggal bila orang sebut Harimau Malaysia? Ok, cuba kita sebut Harimau India, Harimau Indonesia, Harimau Bangladesh, Harimau Jepun. Agak peliklah bila kita mendengarnya. Lebih sedap jika kita terus menggunakan nama gelaran HARIMAU MALAYA daripada menggunakan HARIMAU MALAYSIA.

Tolonglah jangan politikan nama HARIMAU MALAYA. Memang kita semangat 1Malaysia sebab kita kan satu negara. Tidak perlulah ada pihak yang berasa terpinggir apabila gelaran HARIMAU MALAYA digunakan. Tolong jangan jadi macam budak-budak la. Benda macam ni pun nak sensitif. Cubalah untuk berfikir secara dewasa. Kalau kita tak boleh bertolak ansur dalam hal macam ni susah la. Lepas ni mungkin perkara-perkara lain pun akan diubah. Kalau macam tu, kita buang semua semua pengguanaan gambar harimau malaya yang ada pada negara kita seperti di jata negara. Nak? Sudah tentu kita tidak mahu. Be professional la. Hampir terlupa, tentera Malaysia juga digelar PEJUANG HARIMAU MALAYA. Jadi, nak tukar jugak ke? Bukan ke dah lama kita pakai.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa sekarang baru kita nak ungkit perkara ini sedangkan kita sudah lama mengunkan gelaran HARIMAU MALAYA ini. Kenapa tidak dari dulu? Adakah kerana kejayaan kita baru-baru ini?

Kenapa sampai nak tubuhkan HARIMAU BORNEO pulak, kalo ada antara kita dari Sabah dan Sarawak yang layak menjadi menjadi pemain Bola Sepak negara, join je la. Tapi janganlah nanti sampai terdesak nak cari wakil pemain dari sabah dan sarawak sampai tangkap muat je. Tak nak la macam tu. Saya tidak bermaksud rakyat di Sabah dan Sarawak tidak layak, cuma saya mahukan pasukan kita menjadi yang terbaik. Jika majoriti pemain Malaysia yang terbaik datang dari Sabah dan Sarawak, terima je lah. Tidak perlulah kita menetapkan koata pemain pula selepas ini. Jangan sebabkan perkara remeh macam ni membuatkan kita kebelakang.

Jadi, bagi saya, nama gelaran HARIMAU MALAYA tidak perlu diubah kerana ini adalah gelaran yang mantap dan unik. Jika kita hendak menggunakan gelaran lain selain HARIMAU MALAYA, tidak perllulah kita menggunakan HARIMAU MALAYSIA. Gunakan nama lainlah.

02 January, 2011

Akum, Salam, As Salam, Assalamualaikum : Alahai........



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca2 blog Hikayat Marhaen Kacak ini. Saudara dan saudari sekalian, hari ini aku seperti tak terasa pula nak mengemaskini blog aku ni. Rasa macam malas la pula walaupun ada banyak isu aku nak ketengahkan sejak akhir2 ini. Walaupun begitu, tiba2 aku merasa terpanggil pula nak mengulas tentang satu isu yang aku rasa perlu untuk aku mengetengahkan pendapat secara ringkas.

p/s : Dalam komentar kali ni, aku nak bentangkan isu secara 'straight forward' dan aku tak mahu lagi berkias-kias. Takut nanti akan mencetus polemik seperti entri aku sebelum ini yang di salah erti. Mungkin gaya penulisan aku sebelum ini agak mengelirukan dan mungkin juga lenggok kiasan dan satira tidak boleh digunapakai dalam penulisan blog berbahasa Melayu kerana orang kita tidak suka membaca sesuatu entri sampai habis ataupun pengunjung2 blog aku bukanlah peminat setia Majalah Lawak Ujang mahupun Gila-Gila.......Toyyibbb...

