sampai sini -->

05 January, 2011

TERANUNG NELANG MOLEK
















Enam orang pemain Harimau Malaya yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 berasal dari Terengganu mendapat habuan besar dari kerajaan negeri Terengganu. Pemain tersebut iaitu Mohd Ashaari Samsuddin, Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Faizal Mohamad, Izzaq Farris Ramlan dan Norsyahrul Idlan Talaha; masing-masing menerima sebidang tanah dan RM 5 000 tunai. Kesemua mereka lahir dari Akademi Bola Sepak Terengganu, khasnya SMK Sultan Sulaiman.

Wira Piala AFF dari Terengganu terima habuan(BH)
2011/01/02

ENAM pemain bola sepak kelahiran Terengganu yang mewakili membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 29 Disember lalu, menerima durian runtuh apabila kerajaan negeri mengumumkan setiap seorang akan menerima ganjaran RM5,000 dan sebidang lot tanah untuk tapak rumah.

Mereka yang menerima imbuhan itu adalah pemain Terengganu Mohamad Ashari Samsuddin dan Mohd Sarbinee Allawee Ramli, Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) dan tiga pemain Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Faizal Muhammad.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata imbuhan daripada kerajaan negeri itu adalah sebagai penghargaan kepada mereka selepas membantu negara menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
“Saya sangat terharu dan bangga apabila mendapat tahu enam anak kelahiran negeri ini berada dalam pasukan Malaysia yang membantu menamatkan penantian 14 tahun negara menjulang piala itu,” katanya ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) daripada percutian, semalam.

Katanya, imbuhan yang diberikan diharap menjadi suntikan semangat kepada bakat muda negeri ini untuk terus memberikan persembahan yang terbaik, seterusnya mewakili negara pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan mengenal pasti lot tanah yang akan diberikan kerana pembahagian akan dibuat mengikut daerah tempat tinggal dan mengikut kesesuaian.

Malaysia muncul juara buat julung kalinya selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan akhir timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Sabtu lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, berkata pengumuman imbuhan Menteri Besar itu membuktikan kerajaan negeri menghargai pemain yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Walaupun hanya dua pemain menabur bakti bersama pasukan negeri dalam Liga Super, perkara itu tidak menjadi isu kerana mereka adalah anak kelahiran Terengganu, cuma terikat dengan pasukan masing-masing iaitu Kelantan dan Harimau Muda A.

 

6 pemain dianugerah tanah, wang RM5,000(BH)
2011/01/03

KUALA TERENGGANU: Habuan wang tunai RM5,000 dan sebidang tanah tapak rumah yang bakal diterima enam pemain bola kelahiran Terengganu yang mewakili skuad Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF Rabu lalu, adalah kejutan tahun baru paling menggembirakan buat mereka.

Justeru, hadiah itu menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam menaikkan nama baik negeri dan negara pada masa depan.

Mohd Muslim Ahmad antara pemain yang bakal menerima habuan itu, berkata beliau tidak menjangka menerima hadiah itu, malah hanya mengetahui perkara itu melalui akhbar yang dibacanya semalam.
“Semalam (kelmarin), kawan saya memberitahu hal ini tetapi saya tidak percaya dan terus membaca akhbar hari ini (semalam) untuk mengesahkannya dan mendapati khabar itu ternyata benar.

“Tidak dinafikan berita ini amat mengejutkan dan menggembirakan saya kerana mendapat ganjaran sebesar ini daripada kerajaan negeri, tambahan pula kami tidak berharap atau dijanjikan apa-apa sebelum ini,” katanya yang kini bersama Pasukan Harimau Muda A.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, mengumumkan enam pemain bola sepak kelahiran Terengganu yang mewakili skuad Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF menerima durian runtuh wang tunai RM5,000 dan sebidang tanah untuk tapak rumah.

Mereka yang bakal menerima habuan itu ialah Mohamad Ashari Samsuddin dan Mohd Sarbinee Allawee Ramli; Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) dan tiga pemain Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Faizal Muhammad.
Bagi Norshahrul pula, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi habuan itu kepadanya walaupun tidak berbakti kepada pasukan bola sepak Terengganu.

“Habuan ini akan memberi nafas baru menjelang Liga Malaysia akhir bulan ini dan saya berjanji akan sentiasa meningkatkan mutu permainan supaya tidak mengecewakan penyokong.

"Saya juga berharap dapat beraksi dengan pasukan negeri kelahiran jika diberi peluang pada masa depan,” kata pemain Kelantan itu yang berasal dari Besut, Terengganu.

Sementara itu, Mohamad Ashari berkata, hadiah yang diberikan itu memberi suntikan semangat untuk terus maju dalam kerjayanya.

“Hadiah ini memberi suntikan semangat untuk saya terus mempamerkan kecemerlangan dalam arena bola sepak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

No comments:

Post a Comment

YOUR NUMBER :

frontpage hit counter nasnur hit counter and User Online