Korang mesti pernah terlihat dalam buku2 ilmiah Islam menulis kan pelbagai 'shortform' yang mewakili perkataan2 bahasa arab yang panjang seperti :

S.W.T - Subhanahu Wa Taala
S.A.W - Salallahu Alaihi Wassalam
A.S - A'laihis Salam
K.W.J - Karamallahu Wajhah
R.A - Radhiallahu Anhu

Singkatan diatas dicipta bertujuan memudahkan penulisan untuk gelaran2 yang baik bagi Allah, Rasul, para sahabat dan personel2 islam yang disanjungi. Singkatan ini digunapakai secara meluas dalam kitab2 agama sejak dari dahulu lagi.

Orait.... Apa reaksi korang kalau aku katakan :

Nabi Muhammad kita telah dihina oleh industri perfileman Hollywood kerana menerbitkan filem SAW yang terang2 menunjukkan tajuk filem ini menggunapakai terma singkatan bagi nabi besar kita?


Adakah korang terkejut jika aku menyatakan bahawa :

Singkatan S.W.T itu tidak boleh digunapakai kerana 'shortform' ini bermaksud 'Sucks Women Tits' di dalam Bahasa Inggeris ataupun 'Hisap Puting Perempuan' di dalam Bahasa Nusantara nya. Maka hendaklah kita menulis penuh singkatan ini seperti lafaz asalnya iaitu Subhanahu Wa Taala.


Dan adakah korang terkesima apabila aku menyatakan :

Singkatan R.A yang bermaksud 'Moga Diredhai Allah Keatasnya' untuk menggelar para-para sahabat dan tokoh-tokoh islam tidak boleh lagi digunapakai kerana RA itu adalah salah seorang Tuhan Mesir Purba yang bermaksud Tuhan Matahari?


Apa kata aku kumpukan2 maklumat2 gempak ini dan kemudian aku emailkan secara pukal kepada rakan2 aku dan kemudian aku forward kan ke facebook dan laman2 web sosial yang terkenal di internet. Apakah reaksi orang ramai terhadap info yang akan mereka baca ini kelak? Perlukah kita terus tidak menggunapakai singkatan2 gelaran yang telah kita fahami maksud di sebaliknya sejak sekian lama?

Saudara dan saudari sekalian. Suatu masa dahulu heboh tersebar satu pernyataan bahawa umat Islam di tegah untuk menggunakan singkatan AKUM, ASKUM dan sebagainya untuk menggantikan frasa salam Assalamualaikum. Dikatakan istilah AKUM itu bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani yang menujukan makna itu kepada orang yang berbukan bangsa Yahudi.

Pada masa itu, walaupun aku tidak berkenan sangat terhadap perkaitan isu AKUM  dengan bahasa Ibrani ini, tetap juga aku menukarkan ayat 'greetings' dalam SMS aku kepada SALAM. Ini kerana walaupun aku rasa 'nonsense' tentang perkaitan yang ditampilkan, aku tetap berusaha untuk menggunakan terma SALAM dalam SMS kerana sememangnya itu adalah lebih baik kerana lebih memberi makna di dalam Bahasa Arab merangkap Bahasa Al-Quran.

Kenapa aku kata 'nonsense'? Jangan hentam aku dulu...... Baca lagi sampai habis........




Baru2 ini pula timbul pula pernyataan yang telah disebarkan secara meluas di dalam Facebook mengatakan sebaik2 nya tulislah perkataan AS-SALAM untuk memendekkan terma Assalamualaikum. Alasannya, perkataan SALAM itu adalah bermaksud SELAMAT TINGGAL berdasarkan Terjemahan Ayat Al-Quran daripada Tafsir Pimpinan Ar Rahman bagi ayat terakhir Surah Az-Zukhruf. Salam dalam ayat ini ditujukan kepada golongan yang tidak beriman.

Di sini bukanlah aku nak menyalahkan terjemahan dalam Tafsir Pimpinan Ar Rahman ini. Apa yang aku nak tekan kan di sini ialah maksud As Salam dan Salam tu adalah SEJAHTERA dan SELAMAT secara umumnya. Tafsir di atas menerjemahkan perkataan SALAM di dalam konteks ayat dalam Surah di atas sahaja. Secara umumnya, SALAM tetap bermaksud SELAMAT atau SEJAHTERA.

Dari segi isu yang dibangkitkan sejak sekian lama tentang singkatan ASSALAMUALAIKUM dalam SMS dan sebagainya, bagi aku tidak mengapalah kalau hendak menulis apa2 singkatan pun seperti AKUM, A'KUM, ASKUM, dan sebagainya kerana permaksudan terhadap ayat tetap membawa kepada SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU. Kita taip singkatan apa2 pun, tetap pembaca memahaminya sebagai ucapan salam ASSALAMUALAIKUM.

Si pembaca tidak pula memahami ungkapan ASKUM, SALAM dan sebagainya dengan makna dalam bahasa Ibrani ataupun apa2 istilah lain. 'Ruh' dalam singkatan itu tetap menuju kepada mendoakan saudara sesama Islam kita. Kita tidak lah pula mendoakan mereka menjadi binatang ataupun menyamakan mereka dengan orang2 yang tidak beriman!. Tambahan lagi, kita tidaklah mengucapkan AKUM mahupun SALAM bila berjumpa dengan kawan2 kita secara 'live'. Kita tetap mengucapkan ASSALAMUALAIKUM bukan?



Berbalik kepada kisah S.A.W, S.W.T dan R.A di atas, adakah kita sama2 akan menyeru supaya ditukar singkatan gelaran2 mulia di atas kepada singkatan yang lain? Sudah tentu kita berpikir 2-3 kali bukan? Kenapa berpikir 2-3 kali? Bukankah pernyataan ini sama dengan isu AKUM yang dikatakan mempunyai persamaan dengan istilah di dalam Bahasa Ibrani itu?

Tuan2 dan Puan2, sememangnya sebaik ucapan ataupun teks salam adalah ASSALAMUALAIKUM ataupun SALAMU ALAIK. itu memang tidak dinafikan lagi. Cuma di sini saya menyeru supaya isu tentang teks salam di dalam SMS ini tidaklah perlu diperbahaskan sangat. Apa2 pun singkatan, maksud nya tetap di i'tiqadkan sebagai maksud yang memberikan makna yang baik2.

Wallahualam..... Entri ini di tulis hanya untuk menyeru kepada saudara2 sekalian untuk tidak bersusah payah untuk berpolemik tentang permasalahan sekecil ini. Asalkan maksud dan intipati shariah singakatan itu sampai kepada si penerima, itu sudah mencukupi. Untuk bacaan tambahan, saudara dan saudari boleh rujuk link di bawah.

Penjelasan Hukum Tulis Salam, Askum, Akum dan Sebagainya

credit:http://marhaenkacak.blogspot.com/2010/12/akum-salam-as-salam-assalamualaikum.html

Tahun Baru Hijrah 1432 vs Tahun Baru Masihi 2011

Syukur Alhamdulillah, kita telah pun melepasi 27 hari tahun baru Hijriah 1432 dan pada masa yang sama kita juga telah melepasi 2 hari tahun baru Masihi 2011. Mungkin ramai antara kita yang tidak ambil kisah apa itu tahun baru dan ada yang ambil kesempatan untuk menyabutnya dengan cara yang berbeza-beza. Bagi mereka yang mempunyai matlamat hidup yang penuh dengan disiplin atau serius, maka mereka akan menjadi tahun baru ini sebagai penanda arah atau sebagai starting point untuk memulakan sesuatu usaha untuk mencapai harat dan matlamat.

Mereka yang peka kepada kehidupan akhirat dan tidak meninggalkan kehidupan duniawi biasanya akan menetapkan misi dan visi mereka. Bagi sesetengah antara kita lebih baik kita memulakan pada tarikh awal muharam. Ok, sebenarnya saya ingin menyentuh sedikit dengan keadaaan situasi masyakat sekarang iaitu semangat menyambut tahun baru. Nampaknya masyarakat hari ini lebih mementingkan Tahun Baru Masihi daripada Tahun Baru Hijriah. Malah apa yang sangat menyedihkan ialah, ada antara kita sebagai seorang muslim masih tidak tahu apa itu Tahun Baru Hijriah atau Awal Muharam. Malah apabila kita bercakap tentang Awal muharam, mereka akan terpinga-pinga tidak tahu apa itu Awal Muharaam.

Jika kita lihat sambutan Tahun Baru Masihi teramat sangat mendapat sambutan daripada masyarakat berbanding sambutan Tahun Baru Hijriah atau Awal Muharam. Kita lihat di media massa, berapa ramai yang dicekup oleh pihak berkuasa kerana melakukan maksiat. Ada sehingga berjaga malam sampai pagi kerana menhayati Tahun Baru Masihi 2011 bersama kawan-kawan dan kita lihat pikir pula berapa ramai yang sanggup bangun malam untuk solat Tahajud? Tidak ramai bukan. Berapa ramai antara kita yang ke Masjid pada ambang Tahun Baru Hijriah untuk membaca doa akhir tahun dan doa Awal tahun. Bagaimana pula dengan mereka yang sanggup ke pusat hiburan untuk menyambut tahun baru sehinga sanggup menharungi jalan yang sesak. Agak jauh bezanya kan.

Jika kita lihat keadaan sosial remaja sekarang amat menyedihkan sehingga remaja zaman sekarang lebih berbangga melakukan maksiat. Maksiat lebih diagung-agungkan. Cukup meyedihkan, mungkin masih ramai yang masih berada di landasan yang betul, tetapi hari ini kita seolah-olah tidak menghiraukan dosa-dosa kecil. Kadang kala kita sanggup menipu diri kita dengan tidak menghiraukan apa kesan dan akibatnya.


 Tahun baru yang tiba membuka lembaran episod baru dalam kehidupan kita umat manusia. Siang dan malam yang silih berganti tanpa jemu melengkapkan peredaran sehingga cukup setahun tidak kira tahun hijrah dan masihi yang akan disambut selang beberapa hari. Umat manusia menggaru kepala memikirkan kenapa begitu cepat masa berlalu sedangkan baru beberapa kerja dilakukan, baru beberapa agenda dilaksanakan dan kenapa masa berputar sebegitu pantas.

 Anak-anak di Palestin terus menghitung hari bila agaknya mereka merdeka kerana setiap hari mereka senantiasa mendengar dentuman bom dan nyanyian peluru yang tidak bermata oleh Yahudi dan Amerika. Anak-anak muda Malaysia menghitung waktu bila tahun baru masihi akan disambut untuk melihat konsert-konsert, berpesta minuman keras, berhibur sehingga melalaikan dan yang menjadi simbol tahun baru bermula dengan percikan bunga api di langit-langit bandaraya metropolitan di Negara Malaysia .

Tahun 1430 hijrah akan tiba dengan membawa seribu erti kepada umat Islam yang mengerti erti sebuah kehidupan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Peristiwa hijrah yang disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam untuk bermuhasabah dan mengkoreksi diri selama setahun apa yang telah dilakukan dan tidak terhenti sekadar itu sahaja, tetapi hijrah perlakuan apa yang dilakukan untuk mendapat redha Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ahsr yang bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.”

Dalam ayat ini membawa kita meneliti setiap perincian detik waktu yang kita lalui sama ada diisi dengan perkara sia-sia atau dengan jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Apabila melihat situasi di Malaysia pengkoreksian dan muhasabah sering diabaikan terutamanya kepada anak muda apabila tibanya tahun baru apatah lagi tahun baru hijrah.

Jika ditanya kepada anak muda dan remaja kini “ apa yang anda faham erti hijrah?”. Semestinya ramai yang menggeleng kepala dan bertanya kembali sambil menggaru kepala tanda meminta kepastian “hijrah?”. Bermain di minda masyarakat kenapa anak muda sedemikian jadinya tidak mengerti langsung erti hijrah.
 Hijrah yang harus difahami adalah peristiwa perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan Umat Islam Mekah ke bumi Madinah untuk menyebarluaskan agama Islam setelah 13 tahun berdakwah kepada penduduk Mekah dengan hasil yang sedikit. Bertitik tolak peristiwa hijrah inilah Islam berkembang pesat sehingga seantero dunia mengenali Islam sehingga ke hari ini. Bersempena dengan penghijrahan inilah perhitungan tahun hijrah dimulakan apabila Saidina Umar Al-Khattab khalifah Islam yang kedua memanggil sahabat-sahabatnya untuk berbincang perkiraan tahun Islam setelah banyak peristiwa yang bersejarah dilalui mereka dengan pelbagai perbezaan pendapat tentang tarikh-tarikh peristiwa tersebut. Saidina Umar Al-Khattab telah memutuskan bahawa 1 Muharram merupakan hari pertama tahun Islam sementara Hijrah sebagai tahun bersempena perpindahan Nabi Muhammad s.a.w ke bumi Madinah yang pada ketika itu yang dinamakan Yathrib. Sebenarnya 1 Muharram bukanlah tarikh tepat perpindahan Rasulullah s.a.w ke Madinah. Rasulullah s.a.w telah berpindah dari Mekah al-Mukarramah pada 1 Rabiul awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul awwal selepas 13 tahun menjadi Rasul. Saidina Umar r.a telah berijtihad dan memperawalkan 2 bulan untuk menjadikan 1 Muharram tarikh memperingati peristiwa besar perpindahan Rasulullah s.a.w.

 Abu Mazaya Al-Hafiz dalam karangannya Sirah Dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan bagaimana perit jerih Rasulullah s.a.w dalam perjalanan ke Madinah kerana musyrikin Mekah memburu Rasulullah. Bukan sekadar itu sahaja Saidina Ali sanggup mempertaruhkan nyawanya menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w ketika malam penghijrahan berlaku. Seharusnya selaku umat Islam kita perlu mengerti bahawa hijrah bukanlah hanya soal perpindahan dari Mekah ke Madinah tetapi lebih dari itu seperti pembebasan dari belenggu penyiksaaan musyrikin Mekah terhadap muslimin Mekah. Penghijrahan ini jugalah bermulanya pembentukan Negara Islam yang unggul sehingga dikagumi oleh semua bangsa dan negara pada ketika itu kerana mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan tersendiri berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Rasulullah juga mempereratkan dengan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar dalam memperkukuhkan Islam. Allah s.w.t merakamkan peristiwa persaudaraan ini dalam surah Al-hasyr yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin), dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”

Dalam ayat ini Allah menceritakan bahawa bagaimana golongan Ansar membantu golongan Muhajirin Mekah dengan segala yang ada atas nama kecintaan persaudaraan Islam sehingga sanggup berkongsi apa sahaja dan sanggup memberikan separuh dari harta golongan Ansar kepada muhajirin.

Dengan peristiwa hijrah yang telah dilalui 1430 tahun ini seharusnya umat Islam mengerti erti sebenar hijrah agar dapat diimplimentasikan dalam kehidupan. Langkah NGO Teras Penggupayaan Melayu (TERAS) membesarkan tarikh hijrah ini amatlah dihargai kerana TERAS telah mengambil tarikh 1 Muharram sebagai tarikh muktamar justeru pengkoreksian gerak kerja yang dilakukan selama satu tahun. Presiden TERAS Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyatakan bahawa tarikh 1 muharram ini dijadikan asas permulaan setahun kerana umat Islam sudah melupakan erti hijrah apatah lagi kesedaran terhadap Islam kian dipinggirkan maka sambutan 1 muharram haruslah diagungkan agar Islam dipandang tinggi.






Bagi Umat Islam tahun Hijrah ini adalah detik memuhasabahkan diri dengan perlakuan terdahulu. Pengkoreksian diri memungkinkan umat Islam mengerti erti keperibadian yang cemerlang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. 1 Muharram juga Umat Islam digalakkan memohon ampun kepada kepada Allah s.w.t atas dosa-dosa lampau agar Allah membuka pintu taubat-Nya kepada hamba-Nya yang soleh. Ibadah-ibadah juga perlu diperbanyakkan menjelangnya tahun baru hijrah ini kerana Insan yang unggul adalah Insan yang lebih baik peribadi dan ibadahnya dari yang masa lepas. Nilai-nilai ibadah perlu dipertingkatkan supaya rohani jasmani senantiasa hampir dengan Allah s.w.t.

Kebanyakan di Malaysia 1 Muharram disambut dengan bacaan Yasin dan solat hajat secara berjemaah di peringkat surau, madrasah dan juga masjid. Dengan cara inilah umat Islam berkumpul mengkoreksi diri dan secara tidak langsung dengan pertemuan sebegini mengeratkan ukhuwah dan bertepatan dengan peristiwa hijrah iaitu merperkukuhkan persaudaraan. Dengan persitiwa tahun baru juga digalakkan umat Islam memaafkan kesalahan sahabat handainya untuk merapatkan silaturrahim justeru meninggkan martabat Islam.

Selang beberapa hari perpindahan tahun hijrah kepada 1430 hijrah, menjelang pula perpindahan tahun masihi dari tahun 2008 kepada 2009. 31 Disember menjadi penantian sebilangan anak muda terutamanya di kota untuk menyembut perayaan sambutan tahun baru dengan riang gembira dan diserikan lagi kononnya dengan aktiviti yang berfaedah seperti hiburan konsert oleh artis-artis terkemuka, hidangan minuman keras, pesta seks, pesta buih, merempit dan sebagainya.

Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Bangsar dan Kuala Lumpur City Center KLCC menjadi tempat bertandang anak muda untuk mencari erti tahun baru. Apabila ditanya kepada anak muda “ apa erti sebuah tahun baru dan di manakah tahun baru wajar disambut?” pasti ramai yang menjawab erti sebuah tahun baru adalah kemerdekaan jiwa anak muda dengan berorientasikan hiburan dan di tempat-tempat hiburanlah harus disambut tahun baru. Kemeriahan tahun baru bukanlah hanya dirasai di Malaysia bahkan satu dunia menyambut kedatangan tahun baru ini dan sambutannya seakan-akan sama setiap negara seperti percikan bunga api dan juga konsert-konsert oleh artis-artis terkenal.

Selaku rakyat Malaysia yang prihatin saling bertanya sesama sendiri adakah dengan hiburan sebegini anak muda terutamanya berubah menjadi baik atau semakin teruk ditelan hiburan yang melalaikan.

Setiap tahun kita melihat di tempat-tempat yang menjadi tumpuan anak muda kelihatan sebuah masyarakat yang hancur ditelan kemodenan seperti selari dengan pembangunan yang dikecapi. Berbondong-bondong anak muda dengan pakaian ala barat yang diagungkan, anak-anak Melayu seperti hilang kemalayuannya dengan cara penampilan yang sangat asing dengan budaya tempatan seperti kembali ke zaman nomad yang tidak berbaju terutamanya perempuan, rambut-rambut yang diwarnakan dan segala macam jenis sifat yang sukar digambarkan di akal kita berada di bumi Malaysia yang telah merdeka lebih 50 tahun. Persoalannya adakah kemerdekaan yang dikecapi selama lebih 50 tahun hanyalah dari segi kemerdekaan penjajahan kolonial dan tidak merdeka dari segi minda. kita solah-olah dijajah secara halus lagi berseni seperti meracun masyarakat hari ini dengan madu yang dicampur dengan racun.

Sambutan tahun baru di Malaysia yang disambut satu malam untuk menyembut kehadiran erti setahun yang akan datang seakan-akan tidak bererti apabila masalah sosial semakin menjadi-jadi. Tanpa segan silu apabila percikan bunga api di udara mengagumkan penonton ada sebilangan anak muda Melayu yang berciuman seolah-olah kelihatan pesta sambutan tahun baru ini seperti di negara-negra barat bahkan lebih dari itu. Sambutan ini juga mencerminkan hilangnya nilai-nilai ketimuran yang didewakan oleh sesetengah pemimpin yang tidak turun melihat gelagat anak muda dewasa ini.

Tepat detik 12.00 malam tempat-tempat yang dikunjungi anak muda sudah tidak terkawal apabila lelaki dan perempuan berpelukan, menari bersama, berciuman, bahkan ada tempat yang menjadikan sambutan tahun baru sebuah pesta seks percuma. Selepas daripada detik percikan bunga api anak muda ada yang memperjudikan nyawa dengan merempit dan ada yang lebih dasyat lagi menunggu tarikh 1 Januari 2011 untuk berkelahi dan bergaduh sesama sendiri dan yang lebih menyedihkan bangsa Melayu sendiri yang melakukan perkara sedemikian. Jika kita masih meragui perkara ini, boleh sahaja kita melihat gelagat-gelagat ini terpampang di dada-dada akhbar dan paparan televisyen pada keesokan harinya.

Seharusnya semua pihak haruslah berganding bahu memikirkan masalah sosial yang menyelubingi anak muda Malaysia supaya mereka sedar erti sebuah tahun baru atau penghijrahan. Sememangnya anak muda yang berdarah panas kononnya mahukan hiburan, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Haji Md. Hashim Haji Yahaya menyatakan bahawa program hiburan dan seumpamanya yang boleh diadakan bagi menyerikan kedatangan tahun baru seperti dendangan nasyid serta puisi Islami yang dapat membangkitkan kesedaran terhadap tangggungjawab serta perasaan cinta akan negara. Langkah ini telah diambil oleh Masjid Syakirin KLCC dengan mengadakan nasyid dan juga puisi-puisi Islami dalam menyambut sambutan tahun baru tetapi kehadiran pengunjung yang datang tidak sehebat konsert-konsert hiburan yang melalaikan oleh artis-artis terkenal. Kita bukalah menuduh bahawa konsert sebegitu tidak bagus tetapi konsert-konsert sebegitu haruslah berorientasikan Islam agar kesedaran cinta akan tanah air, agama tersemai kukuh berlandaskan cara Islam dan bukannya bertuhan cara barat yang songsang.

Program-program kesyukuran sambutan tahun baru perlulah diperbanyakkan agar masyarakat dapat menginsafi diri dan juga mengkoreksi diri supaya menjadi insan dan masyarakat yang benar-benar bertamadun. Pihak kerajaan perlulah memainkan peranan dalam soal ini di bawah pengelolaan menteri berwajib supaya hiburan rantaian hidonosme dapat dijauhi dan majlis kesyukuran sambutan tahun baru diperhebatkan.

Bantuan-bantuan NGO juga perlu diperkuatkan dengan bantuan pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Negeri.

Peranan yang terpenting perlu dimainkan adalah peranan ibu bapa. Ini kerana ramai yang hadir ke tempat-tempat sedemikian adalah remaja di bawah 18 tahun yang berada di bawah jagaan ibu bapa. Maka ibu bapa harus mengewasi tingkah laku anak supaya tidak tergelincir ke arah yang buruk.

Kehidupan yang dilalui perlulah bermatlamat jelas, semua pihak harus berganding bahu bersama-sama memperkukuhkan sambutan tahun baru ini dengan program dan majlis-majlis yang berfaedah yang bukannya berpaksikan hiburan semata-mata. Muhasabah diri perlulah menjadi teras program dan majlis yang disambut agar masyarakat mengerti sebuah kehidupan yang bermakna. Seluruh rakyat Malaysia haruslah menyemai nilai-nilai moral dan modal insan yang tinggi agar seluruh dunia memandang bahawa rakyat di Negara Malaysia adalah bertamadun tinggi dan perlu diteladani.

01 January, 2011

Tips To Recognize Original, AP and Water Set

I believe most of us already have a handphone right?, but do you know what type of set it is? Here, i’ll share some tips to recognize the handphone set.
Original Set
• Nokia authorized distributors are Zitron, Avaxx and i-Mobile.
• Sony Ericsson authorized distributors are T-Choice, Grandtech and Midlands.
• First Mobile Group (FMG) is the main distributor of Samsung phones.
• FMG is giving 18 months warranty.
• Motorola authorized distributor are Satellite Technics, Zitron and MDM.
• Siemens authorized distributors are Zitron and FMG.
• You can service your phone at any service centres (Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres)
• 1 year warranty for the full set including charger, battery, handsfree.
• Geniune parts are used for repairing.

AP Set
• Approval Products
• Mainly imported from oversea and sell it to the consumers.
• AP set warranty by companies such as Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax and etc.
• 1 year warranty for the phone and 1 month for the accesories like charger, battery, handsfree.
• You must bring your phone back to the place you bought the phone for servicing.
Water Set
Stolen / Brought in from oversea without paying tax a.k.a SIRIM Sticker. Considered Illegal. Mostly brought in by student studying oversea.
Tips 1
If you have an AP set with Vodafone or T-Mobile logo, it means that your phone might be locked. Those Vodafone or T-Mobile are the service operators in the UK and that’s where the phones come from. Not all AP sets have the logo. AP sets are Approved Products which means that these products are certified by SIRIM that your product is safe to use.
In other words, AP product not brought in by the authorised distributor like Midland, T-Choice for SE, Avaxx or Zitron for Nokia, FMG for Samsung and etc. The phones can even come from Singapore and may even have the M1, Singtel or Starhub logo. Remember to check the phone if it is locked especially those from Singapore and Vodafone.
Tips 2
AP sets has different level of QC. Big AP companies like Final Choice, GTMAX, Nefion, Telstra, O’Connors have extensive QC checks. Others like MSL, YS, PLANTRONICS or names not mentioned above, are slightly cheaper than the above. Whether they replaced their parts with other stuff, its another question.

Tips 3
AP set actually pay government tax but is just that they are not taxed by the Local Authorised Dealer. AP set is normally distributed by small handphones companies and they might stop business anytime.

Futhermore if there’s major damage on your AP set, the AP companies might not have enough equiptment to fix it. At the end, they still have to send it to the authorized dealer (eg. Zitron, Avaxx).
Tips 4
Like what everyone else have said, a phone without a SIRIM sticker is considered as illegal and thus cannot be sold here. But I’m gonna assume that if the phone is not available here, it should be better. And besides, if you bought the phone from overseas and bring it back here to use, don’t tell me it would be illegal to use it right?

Speaking of buying a waterset from a shop, they might say that you did not inspect it properly before buying and thus you are at fault. So yeah guys, if you wanna buy a phone, do yourselves a favor and do these few things:
• Check for SIRIM sticker (
this is a MUST. Everyone should know this).
• Cross check IMEI numbers on the phone and the box.
• Ask for warranty card.
• Ask if the warranty card needs to be sent to wherever necessary.
• Check all the features of the phone (iow, play with the phone, make sure everything is working).
• Check for dead pixels.
• Check the firmware if possible (*#0000# for most nokias). This way, you can check if it’s old stock or not.
• And of course, make sure you get the propper set. As in nothing missing like the handsfree and stuff.

Sorry, deviated a bit from what is a waterset, but really, people should know these stuff to avoid getting cheated.
By the way, watersets are usually sold without accesories, only phone and charger. So sometimes if you add up buying the accesories elsewhere, it might cost near the same as buying a proper set.
There are recon set might be known as water set, so beware while you buying. Recon set are second hand handphones from overseas, they just change the phone cover (might not be original cover) and do some servicing inside and sell it as an AP set with warranty 1 year summore. As I know FMG will not fix phones other than FMG warranty handset (even they are paid they will not fix).
How to Identify Original and AP Set
• Take out the phone case and battery.
• Original set comes with authorized company sticker (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland)
• AP set comes with AP company sticker (Final Choice…)
• Press *#06# to check the phone 15 digit serial number (IMEI).
• Compare it with the IMEI written on phone sticker (back of phone case) and package box sticker.
• For original set, these serial numbers are the same.

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online